Hai Salam Sejahtera kepada para blogger yang masih setia mengujungi blok buruk yang semakin merudum kepopularannya dari sehari ke sehari..haishhh..al maklumlah ada juga yang memberi kata2 semangat untuk meneruskan nyawa blog ini dan tak kurang juga yang memuji, "blog?? sooooo yesterdayyyyy" kahkahkah lantaklah..kau ada?
so aku pun malaslah nak berceloteh tentang perangai sesetengah pehak yang masih tak habis2 mengkondem usaha bangsa sendiri..buatnya tidak,tahun ak kondem aja..so barang kali ini, disebabkan orang2 johor yang semakin rancak di dalam sokongan arena bolasepak, aku paparkan sebuah stiker album yang di keluarkan oleh Ovaltine jenama minuman malt yang sangat popular pada masa dahulu. Stiker album ini dikeluarkan sempena kempen Piala Dunia pada tahun 1982 yang diadakan di Madrid, Sepanyol. Jika dilihat pada muka hadapan stiker album ni, terdapat satu logo yang tertera OVALTINE MINUMAN RASMI SUKAN OLIMPIK SEJAK 1932. cool huh?
Stiker album ini juga berjaya aku rampas dari seorang teman bernama Khoo Boon Keat. Dimanakah beliau sekarang ni ya...kahkahkah
Jika para blogger berpeluang menatap stiker album ini dengan lebih detail,anda semua pasti teruja dengan kessungguhan pemilik stiker album ini kerana beliau sangat rajin untuk mengupdate segala keputusan perlawanan dari awal sehingga final Piala Dunia 82 ini. Dan jika dilihat untuk perlawanan akhir diantara West Germany menentang Italy berkesudahan 1-3. dan jaringan Italy dihasilkan oleh Rossi, Tardelli & Altobelli
Diantara team feveret yang smepat aku upload adalah Argentina. Kelihatan Diego Maradona berada disitu nampaknya. Hand of God?? Maradona! You Shaitt!
Untuk England pula, kelihatan Kevin Keegan dan Bryan Robson disitu. Yeahhh!!
Dan juara, dirampok oleh Italy!!
Terdapat juga iklan di bahagian dah nak belakang iaitu bagaimana caranya album ini boleh didapati, berapa keping stiker kesemuanya,botol air percuma, Kupon Gol Keemasan, bla..bla..bla..
Hal Ehwal kira macam buletin Avaltine pon ada juga..
Dan yang terakhir, komik yang sangat old skool bagi aku, cara lukisan serta ayat yang digunakan
Bagaimana?
No comments:
Post a Comment