Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, November 23, 2011

Coca-Cola Heritage Fair 19th Nov 2011

Ribuan kemaafan kepada para blogger semua yang setia menunggu dan kerap bertanyakan bila adeq nak up gambar kat Blog?bila nak up gambar event kat FB?aku rasa semua sudah maklum,FB aku hanya untuk laman sosial dan untuk mencari 'makan' sahaja..tiada yang bersangkut paut dengan koleksi aku ni..sampaikan ada seorang rakan yang berseloroh,semua table aku dah tengok kat FB.cuma table ko je yang belum aku tengok haha..susah juga untuk menunaikan permintaan peminat2 ni hehe..but too bad,i dont bring my DSLR..only small compact digital camera hehe..nanti mana nak setting camera,mana nak setting meja..kang semua kelaut pulak..haha..

Perjalanan dari JB ke KL sungguh meletihkan.mengangkat kotak satu persatu dari tingkat 13 Flat Larkin sebanyak 5 kali trip sememangnya membosankan.menunggu Sang Blurguyz tiba dari Temasek dipenuhi dengan checking buat kali terakhir terhadap barang2 yang ingin dibawa.Proton Persona dimuatkan dengan pelbagai signboard dan kotak sehingga barangan kiriman teman di Kota Tinggi tidak dapat dipenuhi hajatnya untuk ke KL berikutan kesempitan ruang yang jika diisi,agak cramp lah kaki si blurguyz jika meneruskan perjalanan ke KL haha..kami bersantap dahulu di restoran berdekatan rumah aku untuk memenuhkan kotak perut yang sudah dipenuhi angin dari tengahari tadi.jam menunjukkan 11 malam dan kami memulakan perjalanan dengan kelajuan 110km/h menepati had laju yang kadangkala dijangkaui sehingga 180km/h haha..

Sesampainya kami di KL,mata kami dijamu oleh kelibat2 awek yang seksi meksi baru balik clubbing melepak di kedai mamak setelah penat berdansa agaknya..tapi kenapalah berpakaian yang cantik begitu,boipren2 mereka ini membawa minum di kedai mamak?adoiii aii..tak mencontohi aku semasa jaman muda2 dulu2 lah..bawak la ke tempat minum yang stended sikit..setelah beberapa ketika menjamu mata,tuan entertainer kami iaitu Nasir yang juga berasal dari JB tapi mencari sesuap nasi di KL menyambut kami dengan segelas air milo suam yang makin memberatkan mata ni sehingga ke pukul 4am.aku bercheck in di De Palma Hotel Ampang.ramai juga bertanya,kenapa aku check in di Ampang?sedangkan event ni di Subang?sempat ke nak datang?disebabkan ada share kat hotel ni,boleh la aku bermalam secara percuma untuk 2 malam di hotel yang berkonsepkan Islamic hehe dari dalam bilik boleh dengar lagu nasyid yang dipasang di ruang legar hotel.sementara Blurguyz mengikut Nasir ke rumah mak mertua Nasir di area Subang

Keesokan paginya,hanya berbekalkan 3 jam waktu beradu,dengan mata yang rabak sedikit merah,selepas mengisi perut di coffee shop hotel,aku bergerak ke Subang pukul 8am.dan sampai ke Empire Shopping Mall Subang dengan terkial2 pintu masuk mana yang harus aku tuju untuk meng loading barang2 ni.berpusing2 jugak aku kat basement Empire ni.tapi nasib baik lah ketemu si Nasir dan Blurguyz di basement yang memudahkan walhal menyusahkan menyorong troli dari basement ke aras UG Empire.

Dulunya terbakar akibat letupan gas,kini sudah melalui proses perubahan re-renovate hehe..

bila sampai di ruang UG Empire pada pukul 9 lebih,yang pada mulanya Dato Chua selaku organizer menetapkan para collector hendaklah sampai sebelum jam 9am,kelihatan si Nasir sudah menitiskan peluh jantannya yang pertama sambil menyusun barang2 yang untuk dijual dan di display.tak tahu lah gementar ke,penat menyorong troli ke haha..rilek la sir!

Aku pun tidak kurang hebatnya menyusun pelbagai barang yang orang kata bahan buangan je ni haha..nak clearkan rumah!

Sementara menunggu perasmian event ni,sempatlah jugak aku meng snap table rakan2 seperjuangan di sana..banyak sangat barang,maaf ya bagi empunya table yang aku tak sempat nak snap gambar!

Table Rani
Poster2 yang dibawa untuk display..
Table Zul Kajang
Yang ni aku lupa siapa namanya..table sebelah Blurguyz
Table Paul yang dipenuhi tin can yang pada kiraan aku agak menarik jugak..banyak tin can malaysia yang dibawa untuk dijual dengan harga yang amat menarik dan tak kurang pula yang dibawa untuk display
Kalau tak silap ni button yang jual kat Teh Amcorp..
Table Ah Ming yang menggangu gugat pemerhatian aku terhadap poster2 yang dijual..harga boleh tahan..paling murah pun rm250!
Kelihatan para pompom girls sedang giat menjalani latihan..
Papan plywood menyerupai botol coca cola juga sudah dimulain mengecat..
Eh apa pulak ni dalam paper bag Coca Cola Buka Semangat?
Owhhh rupanya goodie bag yang diberikan oleh Dato Chua pada peng open table sahaja..yang aku rasa cun jugak design t-shirt ni.memang menepati citarasa aku lah kali ni.sebab selalunya tak lawa haha..
tetapi t-shirt ni memang edisi terhad.tidak akan diberi kepada pengunjung walhal yang main under table haha..
Official Tag juga diberikan untuk dipakai sepanjang event..cool!
berdekatan table aku terdapat booth charity yang memaparkan seorang amoi yang peramah plus gediks yang datang menegur aku dahulu tentang satu signboard berbahasa cina yang aku display..
Acara pun dimulakan dengan persembahan oleh pom-pom girls
Atau lebih dikenali sebagai Dynamytz Cheer Leader Group
Dan Majlis dirasmikan oleh 'Orang Besar" Coca Cola Malaysia..kalau tak kerana mereka,tidak berjaya lah heritage event ni..thanx!
Selepas perasmian,maka berpusu2 lah orang ramai ke table para collectors dan ruang pameran yang disediakan yang kalau tak silap aku,sama sebijik barang2 nya seperti tempohari aku melawat ke pameran 125 years coca cola Singapore.ni kira dipinjamkan la..sampaikan tong sampah recycle pon dipinjamkan! haha..itu pun ada orang rembat..melilau manager coke tu mencari tong sampahnya hahaha

Deretan botol2 Malaya..
Tin2 can Malaya yang agak rare jugaklah pada pandangan aku..
Menanti saat untuk dikorbankan haha..
Betul tak aku cakap,sama kan dengan display masa kat Singapore?
Ni lagi sorang amoi chantek yang tak putus2 memberikan senyuman manis tetapi pahit juga aku menelan air liur..
Sambil2 tu,kite layan dulu fussball dengan amoi chantek yang mata dia tak boleh bukak disebabkan bulu mata palsu yang berat sangat hehe
Dan masa yang ditunggu2,auction time!
Malaysia coca cola 125 years bottle set????
yo-yo pon masuk bid?dan Freddie berjaya mendapatkannya dengan harga rm40..murah gak harga tu..aku tak bid pun dapat dengan harga yang sama jugak hehe..
Thermometer abang yang tak datang..
Para bidder2 yang memenangi trofi masing2..ketiga2 barang ni brader ni dapat dengan harga rm200.ok kan?
Brader ni memang aku respek..agak borong jugaklah dia kat table aku..mintak kurang,tapi aku bagi harga mati,dan dia terus bayar tanpa cakap banyak..dan dia sanggup tunggu lama untuk membida meja fussbal ni..dia memang nak sangat.beriya2 memberitahu aku.dan masa bida dibuka,aku dengan pantas berlari ajak dia kehadapan stage untuk membida.dan akhirnya..dia dapat jugak meja fussball ni dengan harga rm400 tak silap aku..
Ahming disisi Torch Beijing 2008 yang berjaya diperolehi dengan harga lebih kurang RM2000
Kalau tak silap,member cina aku yang ni Andrew namanya..kalau silap tolong beritahu ya!
Bersebelahan table aku adalah seorang kolektor pompan yang datang dari Thailand yang cukup baik dan agak peramah jugak iaitu Chicky bersama rakannya
Tiada barang yang dibawa untuk dijual,hanya item yang dipesan sahaja menjadi taruhan..bagi sesiapa yang tidak memesan,melopong la..
Bagi aku,ada dua item yang aku pesan iaitu botol yang aku kirakan agak vintage lah jugak..
Syarikat pengeluar..kenapa Malaysia tidak buat sub-syarikat yang mengeluarkan barang2 coca-cola seperti ini?
bertatahkan bungkusan semacam karung guni,disertakan tali pengikat kulit,dan di print annual report 1992
Annual report coca-cola yang dimasukkan ke dalam botol coca cola yang ditebuk lubang dibawahnya.dan jika hendak melihat report pada tahun 1992 ini,anda hendaklah mengeluarkannya melalu muntut botol ini sendiri.cool kan?
dan yang pastinya,bottle cap ni adalah berwarna keemasan.cool!Rm40 je..sapa yang taknak kan?
Dan yang ini adalah poster original dari coca-cola thailand yang masih berkeadaan baik.bersaiz standard size poster,memaparkan gambar Miss Thailand 1994 (Areeya) bercanda di pasiran pantai..
Sebagai free gift atau souvenir,Chicky menghadiahkan aku sehelai keychain yang boleh ditransform kepada pen..cool!
dan juga sebatang pen coca-cola Thailand..thanx Chicky!
Kesemua barang2 ini dimasukkan ke dalam beg plastik clear yang memaparkan logo Coca-Cola Shop Thailand..cool kan?kenapa lah Malaysia tak ada macam ni?
Sambil2 tu,bergambar kenangan dengan para peminat dan juga para pengujung yang terdiri dari ahli Botologi Malaya..
Blurguyz bersama rakan seperjuangan yang aku panggil brader rockers hehe
Ai,Hidup Pepsi pun ada?macamana kau boleh tercampak kat sini..hehe..tanda sokongan kepada coca-cola walhal si Bob Penchinta Wanita,eh silap.ChentaPepsi blogspot melepak seorang diri menatap gambar di upload ke FB satu persatu sambil menggetap bibir kegeraman haha..cool Bob!
Bergambar bersama Chicky yang sanggup datang dari jauh huhu..berani betul minah ni ya semata2 coca-cola punya pasal
Brader Zul Kajang yang sangat berbudi bahasa bergambar bersama buat kenang-kenangan..entah bila boleh bersua kembali ya bang?banyak barang yang saya nak tu hehe..
Tak banyak barang yang aku bawak pulang..tapi kira boleh la buat pengubat hati yang lara..

Tin Sardin COKE USA..benda ni tersangat2 lah murah..memang harga tak masuk akal..RM15.gila kan harga?hahaha
Russel yo-yo yang asli.aku minat dengan printed kat tengah tu yang macam di re-printed.Rm40..pejam mata jelah..
tin can Chelsea Siam yang diberikan oleh Nasir sempena aku mengangkut botol2 dia yang berat macam batu dari Singapore ke Malaysia turun naik bas..
Pemberian dari Blurguyz yang pada mulanya aku berseloroh untuk membeli,tapi diberikan secara percuma atas dasar perjanjian setan haha..
Botol coke versi Emas sempena Olimpik ke 100 di Atlanta..thanx beb!
Tin can olimpik barcelona 1992.RM20.boleh sangat lah kan?
Macam biasa la..Jalan Foss..
Antara Steel Can Malaya yang terawal,dapat dengan harga rm70..bedal jelah..asalkan ada tulisan Tanda Perniagaan Berdaftar tu hehe..takde calar balar,kira boleh laaaaa..
Jalan Foss takde poskod..rembatt..
Dan yang terakhir adalah signboard Minumlah yang agak kontroversi jugak sign ni.condition yang sangat memuaskan,jauh perjalan signboard ni.berasal dari kilang F&N coca-cola Jb,pergi ke tangan penganjur Norwanis JB heheh..dan berpindah ke Subang rumah Nasir,dan kini kembali ke Larkin,JB dengan berbekalkan perjanian setan jugak muekeke!
Secara ringkasnya,aku amat berpuas hati dengan event yang semacam ni.walaupun penat,tapi kami enjoy!
Duhai Amoi Chantek,u tak payah la mempersembahkan i..malu tau i hahah!number fon yang u bagi tu nanti i datang KL,i calling2 ya!hehehe

Friday, November 18, 2011

We Are Now Open!

