'Keep It Until Hard To Find'
Showing posts with label Schweppes. Show all posts
Showing posts with label Schweppes. Show all posts
Friday, December 14, 2012
Steel Can Schweppes Bir Halia
Geram punya pasal berikutan malam tadi pertembungan di antara Harimau Malaya Vs. Gajah Putih di Stadium Supachalasai, Bangkok, membuatkan aku ingin memosting entry yang menggambarkan kegeraman aku terhadap Referee K-Pop yang membuat tindakan yang tidak setimpal ke atas perlawanan malam tadi di 2nd leg separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012
Can ini pernah diposting oleh Che Mat tapi datangnya dari jenama soda yang berlainan. Kali ini, Can ini didatangkan dari jenama Schweppes dan berperisa Bir Halia, tetapi Halal diminum, mempunyai badan yang keras hingga digunakan untuk acara Baling Tin di Fun Fair sekitar Malaya pada tahun 80-an. Dibuat untuk Yeos Malaysia
Seingat aku, kali terakhir aku pegi ke Fun Fair dan main Baling Tin ini adalah pada tahun 1987 di Fun Fair Flat Larkin Johor Bahru bersama atuk dan nenek aku. masa tu RM1 untuk 3 bola kalau tak silap. ataupun RM2 utk 5 bola.aku tak ingat dah.tapi yang aku ingat, tin can besi ni ada 6 bijik. disusun secara 3 level. Level 1 tiga tin, level 2 dua tin, dan level 3 satu tin. Baling sekali tak jatuh. Baling 2 kali pun tak jatuh. 3 kali, 4 kali, tak jatuh2 jugak. Amboi, berat sangat ke tin ni? ke balingan aku yang tak cukup power? tinggal lagi satu bola, geram punya pasal, tunggu mase sesuai budak cina yang jaga booth Baling Tin ni toleh ke belakang nak pungut tin yang jatuh, 1, 2 , 3! baling kat tengkuk dia! lariiiiiii! kahkahkah! rupanya, ada brader2 kat situ bagitau, rahsia diorang tanak bagi tin2 tu jatuh, diorang memasukkan batu2 kecil ke dalam tin can tersebut, supaya ia menjadi berat sedikit dan tidak mudah jatuh apabila dibaling dengan bola getah warna coklat,hijau, merah tu. Ka Ni Na betol!
Tuesday, December 11, 2012
Poster Schweppes 1986
Bulan lepas ke Rengit, singgah la ke rumah seorang teman yang banyak membantu dalam misi pencarian di area Pontian ini. tiada ape yang dibawa pulang, hanyalah poster ini aja..
Poster yang nak diketengahkan kali ini datangnya dari jenama soda yang agak lama bertapak,yang masih elok kondisinya,cuma ada beberapa bekas dawai kokot berikutan tempatnya adalah di dinding2 kedai runcit. Jika dilihat secara dekat, hanya 3 botol yang dipaparkan di dalam poster ini iaitu Lemonad, Strawberi dan juga Oren. Tiada kelihatan pula Krim Soda dan juga Bir Halia
Poster ini dikeluarkan sempena untuk meng redeem bottle cap liner yang boleh ditukarkan dengan beberapa barangan dari Schweppes berupa tin can, polo shirt, rantai kunci, beg serta tuala
Untuk memenuhi permintaan seorang rakan baik di Temasek, aku paparkan tudung botol yang boleh dibuat rujukan sebab kebanyakan bottle cap schweppes yang kami dapat sudah 24karat. Dan pengedar yang tertera adalah beralamat di Jalan Ampuan, Batu Pahat, Johor.
'Keep It Until Hard To Find'
Friday, April 20, 2012
Botol Souvenir Bertandang Ke Rumah
Tempohari pergi la melawat ke sebuah rumah teman lama..duduk berbual agak lama jugak dari pukul 9 malam sehingga ke 2 pagi! macam2 cerita yang keluar..dan masa nak balik tu,ada jugak buah tangan yang dibawa pulang dan katanya, biasanya kalau ada rakan2 kolektor bertandang ke rumah ko,diorang akan cakap,takde ke souvenir yang nak diberi?haaa ko berikan botol2 ni untuk tidak menghampakan orang yang bertandang ke rumah.
Ada betulnya jugak kata teman lama aku ni.kadang2 ada juga rakan kolektor yang tanpa disuruh,terus sahaja mengambil barang2 yang mereka suka hehehe..tapi bukan semua kolektor macam tu..kalau barang tu ada 5-6 bijik extra,apa salahnya kan?tapi kalau tinggal satu,diorang nak ambik jugak,memang kene terajang hehe..jom kita layan botol2 grade C yang boleh kita jadikan souvenir bila orang bertandang ke rumah untuk dibawa pulang..kebanyakan nya bersaiz 400ml
Schweppes..
Eastern A.W..
National A.W..
Dan juga Framroz..
Ada sesiapa yang berkenan? Jemputlah datang ke rumah hehe..
"Keep It Until Hard To Find"
Ada betulnya jugak kata teman lama aku ni.kadang2 ada juga rakan kolektor yang tanpa disuruh,terus sahaja mengambil barang2 yang mereka suka hehehe..tapi bukan semua kolektor macam tu..kalau barang tu ada 5-6 bijik extra,apa salahnya kan?tapi kalau tinggal satu,diorang nak ambik jugak,memang kene terajang hehe..jom kita layan botol2 grade C yang boleh kita jadikan souvenir bila orang bertandang ke rumah untuk dibawa pulang..kebanyakan nya bersaiz 400ml
Schweppes..
"Keep It Until Hard To Find"
Wednesday, November 9, 2011
Gelas Schweppes Jawi
Minggu yang sudah,ronda punya ronda di pasar karat Jb,memang agak rare lah kalau dapat berjumpa dengan barangan antik mahupun barangan Coke sekalipun..yang ada hanyalah baju2 cap ayam..dvd..angry birds dan barangan masakini..so try lah masuk ke Temasek.pun tak ada juga barang..korek punya korek di sebuah kedai antik,dapat lah sebiji gelas ni
aku memang tidak berminat dengan printed fountain tu,tapi aku lebih terarah kepada tulisan Jawi dibawahnya..cuba korang try eja apa yang ditulis dalam bahasa Jawi tu haha macam lain je bunyinya..SGD8..bersamaan MYR20..kira ok ye tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)