Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, February 17, 2011

Pepsi-Man

Hari ni aku rasa macam nak carik gado lah..muekekeke..pepsi long can ihsan yang diberikan oleh Blurguyz79 kepada aku tempohari,saje nak menganjeng si pencinta wanita simpang renggam haha..saja kan nak bagi line panazzz

di bahagian belakang,terpampang character si pepsi-man yang berbadan tegap dan sasa dan berlogokan logo pepsi yang lama

tapi kenapa dari badan sasa dah berubah kepada yang ni pulak??
agak2,ko ada tak bob tin can pepsi-man ni?teeheehee aku rasa macam nak dermakan lah tin can ni pada sesape yang berminat..sila angkat tangan siapa yang nak tin ni?ehhhh..kenapa bob sorang je yang angkat tangan??!!??

Monday, February 14, 2011

Sesi Lawat Melawat Kota Tinggi

Pada 12 februari yang lepas,selepas surutnya banjir di Johor,aku dan Tuan Penasihat abg dolah dengan pantas mengadakan sesi lawat melawat ke High Castle ataupun lebih dikenali sebagai Kota Tinggi.rumah yang kami lawat pada kali ini adalah kepunyaan saudara Azrul Coke yang bertugas sebagai Asst Manager di salah sebuah estate yang aku pun lupa namanya sebab ada pelik sikit nak menyebutnya..terletak berdekatan Orchard Golf.bukan Orchard Road ya hehe..sampaikan kami tersesat ke kilang memproses sawit di Ladang Alaf haha..apeda co-pilot salah bagi direction haha..hendak di snap gambar2 kat rumah Azrul,dia ada blog sendiri iaitu http://koleksidulu.blogspot.com nanti kang dah tak ada pulak barang yang dia nak posting kat blog hehe..so panjang jugak lah masa kami bersembang dari petang hingga ke maghrib.kalau dah cerita pasal botol,memang tak habis lah 3 hari hehe..so aku cuma akan postingkan barang2 souvenir yang diberikan oleh Tuan rumah kepada aku dan abg dolah..diantaranya adalah:-

Gelas Kontot Teem.air apakah ini?kepada otai2,jika ada info tentang air Teem ni,boleh lah memberikan rujukan yang tepat tentang air ini di ruangan komen.ataupun jika ada gambar botolnya sekali,boleh lah email kepada aku.mengikut penelitian kami,air Teem ini adalah berasal dari Temasek,betul ka?terdapat tulisan jawi kecil di bahagian bawah yang kami kurang pasti apakah yang di spell tu.adakah BA YA RA?

Gelas Plastik coca cola bersaiz Jumbo jugaklah

Gelas Pastinya coca cola dan di bahagian belakang bertulis Always coca cola

Gelas logo ikan coca cola Paling Menyegarkan yang bersepah2 kat Johor ni yang suatu ketika dulu bolehla dikategorikan sebagai gelas yang mahal,tapi sekarang ni dah macam gelas murahan pulak hehe berlambak2 dia keluar macam cendawan selepas hujan.di bahagian belakang tertera tulisan cina

Gelas Drink Coca Cola berlogo bulat dan tertera tulisan Paling Menyegarkan dan di bahagian belakang tertera tulisan Delicious & Refreshing

Gelas Drink Coca Cola Ice Cold berlogo bulat Minuman Yang Paling Baik.dibahagian belakang tertera tulisan Delicious & Refreshing.ketiga2 gelas diatas ni buat orang selalu konpius,sebab tulisan dan logo hampir serupa.aku pun pernah terbeli gelas yang sama!haha..abg Dolah,tengok betul2...jangan tersalah beli lagi haaaa haha

Bedak yang masih berisian penuh,baunya,Masya Allah..wa muleh ata pingsan! Ideal For The Toilet.patutla! bedak untuk tandas,bukan untuk muka!

dibawahnya,Made In Malaya..ni yang mahal

Gelas yang pernah diposting oleh Tuan rumah sebelum ni..di bahagian depan,tertera gambar pompan sedang minum air

Dan di bahagian belakang tertera tulisan cina dan Lacovo

Jeng jeng jeng..wah botol guli! botol codd apakah ini?

owhhh botol Kinta Aerated Water Ipoh ropanya hahah!

Dan yang PASTINYA,sticker ni berjaya dibawa pulang setelah servis bertukar tangan dengan tuan rumah dan kami pulang dengan hati yang berbunga bunga..
Terima kasih Tuan Rumah dengan barang2 souvenir yang bagi sesetengah pihak ianya tak seberapa tetapi kami berbesar hati menerimanya.semoga di lain kali boleh la kami merasa hidangan keropok lekor dengan teh o ais menikmati pandangan yang menyegarkan.enjoy!

Friday, February 11, 2011

Funny Ads

Hari ni aku rasa macam tak nak posting barang2 antik..hari ni cuba off topic sikit..tak tau la kalau para blogger naik angin,marah,feel annoyed ataupun mengkeji aku dengan posting yang ini hehe..bukan tak ada barang nak posting,ada..tapi saja jelah..mesti Blurguyz79 mengutuk aku haha..apa ngarut lah ko zal posting benda2 yang tak berfaedah macam ni..tapi niat aku 1 aja..nak buat semua orang tersenyum di hari Jumaat ni.enjoy!

ok,jadi gambar yg 1st adalah menunjukkan kebodohan driver lori PAIPsi yang mengakibatkan kesesakan trafik hahah..ni mesti mabuk terlebih minum PAIPsi kut..hihik

Yang ni pulak si mamat tengeng yang tak tau nak pilih coke ataupon PAIPsi..akibatnya apabila bercampur 2-2 air,kebabom! ha bob,ingat,kalau pepsi,pepsi ajer..jangan campuraduk dengan coke k

cool jugak iklan ni sampai semut pun buat bodoh ajer..betul ke chupa chups contains no sugar?

Kalau bapak dah gangster,abis anak dalam perut pun nak dipukulnya hahah

iklan DSLR olympus memang cepat betul autofocus dia..huhuhu

iklan durex stimulate gel,aku tak berani nak cakap pasal maksud di sebalik tangan pompuan tu hehe..sampai habis side table tu hehe tapi tak perlu tunjuk picture sebenar,ramai dah tau maksud dia

adush..memang failed la!harap2 tak berlaku lah benda ni pada kite semua..member baik sendiri pulak tu!

Camera canon with auto face detector..haha rupanya ramai jugak yang mengendap!kalau tengok dengan mata kasar,tak nampak,tapi bila guna camera auto face detector,nampak ha segala muka setan2..sampai belakang langsir pon ada kalau korang perasan

tubik ke keluar?

kata honda speciallist,tapi eja honda pon salah!haru..haru..

ni pon haru jugak MAUTAN PANTANG! haha muatan panjang ke,pantang maut?

ni kompom bangla yang tulis benda ni kan?

kalau lah ada kempen derma dadah,haha berebut kaki fit yang datang! nasib baik bukan derma dara..

cool jugak brader ni spell hotdog jadi hokdok...memang kelas!

tak boleh handle tang air haram tu pon ada jual!haha ada jugak ek menu board macam ni..apesal aku tak pernah jumpa?kalau tak sure dah bantai gelak sakan hahah

tukang pijak ke tukang pijat?kalau tukang pijak pon aku dah bantai gelak siut hahah pak sabar,pak sabar...apelah ko neh

yang ni kat pasaraya.dahlah terang2 kawasan tak halal,kalau tak tulis mengandungi babi pon orang dah paham.ni salah pulak tu tulis.MENGANDUNG BABI! lawak siak pecah perut wakakaka!

ni yang last,memang failed lah awek ni!

Tuesday, February 8, 2011

Coke Crystal

salam blog kepada semua blogger!meriah juga ya sesi hi tea tempohari.almaklumlah ada sebab2 tertentu yang tak dapat dielakkan..mungkin event di lain hari,boleh lah aku join ya.dalam banyak2 gambar yang dipaparkan,aku ada perasan pada 1 botol coke yang terletak dia atas meja depan slideshow tu.kalau tak silap,ini lah botol nya.dan dengarnya botol tu bukan untuk dijual.hanya untuk di trade.dan maaf lah kalau aku tersalah info.dan apabila ternampak botol tu,aku pun korek lah botol yang aku pernah beli di temasek tak lama dulu yang membuatkan si blurguyz79 agak meleleh jugak la..kalau tak banyak pun,sikit la hehe..
mengikut sumber2 yang TAK boleh dipercayai,botol coke ni terdapat 3 color.gold,clear dan hijau.so far aku cuma ada sebiji sahaja color gold ni.sempena apa botol ni dikeluarkan,aku kurang pasti pulak
ada orang kata sempena celebrating 100 years of coca cola?betul ke che mat?harga yang aku dapat pun tak mahal,cuma s$14 yang bersamaan rm33.worth it ke?sebab Blurguyz79 dapat yang clear pun s$90.jadi aku rasa tentang harga tu memang agak pelbagai.so kalau dapat yang murah,apalagi,sambar terus!
perbandingan botol coke crystal ni dengan barisan hulubalang SG40.jadi pada sesiapa yang dah start kolek benda ni,lengkapkan lah koleksi anda.enjoy!

Wednesday, February 2, 2011

Coin Bank Pepsi

wah wah wah..makin hari makin mencari gado ya si pencinta wanita simpang renggam ni a.k.a pencinta pepsi hehehe..secara terang terangan menggunakan wall image aku untuk comparison dengan pemimpin kulit hitam no.1 america tu hehehe..takpe..takpe..dia kalau lama tak jumpa memang macam tu..rindu semakin membara..cuti sebulan pun tanak lepak dengan kolektor JB..walhal restoran assalam tu sekangkang kera je dari rumah..tapi kalau lautan api simpang renggam tu sanggup ku redahi ya..rumah mak kami pun di simpang renggam juga..tapi tak pernah dikunjungi oleh saudara pepsi yang seorang ni..betul tak kawan2?

Paparan untuk kali ni adalah bikin line panas lagi sekali sempena raya cina ni kan..dari jauh nampak macam tin sardin pepsi..
tapi bila diamati atasnya,eh ada lubang pulak..aku ingatkan coca cola je ada keluarkan coin bank ni.tapi pepsi pun ada!huhuhu..
dikeluarkan oleh yeo hiap seng singapore beverage private limited.bob ko ada ke coin bank ni?hahaha..tahun bila ea kalau design pepsi dia camni?aku ni kolot sikit kalau bab2 pepsi ni..mintak mahap yer..hehehe
barang ni ihsan dari blurguyz79 yang sekarang ni berada dalam tangan aku dan di pamer cantik je kat display cabinet rumah mak aku kat simpang renggam.jadi pada sesiapa yang berminat kat coin bank pepsi ni,ringan2 kan lah kaki tu datang melawat aku kat simpang renggam haha..lebih elok kalau datang pada 19 mac 2011 ni..sebab ada event yang akan dibuat di simpang renggam..dengan wang pengeras nya sekali ya! hahahaha...dare for more!

Monday, January 24, 2011

Hari Ini Hari Suka Saya

Hari ini adalah hari suka aku.jadi aku nak posting pun suka2.barang nya pun barang suka haha..minggu lepas sewaktu pencarian dan sesi carigali di temasek,terpandang lah kat 1 benda ni yang tak pernah aku lihat.tapi tak tau lah pada semua kolektor.mungkin bersepah2 kat rumah korang semua.almaklumlah..aku ni kan budak baru haha..macam jaman2 kegemilangan new kids on the block tu dulu..tapi sewaktu 1st appearance mereka tu,terus boom! haha macam2 kontroversi..so bila terlihat saje benda ni,punyalah suka hati aku.sebab dah lama misi pencarian gelas yang 1 ni,tapi cuma tak berkesampaian jek..bagi informasi,gelas ini adalah salah satu gelas dari koleksi gelas bireleys.rasanya sebelum ni pun macam ada orang yang posting tentang koleksi gelas bireleys.tapi tak pasti pulak gelas SUKA ni ada termasuk dalam list beliau.mungkin aku terlupa atau terlepas pandang.bagi yang tak perasan dengan kehadiran gelas ni,mungkin mereka sangka apa ke benda lah gelas SUKA ni.(blurguyz79,nasib baik ko amik gelas ni,aku saja je tinggalkan 1 untuk ko,saja nak tengok ko amik ke tak.kalau tak,melepas...aku sangkakan kau ni jejaka kebingungan,tetapi ropanya alert jugak kau ya haha)corak gelas SUKA ni pun adalah dari rentetan siri botol2 bireleys iaitu bireleys SUKA jugak.di bawah ini adalah design bagi hadapan gelas,yang kiranya condition adalah NOS atau unused

dan di bahagian belakang pula adalah design dalam bahasa cina yang bermaksud SUKA jugak atau dalam bahasa penjajah adalah HAPPY
jadi bagi sesiapa yang mempunyai koleksi gelas2 bireleys mahu pun botol2 bireleys,lengkapkan lah koleksi anda dengan gelas SUKA ni.enjoy!

Monday, January 17, 2011

Wang Emas F&N

Akhirnya..dapat jugak benda ni aku bawak keluar dari Temasek dan membawa pulang ke Malaya haha..berat jugak atuk aku nak melepaskan benda ni.yelah kenangan atuk aku bekerja sebagai driver kepada boss f&n kat temasek tu selama lebih dari 20 tahun.dari sebagai pengangkat crate,pemandu lori f&n dan akhirnya sebagai pemandu peribadi.aku nak tanya la para kolektor kat luar sana,masih kah ada merc lama yang menggunakan plate number BAB 1?mane lah tau kalau2 ternampak lagi kereta tu,roger2 lah aku disini ya.benda ni sebenarnya letaknya di dalam bilik office kilang f&n temasek sana.dan tak tau pula bagaimana benda ni boleh terkeluar haha..mengikut sumber2 yang TAK boleh dipercayai,hehe..token 23karat ni didatangkan sekali dengan buku hard cover yang pernah di posting oleh cikgu kamil sempena sambutan 100 tahun Fraser & Neave Group
http://ahkaba.blogspot.com/2010/09/1883-1983-great-years.html

Di bahagian hadapan,tertera logo the legendary lion sebagai logo rasmi f&n.serta nama company Fraser & Neave Group dan ulang tahun ke 100 f&n iaitu 1883-1983
Di bahagian belakang pula tertera logo F&N Group dan Slogan Teman Lama Bersama Ide Baru
Di bahagian luar wang mas ni disaluti oleh arcrylic(betul ke aku eja ni?)
Pandangan sisi kelihatan begitu tebal arcrylic ni dan tidak memerlukan stand untuk mendirikan ia
jadi bagi sesiapa yang mengkolek barangan f&n,lengkapkanlah koleksi anda dengan wang mas f&n ni.enjoy!

Friday, January 14, 2011

Tumbler Batman Begins Pepsi

Hari ni rasanya macam nak bikin line panas la untuk jejaka pepsi yang minat kat pepsi ni hehe..tapi rasanya ko dah ada kan bob tumbler ni?hehe..jadi,sebab tunggu ko tak posting2,baik aku post dulu ya haha
dikeluarkan pada tahun 2005 sewaktu promosi batman begins nyer movie,benda ni hanya boleh didapati di pawagam cathay sahaja.
sebenarnya ada juga kolektor yang mengkolek tumbler2 movie ni.bersusun jugak aku tengok kat rumah dia.tapi untuk mendapatkan koleksi lengkap tumbler movie ni,haruslah menjadi diantara orang terawal yang pergi menonton movie tersebut.kalau dah 2 minggu baru nak pegi tengok movie yang baru keluar,hmmm..harapannnn...dan kena jugak keluar modal untuk membeli set popcorn beserta soft drink.baru lah dapat tumbler ni.plus harga tiket rm10.agak2,besar ke modal untuk mengstart koleksen tumbler ni para blogger?tepuk poket tanya selera ya hehe..aku pun bukanlah kolektor tegar tumbler movie ni.hanya kolek movie yang aku minat je.tapi kalau movie yang aku minat tu,memang sanggup beratur nak dapatkan 1st show tu haha ingat lagi masa movie initial D.pepagi lagik aku dah beratur panjang.sanggup masa kerja pon pergi beratur haha..enjoy!