Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, September 22, 2011

Indiana Jones: Raiders Of The Lost Ark

Barangkali jika kalian terpandang poster ni,mungkin boleh mengingatkan jaman2 dating dulu dengan awek yang kini dah bergelar isteri di panggung Rex,Lido atau Cathay..salah sebuah movie yang aku minat sangat selain JAWS dan siri2 Indiana Jones yang lain seperti Temple Of Doom dan The Last Crusade.diarah oleh pengarah yang sama iaitu Steven Spielberg yang kini telah menjadi multi Billioanire hanya dengan mengarah filem dengan mengeluarkan idea2 yang kreatif pada tahun 80an.berbekalkan pelakon yang sangat berkaliber hingga ke hari ini iaitu Harrison Ford.filem ini dikeluarkan pada tahun 1981 dan telah memenangi beberapa Academy Awards pada tahun 1982 yang masa tu aku masih duduk dengan nenek aku di Temasek..tak sekolah lagi haha cuma ikut pakcik aku pegi tengok wayang je keja..rasanya aku tak perlulah menceritakan filem ini yang aku kira semua orang pernah menonton dan dah paham pun jalan cerita filem ni yang berkisarkan tentang pengembaraan Dr.Jones dan ada part politikal sedikit tentang Nazi's
masih berkeadaan elok tetapi berlipat2 sedikit,poster original ni di chop oleh Singapore Board of Film Censors dan bersaiz agak besar sedikit dari standard movie poster yang ada sekarang ni.
Ada sesiapa yang masih simpan lagi poster2 indiana jones dari siri yang lain?roger2 lah ya kalau ada hehe..enjoy!

Monday, September 19, 2011

King Kong Kepala Hotak Kau!

Tempohari semasa teman aku bersiar2 di Sungei Road, Temasek,dia terpandang lah kat satu objek berupakan poster dan setelah dia amati betul2,memang sah poster.dan dia terus menelpon aku untuk mengesahkan apa yang dia lihat ni ada di depan mata."Zal,aku ada jumpa poster Coca cola mirip saling tak tumpah seperti Jejaka Malaya yang terperangkap di alam nya sendiri"."Kau nak tak?"
poster yang dikeluarkan pada tahun 1995 oleh coca cola company ni terus aku setuju untuk membeli nya.sebab teringat sewaktu kami berdua tergelak setan melihat rupa Jejaka Malaya di sebuah laman sosial.memang sejibik! cuba korang tengok di bawah ni.sama kan?
bersaiz yang agak besar,penat jugak aku mengusung dari Temasek naik MRT bawak balik ke Johor Bahru haha dan kalian boleh melayari video ni di YouTube bertajuk "coca cola king kong commercial" Enjoy!

Wednesday, September 14, 2011

Everytime 400ml?

Aku rasa hampir setiap sebulan sekali aku pergi menjengah ke flea market di Temasek dan dah lama aku perhatikan botol Fraser & Neave ni.bagi aku,botol jenis ni adalah 'commont' di kalangan kaki2 botol.dan tidak ada orang beli pun botol ni.hampir setahun jugak lah dia berhabuk di booth apek ni.dan memandangkan bajet ada lebih,di atas pertolongan rakan setan yang berada di Temasek,aku menyunting jugak lah botol yang kiranya boleh dapat dengan harga serendah Rm10 di JOnker Walk Malacca.
yang menarik minat aku tentang botol ni adalah penutup tudung botolnya.adalah bermotifkan F&N Everytime yang aku rasa tidak lah se RARE mana pun.sebab aku merasakan ada juga diantara orang yang meng "punch" botol ni dan mengatakan bottle cap ni ori..haru haru
dan yang lagi bestnya,botol 400ml beserta cap everytime ni bukan ada satu,tapi berlambak!enjoy!

Tuesday, September 13, 2011

The Difference Is Clear??

Masa kecik2 dulu,teringat ada benda ni kat atas rak display kat hall rumah aku..tapi masa pindah rumah,semua dah dicampak ke dalam tong sampah haha
So apebenda benda ni?
ni adalah bekas meletak kertas rough paper atau pun notes untuk di opes atau pon kat rumah pon bole gak.mengikut sumber2 yang TAK boleh dipercayai,dikeluarkan oleh PERMANIS sdn.bhd.betul ke?itu aku kurang pasti..mungkin benda ni dibawa keluar oleh orang opes permanis itu sendiri.siapa tahu?atau pun free gift? dengan tag line THE DIFFERENCE IS CLEAR...
tapi kenapa yang ni kaler pink?bukan clear?hahaha
enjoy!

Monday, September 12, 2011

Hadiah Hari Raya

Masa pegi melawat sanak sodara kat Temasek tempohari,ada juga yang bermurah hati memberikan souvenir coca cola..
ingatkan dapat sampul duit raya,sekali dapat sign coca cola pulak..kebas aje lerr..enjoy!

Monday, September 5, 2011

Sampul Raya Aznil

Sempena Hari Raya yang mulia ni,aku akan menghidangkan air pepsi twist kepada pengunjung yang datang beraya kat rumah aku.terutama sekali kepada BOB PEPSI.biar dia melantak kembong togok air pepsi yang diagung2kan oleh dia hahaha rasekannnn!
dan kalau kau datang rumah aku Bob,aku dengan bermurah hati akan menghadiahkan ko paket duit raya ni sekeping.tapi paket je tau.duit jangan harappp!!

kahkahkah enjoy!!!!!

Thursday, August 25, 2011

Merdeka! Merdeka! Coin Can

Sempena Merdeka yang dah nak dekat pada tahun ni,takde apa yang aku nak posting selain coin can susu Marigold yang dikeluarkan pada tahun 2004 kalau tak silap aku bersempena sambutan hari kemerdekaan ke-47

terdapat 2 coin can yang berlainan design.yang pertama ni adalah berlatarbelakangkan Tunku Abdul Rahman semasa melaungkan Merdeka!
pandangan atas lobang untuk masukkan coin
Design yang kedua adalah bermotifkan letupan mercun bateri yang mengopakkan poket aku raya2 ni hahah pelik jugak..mercun diharamkan,tapi iklan gambar mercun..korang tak pelik ke?
pandangan dari sisi atas untuk masukkan coin dan boleh dikorek kalau terdesak time2 lepas raya haha
so far aku nampak ada 2 design je coin can marigold merdeka ni.kalau sesiapa ada can yang berlainan jenis selain yang 2 ni,share2 la info di ruangan komentar ya.enjoy!

kata2 carik gado of the day:
abang dolah,dah ada ke coin can yang lagi 1 ni hehehe..

Monday, August 22, 2011

Mirinda Fabric Calendar

Memandangkan Bulan Kemerdekaan ni,suka aku melihat jatuh pada hari apa 31 Ogos pada ini tahun.disebabkan bifday aku pon pada bulan Ogos jugak,moh kite tengok hari apa

Bifday aku pada 3 Ogos,maka tahun ini jatuh pada hari Ahad.mari kita lihat pula Hari Merdeka,yaaa jatuh pada hari Ahad jugak
eh rasenya tahun ni bifday aku pada hari Rabu.camne plak boleh jatuh pada hari Ahad?Laaaa..rupanya salah tengok calendar!ini bila punya calendar?1980!patut laaaaaaaa..haru..haru
Jadi pada anda yang ingin melihat bila hari lahir anda pada tahun 1980,boleh la di click pada gambar di bawah ni untuk imej yang lebih jelas.
dengan pertolongan seorang rakan di temasek,berjaya juga aku bawak pulang ke Malaya calendar yang berasaskan fabrik ni.saiz lebih kurang A3.dikeluarkan oleh Mirinda.condition NOS.dan apabila ianya dikeluarkan dari plastik,mak ai..macam ata pingsan woo dia punya bau hahah enjoy!

Wednesday, August 17, 2011

Full Bottle SG40???

