Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, May 22, 2013

Tray Ang Sai Maria Menado

Tray yang berjaya diperolehi suatu ketika dulu berikutan pertolongan dari seorang teman baik dari Temasek, kini baru lah dapat di upload setelah menjalani proses pem 'frame' an oleh seorang teman baik juga yang berada di Temasek. Hasil kerjanya memang agak teliti. Ukurannya pun memang tepat. tak seperti di sesetengah kedai frame yang buat kerja dengan chincai sahaja tanpa mengira 'value' barang tersebut.
Tray yang berasal dari Temasek ini memaparkan seniwati Datuk Maria Menado yang berasal dari Manado, Sulawesi Utara, dibesarkan di Ujung Padang Makassar, Indonesia berjaya menempa nama yang besar di industri perfileman Temasek dan juga Malaya. Popular dengan filem Pontianak yang menjadi hit pada tahun 1957, Maria Menado juga pernah berkahwin dengan Sultan Pahang pada tahun 1963 dan membintangi filem Hindi bertajuk 'Singapore' bersama Shammi Kapoor. Tray ini jika diamati dari dekat,mempunyai lapisan filem yang amat nipis dan jika tercalar sikit,memang menampakkan kesan dan dengan sebab itu lah aku telah mem frame kan ia..dilapisi persplex di papan pemukanya. Bertatahkan logo legendary F&N, beserta tulisan Jawi 'Singa Merah' dan Ang Sai, tray ini wajib dimilik oleh setiap pengumpul barangan Fraser & Neave.
Bagaimana?
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, May 20, 2013

Album Piala Dunia Espana 1982 Ovaltine

Hai Salam Sejahtera kepada para blogger yang masih setia mengujungi blok buruk yang semakin merudum kepopularannya dari sehari ke sehari..haishhh..al maklumlah ada juga yang memberi kata2 semangat untuk meneruskan nyawa blog ini dan tak kurang juga yang memuji, "blog?? sooooo yesterdayyyyy" kahkahkah lantaklah..kau ada? so aku pun malaslah nak berceloteh tentang perangai sesetengah pehak yang masih tak habis2 mengkondem usaha bangsa sendiri..buatnya tidak,tahun ak kondem aja..so barang kali ini, disebabkan orang2 johor yang semakin rancak di dalam sokongan arena bolasepak, aku paparkan sebuah stiker album yang di keluarkan oleh Ovaltine jenama minuman malt yang sangat popular pada masa dahulu. Stiker album ini dikeluarkan sempena kempen Piala Dunia pada tahun 1982 yang diadakan di Madrid, Sepanyol. Jika dilihat pada muka hadapan stiker album ni, terdapat satu logo yang tertera OVALTINE MINUMAN RASMI SUKAN OLIMPIK SEJAK 1932. cool huh?
Stiker album ini juga berjaya aku rampas dari seorang teman bernama Khoo Boon Keat. Dimanakah beliau sekarang ni ya...kahkahkah
Jika para blogger berpeluang menatap stiker album ini dengan lebih detail,anda semua pasti teruja dengan kessungguhan pemilik stiker album ini kerana beliau sangat rajin untuk mengupdate segala keputusan perlawanan dari awal sehingga final Piala Dunia 82 ini. Dan jika dilihat untuk perlawanan akhir diantara West Germany menentang Italy berkesudahan 1-3. dan jaringan Italy dihasilkan oleh Rossi, Tardelli & Altobelli
Diantara team feveret yang smepat aku upload adalah Argentina. Kelihatan Diego Maradona berada disitu nampaknya. Hand of God?? Maradona! You Shaitt!
Untuk England pula, kelihatan Kevin Keegan dan Bryan Robson disitu. Yeahhh!!
Dan juara, dirampok oleh Italy!!
Terdapat juga iklan di bahagian dah nak belakang iaitu bagaimana caranya album ini boleh didapati, berapa keping stiker kesemuanya,botol air percuma, Kupon Gol Keemasan, bla..bla..bla..
Hal Ehwal kira macam buletin Avaltine pon ada juga..
Dan yang terakhir, komik yang sangat old skool bagi aku, cara lukisan serta ayat yang digunakan
Bagaimana?