Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, January 26, 2012

Gong Xi Christmas Polar Bear

Rasanya masih belum terlambat aku nak mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada rakan2 chinese aku tak kira la dimana jua anda berada.semoga tahun naga ini tahun memberi pulangan yang menguntungkan kepada anda serta family.Di tempat aku sendiri iaitu Malaysia,tidak banyak promosi yang dilakukan oleh pihak coca cola malaysia.yang ada hanyalah banner,pembalut kadbod 6pax dan promosi yang BIASA2 sahaja seperti beli 2liter coke dan dapat setin fanta percuma.adakah ini berbaloi,kita sebagai kolektor yang tegar ini?
Tidak seperti di negara jiran,dimana hampir setiap perayaan,mesti ada barang best yang dihadiahkan kepada para kolektor.secara tidak langsung,boleh menjana sales yang tinggi berbanding dengan saingan produk soda yang lain.contohnya seperti poster di bawah ni.Promosi Krismas dan CNY digabungkan dengan menghadiahkan Polar Bear coca cola pelbagai outfit untuk dikumpulkan mengikut tarikh2 yang ditetapkan.untuk masa sekarang ni,hanya tinggal peringkat ketiga a.k.a yang terakhir.pada siapa yang dah tertinggal set pertama dan yang kedua,bye-bye hehe..
Tugas yang pertama,pergi ke outlet Cheers yang terdapat di merata tempat,atau lebih senang jika anda singgah di mana2 petrol stesen Esso,pasti ada cheers.kelihatan deretan polar bear didisplaykan di kedai cheers.tapi jangan pula ambik kotak sarung getah yang di belah kanan tu ya!hehehe..untuk mendapatkan polar2 bear ini,mestilah dengan minimum purchase produk2 yang terlibat seperti coca cola,a&w,minute maid,qoo,heaven & earth dan schweppes, sebanyak SGD3,boleh la membeli polar2 bear ini dengan harga SGD1.95
Untuk set pertama,bertarikh dari 29 Nov 2011-15 Dec 2011,terdiri dari Christmas Polar Bear- Flying Hat

Dan juga Christmas Polar Bear-Vest

Untuk set kedua pula, bertarikh 16 Dec 2011-2 Jan 2012, terdiri dari Christmas Polar Bear-Christmas hat

Dan juga Christmas Polar Bear-Scarf

Untuk set ketiga atau pun yang terakhir ini,khas untuk Chinese New year,walaupun kelihatan sama dengan yang Christmas sebelum ini,terdapat kelainan sedikit pada corak Vest dan juga Muffler nya.bermula dari tarikh 3 Jan 2012, sehingga 12 Feb 2012,terdiri daripada CNY Polar Bear-Scarf
Dan juga CNY Polar Bear-Vest

Jika anda perhatikan secara dekat,terdapat motif Chinese pada corak di vest dan muffler nya..jika ada masa,masih belum terlambat untuk mendapatkan CNY Polar Bear ini di Cheers Mart atau NTUC Fair Price Express.Enjoy!

No comments:

Post a Comment