Tempohari ada sorang member baik di Temasek ada memberitahu dia menjumpai 2 botol coke terawal iaitu SG40 dalam keadaan berhabuk di tepi sudut sebuah kedai antik di Temasek.dan owner kedai tersebut pun tidak tahu tentang kewujudan botol tersebut.maka diatas pertolongan rakan karib aku ni,2 bijik botol SG40 berjaya dikeluarkan dari celah2 yang sempit dan berjaya dibawa balik ke Malaya sebotol.harganya pula aku rasa tersangat lah murah berbanding market SG40 sekarang ni.dan apabila sampai ke tangan aku,wow! full bottle!yang menjadi kegemaran bagi kalangan pengumpul botol luar negara dan seorang teman yang bekerja di PJ hehe..asalnya orang JB..tapi dah migrate ke sana.pada mulanya,kalau nak beli tin can atau botol,mesti nak ada air.tapi sekarang dia dah ok..berguna juga nasihat Dato Chua "Lu mau kolek botol ka mau kolek air?" haha..selepas diperhatikan dan di zoom bottle cap ni,terdapat tulisan TRADEMARK REGISTERED BY THE COCA COLA COMPANY
Dibahagian tepi cap ni pula tertera FRASER AND NEAVE SINGAPORE
Dan di tepi bahagian yang satu lagi tertera alamat RIVER VALLEY SINGAPORE
embossed COCA-COLA TRADEMARK REGISTERED
Comparison dengan botol2 SG40 yang kosong..
Ada orang mengatakan bottle cap SG40 berwarna hijau.betul ke?aku memang tak pernah nampak di depan mata.hanya dengar2 dari sumber2 yang TAK boleh dipercayai hehe..dan ada pula teori yang mengatakan bottle cap yang ini adalah untuk botol coke 500ml.betul ke?jadi mana satu yang betul?mintak pertolongan dari En.Megat atau pun Cikgu Kamil untuk meng explain tentang bottle cap SG40 yang sebenar2nya.kalau ada real photo bottle cap yang sebenar lagi bagus.boleh kita sama2 enjoy!

Wednesday, August 10, 2011

Coke Hanya Di Cafe

Salam Ramadhan untuk semua para blogger.posting kali ni berkisah tentang set koleksi coca-cola dari Temasek(kontroversi hehe) yang terdiri dari set coca cola classic,light dan zero.kenapa di temasek ni tak keluar lagi perisa vanilla ya?adakah kurang mendapat sambutan?ketiga2 botol ni takla besar sangat,botol kaca dan berlabelkan plastik dan berpenutup aluminium.
pandangan dari sudut belakang.aku membuat survey tentang harga pasaran di Mudah.my,harga untuk ketiga2 botol ini mencecah MYR150! wow! tak rugi jugak aku menyimpan set koleksi ni.modal baru berapa sen je hehe..botol2 coke ni tidak dijual di kedai2 sembarangan.hanya boleh didapati di salah sebuah restoran atau cafe yang berkonsepkan salah sebuah negara di Eropah sana.kalau nak tahu,survey lah sendiri ya hehe..
jikalau anda berjaya mendapatkan set koleksi coke ni,jangan fikir set anda telah lengkap.ada juga adik tirinya iaitu Sprite
dan yang terakhir sekali adalah adik angkat kepada set coke ini iaitu A&W.didatangkan sekali bersama set coke ni.maka lengkaplah set koleksi anda kali ini
dengan pertolongan seorang rakan di Temasek,makan berhari jugak nak mencari set botol2 ni.aku pun dapat 1 set aja..kalau nak lebih,jangan mintak kat aku hehe..cubalah cari dan beli di Mudah.my..enjoy!

Tuesday, August 2, 2011

Coin Can Coca-Cola Zero

Sempena celebrating 125 years of happiness,dengan ikhsan dari seorang teman di Temasek,dapat lah aku menambah set koleksi coin can aku yang pernah aku posting tempohari
Kali ni version Zero pulak..
Kalau dilihat pada muncung tempat lubang masuk coin tu,kali ni adalah berbeza dgn coin can yang classic,ada plastik yang disalut disekitar bibir untuk mengelakkan tangan luka ketika mencucuk duit syilling ketika kering kontang hehe..tapi coin can ni ada penutupnya di bahagian tengkuk can..putar je,dah boleh terkeluar segala isi perut coin ni
hanya tinggal lagi 1 coin can coca cola light,maka cukuplah set koleksi coin can temasek.enjoy!

Saturday, July 30, 2011

Poster Raya Coca Cola 2011


Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada yang beragama Islam.aku ingin mengucapkan selamat bersahur dan berbuka puasa in advance sempena menjelang kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini.dijamukan juga poster coca cola yang baru sahaja keluar dari kilang berserta botol promosi hari raya 2011.selamat menanggalkan poster kat kedai2 haha.enjoy!

