Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, February 25, 2015

T-shirt Drinho

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua followers blog ini. Last post aku tengok adalah pada bulan May 2013! mak ai punyalah lama aku bercuti. Adakah disebabkan permainan barang karat ini semakin hambar? ataupon hanya tinggal sampah? ataupon semua barang 'garang' sudah disapu oleh runner? ataupun di pasar2 karat, semua main belakang? maksud aku, barangan sampah diletakkan di meja, yang power2 disorokkan di belakang dan hanya orang tertentu sahaja boleh memiliki barang tersebut? Owh begitu indah permainan mu..hehehe tapi takpe,itu hanya mukaddimah untuk permulaan tahun 2015 ini. Harapan dari aku hanyalah semoga arena karat ini semakin berkembang dan bertambah jumlah kolektor dari semasa ke semasa dan all the best bagi kolektor2 baru! Bagi permulaan tahun 2015 ini, aku pon pening nak up barang apa..dengarnya macam banyak barang,tapi sebenarnya takde kahkah..ok barang ni kalau tak silap aku dapatkan dari kolektor tersohor iaitu Dato Chua dengan harga rm30 (correct me if im wrong Dato hehehe)
Jenama air lokal yang dimiliki oleh syarikat Lam Soon, memang amat popular pada tahun 80an. Baju ini aku dapat dalam keadaan New Old Stock. Berukuran sangat kecil dan mungkin hanya boleh disarung pada budak kecik ataupun kekasih gelapku yang mempunyai body persis Nora Danish.
Dengan tagline nya 'Cools you down', terdapat beberapa flavour yang anda boleh check sendiri di kedai2 runcit, yang bagi aku air minuman ini boleh la kiranya menjadi pilihan kedua bagi aku jika tekak kekeringan.
Keep It Until Hard To Find