Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, January 10, 2013

Tin SUDI Keropok

Minggu lepas ada seorang teman di kawasan tengah bandar Pontian Johor, telah mengoffer sebuah can yang masih berada di dalam tangan kolektor,tetapi agak jarang2 berada di pasaran antik. Katanya ada lebih..jadi aku bertanyakan lah harga..dan dia kata, kau ambik jelah..tak payah bayar.tapi kau kena terima apa jua keadaan tin ni seadanya! haha..maka selepas bertemu can ni, alamak..dah macam keropok ikan yang baru lepas digoreng! tapi takpe, sebab aku berpegang pada amalan 'Jangan sombong pada barangan huduh' sebab boleh dijadikan sebagai 'Ibu' sebelum ketemu dengan barangan yang lebih elok
Kalau diperhatikan, keadaan tin can ni memang remuk teruk. Kalau kereta kemalangan, ni dikira total lost lah ni. memang hantar scrap saja, tapi takpe, aku cuba untuk ubah-elok tin can ni
dengan menggunakan ranting kayu, aku dok jolok2 di dalam bahagian body tin can ni yang pada asalnya berwarna merah menyala, tetapi kini telah pudar warnanya dan berperisa Kola
Alignment juga telah dibuat untuk memperelokkan muka Sudirman yang telah kerepot ni
Pembuatannya kelihatan beralamat di Melaka
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada teman yang memberi tin can yang tidak seberapa ni,tapi aku amat hargai!
'Keep It Until Hard To Find'

1 comment: