Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, September 6, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

memandangkan lagi beberapa hari nak raya,aktiviti korek mengorek dikurangkan sedikit hehe..almaklumlah kang terbatal pulak puasa ni kalau tersalah korek! jadi sesi korek di siang hari pada bulan puasa ni agak terbatas dan aku bersama seorang kolektor di jb ni yang namanya dirahsiakan,pergilah meronda di sekitar bandar JB yang tak seberapa.target pun 1 kedai aja.tak banyak barang yang ada.cuma 1 poster ni aja

poster selamat hari raya tahun 2009.hanya tulisan ucapan selamat hari raya sahaja yang ada dan logo kaler merah berbentuk kotak.kalau tak silap aku,ianya adalah logo dunhill.kalau aku silap,mintak diperbetulkan ya.aku kalau bab2 rokok ni memang failed haha..tentu kawan2 diluar sana lagi pakar tentang rokok merokok naga berapi ni.nak2 abang dolah.sikit hari dinobatkan sebagai kolektor rokok tersohor semalaya lah tu! semua barang rokok habis disapunya haha..jadi dikesempatan ini,aku dan Dato' Siti Nurhaliza Taruddin ingin mengucapkan Salam Aidilfitri kepada semua warga Blog yang mengfollow blog aku ni,dan kepada semua pelawat2 blog aku yang tak seberapa ni,terima kasih kepada semua yang menyokong perjuangan aku mengumpul2 barang2 koleksi dan tak lupa juga kepada yang mencaci,mencerca,mengutuk,membalun blog aku ni.kenyataan2 anda itu amat berharga untuk aku.semoga Tuhan memberi petunjuk kepada mereka dan aku jugak untuk menjadi insan yang lebih mulia dari hari ini dan juga di masa hadapan.benda yang baik,kita kongsi bersama.bak konsep aku dan blurguyz79 'sharing is caring'.dan yang buruk kita buang jauh2.

dan dengan adanya blog ini,aku ingin mengucapkan selamat hari raya maaf zahir dan batin kepada warga2 Johor yang tidak pernah kering idea dan sokongan terutamanya kepada Abang Dollah Rokok, Abang Zul Botol Larkin, Uncle Ali Popia & Zamis, Lop WongChinCai, Abang Wan BeatzBundle BP, Bob ChentaPepsi, Amer Coke Pandan, CokePitt, Kalai, Mr.Karu Coke, Mr.Jack, Blurguyz79, Pak Bakar Tembaga, Zam Coke, Uda Coke, Azmi Coke, EisAntique, Bro Sham AyahAiman, Bro Megat, Bro Nazrin Coke, Cikgu Kamil Coke, Dato' Chua Coke, Sam Canada, Azrul Coke Kota Tinggi, Halim Junker Ipoh, Abang Azhar Botol Ipoh, Jamil Antik, Phillip Coke BP, Sas Antik, Jaa Coke Utara, Mr.Lai Johor Jaya, Abang Mus Coke Permas, Abang Zul TeratakRimbun, Hobby & Collection, Zian aka FrightRice, Fitri Old Skool, Lan Antique Collection, Wan Danials Collectibles, Bro Rasli, JakiOnline, Pak Haji apayangbestsangat, Coke Mania, David Henley, Kak Zai BK, Haniff Signboard, Abang Zul Coke Kajang, Amir Puchong, Muaz Pepsi, Wadi Kapar, Fatly Coke Penampang, Akak Saidatul Akma Bukit Mahkota :-), Followers2 blog aku ni dan minta maaf kepada sesiapa yang aku tak sebutkan nama.u know who u are. sorry ya raya kali ni aku tak bersama kalian di Malaysia kerana tesis tak siap lagi.Salam aidilfitri dari aku, Afzarizal Mustaffa (adeqJB), University Of Kyoto, Japan.

Friday, September 3, 2010

Tray Coca Cola Karat


sebenarnya benda ni dah lama aku nampak kat 1 kedai ni dok tergantung.ada dua pulak tu.macam adik beradik.tapi takde sapa yang berkenan.tiap kali datang ke kedai ni,mesti aku jeling dulu mata ke atas tempat gantungan tray buruk ni.sebenarnya aku malas nak posting kalau benda2 karat ni.takut kena kutuk nanti hehe..tapi lantaklah, blurguyz79 pon memberi sokongan moral,maka aku posting jugak.mengikut sumber2 yang TAK boleh dipercayai,tray karat kokak ni digunakan pada tahun 1950's di asia termasuklah malaya,temasek dan juga hongkong.kalau ikut perkiraan kertas yang ada dalam wallet,memang lah tak masuk akal harganya.tapi memandangkan bila lagi nak dapat tray macam ni?dan kat mana nak dapat tray macam ni lagi?maka aku dan bg79 pon mengushar ke 2-2 tray ni.setelah nego punya nego,kami pun berpuas hati dengan harga tawaran si apek kedai ni.sebenarnya kami melepaskan geram terhadap tray2 yang telah banyak disapu oleh kolektor misteri yang kalau datang,dia akan membeli tray di kedai ni.tapi dia hanya beli tray2 yang baru sahaja.yang buruk macam ni dia tak ambil pula.mungkin dia beranggapan tray karat macam ni tak ada harga kott..tapi tak mengapa,ada orang yang suke kolek new old stock,ada orang yang suke kolek barang karat.terpulanglah pada citarasa masing2.aku dan bg79 dah melengkapkan koleksi tray coca cola dan yang penting kita enjoy! bukan untuk berlumba2 siapa banyak barang,tapi aku dan bg79 mengamalkan konsep sharing is caring.itu lagi penting untuk mengekalkan persahabatan yang erat.

Sesi Korek Youth Olympic Games 2010 @ Temasek

weekend yang lepas,aku menyusur langkah ke temasek bersama blurguyz79 memandangkan promosi spore yog 2010 akan berakhir.bermula pada 14 ogos sehingga 26 ogos 2010,yog ini adalah yang pertama dalam sejarah dan berlangsung di temasek dan diadakan pada setiap 4 tahun yang berikutnya.jadi aku pun tak nak ketinggalan mencari barang2 koleksi yang boleh dijadikan cenderahati yang berharga untuk dijadikan koleksi peribadi.mungkin bagi orang lain benda ni celah gigi aja atau tak memberi keuntungan,tapi bagi aku,ia tetap menjadi benda yang berharga bagi diri aku.bukan untuk orang lain.disebabkan aku masuk temasek 29 ogos,dan promosinya telah habis,maka berkejar2an lah aku untuk mencari saki baki yang boleh dibawa pulang ke malaya untuk tatapan mata sendiri.sambil berjalan menuju ke destinasi,terjumpa lah 1 benda ni di satu gerai terpakai


tin can peringatan sempena national day pada tahun 2004.benda ni dibekalkan pada penonton yang datang ke stadium secara percuma.tidak ada air,tapi terdapat pasir di dalamnya untuk penonton membuat bising di stadium haha..aku tak tau macamana nak menyusun ayat untuk tin ni.kira kalau goncang tin ni,akan menghasilkan bunyi irama pasir haha..perjalanan diteruskan dan semasa kami lalu di lorong hdb flat tu,ada 1 kedai runcit ni meletakkan display chiller dia luar kedai

nasib baik owner kedai ni dah rantai chiller ni,kalau tak,aku dengan bg79 dah lama buat kerja haha..tapi kalau anda perasan di belakang chiller ni di bahagian atas,ada bekas panjang putih bekas double sided tape.bekas tu sebenarnya adalah poster pocket coca cola yang telah dirembat oleh bg79 dengan rakusnya haha..tak sempat aku nak ambil gambarnya tengah merobekkan poster tersebut.maka pocket poster tu pon diusung kesana kemari oleh bg79 dan banyak kali juga tertinggal kat kedai yang kami singgah haha..nasib baik tak hilang.maka perjalanan pun kami teruskan ke orchard road yang menempatkan booth yog 2010.sepanjang takashimaya tu memang penuh dengan cenderahati yog untuk dijual.tapi yang memaku mata kami adalah booth yog coca cola.barang yang kami dapat mula2 adalah tin can 6pax yog edition


tin can yog ni terdapat 2 versi iaitu 6pax dan 12pax.nak amik yang 12pax macam tak larat pulak nak bawak balik ke malaya ni.so dapat yang 6pax pun jadilah.mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,set pax ni hanya dikeluarkan sebanyak 500 set sahaja.tak tau pula betul ke tidak.maka kami pun masuklah ke dalam booth coca cola yang tak berpenghuni ni.kira booth ni self service la kiranya.

gambar diatas ni adalah rack2 yang menempatkan hadiah2 yang boleh ditukarkan jika anda mengkitar semula pet2 botol yang telah digunakan.ada tumbler,beg,topi dan juga tshirt.terdapat 2 vending machine yang membolehkan anda membeli pet bottle coke yog,dan jika bernasib baik baik,botol tu akan keluar bersama barang2 cenderahati coke yog,dan bg79 mula mencuba nasib

yaaa botol pertama dikeluarkan



corak contour bottle adalah macam yang sebelum2 ni,tapi labelnya adalah berbeza.botol macam ni banyak terdapat dijual di merata tempat di kedai2 runcit atau 7eleven.tapi yang membezakan botol yog biasa dengan botol yang dikeluarkan oleh vending machine ini adalah ini



tag special edition yog yang hanya boleh didapati di booth vending machine.jadi bagi kolektor diluar sana yang ingin mengolek pet bottle yog,haruslah berserta dengan tag dia sekali.barulah lengkap koleksi anda tu.jadi setelah bg79 mencuba nasib beberapa kali,dapat lah hadiah yang bagi aku sangat berharga iaitu



lanyard special edition coca cola yog 2010 yang aku rasa sebagai benda yang berharga yang tidak ada 2 nya hehe..maka hari raya ni boleh la bergaya dengan lanyard coca cola yang bergaya ni menggantung kunci kereta kat leher huhuhu tiba giliran aku pula mencuba nasib.dah hasilnya

yahuuuuiii dapat sehelai tshirt coca cola special editon yog 2010 yang kira2 saiz aku lah jugak ni



berwarna merah menyala,yang kalau masuk kampung,kompom dikejar lembu haha..maka dengan itu kami pun pulang dengan hati yang tersenyum dan balik ke malaya berbuka puasa dengan air coca cola youth olympic games 2010.enjoy!

Thursday, September 2, 2010

URTV Michael Jackson

sewaktu bulan pose ni tak tau nak buat apa lepas waktu kerja kat office ni.tangan pun sibuk gatai nak menggodeh papan kekunci,makan tetikus pun bergerak laju melayari laman sesawang yang menjual barang2 terpakai haha..scroll punya scroll,terjumpa lah sebuah majalah lama URTV

sebuah majalah tempatan URTV tahun 1984 yang memaparkan muka hadapan micheal jackson

harga jualan masa tu cuma rm1.20 aja.tapi nilai sekarang mencecah 30 kali ganda! indahnya donia koleksi ni ya hahaha..

isi dalam menceritakan sejarah penubuhan the jackson5..aktiviti n so on

dan yang paling menarik,di bahagian tengah terdapat calendar poster michael jackson dengan brooke shield!

Monday, August 30, 2010

Sesi Korek Botol Di Temasek

di bulan puasa ni,aktiviti luaran sesi korek mengorek di JB agak kurang dijalankan memandangkan partner aku abg dolah membuat ubah elok rumahnya maka aktiviti bersamanya agak kurang sedikit.mungkin bulan puasa ni tak larat agaknya hehe..jadi aku pun membuat planning sendiri untuk mengorek botol di temasek.buat masa sekarang ni aku taklah aktif sangat mengumpul botol.cuma kalau ada,aku sapu.itu aja..perjalanan aku start di sebuah kedai menjual barang2 bola.dan ada terselit 1-2 barang coca cola juga.diantaranya adalah

set tin can yang sudah diawet haha..ada coke biasa dan diet coke.mengikut kata ownernya,dia dah simpan benda ni lebih dari 10 tahun.mungkin ya mungkin tidak.so dengar ajalah.harganya pon tengok lah sendiri.$180 each.kalau diconvert ke duit malaya,lebih kurang rm420.ada ke orang nak beli?so pergi lah ke bahagian lain pula..dan mata aku ternampak 1 benda yang tersergam indah

signage neon light coca cola! tapi malangnya,kedai ni tutup..so tak dapat lah aku bertanyakan harganya..tapi rasa mcm for display only ni..suis dia sume complete.tinggal nak tebuk lubang ke dinding pastu gantung luar rumah aja..hehe
so perjalanan diteruskan lagi ke lokasi berlainan.kali ni ke flea market.sesampainya kat situ,ada 1 booth ni.yang jaga amoi polak tu.pakai tanktop lowcut polak..aduii mencabar keimanan betul la..kalo tak caya,tanya si blurguyz79,memang belanja aritu haha..sampai aku pon naik segan nak berbual berpandangan mata dengan amoi tu.nanti dia ingat aku tengok aset dia pulak.so bila berbual tu,mata aku pandang ke lain.lepas tu,barang yang aku tanya,jauh pulak si amoi tu nak menggapai.so terbongkok2 la dia mengambil botol2 tersebut haha..tak banyak yang aku beli sebab BG79 dah sapu semuanya.so ada la tinggal 1 botol yang ini



botol fanta soda water yang masih berisi air berasal dari indon.di malaysia aku tak pernah nampak pula flavour ni.atau mungkin aku terlepas pandang.botolnya masih cantik 95%.dan masih terdapat tanda harga Rp.800.mengikut kata amoi yang menjual botol2 ni,ini adalah barang laki dia.so bila laki dia takde kat rumah,dia mengambil peluang menjual botol2 yang menyemak kat rumah dia haha..kesian..aku macam nak ambil gambar amoi tu,tapi aku try next time lah kalau dia pakai sexy2 lagi haha..so perjalanan diteruskan lagi ke sebuah kedai.korek punya korek,terjumpa lah aku pada botol ni..


f&n ginger ale! mungkin botol yang lengkap ada air dan label yang cantik mungkin terdapat di tangan kolektor semua.tapi bagi aku,dapat botol sebegini pun dah kira ok lah untuk menambah koleksi.sebab koleksi aku pun bukan tertumpu pada botol sangat.kira boleh la menempatkan ruang yang kosong di rak aku tu..tentang harganya pula,tersangat lah murah kalau berbanding dia malaya ni yang mencecah 3 kali ganda harganya.tapi bergantung pada tempat juga..ada juga yang menjual dengan harga $35sing.bergantung pada nasib jugak kalau korek botol ni.tapi botol yang aku dapat ni,kira macam macam makan McValue meal kat malaya lah seadanya..perjalanan diteruskan lagi kat sebuah kedai menjual barang2 antik.boleh tahan juga harganya.bagi kolektor yang muda macam aku ni,hanya mampu lihat saja koleksi dan kadang meleleh juga air liur tengok barang2 danharga2 yang dijual.dalam pada mata melilau macam penyamun,terpandang lah aku pada 1 botol ni..



botol f&n emboss singa berdiri.yang condition nya aku rasa memang cun.berkilat.tak banyak calar.itu pandangan aku la.mungkin kalian memiliki botol yang lagi cun siap ada air ye tak?botol yang aku dapat ni warnanya macam grey sedikit.berbanding dengan botol yang aku dapat sebelum ni kaler kehijauan2 sedikit.nanti aku balik kampung try bandingkan kalernya.kalau tak sama,baguslah..so perjalanan diteruskan lagi ke kedai area situ jugak dan pengkorekan diteruskan lagi untuk menggeledah apa botol yang si peniaga ni sorokkan.dan akhirnya terjumpa lah botol yang ini..




botol coke emboss TRADEMARK kaler hijau.so far yang ada dalam simpanan aku cuma sg40 clear.gambar yang di bawah sekali tu adalah perbandingan dengan botol sg40 clear.cuma sg40 aqua je belum ada rejeki untuk memilikinya hehe..BG79 dah lama kepingin dengan sg40 aqua ni.cuma belum berkesempatan jugak macam aku..takpe bro,pelan2 kita cari.mesti ada punya..bak nasihat cikgu kamil,jangan gopoh..mesti 1 hari akan dapat punya.kena belajar tahan napas kalau nak menyelam sungai tu haha..so pencarian hari tu ditamatkan dengan penemuan botol emboss coke TRADEMARK ni..berbaloi lah juga berpuasa pada haritu..mungkin rejeki yang diberikan tuhan agaknya..walaupun tak seberapa,aku rasa bersyukur sangat dengan penemuan hari ni.boleh la kiranya mengisi ruang kosong di rak display aku pada hari raya ni.ada satu ayat BG79 cakap kat aku."kata kau dah stop main botol,tapi jumpa botol,ko sapu jugak!hampeh betul!" alamak..terasa jugak bila BG79 mensound aku sebegitu rupa haha..apa boleh buat,dah minat botol!enjoy!

Shopping Raya

sempena hari raya yang akan tiba ni,orang lain sibuk bershopping kat bazaar atau shopping center,yang aku ni pulak sebab dah lama tak bukak lamanweb lelong tersohor 1 malaya,so surfin around la mencari barang2 yang boleh dipakai pada hari raya.dok sibuk menggoogle tu,nampak la 1 item ni.tengok COD dia kat simpang renggam.laaa..orang kampung ropanya..ha apalagi,terus la konteki si penjual ni hehe

dalam masa ber sms2 tu,dia boleh tanya aku,ko ni anak sedara ali popia ke?hahaha..famous gak mr.coke ni ya

so hari raya ni boleh la bergaya dengan topi coca cola AMF ni untuk mengelakkan panas terik semasa sesi kolek duit raya haha..enjoy!

Thursday, August 26, 2010

Stapler Coca Cola


semalam pegi ke pasar karat jb,terserempak dengan benda ni.nampak macam botol coca cola.besar pon sama.macam botol air coca cola yang lain

bila diamati dengan lebih dekat,eh kenapa pulak montot botol ni terbelah dua?

pastu ada gambar orang tengah cepit kertas pulak tu

laaa..rupa2 nya stapler...

mati2 ingatkan botol dalam packet hehehe..