Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL
Showing posts with label Ovaltine. Show all posts
Showing posts with label Ovaltine. Show all posts

Monday, May 20, 2013

Album Piala Dunia Espana 1982 Ovaltine

Hai Salam Sejahtera kepada para blogger yang masih setia mengujungi blok buruk yang semakin merudum kepopularannya dari sehari ke sehari..haishhh..al maklumlah ada juga yang memberi kata2 semangat untuk meneruskan nyawa blog ini dan tak kurang juga yang memuji, "blog?? sooooo yesterdayyyyy" kahkahkah lantaklah..kau ada? so aku pun malaslah nak berceloteh tentang perangai sesetengah pehak yang masih tak habis2 mengkondem usaha bangsa sendiri..buatnya tidak,tahun ak kondem aja..so barang kali ini, disebabkan orang2 johor yang semakin rancak di dalam sokongan arena bolasepak, aku paparkan sebuah stiker album yang di keluarkan oleh Ovaltine jenama minuman malt yang sangat popular pada masa dahulu. Stiker album ini dikeluarkan sempena kempen Piala Dunia pada tahun 1982 yang diadakan di Madrid, Sepanyol. Jika dilihat pada muka hadapan stiker album ni, terdapat satu logo yang tertera OVALTINE MINUMAN RASMI SUKAN OLIMPIK SEJAK 1932. cool huh?
Stiker album ini juga berjaya aku rampas dari seorang teman bernama Khoo Boon Keat. Dimanakah beliau sekarang ni ya...kahkahkah
Jika para blogger berpeluang menatap stiker album ini dengan lebih detail,anda semua pasti teruja dengan kessungguhan pemilik stiker album ini kerana beliau sangat rajin untuk mengupdate segala keputusan perlawanan dari awal sehingga final Piala Dunia 82 ini. Dan jika dilihat untuk perlawanan akhir diantara West Germany menentang Italy berkesudahan 1-3. dan jaringan Italy dihasilkan oleh Rossi, Tardelli & Altobelli
Diantara team feveret yang smepat aku upload adalah Argentina. Kelihatan Diego Maradona berada disitu nampaknya. Hand of God?? Maradona! You Shaitt!
Untuk England pula, kelihatan Kevin Keegan dan Bryan Robson disitu. Yeahhh!!
Dan juara, dirampok oleh Italy!!
Terdapat juga iklan di bahagian dah nak belakang iaitu bagaimana caranya album ini boleh didapati, berapa keping stiker kesemuanya,botol air percuma, Kupon Gol Keemasan, bla..bla..bla..
Hal Ehwal kira macam buletin Avaltine pon ada juga..
Dan yang terakhir, komik yang sangat old skool bagi aku, cara lukisan serta ayat yang digunakan
Bagaimana?

Wednesday, November 7, 2012

Gelas Bintang 5 Ovaltine (a)

Di atas permintaan seorang teman 'KOLEK' yang sedang hangat mengkolek pelbagai gelas berkaki bintang 5 ini dari pelbagai jenama, maka aku buat lah entry kali ni. Berkemungkinan dia tiada gelas yang seperti ini. Atau pun mungkin dia ada berunit2. Atau pun mungkin dia pernah ada suatu ketika dulu, tapi menyesal hingga ke hari ini sebab dah tak jumpa lagi gelas ni hahaha..demmit..di bahagian hadapan tertera perkatan besar delicious 'OVALTINE' for health strength & vitality
Dan di bahagian belakang terdapat bahasa Cina dan juga Jawi yang berbunyi 'Ovaltine Minuman Yang Memberi...apa tu ya? korang tolong sambung hehe..
"Keep It Until Hard To Find

Monday, July 26, 2010

Tumbler Ovaltine Marvel


beberapa minggu yang lepas aku ada dapat tau ada seorang kolektor berasal dari ipoh yang boleh membekal barang yang baik pada kawan2 aku.pernah juga sekali menggunakan khidmat orang tengah untuk mendapat sebiji botol aerated water dari kolektor ni.pernah juga meninggalkan number telefon aku tapi tak dilayan.entah macamana aku berjaya mendapatkan number telefon beliau dan tumbler ini lah diantara barang yang pertama aku dapat darinya.kata orang sesi suai kenal,lama kelamaan,banyak juga barang aku ambil dari dia.tumbler ni aku pernah pakai masa jaman sekolah rendah masa aku darjah 1 di JB pada tahun 1986.masa tu beli setin besar ovaltine dan dapat benda ni free.tapi masa tu kat temasek.kat malaya aku tak perasan pulak benda ni.rasanya mesti ada kot.mak aku bancuh air sirap,tuang dlm tumbler ni,bawak g skolah.sampai skolah,tarik pemicu dia,nyonyot haha..kawan2 takleh share