Pameran Warisan Coca-Cola
19 Nov 2011 (Sabtu)
Di Concourse, Tingkat UG
Empire Shopping Gallery
Jalan SS16/1,
47500 Subang Jaya, Selangor.
03-56359818/0356359858
www.esg.com.my

Pameran 1 hari sahaja ini menjanjikan suatu pengalaman hebat terutamanya untuk peminat-peminat Coca-Cola. Tarikan termasuk pameran-pameran interaktif memoribilia Coca-Cola yang asal dari USA serta sejarah botol-botol Coca-Cola yang ikonik sejak 125 tahun yang lalu.

Wednesday, November 16, 2011

Lip Smacker Coca-Cola

Jika posting yang sebelum ni ada seorang rakan blogger telah memosting tentang kisah lip smacker ni yang datangnya dengan kotak khas yang mengandungi beberapa ketul lip smacker termasuklah fanta dan sprite
tapi kali ini dijual berasingan atau loose yang boleh dibeli dengan harga rm9.90 kalau tak silap aku
boleh didapati di farmasi Guardian seluruh Malaysia,boleh la kita merasa coca-cola pada setiap saat jika dicolek di bibir anda setiap masa haha..enjoy!

Tuesday, November 15, 2011

Empire i'm Ready!!

Bagi pengunjung blog ini yang belum mengetahui tentang aktiviti Coca-Coca Bottle Malaysia(CCBM) yang akan menganjurkan satu event pada 19 November 2011 ini, maka boleh la datang beramai2 mengkecoh2 kan keadaan di Empire Shopping Mall Subang mulain 10am hingga 7pm.terdapat lebih kurang 23 collector yang akan meng open table termasuk lah aku sendiri.acara adalah termasuk urusan jual-beli,tukaran barang mengikut sistem barter suka sama suka.suka sama benci pun boleh.dan acara lelongan charity pelbagai barangan collectibles coke yang akan disumbangkan dari para peng open table sendiri dan hasil dari lelongan itu akan diberikan kepada charity.bagi aku,tengah pening apa benda nak bagi untuk charity ni hehe..bagi empunya diri,aku memang dah standby dah dari segi luaran dan dalaman haha dan pada hari event tu,aku akan memakai spenda yang baru dibeli kat pasar malam 3 helai seploh hengget haha..
dan dari segi luaran pula,akan ku pakai tshirt coca cola siam untuk menandakan tanda simpati terhadap kecelakaan yang menimpa negara thai dan tanda sokongan terhadap aktiviti2 charity coca cola thai terhadap mangsa2 banjir dia siam.tapi ada dengar cerita bahawa para peng open table dapat free tshirt semasa event dijalankan.wah ini sudah bagus! boleh datang berlengging je cakap orang johor haha
tentang barang yang akan ku jual/trade dan barang yang akan di display,kena datang lah ke tempat kejadian! kita jumpa di sana! enjoy!

Monday, November 14, 2011

Giant Hypermarket Coca Cola Cap

Macam haram zade bila kita nak kan sesuatu yang orang dah meracun kalau kita tak beli,dia akan jadi harga rm99.90 haha..aku pada mulanya memang tak berkenan dengan topi ni.dahla takde tag apa2 dari coca cola malaysia,pastu kualiti macam topi kat tempat kedai sulaman tu haha..
pada hari pertama pelancaran,topi ini ditawarkan dengan harga pembelian 2 pek botol besar keluaran produk coca cola yang bernilai lebih kurang rm10.tapi aku sombong,tanak pergi beli.bila dah habis promosi baru lah terhegeh2 nak beli.jadi nak sedapkan hati,terkena jugak aku penangan topi ni.terpaksa lah aku membelanjakan rm25 di dalam satu resit membeli 5 botol besar minute maid pulpy pelbagai perisa yang berharga rm4.99 sebotol dan untuk mencukupkan rm25,beli jugak botol kecik perisa apple cranberry cenonet ni
grrrr...

Wednesday, November 9, 2011

Gelas Schweppes Jawi

Minggu yang sudah,ronda punya ronda di pasar karat Jb,memang agak rare lah kalau dapat berjumpa dengan barangan antik mahupun barangan Coke sekalipun..yang ada hanyalah baju2 cap ayam..dvd..angry birds dan barangan masakini..so try lah masuk ke Temasek.pun tak ada juga barang..korek punya korek di sebuah kedai antik,dapat lah sebiji gelas ni
aku memang tidak berminat dengan printed fountain tu,tapi aku lebih terarah kepada tulisan Jawi dibawahnya..cuba korang try eja apa yang ditulis dalam bahasa Jawi tu haha macam lain je bunyinya..SGD8..bersamaan MYR20..kira ok ye tak?

