"Keep It Until Hard To Find"
Friday, June 15, 2012
333 Dih Tong Hai 22
Salam Blogger untuk semua! rasanya macam dah lama tak update blog ni..nak kata bersawang,belum lagi lah nampaknya hehe..minta maaf lah pada kekawan yang menunggu dengan setia..so pada pagi Jumaat ni,tak banyak kerja sangat,boleh lah kita minum sechewen kopi sambil menikmati gambar2 yang aku posting untuk hari ini..koleksi yang aku dapat ni adalah sumber informasi kepada kolektor yang main barang kopitiam ni.barang ni taklah payah sangat nak jumpa..tapi boleh la buat tambah2 koleksi yang ada tu..jom kita lihat dengan lebih dekat lagi barang2 kopitiam dari brand 333 & 22 ini
item yang utama adalah cawan kopi nya yang menjadi item wajib bagi penggemar barangan kopitiam ni
Pandangan lain bagi cawan Din Tong Hai Batu Pahat ni
Jika cawan tidak mempunyai piring,seumpama rokok tiada mancis lah agaknya ya..
Bagi piring dia pulak,datang nya 2 version,ada yang plain,dan ada yang berbunga..begitu juga dengan cawan nya yang mempunyai corak bunga di bibir bahagian dalam cawan tu
Gelas muntut star bertulisan rumi dan CHinese
Di sebelah belakang gelas ni,macam biasa pada jaman tu bertulisan Jawi
Lagi satu version gelas muntut star ni adalah bertulisan kuning dan berlogokan 333
Di sebelah belakang gelas,terdapat 3 tulisan yang terdiri dari Rumi,Cina dan Jawi
Selepas minum kopi 333 atau 22 ni,tibalah masanya untuk membayar harga secawan kopi pada masa tu berharga 30 sen agaknya ya..
Tapi kalau dompet kempis,macamana yer?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment