"Keep It Until Hard To Find"
Tuesday, November 29, 2016
PanGlobal Plaza/ Bangunan Azizah/ Wisma Orkid/ Orchid Plaza/ Orchid Hotel Johor Bahru
Ok kali ni punya entry adalah misi untuk mencari bangunan yang hilang di sekitar Johor Bahru. Bagi yang lahir dan membesar di Johor bahru, anda pasti pernah terlihat bangunan ini bukan? dan pasti tertanya2 di manakah bangunan ini lenyap? dan bilakah bangunan ini lenyap? mengapakah ianya dilenyapkan?
Ok mengikut sumber2 radio karat, bangunan ini dibangunkan pada tahun 1973 dan siap pada tahun 1975. Pada mulanya ia dinamakan sebagai Bangunan Azizah sempena nama Tengku Azizah Almarhum Tengku Aris Bendahara Tengku Abu Bakar. Yang aku pasti seorang bernama Puan Nooraini Yasin telah membuka sebuah disco disitu yang dinamakan The Scene dan band Heavy Machine sering bermain disitu dan menjadi tempat lepak Tea Dance remaja JB di tingkat bawah pada hari Sabtu.
Selain The Scene, di tingkat bawah juga terdapat pejabat MAS dan juga Public Bank Berhad. Ramai juga warga JB yang pernah interview steward dan stewardess disini. Sebelum MAS telah berpindah ke Menara Pelangi pada tahun 1990-an.
Di bahagian atas iaitu Orchid Hotel, pernah terjadi kejadian kebakaran pada era 70-an dan menurut orang disitu, pihak bomba dari singapura pun dikejarkan kesitu untuk memadamkan api berikutan bomba di johor bahru tidak dapat menampung untuk memadamkan api.
Selepas beberapa era pemodenan, terdapat pejabat yang keluar masuk seperti Ernst & Young, Eon Bank, Mansfield Travel, PRAC dan sebagainya.
Bilakah bangunan ini dirobohkan? Tahun 2002? Aku pon kurang periksa. Tahu2 dah takde dah bangunan ni sekarang. Lokasinya? Terletak bersebelahan stesen minyak Shell 'bandar' di Jalan Wong Ah Fook. Mengapa ia dirobohkan? aku pun tak tahu heheh
Poster/ Kalendar Drinho 1983
Sewaktu zaman era 1980-an, terdapat trend dimana kebanyakan poster/ iklan didatangkan sekali dengan kalendar. Jadi pada awal tahun, kedai2 runcit akan mendapat sekeping pengiklanan yang boleh aku sebut sebagai poster kalendar. Dengan strategi yang macam ni, secara tidak langsung pekedai atau orang ramai boleh melihat tarikh dan juga melihat produk yang ingin di promosikan. Dengan ini, jualan produk ini akan meningkat. Disini terdapat sekeping poster kalendar yang bermaterialkan kadbod, yang masih elok lagi keadaannya. Poster kalendar ini aku dapatkan daripada seorang teman di Rengit, Johor. Dan harganya aku sudah lupa. Tapi jikalau aku beli tu, bermaksud berbaloi lah harganya. Bermaksud murah laaaa aku dapat poster kalendar ni hehehe..ha cerita pasal aku selalu dapat barang murah, ada la sekali ni, aku berminat pada satu poster yang ada kat fb. Boleh la aku namakan dia sebagai Z. Aku tak berapa rapat dengan Z. Malah tak pernah berchat2 di fb. Maka ada seorang rakan aku bernama A yang aku lihat dia mengenali Z tapi tak sebegitu rapat. Maka aku menggunakan A untuk bertanyakan harga poster itu pada Z. Nak tahu apa Z cakap pada A? "Aku tahu si afzarizal tu tak berani angkat poster kalau harga macam ni" Bermaksud, aku ni selalu dapat poster dengan harga murah, maka si Z sangka aku takkan berani ambik poster yang harga mahal tu haha si sengal A ni pon satu, pegi mention nama aku kat Z kenapa? kalau macam tu, baik aku terus direct pm si Z kahkah lepas ni sumpah aku taknak mintak tolong orang tanyakan harga lagi. Tapi yelah prediction orang terhadap kita, kita tak boleh nak halang. Aku bukan tak berani laburkan amount yang besar pada sesuatu barang, cuma aku sering berpuasa, menahan napsu dari membeli barang2 yang tinggi harganya. Tapi balasannya, aku sering terjumpa item yang sama, dengan harga yang jauh lebih murah. Sebab rezeki tu kita tak boleh cakap. Ok dah melalut. Kita sambung pasal Drinho ni
Drinho adalah salah satu produk daripada syarikat Lam Soon yang mula beroperasi pada tahun 1950 di Jalan Jurong Kechil, Temasek. Yang kemudiannya beroperasi di Petaling Jaya pada tahun 1958 sehinggalah ke hari ini. Kelihatan subjek di dalam poster sedang keriangan bermain white water rafting dan rock climbing. Dan setelah penat, mereka memilih air kotak drinho pelbagai perisa seperti plam masam, laici, kacang soya, oren, teh bunga kekwa dan teh herba untuk menghilangkan dahaga la aku syak
"Keep It Until Hard To Find"
Monday, November 28, 2016
Hard Plastic Coca-Cola Double Sided Sign
Sewaktu aku pergi sesi korek mengorek bersama abang dollah di Yong Peng, Johor, terdapat satu sign yang masih tersergam indah di luar sebuah kedai runcit di sebuah satu persimpangan tiga. Maka ini membuktikan yang signage ini wujud di Malaysia dan pernah digunapakai di kedai2 runcit yang menjual coca cola.
Design di kedua2 belah adalah sama. Sign ini dikeluarkan oleh pihak Fraser & Neave (M) yang kiranya aku boleh menganggarkan sign ini dikeluarkan pada tahun era 1990-an atau lebih tepat lagi pada tahun 1993 jika dilihat pada logo yang tertera pada signage ini. Size double sided sign ini adalah lebih kurang 1 kaki. Lebih kurang juga dengan bull's eye button coca cola yang pernah digunakan di malaysia suatu ketika dulu.
Sign ini dikeluarkan oleh RTC Industries yang beralamat di Chicago, USA. Aku cuba mencari nama company ini, tapi malangnya company ini sudah tidak beroperasi lagi. Nombor telefon yang tertera disitu juga sudah tidak wujud lagi. Begitu juga dengan product code yang disertakan, aku cuba search di google, tapi memang dah tak wujud. Sign yang kami jumpa di Yong Peng, kini disimpan kemas oleh abang dollah. Kondisi sign itu hanya dimakan hari pada sebelah side sahaja, berikutan side itu terdedah pada cahaya matahari. Sign yang aku dapat ini adalah kelihatan sempurna sedikit. Warnanya masih terang di kedua2 belah side. Dan aku membeli sign ini melalui seorang runner coke tersohor iaitu Azmi dengan harga rm150 yang pada aku kira berbaloi. Jika anda seorang kolektor tegar coca-cola malaysia, sign ini wajib wujud di galeri anda!
"Keep It Until Hard To Find"
Sunday, November 27, 2016
Cawan Kopitiam MILO
Milo diperkenalkan pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne di Sydney, Australia. Dan diperluaskan di serata dunia termasuklah Malaya dan Temasek. kalau nak dibandingkan dengan negara lain, Milo amat popular di temasek dan malaya. Jika dilihat pada masa sekarang, di kebanyakan restoran mamak, termasuklah KFC dan McD, memang terdapat air Milo ini. Kebanyakan dari kita sendiri membesar dengan Milo. Sejak dari kecil kita minum Milo, mungkin marketing Milo pada masa dulu memang tajam dan berkesan. Hingga hampir setiap rumah terdapat setin Milo. Lori van Milo juga sering datang mempromosikan minuman meraka kepada kanak2 sekolah. Jika dilihat gambar dibawah ini, ianya diambil pada tahun 1951 di Great World Singapore. Tapi malangnya ditutup pada tahun 1978.
Jika dilihat pada van dibawah ini juga tertera iklan Milo yang diambil pada tahun 1948 di temasek. Mengapa aku up pasal dua gambar ni? Ok, sewaktu lawatan aku ke Rengit, Johor, seorang teman yang agak rapat telah menghulurkan aku sebiji cawan Milo yang agak menarik rekabentuknya. Berada di dalam keadaan yang amat cemerlang
Jika dilihat di bahagian opposite cawan ini pula, tertera perkataan Milo dalam bahasa Cina
Jika dilihat dibawah buntut cawan ini, tertera perbuatan Goh Ban Huat Kuala Lumpur. Aku tak dapat pastikan pada tahun berapakan cawan ini dikeluarkan. Tapi berdasarkan font MILO yang tertera pada cawan ini, boleh lah aku anggarkan ianya dikeluarkan pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1950-an. Dan terdapat persamaan font nya jika diperhatikan pada iklan di Temasek pada tahun 1949 ini
Maafkan aku jika sifir aku ini salah. Ini cuma kira2 sahaja hehe..lagipun aku lihat scene blog ini sudah suram. Dimanakah para blogger barang karat??!!!