Friday, July 22, 2011

Phoenix Kotaraya

Masa aku bekerja kat Bukit Timbalan Johor,selalu lah makan tengahari di Plaza Kotaraya milik J-Corp.padahal kat cafe banyak makanan,tapi hati degil ni berkeras untuk ke Kotaraya jugak dengan geng2 Lelaki Hidung Belang(ayat Harian Metro).bukan ape..kat kotaraya ni banyak butik2 baju popan..spa dan pusat rawatan kecantikan.so yang menjaga kedai2 kat situ pon ada la muka macam ala2 Audrey Bitoni,Chelsea Olivia dan ramai lagi lah haha..jadi sebelum sampai di food court kotaraya tu,ada sebuah kedai bundle.nak kata aku pakai baju bundle,tak jugak..nak kata tak minat,kadang minat jugak..so 1 hari tu agaknya mata ni terpandang pada sebijik botol kat meja cashier..
berkeadaan full bottle,lengkap dengan bottle capnya sekali.so aku belek punya belek,tanyalah pada empunya kedai sama ada dia hendak menjualkannya atau tidak.malang..tauke kedai tu tanak jual..dia kata ni botol lama.susah dah nak dapat sekarang ni.aku pun menganggukkan kepala mendengar topik sejarah yang aku kurang berminat mendengarnya hehe selepas kebas telinga ni mendengar sejarah botol ni yang entah betul ke tidak,aku pun mula membuka harga.Bang,kawan offer lah botol ni rm50,amacam?Pemilik kedai menjawab,kalau rm60 boleh?dengan pantasss aku mengeluarkan dompet sampul surat aku dan menghulurkan not biru kehijau2an dan not merah.terus keluar kedai tanpa cakap banyak dah hahaha
dan yang menariknya,penutup dia Peacock brand National A.W! adakah Phoenix dan National ni duduknya dibawah 1 bumbung? minta pertolongan En.Megat untuk mejelaskan perkara ini kepada budak yang baru belajar macam saya ni hehe..

Thursday, July 21, 2011

Tambahan Poster Raya Cina

Kepada sesiapa yang tertinggal poster coca-cola tahun baru cina 2011,boleh la lengkapkan koleksi Gong Xi Fa Cai coca cola anda.kalau tidak,macam tak lengkap lah koleksi jika tidak disertakan posternya sekali..(bukan aku cakap ya)
aku dapat ni pun last2 minit.yang sedapnya,tengah dok mengopek poster ni kat tepi kedai,si Adan Coke boleh lalu kat situ haha macam takde orang lain..dikeluarkan oleh Coca-cola Beverages Singapore Pte Ltd.Enjoy!

Kata-Kata Carik Gado Of The Day:
Kalau nak merembat,pandanglah kiri kanan hahah!

Tuesday, July 19, 2011

Coin Can Coca-Cola Temasek

Sempena perayaan 125 years of Temasek Coca-Cola,berjaya jugak aku mendapatkan coin can atau tabung dengan pertolongan siapa lagi,saudara kembar budak setan dari Temasek iaitu Blurguyz79 haha..

Didatangkan dengan balutan plastik clear oleh Coca-Cola Singapore Pte.Ltd,coin can ni bukan macam coin can yang biasa kita tengok.tidak ada lubang di montotnya,tetapi di lehernya boleh diputar untuk mengeluarkan coin pabila sudah penuh.kalau yang biasa2 kita lihat,jika sudah penuh,jawabnya kene korek la pakai lidi haha..tu time terdesak la..body luar adalah pattern coca cola yang biasa
di bahagian atas terdapat satu lubang yang memboleh kan kita memasukkan coin lebihan beli nasik campur kat kedai makan Pak Ali Taman Universiti
Apapun,terima kasih diucapkan kepada Blurguyz79 yang kerja berat siang malam tanpa cuti heheh

Kata-kata Carik Gado Of The Day
Zal,kata can ni upah tolong pos barang,kene bayar jugak ea?hahaha gurau senda membawa bahagia!

