"Keep It Until Hard To Find"
Wednesday, December 5, 2012
M.A.S.K Thunder Hawk
Rasanya macam dah lama tak buat entry tentang toys ni..so pada entry kali ni khas untuk yang lahir pada era 70-an yang seangkatan dengan aku. Cartoon yang teramat famous pada tahun 1985-1987, iaitu MASK. Bukan The Mask Jim Carrey tuuuuu..kalau si topeng hijau tu,budak2 era 90's kenal laaa..ni MASK yang tidak ada tandingan dengan cartoon era 2000 ini, walaupun graphic nya ada lah sangat basic, tidak lah dapat menandingi cartoon 3D sekarang ni..tapi mesej yang disampaikan dalam cartoon ni,memang amat bermakna walaupun jalan ceritanya amat simple..di bawah ni adalah model Camaro pada tahun 80an,bukan macam model Bumblebee tu..itu dah advanced sangat dah..haha
apabila berubah ke Batttle-Mode, haaa tuu diaaa..pintu Gull-Wing tu dah berubah jadi kepak yang membuatkan Thunder Hawk ini boleh terbang ke udara. Dan di hujung kepak pintu ni,terdapat missile yang boleh di launch ke arah musuh2 team VENOM iaitu team jahat
Pandangan dari belah belakang, apabila dalam Battle-Mode,spoiler nya boleh naik ke atas seolah2 GT Wing, dan bumpernya pun ternaik ke atas yang membolehkan twin ekjos tersembul keluar untuk memudahkan proses pembuangan sisa dari pembakaran Jet Fuel nya. Untuk model pasaran Asia ni, terdapat tulisan Chinese ke, atau Japan ka? yang aku lihat tidak ada pada model UK dan USA pada bumper belakangnya
Jika diterbalikkan model Camaro ni di bahagian bawah, terdapat embossed produksi dari Kenner pada tahun 1985 yang dibuat di Hong Kong
Tapi malangnya, pemandu Thunder Hawk ini, selaku ketua MASK iaitu Matt Trakker telah lari meninggalkan keretanya entah kemana hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment