Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, April 23, 2015

Fruitale Pocket File

Entry kali ni aku nak cerita pasal Ex girlfriend yang aku baru broke up sebentar tadi. Agak berat sebenarnya aku nak lepaskan. Tapi disebabkan kegedikkan dia yang tahap Mentibang laut, aku nyahkan dia dari hidup aku. Korang penah tau tak yang dia ni duta sabun Fruitale pada tahun 2013? Kau ape tau? Kau bukan minat Nora Danish pon
Aku menyesal masa ni aku tak selfie dengan dia. Tahun 2013 Kau pun tak tahu selfie kan? Hanya sempat snap pic depan2 sahaja. Watdehel
Amacam souvenir yang berupakan file folder yang diberikan oleh Cikgu Kamil ni? Kau tak minat Nora Danish memang la tak simpan benda ni kan?
Tiap kali aku merenung tepat ke arah file folder ni,aku jadi tak keruan. Kejap tengok nora,kejap tengok sabun. begitulah berlanjutan hingga ke Happy Ending. Kau tahu apa tu happy ending? Aku syak kau tak tahu kahkah watdehel
Terima Kasih kepada Editor majalah LISA di atas souvenir yang vavavoom nih. Menjadi peneman daku di kala sunyi. Kau tahu?
"Keep It Until Hard To Find"

MILO 1940's

Korang penah tengok tin Milo yang awal?
Milo lahir pada tahun 1934 di Sydney, Australia oleh Thomas Mayne.
Nama Milo ini diambil dari nama seorang karakter Greek iaitu Milo of Crotona. Kalau diperhatikan gambar yang tertera pada tin ini, seorang lelaki gagah yang membawa seekor lembu/seladang. Menggambarkan begitu gagahnya si Milo ni pada waktu itu. Dia ni juga seorang ahli gusti. Mirip stone cold steve austin lah agaknya pada masa itu. telah memenangi title Olympic sebanyak 6 kali. WOW!
Sebenarnya tin Milo 1940s ini adalah reproduction semasa Ulangtahun Nestle yang ke 100 pada tahun 2012. Ia juga merupakan coin bank. Serbuk Milo ni juga berbeza2 bagi setiap negara. Sebagai contoh, Milo Singapore dan Australia adalah lebih baik berbanding Milo Malaysia. Daripada pemerhatian aku, Milo malaysia mempunyai lebih banyak keladak yang tak larut bila ia sejuk. Korang pulak macamana?
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, April 21, 2015

M.A.S.K Vampire

Kau penah tengok kartun mask? bagi sesiapa yang membesar pada tahun 1986-1987, pada masa itu dia masih kanak-kanak,ataupon pada masa tu dia dah akil baligh tapi pemikiran macam budak2, memang tak sah la kalau tak tengok kartun ni.ok karakter kali ini adalah bernama Floyd Malloy yang membawa motosikal berkuasa tinggi yang bernama Vampire. Vampire ni adalah dari geng jahat Venom.Karakter Floyd ni boleh la aku katakan agak menjengkelkan dengan nada suara yang agak sengau2 high pitch. Lagaknya memang agak Sarip Dol sedikit. Eksen kemain
Penampilan pertamanya adalah pada siri mask yang ke-52. Dengan rambut pacaknya yang semacam berapi, memang kompom dia ni power dalam street fight.
Bila ditukar ke battle-mode, ini lah rupanya. dari street bike,menjadi powerful jet beserta powerful cannon launcher.
Helmet yang dipakainya boleh memfire ball bearing dengan kata laluan 'buckshot' kahkahkah menarik bukan? Rugi lah kalau sapa tak tengok MASK ni..
"Keep It Until Hard To Find"