Friday, July 15, 2011

125 Years Temasek

Mungkin ada diantara kolektor yang sudah memiliki set tin can 125 years coke singapore.ataupun mungkin ada yang belum berkesempatan memilikinya.sayugia dinyatakan jaman sekarang ni hampir semua kolektor telah alert untuk menyimpan lebih atau sekurang2 nya untuk koleksi sendiri.bagi yang belum ada,disini aku ingin memaparkan tin can 125 years Temasek(kontroversi)
Terdapat 3 perisa iaitu full flavor,light dan zero.berbeza dengan yang Malaya iaitu full flavor,light dan juga vanilla.di bahagian hadapan,macam biasa la trademark font Loki Cola beserta bubble2 gemerlapan
Di bahagian belakang pula terdapat perbezaan diantara tin-tin ni.untuk versi light dan juga zero,dipaparkan 'supplying smiles since 1886'.manakala untuk versi full flavor cola pula dipaparkan '125 years of energizing refreshment'
maka dengan pelancaran 125 years of Temasek ini,diadakan macam event la jugak.tapi tak besar sangat di beberapa lokasi sekitar Temasek.diantaranya adalah di Bugis Junction yang aku pegi ni.Semua yang hadir diberikan badge Coca cola seperti dibawah ini.Live Positively.dengan ucapan,hidup ni jangan lah asek nak pandang orang negatif aje hehe ko pon bukan positif sangatt
disertakan dengan pamplet coca cola bagaimana cara2 nak hidup positif.bagus ni kalau korang dapat baca.semoga kita sama2 dapat hidup secara psositif!
selain itu,disertakan juga sekeping sticker untuk dituliskan ucapan2 serta wishlist sempena 125 ulangtahun coca cola
Pastu,stiker itu akan ditampalkan ke arca yang berbentuk orang ni dan boleh la orang ramai membaca apa ucapan dan wishlist.kalau nak tau apa wishlist aku,zoom la sket heheh carik yang mana satu.hint: ada tulis alamat blog aku
Lepas dah tulis wishlist tu,apalagi,beratur la reramai untuk mendapatkan 1 pet bottle untuk tiap sorang
nampak tu berapa banyak botol coke dan ice yang belum disedekahkan kepada pengunjung.Kalau lah di malaysia ada buat camni kan best?ke aku yang terlepas event?hahaha
bayangkan dari pagi sampai malam tak putus2 orang beratur untuk mendapatkan coke free
aku kalau barang free,memang licin!untuk souvenir,aku simpan ajelah pet bottle dengan design grip handle yang baru
lepas puas meneguk bergelen2 air coke free,tiba masanya untuk melihat barang2 pameran yang disediakan oleh coca cola of singapore.terlampau banyak sangat barang.ni diantara yang aku sempat snap.pakai camera handphone je hehe..lupe beb nak bawak camera!antaranya adalah,Truck coca cola
Button
cardboard sign
pelbagai botol dan can dari asia.dibelakang tu ada iklan original dari keratan majalah singapore di dalam bahasa tamil dan Jawi
calendar
dan seluar pyjamas coca cola.ke seluar buat jalan2 ni?ada ke orang nak pakai?tapi kalau Pepsi buat seluar macam ni,kompom Bob pakai buat jalan pegi pasar karat haha
semua barang2 ni dipamerkan di dalam showcase yang tak boleh aku nak umpil hehe..terdapat juga info digital di hadapan showcase tersebut.bukan ini sahaja,banyak lagi showcase yang aku tak sempat nak snap.sorry ya kawan2..hope di Malaysia akan diadakan event seperti ini kelak
Enjoy!

Kata-kata carik gado of the day:
kadangkala aku pelik dengan sikap orang MELAYU yang kolot masih bersifat racist membeza2kan warna kulit.dan kadangkala pernyataan Saudara kita ini macam orang yang tak habis darjah 6 sekolah Melayu.agak berbeza sekali dengan seorang rakannya yang berbahasa agak ilmiah.yang tu aku respek sikit.walaupun ada sedikit krisis,blognya memaparkan barangan yang boleh aku menjadikan sumber atau rujukan.memang nampak beza bahasa orang yang baca buku dengan orang yang tak habis sekolah.agaknya Saudara kita ni tak sedar ke semua orang mentertawakan dia haha dan ingat,Saudara pun bukan putih sangat kah kah kah..nak aje aku tepek gambar muka kesian Saudara kita ni bersama keluarga terchenta di Hari Raya(aku dan Blurguyz79 pernah suatu ketika dulu terbahak-bahak mentertawakan gambar ni) haha dan aku suke hendak quote kata2 Susan Lankester di dalam Filem Mekanik "orang putih ke,orang hitam ke,orang coklat ke,orang BIRUUU ke,kita kan orang Malaysia"-sebut dengan slang mat saleh-