Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL
Showing posts with label Sign. Show all posts
Showing posts with label Sign. Show all posts

Monday, November 28, 2016

Hard Plastic Coca-Cola Double Sided Sign

Sewaktu aku pergi sesi korek mengorek bersama abang dollah di Yong Peng, Johor, terdapat satu sign yang masih tersergam indah di luar sebuah kedai runcit di sebuah satu persimpangan tiga. Maka ini membuktikan yang signage ini wujud di Malaysia dan pernah digunapakai di kedai2 runcit yang menjual coca cola.
Design di kedua2 belah adalah sama. Sign ini dikeluarkan oleh pihak Fraser & Neave (M) yang kiranya aku boleh menganggarkan sign ini dikeluarkan pada tahun era 1990-an atau lebih tepat lagi pada tahun 1993 jika dilihat pada logo yang tertera pada signage ini. Size double sided sign ini adalah lebih kurang 1 kaki. Lebih kurang juga dengan bull's eye button coca cola yang pernah digunakan di malaysia suatu ketika dulu.
Sign ini dikeluarkan oleh RTC Industries yang beralamat di Chicago, USA. Aku cuba mencari nama company ini, tapi malangnya company ini sudah tidak beroperasi lagi. Nombor telefon yang tertera disitu juga sudah tidak wujud lagi. Begitu juga dengan product code yang disertakan, aku cuba search di google, tapi memang dah tak wujud. Sign yang kami jumpa di Yong Peng, kini disimpan kemas oleh abang dollah. Kondisi sign itu hanya dimakan hari pada sebelah side sahaja, berikutan side itu terdedah pada cahaya matahari. Sign yang aku dapat ini adalah kelihatan sempurna sedikit. Warnanya masih terang di kedua2 belah side. Dan aku membeli sign ini melalui seorang runner coke tersohor iaitu Azmi dengan harga rm150 yang pada aku kira berbaloi. Jika anda seorang kolektor tegar coca-cola malaysia, sign ini wajib wujud di galeri anda!
"Keep It Until Hard To Find"

Sunday, May 22, 2016

Acrylic Sign 4 in 1

Holaaaa semua!
Kali ni aku akan paparkan satu signboard yang aku dapat di Selangor. Jenis nya adalah berunsurkan acrylic back print sign. Jadi kalau tergarik atau calar di bahagian hadapan, tidak menjadi masalah bagi sign ini. Ketebalannya ada beberapa mm sahaja. Size nya pula adalah lebih kurang 1ft. tinggi, 1.2ft. lebar
Yang menariknya, sign ni terdapat 4 sekali jenama yang amat popular di amerika. Yang paling femes di antara keempat2 brand ni adalah Kickapoo joy juice. Yang dimiliki oleh Nugrape di amerika dan dimiliki oleh Permanis S/B di Malaysia
Brand yang kedua adalah Dad's root beer yang popular di Temasek suatu ketika dulu pada jaman 60-70an sebab mak aku cakap dia suka minum air ni pada jaman tu haha brand ni pon dimilik oleh Sun Crest
Korang penah minum air jenama Sun Crest? serius aku tak penah minum atau boleh kata kat Johor Bahru ni takde kedai yang jual air soda jenama Sun Crest ni. Ke, aku terlepas pandang?? Ataupun aku tak alert mungkin
Nu Grape yang poluar sejak 1930an,memang aku tak penah minum air ni haha dan tak ada info yang banyak aku perolehi pada otai2 soda. Maka aku tak perlu bercerita lebih lanjut tentang jenama yang satu ini, kang salah info hehehe kat Sarawak femes tak brand ni?
Jadi, sila bayar bila dihidang!
"Keep it until hard to find"

Wednesday, August 12, 2015

Acrylic Sign Kilang Fraser & Neave

Kan aku dah cakap kalau orang bagi aku kertas A4 kosong pon aku ambik! Apelagi kalau signboard2 yang orang turunkan dari kilang dan tak diperlukan lagi untuk transform menjadi sampah. Tiada apa yg spesel tentang sign terbuang ni. aku cuma tertarik pada logo2 yang berbeda
Daripada pemerhatian aku terhadap sign yang berukuran 1ft. x 1 ft. ni, logo nya adalah dari bahagian minuman ringan berikutan daripada logo yang tertera pada botol plastik dan juga tin can yang ada pada masa sekarang ni Sign yang di bawah ini pula berukuran lebih kurang 1ft. x 2.5ft
Logo yang tertera di sign ini aku syak berasal dari bahagian produk tenusu sepertimana yang terdapat pada tin susu pekat F&N Benda2 seperti aku taklah gantung kat wall, tapi simpan aja di celah lemari sekadar untuk memenuhi ruang atau lubang diantara wall dan lemari. Kau paham tak apa yang aku cuba describe kan ni?
"Keep It Until Hard To Find"