"Keep It Until Hard To Find"
Thursday, November 24, 2016
Tray Ang Sai Red Lion
Nampaknya dah lama aku tak up entry pasal tray. Lagipun keluaran tray di malaya ni tak banyak. Boleh dikira pakai jari. Dan hampir semua kolektor di malaya ni hampir game kesemua koleksi tray yang ada. Aku pun tidak fokus ke tray ni sangat. Bak kata orang buat ada2 jelah. kalau ternampak yag murah, beli. Kalau takde, takla merengek pun haha
Sewaktu kawan aku si Blurguyz meronda di flea market di Temasek, maka beliau ternampak satu tray yang keadaannya amat daif. Dia call aku bertanya sama ada aku dah ada belum tray ang sai ini? Dengan pantas aku cakap ambik je. Aku bertanya condition ok ke? Dia kata " Kalau aku letak bawah lampu, memang rupa dia macam seluar katuk P.Ramlee dalam cite bujang lapok haha" maksudnya memang banyak lubang2 kecil sunbeam. Seingat2 aku harganya juga bawah dari sgd100. Tapi aku pejam mata je. Aku cakap ambik!
Setelah dibersihkan secara ala kadar, barulah berseri sikit tray ni.
Red Lion ni diperkenalkan oleh Fraser & Neave pada tahun 1950an. Ia adalah sesuatu yang baru atau boleh dikatakan sebagai minuman yang ranggi atau hipster sikit pada masa itu jika nak dibandingkan dengan produk2 yang terdahulu. Dengan rekaan botol yang baru, sebagaimana tersergam indah diatas bangunan Fraser & Neave di Jalan River Valley Temasek
Kelihatan pada tahun 1955 wanita juga sudah dieksploitasi di dalam The Singapore Free Press bertarikh 29 Oktober 1955 yang mempamerkan iklan F&N
Jika merujuk pada sumber2 yang TAK boleh dipercayai heheh, ada yang mengatakan Red lion ataupun ang sai (cina) mahupun singa merah (melayu), ini terdapat dalam dua variasi. Iaitu oren dan jus nenas. Ataupun di mixkan kedua2 nya. Aku memang tak dapat nak pastikan sebab aku tak berpeluang untuk sedut air ini terus dari botol menggunakan straw
"Keep It Until Hard To Find"
Monday, November 14, 2016
Poster Doral
Seingat aku masa aku kecik, aku tak pernah lihat, pegang, jenama rokok Doral ni. Ataupun aku terlepas pandang? ataupun jenama rokok ni kurang popular? Hanya dijual di kawasan luar bandar? tidak dijual di tempat tinggal aku di Johor Bahru? aku tidak ketemukan jawapan. Tapi, pencarian aku sudah terjawab. Bila aku kawen dengan isteri aku yang berasal dari benut, Pontian, terdapat satu geng motor yang agak famous di area Parit Makuaseng Benut yang bernama Doral. Dan ahli2 geng motor Doral ini adalah dari ahli keluarga bini aku jugak! Bila sembang2 petang tu, bukak cerita lama, termasuklah bab cerita geng motor diorang muda2 dulu. Aku terdengar diorang sebut nama grup doral. Ha! baru aku teringat aku ada simpan poster rokok doral!
Jadi entry ini adalah untuk memperingati tertubuhnya grup motor Doral parit makuaseng!
Poster ini berukuran standar size giant poster yang diletakkan di kedai2 runcit untuk memberitahu rokok ni ada dijual di kedai runcit tersebut. Rokok Doral ini berasal dari amerika yang diperkenalkan pada tahun 1969. Yang kemudiannya di re-brand pada tahun 1984 dan memasuki pasaran Malaysia. Poster Doral yang jenis ini terdapat promosi pemetik api percuma, jika ditukarkan dengan 3 kotak rokok doral yang kosong
Di mana nak tukar? Ok jom lihat senarai kedai atau pusat penukaran di bawah ini
Masih ada lagi kah kedai2 ni kat area korang?