Friday, November 4, 2011

FCUK Pos Malaysia!

Hari ini sesampainya di kantor dengan muka ceria,aku dikejutkan dengan kedatangan seorang insan yang bergelar Postoman menghulurkan sebuah bungkusan yang teramat cantik sekali seperti di bawah ini
Cantik bukan? macam setan! terus hangin aku 1 badan melihat bungkusan yang dikirimkan oleh seorang rakan di KL terburai macam mangsa bunuh yang dikelar lehernya.malah lebih teruk dari itu.dan aku bertanya kepada Sang Postoman, "bang,kenapa bungkusan saya ni dah terbukak sampai koyak rabak jadinya?" jawab Sang Postoman,"tak tahu lah dik,kami terima memang dah macam ni.saya cuma hantar je.." dia pun berlalu pergi selepas aku menandatangani helaian kertas yang sesiapa sahaja boleh terima bungkusan ini tanpa diselidiki betulkah orang yang menerima bungkusan ini adalah penerima bungkusan.tidak diminta Kad Pengenalan,hanya nama dan nombor pengenalan sahaja yang diminta.
Adakah perkara seperti ini biasa berlaku kepada anda semua?mungkin tidak,ataupun mungkin hanya aku seorang sahaja yang pernah terkena kes semacam ini.aku memang tak tahu prosedur ataupun authority syarikat ini untuk sesuka hati mak bapak diorang untuk membuka bungkusan tersebut.mungkin dibenarkan,tetapi kenapa tidak dimaklumkan kepada si penerima atau si pengirim terlebih dahulu?apa,mereka ingat si pengirim ni nak mengirim dadah atau pun VCD lucah ke?ataupun barang merbahaya atau yang mudah terbakar?takkan la si pengirim ni bodoh sangat nak mengirim barang2 yang semacam tu?
Dulu pernah jugak aku terkena sekali.poster berbingkai kayu telah patah/retak semasa dikirim.masa sampai tu,aku dah perasan kenapa lah bungkusan ni melengkung semacam jek.sekali bila dah bukak,mak ai..sedih la tengok camne cara diorang ni buat kerja..poster yang berharga rm200 dah jatuh nilainya sebab kebongokkan diorang ni
Pernah jugak sekali aku menerima barang yang berupa radio berbentuk gramophone bersaiz mini hancur berkecai.dan tak perlu lah aku nak tunjukkan gambarnya.makin terserlah kebongokkan diorang ni buat kerja jadinya.aku masih simpan bungkusan radio ni kat bawah meja ofis aku ni.nak claim pada pengirim,dia kata dia dah wrap elok2.jadi aku nak salahkan siapa?aku bawak barang pada pejabat pos.tapi apa kata mereka?kami tidak menanggung jika ada berlaku kerosakan pada barang yang dikirim.dan aku pulang dengan hampa..dan aku memanjangkan perkara ni pada seorang penyelia di pejabat cargo ni,dan katanya,memang macam itulah cara mereka bekerja.barang2 ko ni diorang main campak2 je.dan kalau bertindih2 ni memang perkara biasa.kalau barang ko yang jenis fragile sikit,berada di bawah,memang hancur la..vavi betol aku cakap..kat mana lah keikhlasan korang bekerja dan membawa rezeki balik untuk anak bini jika dimaki orang setiap hari..
Sebelum ni pun aku pernah mengirim barang yang pipih yang boleh dimasukkan ke dalam sampul pos ekspress.mungkin juga silap aku,barang yang berharga rm1000 aku mengambil mudah sebab kepercayaan kepada syarikat penghantar barang ni tanpa di register kan terlebih dahulu.jawabnya,barang itu tidak sampai ke tangan penerima dan menyebabkan aku kerugian rm1000 membayar balik kepada penerima.dan perkara itu tak akan berlaku lagi kepada aku sebab aku belajar dari kesilapan.kini aku lebih percayakan syarikat courier untuk menghantar barang aku kepada penerima..biarlah berbelanja lebih sedikit.asalkan barang yang dikirim selamat sampai..daripada nak jimat kos,perkara yang tidak diingini berlaku..apa komen korang?

*Note: cerita ini tidak ada kena mengena dengan Che Mat Pos Malaysia