"Keep It Until Hard To Find"
Thursday, February 11, 2016
Sunkist Bottled Drinks In Malaya
Assalamualaikum para blogger sekalian! dan salam sejahtera bagi yang selebihnya (the rest). Pelik betul kalau di direct translate ya hehe..ok memandangkan blog ni dah bersarang, atau lebih tepat dah berkubur, maka kena lah buat entry yang terbaru ye tak? aku bukan lah sesibuk mana pun. Tapi idea untuk mengarang tu belum datang. Kalau setakat nak up gambar, pergi FB je senang. Tak payah nak mengomel kat sini haha
Ok, entry kali ni adalah berkait dengan jenama yang korang masih makan dan minum. Iaitu Sunkist. Mengikut sejarah, jenama sunkist ni dah ada sejak tahun 1952 lagi di USA sana. Tapi yang menjadi persoalannya, bilakah jenama ini masuk ke Malaya? Maksud aku, bukanlah buah oren sunkist tu, yang tu takde kena mengena dengan minat dan hobi aku pun. Maksud aku disini adalah botol oren soda sunkist. Bilakah ia start dijual di kedai2 runcit seluruh Malaya?
Aku ada juga aku merisik2 khabar pada otai2 yang hidup di jaman popularnya botol yang satu ni. Tapi hambar. Tiada jawapan yang tepat. Aku google, pun tiada info yang sahih berkaitan botol sunkist ini di Malaya. Yang ada hanyalah pengalaman aku. Iaitu membeli air oren botol sunkist ini di kedai runcit dengan harga 60-80sen kalau tak silap aku pada tahun awal 1980-an. Dan botolnya harus dupulangkan balik. Terdapat bottle opener yang diikat dengan tali berhampiran chiller kedai tersebut. Tuang air ke dalam plastik yang disediakan, amik straw sebatang, and bayar.
Botol yang aku maksudkan adalah seperti ini:-
Paparan tulisan cina di bahagian satu lagi:-
Terdapat satu lagi botol sunkist yang masuk Malaya yang aku jangka lebih awal dari botol di atas. Berdasarkan bentuk, ia mungkin lebih awal dari botol 'sos cili' diatas. Kalau aku salah,maafkan aku. Boleh rujuk kepada pakar2 botol seperti Megat, Blurguyz, Syam, Wadi dan yang lain2
Botol-botol seperti ini masih banyak lagi terdapat di belakang2 kedai runcit. So?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete