Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, July 31, 2012

Keychain Olympic Coca Cola Malaysia

Salam Ramadhan buat para blogger semua! terlebih dahulu aku ingin mencucapkan Selamat Berpuasa kepada semua blogger yang beragama Islam dan semoga bulan Ramadhan ini memberi keberkatan kepada kita semua. dan sementara itu,di bulan puasa ini juga ada pihak yang telah menganjurkan sukan yang tersohor di alam ini iaitu Sukan Olympic 2012 yang diadakan di kota London. Macamana lah ya para atlet yang mengerjakan ibadah puasa?larat ke mereka untuk berjuang demi Negara Tercinta atau pun, memilih untuk berlapar?
so sempena sukan olympic ni,aku ada lah serba sedikit barang olympic yang boleh dikongsi dengan para blogger sekelian iaitu keychain coca cola olympic yang dikeluarkan oleh Fraser & Neave yang tertera 'Tanda Perniagaan Berdaftar' yang mengukuhkan lagi origin pengeluarannya pada tahun 1988 yang berlangsung di Seoul, Korea. Mempunyai design yang sama pada kedua-dua belah pemuka, keychain ini berjaya di korek dia sekitar kawasan Benut, Pontian, Johor.
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, July 12, 2012

Poster Coca-Cola Malaysia 1991

Poster merangkap Calendar tahun 1991 ini tak lah lama sangat..dan dijumpai di kawasan Benut, Pontian Johor baru2 ini di sebuah kedai runcit.Masih terdapat lagi ya barang2 lusuh semacam ni
Dikeluarkan oleh Fraser & Neave Malaysia
Dan dicetak oleh Graphic Press Sdn. Bhd.
Jika ada sesiapa yang berkenan,silalah sms ke nombol 012-7574125
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, July 6, 2012

Botol Vimto

Botol ni pernah dipasarkan di Temasek suat ketika dulu..dan Ibu aku mengakui pernah minum minuman dari jenama Vimto ni semasa beliau muda remaja di Temasek dulu
Katanya perisa ala-ala Sarsi,betul ke? dan botol ni aku dapat di area Pontian, Johor dengan harga MYR10 dengan keadaan sebegini rupa..boleh la ye tak?
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, July 2, 2012

Sydney Olympic 2000 Suprise

Pada tahun 2000,sukan Olimpik diadakan di Sydney Australia dan Coca Cola Singapore telah mengeluarkan 3 biji can aluminium dan 1 steel can iaitu seperti di bawah ni.Paparan hadapan merupakan watak2 atau maskot2 sukan olimpik tersebut
Di bahagian sisi pula, terdapat url website coca cola singapore
Di bahagian belakang pula,tertera logo enjoy coca cola beserta olympic ring dan juga kenyataan ada terdapat suprise di bibir can ini
Bila dibuka penutup yang diatas,terpacul lah seketul objek berwarna kuning.apa benda ni?
Bila dikeluarkan,barulah diketahui bahawa benda ni adalah soft toy berupa bola tenis yang berlogokan coca cola di setiap sisi
London Olympics 2012 semakin hampir,anda bagaimana?ada menyimpan koleksi olimpik?aku pasti ramai yang menyimpan nya kan? jom share!
"Keep It Until Hard To Find"