Aku harap entry ni mengembalikan nostalgia budak2 grup motor doral benut. ok korang dah boleh buat reunion la! hahaha
"Keep It Until Hard To Find"
Sunday, November 13, 2016
Seletaris Mineral Spa Water
Cerita mengenai mata air panas di Temasek ini hanya boleh didapati di Sembawang Hot Spring sahaja. Mata air ini mulanya dijumpai di Sembawang pada tahun 1908 oleh W.A.B Goodall yang dimiliki oleh Seah Eng Keong di dalam ladang nenasnya. Yang kemudian diuji di Eropah dan terbukti mata air itu selamat diminum. Dan Seah Eng Keong telah men 'set up' Singapore Natural Mineral Hot Spring Company dan menjual air tersebut dengan nama Zambun atau dalam bahasa melayunya adalah Air Jamban. haha betul ke?
Kawasan itu akhirnya ditukar pada nama Seletar Hot Spring. Kampung berdekatan pun dinamakan dengan nama Kampung Ayer Panas. Jika dilihat di dalam peta lama, kawasan ini dilihat berdekatan dengan Sembawang Road dan Mandai Road.
Pada tahun 1921, Fraser & Neave Ltd. telah membeli syarikat ini dan membina sebuah kilang air botol pada tahun 1933. Semasa perang Jepun (1942-1945), tempat ini telah diambil alih oleh tentera jepun dan menjadikan ia tempat mandi dan rekreasi pada pegawai tentera jepun yang kemudiannya terkena tempias pengeboman pihak tentera British pada tahun 1944.
Pada tahun 1960, tempat ini menjadi tumpuan para taik judi untuk mandi disitu untuk mendapatkan nasib yang baik sebelum race kuda bermula.
Dan pada tahun yang sama. para penduduk kampung menyarankan agar pihak berkuasa menjadikan kawasan tersebut sebagai resort untuk tumpuan pelancong. Tetapi pihak Fraser & Neave telah membangkang cadangan dari orang kampung dengan menyatakan para geologi tidak menemukan sebarang sumber di kawasan itu haha pandai jugak F&N ni ya. Lima tahun selepas itu, idea untuk air spa ini muncul kembali. Dan pada tahun 1967, Fraser & Neave Ltd. telah membina sebuah kilang air botol yang diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu Semangat Ayer Limited.
Kelihatan Menteri Pertahanan Singapura 1967 bersama Chairman F&N Ltd. iaitu Tan Chin Tuan semasa perasmian kilang tersebut yang bernilai SGD1.5 juta pada fasa pertama pembinaanya.
Aku lupa bagaimana aku perolehi botol ni. Mungkin ingatan aku dah lemah sekarang ni haha..tapi ghese hati aku, botol ni aku dapat dari pemberian seorang rakan baik aku dari Temasek. Warna botol kaca ini amat menarik pandangan aku iaitu hijau ke biru biruan ataupon boleh aku katakan aqua.
Dibotolkan untuk Semangat Ayer Ltd.
Di bahagian belakang pula, terdapat paparan tentang report analisa tentang kandungan air mineral spa ini. Fuh! Memang power!
"Keep It Until Hard To Find"
Wednesday, November 9, 2016
Gelas Fraser & Neave Coronation Queen Elizabeth II
Kemahkotaan Ratu Elizabeth II mengambil tempat di England pada tarikh 2 June 1953. Bersempena dengan itu, John Fraser yang sendirinya berketurunan Inggeris, telah mengeluarkan sebiji gelas sebagai tanda memperingati hari coronation tersebut.
Bagi aku gelas ini sangat menarik dengan warna jata yang menonjol warnanya, singa dan unicorn, berbibirkan warna emas, red ribbon fuhhh mencanak!
Bagi yang tidak mengetahui apa tu ER pada jata tu, itu bukan emergency room ya hehe itu adalah Elizabeth Regina yang bermaksud Queen Elizabeth. Regina tu diambil dari perkataan Latin. Maafkan aku kalau silap. Aku kurang periksa hal ni. Ia ditabalkan sebagai Queen selepas kematian bapanya King George VI pada tahun 1952. Queen Elizabeth I ditabalkan menjadi Queen of England pada tahun 1558. fuh! gila la kalau aku nak kaji balik salah silah diorang ni haha..aku kurang pasti samada Sir Ibrahim SUltan of Johore ada dijemput sebagai guest coronation tersebut atau tidak. Tengok pada listing guest tu macam ada.
