Jadi sempena posting terakhir sebelum aku bercuti panjang ni,aku nak sajikan sekeping besi yang tak seberapa ni.niat pada mulanya ingin menyimpan saja.dan dikeluarkan pada masa berperang.tapi tak apalah.niat buruk itu telah dineutralkan oleh perasaan 'AH BIARLAH'..ramai juga yang bertandang ke rumah menyuruh aku posting di blog.Penghulu JB dan Tuan Pengkerusi pun dah berbunyi,'Barang yang baik,tak perlu lah disorok' dan 2 hari lepas Bro Megat datang ngeteh kat JB,dan kami amat berterima kasih pada beliau kerana tanpa beliau,tidaklah kami dapat melihat botol Codd Framroz,botol bowling & botol embossed Schweppes yang conditionnya teramatlah cun melecun hampir 99%!.dan aku berseloroh dengan abg dolah,"bang,ropanya ada juga ya botol2 macam ni kat JB"haha abg dolah tersenyum kambing..jadi barang apakah yang aku posting pada hari ni?
Logo Crown Trade Mark yang tidak asing lagi bagi semua pengkolek botol..menurut Zul Botol Larkin dan diri aku sendiri,syarikat air yang berlogo kan crown ni lah diantara botol yang tercantik buatannya dan ada standardnya tersendiri jika dibandingkan dengan jenama2 air yang lain
Wah! ada gambar botol Framroz printed! memang sah benda ni dari jaman 1950's hingga ke awal 1960's
yang ini lagi best!botol Framroz Nomber Satu!bagi aku lukisan diatas metal ni nampak aja macam bodoh,tapi ada keunikannya tersendiri kalau nak dibandingkan dengan teknologi canggih priting jaman sekarang dengan software2 yang aku dah tak larat nak ikut.nampak keaslian dan ketelitian pada lukisan ni
Bagi pengumpul botol Framroz yang tidak sempat mengkolek botol beserta cap atau tudungnya sekali,boleh lah membuat rujukan di bawah ni cap apakah yang digunakan oleh Framroz dan flavor2 air yang dikeluarkan
Cap Nomber Satu
Cap Lemon Barley
Cap Orange Smash
dan Cap Sarsaparilla
dan ini adalah gambar close up bahagian advert Framroz
Dan yang terakhir adalah paparan keseluruhan chalkboard atau bagi sesetengah orang menggelarkannya sebagai menu board yang digunapakai di restoran2 Cina lama untuk menulis apa menu special hari ini ataupun tanda harga bagi minuman dan makanan yang dijual.saiznya ada standard size poster wayang dan material adalah metal yang dilapikkan dengan papan hitam untuk ditulis menggunakan kapur.condition masih cemerlang lagi hampir 90%
Info yang amat-amat menarik!! Dasat!!
ReplyDeleteDan "SELAMAT PENGANTIN BARU" Bak kata abang Dollah.. "singgah jenguk pengantin dalam blog je lah!!" Kehkeh..
ReplyDeleteTQ megat..tapi ko jangan ikut abg dolah tu..dia mazhab lain hahah kalau ada kesempatan,datang lah ya..tapi kalau kalau kekurangan masa tu,itsocay..post botol kat rumah aku untuk hadiah kawen pon ok jugak heheh
ReplyDeleteHi bro,
ReplyDeleteIs this for sale? I am interested in it.
Hi Afzarizal, Saya dari iremembersg facebook. Boleh kami gunakan gambar ini untuk facebook kami? Tentu warga Singapura akan ingat minuman ini.
ReplyDelete