Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL
Showing posts with label Mirinda. Show all posts
Showing posts with label Mirinda. Show all posts

Monday, February 13, 2017

Mirinda Lime Fat Bottle

Masa aku kecik. Aku memang gemar membeli fat bottle. Tak kira lah dari jenama ape pun. Sebabnya. ia bersaiz kecil, dan aku boleh simpan botolnya. Simpan untuk apa pun aku tak tahu. Sudahnya, mak aku humban ke tong sampah kahkah. Ok kali ni aku nak paparkan salah satu jenama yang aku gemar membeli di kedai runcit bawah flat aku sewaktu jaman 80-an iaitu Mirinda.
Flavor pilihan, Lime Soda atau Limau. Sebab apa, sebab aku syok tengok warna luaran label botol ini iaitu hijau dan kuning haha
Pada waktu ini yang aku boleh anggarkan pada pertengahan tahun 1980-an, minuman ini dikeluarkan oleh Permanis Sdn. Bhd. yang beralamat No. 52, Jalan Pencala, PJ, Selangor. yang kini jika engkau google, hanya kilang ataupun pusat servis toyota. Kemana pindahnya kilang Permanis ini? Dengar cerita sudah berpindah ke Bangi. Pejabat urusannya pula di Bukit Bintang. Betulkan aku kalau aku salah. Permanis ini juga sudah tiada. Sudah merge menjadi Etika Group of Companies yang popular dengan produk Dairy Champ dan Goodday Milk pada tahun 2016. Di bahagian label juga tertera JANGAN DIISI SEMULA. Bermaksud botol ini terus menjadi kepunyaan pembeli. Tidak dibawa balik ke kilang untuk proses isian semula.
Syoknya label pada botol mirinda ini, adalah tertera TIADA DEPOSIT DIPERLUKAN seperti pada sesetengah botol coca cola yang ada return deposit sebanyak 5sen.
"Keep It Until hard To Find"

Monday, January 30, 2017

Mirinda 1000ml Lemon Lime Ade

Ok korang pernah nampak mirinda kaca hijau ni?
Isipadunya 285ml berperisa Limau. Korang masih ingat lagi rasa dia? Tapi entry kali ni ada satu botol dari mirinda yang serupa juga dgn botol ini, masih berkaca hijau
Perbezaannya dengan botol tadi, ianya adalah berisipadu 1000ml atau 1litre. Memang besar ok. Yang syoknya mengenai mirinda hijau ini, kondisi botol ini adalah almost perfect. Hampir tiada cacat celanya. Macam baru keluar dari kilang! Jika diteliti pada kaki botol ini, tertera tulisan From the maker of pepsi cola. Bermaksud mirinda ini juga adalah salah produk dari pepsi.
Yang syoknya tentang air soda dari asia yang merangkumi Malaya, Temasek & Hong Kong, terdapat dwi bahasa iaitu english dan juga bahasa cina. Ini yang membuatkan barangan asia ni digilai oleh mat2 saleh diluar sana. Apetah lagi kalau yang masih full-bottle macam mirinda ini
Dengan penutup yang masih tertutup rapi dan kemas, boleh dilihat perisa air mirinda ini iaitu Lemon-Lime Ade. Apa itu ade? Ade adalah fruit juice yang ditambah pemanis seperti air gula ataupun madu. Biasanya pada jus citrus seperti Orangeade dan Lemonade. Dari pemerhatian aku, botol ini boleh la aku anggarkan dikeluarkan pada awal tahun 80-an
Bila dah ada botol2 mirinda hijau ni, boleh la pairkan dengan poster kadbod yang bersaiz besar ni
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, August 13, 2012

Mirinda Stroberi Fat Bottle

Botol yang aku dapat ni memang berkeadaan sangat teruk dan aku saja simpan untuk buat rujukan..berjenama Mirinda berperisa strawberry,tetapi dalam bahasa Melayunya Stroberi,maka tertarik juga aku menyimpannya
mempunyai embossed dia kacanya Jangan Diisi Semula serta di label No Deposit
di bahagian ramuan dan alamat,memang dah pudar habis,tak dapat dilihat dengan mata kasar hahaha
Bak kate orang,barang yang lusuh,jangan sombong,ambik je..mane lah tau satu hari nanti dapat barang yang lebih baik..
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, August 22, 2011

Mirinda Fabric Calendar

Memandangkan Bulan Kemerdekaan ni,suka aku melihat jatuh pada hari apa 31 Ogos pada ini tahun.disebabkan bifday aku pon pada bulan Ogos jugak,moh kite tengok hari apa

Bifday aku pada 3 Ogos,maka tahun ini jatuh pada hari Ahad.mari kita lihat pula Hari Merdeka,yaaa jatuh pada hari Ahad jugak
eh rasenya tahun ni bifday aku pada hari Rabu.camne plak boleh jatuh pada hari Ahad?Laaaa..rupanya salah tengok calendar!ini bila punya calendar?1980!patut laaaaaaaa..haru..haru
Jadi pada anda yang ingin melihat bila hari lahir anda pada tahun 1980,boleh la di click pada gambar di bawah ni untuk imej yang lebih jelas.
dengan pertolongan seorang rakan di temasek,berjaya juga aku bawak pulang ke Malaya calendar yang berasaskan fabrik ni.saiz lebih kurang A3.dikeluarkan oleh Mirinda.condition NOS.dan apabila ianya dikeluarkan dari plastik,mak ai..macam ata pingsan woo dia punya bau hahah enjoy!