Di bahagian belakang gelas tertera 'with compliments of fraser & neave ltd.' Gelas ni memang banyak terdapat di Temasek. Pada masa aku dapat dulu laaa...la ni dah payah juga nak jumpa orang jual dengan harga sgd55
"Keep It Until hard To Find"
Tuesday, November 8, 2016
Malaysia ESSO 100 Years Coca-Cola Can
Tahukah anda di Malaysia sudah tidak ada lagi minyak petrol esso? di manakah petrol station MOBIL? Kalau dilihat di temasek, masih ada lagi petrol2 station esso ini. Yaaaa di malaysia ni kalau boleh semua nak dijual hahaha lelame negara ni pun nak dijualnya. Eh, ke memang dah terjual? hahaha..ok berbalik kepada esso ini. Mula ditubuhkan di usa pada tahun 1911 dan pada itu digelar Standard Oil yang bahasa hipsternya pada masa itu adalah 'S' 'O' dan akhirnya dijadikan nama ESSO. Dan bapak kepada kedua2 jenama minyak Esso dan Mobil ini adalah Exxonmobil. Mana pegi Exxonmobil ni di malaysia? Yaaa sudah kena jual pada syarikat minyak philippines iaitu Petron.
Standard Oil ini mula diperkenalkan di malaya pada tahun 1893. Maka selepas 100 tahun daripada itu, Esso telah berkolaborasi dengan coca cola untuk mengeluarkan sebiji tin peringatan sempena Esso 100 tahun di Malaya.
Can ini biasa2 sahaja bagi aku. Tiada apa yang menari dengan can1 aluminium pada tahun itu. Tapi yang setimm nya adalah logo kepala harimau yang tertepek di can tersebut. Dengan berlatarbelakangkan warna merah terang, ditambah dengan logo kaler gold, fuhh memancar!
Jika dilihat di paparan yang satu lagi, ianya adalah seperti normal cans. Salah satu can yang wajib disimpan oleh pengumpul tin coca cola malaysia!
"Keep It Until Hard To Find"
Monday, October 31, 2016
Tin Calendar Rothmans
Rokok Rothmans diasaskan oleh Louis Rothman pada tahun 1890 di Fleet Street,London sebagaimana yang tertera pada atas kepingan zink calendar ni
Pada tahun 1900 Rothman telah membuka kedai rokok di Pall Mall London seperti yang terpapar di bahagian bawah tin sign ini
Kelihatan juga terdapat 2 butir lobang untuk menggantungkan kalendar pada tahun tersebut. Kalendar macam biasa lah yang jenis soyat sehelai sehelai tu
Dengan berlatarbelakangkan menara Big Ben, terdapat 3 kotak rokok yang amat famous iaitu Rothmans itu sendiri, Pall Mall dan juga Consulate. Di Malaysia, iaitu di Petaling Jaya, terdapat satu roundabout yang dinamakan Roundabout Rothmans disebabkan ianya berdekatan dengan HQ Rothmans of Pall Mall Malaysia yang kininya dikenali sebagai British American Tobacco Malaysia. Berdasarkan pack rokok di tin calendar ini, boleh la aku katakan ianya dikeluarkan pada tahun lewat 1970-an sehingga awal 1980-an. Saiz tin calendar ini juga besar sedikit dari tin2 calendar jenama lain iaitu lebih kurang saiz kertas A3.
"Keep It Until Hard To Find"
Sunday, October 30, 2016
Minumlah Teh & Kopi 888
Jika anda pergi ke pasaraya yang berdekatan dengan rumah anda, pasti akan terlihat beberapa packet 3 in 1 seperti di bawah ini
Tapi pernahkah anda melihat cawannya itu di pasaran? Mengikut perbualan di antara kolektor2, cawan kopitiam 888 ini hanya diberikan kepada pekedai2 atau pengusaha kopitiam sahaja yang dihidangkan kepada pelanggan yang datang ke kedai. Dan tidak boleh dijual balik
Mengikut perkiraan aku, cawan ini dikeluarkan lewat tahun 90-an dan dikeluarkan. Maafkan aku kalau penilikan aku ni salah ya hehehe
Dikeluarkan oleh Syarikat Thong Guan Trading Sdn. Bhd. yang berpengkalan di Bedong, Kedah dan masih beroperasi sehingga hari ini. Bagi aku cawan ini hanya koleksi yang biasa2 sahaja kalau nak dibandingkan dengan cawan kopitiam yang lain. Tapi, boleh la buat koleksi seadanya
"Keep It Until Hard To Find"
Sunday, October 23, 2016
Sir Ibrahim Park Fund 40th Commemorative Pin
Sudah lama jugak aku menyimpan pin ni..aku perolehi semasa lawatan ke rumah Uncle Ali. Aku beberapa kali jugak nak up tentang kewujudan pin ni. Tapi disebabkan kekurangan info, aku terpaksa mengkensel niat aku untuk up pin ni. Jadi setelah kesian lamanya pin ni terperap, tanpa sebarang info, maka aku up jugak lah hari ni. Hanya untuk menunjukkan bahawa pin ini wujud. Aku ada lah jugak aku bertanyakan kepada pekerja Muzuium Di Raja Abu Bakar, tapi semua jawapan yang aku terima adalah hampa. Aku nak bertanya pada Pengarah Muzium Dato' Paiman Keromo pun segan2 juga. Takut jawapan yang diberikan tidak menepati kemahuan aku.
Jika dilihat pada tarikh yang tertera 1895-1935 iaitu 40 tahun. Sultan Ibrahim atau gelaran sebenar Major General Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur Ibni Al-Marhum Sultan Sir Abu Bakar Al-Khalil diputerakan tanggal 17 September 1873 dan menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 8 Mei 1959. Jika dilihat pada tahun awal pin ini pada tahun 1895 ianya adalah tahun Sir Ibrahim ditabalkan menjadi Sultan Johor. Dan pin ini dikeluarkan pada tahun 1935. Dah berumur 81 tahun juga pin ni ya. Masih tahan dan kekal lagi warnanya. Saiznya juga adalah sangat kecil lebih kurang 1 inchi sahaja. Terdapat paparan imej Sir Ibrahim beserta bulan dan bintang. Serta tulisan 'In Commemoration Of The 40th Year Reign Of H.H. The Sultan Of Johore'. Di Bawahnya pula tertera 'Ibrahim Park Fund'. Aku cuba google apa itu Ibrahim Park Fund tapi tidak ketemu sehingga sekarang. Yang ada hanyalah Yayasan Sultan Iskandar dan juga Yayasan Sultan Ibrahim yang terkini. Frust jugak aku tak ada siapa yang boleh menceritakan tentang Ibrahim Park Fund ni
"Keep It Until Hard To Find"
Thursday, October 20, 2016
Malaysia Cherry Coke
Anda pernah sempat membeli/ merasa/ meminum cherry coke? Untuk aku yang pernah minum cherry coke ni, terus terang aku katakan rasanya cam pundek. Bukan salah satu favourite minuman bergas aku. Senang kata hanya beberapa kali je aku membeli cherry coke ni. Jika tekak terasa nak minum saja baru beli. Kalau tekak ni terasa haus sangat, coca cola yang biasa tetap menjadi penghilang dahaga.
Jika dilihat dari segi penampilan tin cherry coke ini, ia ada lari sedikit dari trademark coca cola. walaupun ianya adalah salah satu produk dari coca cola. Tetapi ia masih mengekalkan warna merah. Compare dengan coca cola cherry yang terkini, warna tin nya adalah mirip kepada merah cherry. Bukan merah terang. Coca cola memperkenalkan cherry coke pada tahun 1982, tetapi gagal mendapat sambutan. ia diperkenalkan semula pada tahun 1985 dan kali ni ia meletop dan kekal sampai lah sekarang. Cuma di malaysia sahaja kurang publisiti dan tidak dijual buat masa sekarang. Yang ada pun hanya dibawa masuk dari amerika
Jika dilihat di paparan belakang, terdapat alamat pengeluar F&N di Jalan Yew off Jalan Sungai Besi. Orang KL, masih ada lagi ke kilang ni? Dan cherry coke ini juga mengandungi kafein. Nak rasa? Pergi lah ke Cold Storage. Ada jual
"Keep It Until Hard To Find"
Wednesday, October 19, 2016
Gelas Minuman MILO 30 sen
Sewaktu aku melawat kediaman abang omar di Rengit Johor, dia ada mengajukan satu kotak pada aku. Yang aku rasa agak menarik juga. Jenama yang tak asing dari produk tenusu Nestle, iaitu MILO. Ok jom kita lihat apa yang menarik tentang kotak ini
Di bahagian belakang kotak ini, terdapat imej tin Milo dan juga gelas kaca beserta air milo. Dari pemerhatian aku, logo Milo yang tertera pada tin tersebut, boleh lah aku katakan yang ianya dari tahun akhir 1970an sehingga awal 1980an. Maafkan jikalau aku salah!
Di bahagian sisi pula, terdapat aksi pemain bola sedang berebut menanduk sebiji bola haha dengan stail rambut ala2 tauke dalam filem Ola Bola
Di bahagian hadapan pula terdapat bahagian lompong yang menampakkan sedikit rupa bentuk gelas yang akan korang dapat kalau beli Set Milo ini. Ditambah pula dengan ayat 'Lebih 30sen saja'
Di bahagian atas pula hanya terdapat ayat yang menyatakan anda hanya perlu tambah 30sen untuk mendapatkan gelas ini dengan pembelian Milo 1.5kg
Persoalannya, berapakah harga setin Milo 1.5kg pada masa itu???
"Keep It Until Hard To Find"
Sebuah Kesah Yang Menyayat Hati
Sewaktu lawatan geng2 karat JB ke rumah Cikgu Ali di Pontian, Johor. Cikgu Ali ada mengeluarkan selambak dokumen2 lama yang dia telah simpan sekian lama. Maka kami pon pilih yang mana boleh dibawa pulang. Aku mengambil sekeping poskad yang ditulis dengan tulisan cina lama. Aku pernah menunjukkan poskad ini kepada rakan berbangsa cina tapi dia pon tak paham apa kandungan poskad ini
Ada diantara korang yang paham apa dia tulis ni? cun jugak tulisan dia menggunakan berus dan dakwat hitam ni
Di muka hadapan pula tertera State Of Johore POST CARD. Alamat juga perlu dituliskan pada bahagian hadapan. Kalau posmen tu berbangsa Melayu, macamana dia nak baca alamat ni jika dituliskan dalam tulisan cina???
Jika dilihat dari cop, ia adalah Muar dan di chop pada tahun 1939. Di sebelah kanan atas terdapat setem Sir Ibrahim. Aku tak dapat nak jelaskan banyak tentang post card ini kerana aku memang zero knowlegde tentang hal ehwal stamp mahupun cover. Jadi yang ini hanyalah buat simpanan buat ada-ada saja
"Keep It Until Hard To Find"
Tuesday, October 18, 2016
Iklan Majalah Rokok Craven A
Sewaktu jaman dulu2 aku kerap ke Temasek, bersama blurguyz, ada juga hari2 yang aku termiss untuk masuk Temasek untuk shopping barang karat. Maka blurguyz lah ditugaskan untuk menjadi mata-mata aku memburu barang karat ini. Eloknya permainan kami berdua adalah berbeza. Blurguyz pada masa itu lebih stim kepada botol. Dan aku pula lebih kepada poster. Memandang aku lebih tertarik dengan cara design orang2 lama tanpa photoshop yang advance, design yang lebih basic, penggunaan warna, imej yang dieksploitasi, perwatakan yang pelik dan sebagainya. Maka pada hari itu si blurguyz telan menelepon aku dari temasek mengatakan ada satu keratan iklan yang mungkin diambil dari majalah era awal 1970-an.
Saiznya adalah lebih kurang A4. Poster atau iklan ini ada sedikit pudar dari warna asal kotak korok ini yang berwarna merah menyala
Rokok yang sepenuhnya diimport dari England
Bersaiz panjang, tembakau Virginianya diadun dengan perfect. Sangat lembut tetapi masih terasa full flavornya
Keadaan packet rokok yang asal dan masih dalam warna yang masih belum pudar. Bila last agaknya rokok ni berada dalam pasaran Malaya? awal 1980an? 1985? Mungkin? Craven A Will Not Affect Your Throat
"Keep It Until Hard To Find"
Monday, October 17, 2016
Gelas Four Star
Aku teringat sewaktu lawatan ke Taman Pulai Indah JB bersama abang dolah ke satu rumah kolektor yang aku lupa tahun bila. Aku membuat entry ini berikutan terpandang muka dia kat fb semasa Naratif Collector Market yang berlansung di Medini Mall pada 15-16 Oktober 2016. Namanya Wak Jawa. Outfitnya memang terserlah kejawaannya bersama blangkon yang dipakainya semasa berlansung event tersebut. Jadi pada malam itu kami bertandang kerumahnya. Orangnya sangat2 down to earth. sangat humble dan tidak sombong. Pada masa itu barang koleksi yang terdapat di rumah Wak jawa tidaklah sehebat hari ini. Aku akui mengikuti nya di fb dari hari ke sehari. Syabas diucapkan kepada wak jawa yang makin bertambah barang koleksi. Jadi pada malam itu kami tidak pulang dengan tangan kosong. Wak jawa mengeluarkan sekotak gelas yang sama brand nya. Aku tidak dapat agak ada berapa gelas di dalam kotak itu. Tapi memang banyaklah. Jadi aku dan abang dolah borong seberapa banyak yang boleh. Dan kami tidak zalim. kami meninggalkan sedikit untuk kolektor lain di belakang. Bak kata orang, kalau makan tu, tinggalkan lah sikit untuk orang belakang. Konsep ini aku masih pegang sampai hari ini. Tak macam sesetengah kolektor yang sapu licin tapau habis tanpa meninggalkan sebutir habuk pon kahkah
Jenama Four Star yang berasal dari Johore Bahru, Johor. Jenama ini adalah salah satu keluaran dari Guan Seng Long Aerated Water Works Johore bahru. Aku masih menjejaki di manakah lokasi sebenar tapak kilang Guan Seng Long ini. Jawapan yang diberikan masih hambar belaka..
"Keep It Until Hard To Find"
Thursday, October 13, 2016
Gelas Plastik 7up Loken
Sewaktu lawatan ke Pasar Karat Ipoh, Perak. Atau lebih dikenali sebagai Loken. Ada juga yang menyebut Memory Lane Ipoh. Aku terpandang pada satu susunan gelas plastik yang tinggi macam setinggi menara KLCC gamaknya. mungkin lebih dari 20 pcs. Lalu bertanyakan berapa harganya? seller tu cakap rm5 satu biji. Ok lah boleh juga di buat kenangan balik ke JB. Aku ambik satu
Berdasarkan pada logo yang tertera, boleh lah aku katakan yang gelas ni dikeluarkan pada tahun 1980an. Materialnya adalah dari plastik lembut yang boleh dilentur. Saiznya pula tidaklah Jumbo. Boleh la aku katakan besar sedikit dari gelas kaca yang normal, dan kecil sedikit dari bekas Big Gulp 7Eleven.
Benda yang buat aku tertarik adalah dari segi kombinasi warna hijau yang terang dan dibalas dengan logo 7up yang merah. memang cun kombinasi warna dia. Dan kondisi gelas plastik ini adalah New Old Stock
"Keep It Until Hard To Find"
Wednesday, October 12, 2016
Framroz's Aerated Water Ashtray
Jenama Framroz bertapak di Temasek sekitar tahun 1903. Dan mengikut kata orang2 lama di Temasek, mereka masih nampak jenama itu di sekitar 1970an berikutan company ini telah menerima Anugerah Best Award for Soft Drink pada tahun 1973 yang dipaparkan di dada akhbar The Straits Times Singapore. Bermaksud betul lah company ni masih wujud pada tahun 1970an. Sebelum2 ni pun aku ada up posting pasal botol, cawan creamer serta gelas Framroz. kali ini aku nak up mengenai tempat habuk rokok ataupun orang panggi ash tray.
Kebanyakan orang Cina di Temasek menggelar Framroz Aerated water ni dengan panggilan cina yang membawa maksud Crown aerated water. Buat masa ni, aku hanya terpandang 3 design ash tray Framroz. Mungkin lebih? atau aku yang kurang korek. nah disini terdapat salah satu design ash tray framroz yang aku kira menarik juga designnya.
Dengan kondisi yang aku kira masih cun lagi, terdapat 4 muka pada ashtray ini. dan satu design bagi setiap 2 muka. bermakna paparan depan dengan belakang adalah sama. Manakala paparan muka kiri dan kanan juga sama designnya. Dengan begitu gah mahkota yang membanggakan jenama Framroz ini, ink dan colour yang terpalit pada muka ash tray ini amat menarik sekali. memang layak untuk disimpan dalam lemari aku heheh
Tuuuu diaaaa paparan di sebalah kiri dan kanan ash tray. Cun kan? Yang buatkan aku tertarik dengan ash tray ini adalah tulisan 'Singapore' yang menceriakan lagi penampilan ash tray ini.
Ash tray ini aku perolehi di flea market pada suatu ketika dulu dengan harga sgd45 yang pada aku mahal ketika itu. Tapi pada masa sekarang rasanya berbaloi dengan harga tu.
"Keep It Until Hard To Find"
Subscribe to:
Posts (Atom)















