Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, August 2, 2010

Opener Drink Coca Cola


dua minggu lepas aku pegi ke pasar karat temasek.ternampak la ada 1 opener ni tulis drink coca cola.tapi aku macam buat endah tak endah jek.sebab ikut kata hati,macam ramai dah ada benda ni.so aku pon tak beli la.tapi ada 1 malam tu aku melepak kat rumah Mr.Coke JB,dok mentelaah la buku coke ni.saja tengok koleksi opener original coke dari u.s.a,sekali tengok harga market dan nilainya adalah us dollar 25! so minggu baru ni,dengan pantas aku pegi balik ke pasar karat temasek dan fuh,nasib baik takde orang beli opener.yang kat atas tu la gambarnya..selamat...

Malam Di Pasar Karat JB

hari sabtu lepas,aku dan beberapa orang kawan takde buat apa,maka kami pon bercadang pergi ke pasar karat bershopping.sebab tak tau duit ni nak buat apa kan,masing2 MEMBURU barang kesukaan masing2 hehe..aku dengan barang kolektibel nya,bob dengan pepsinya,amer dengan barang coke nya,dan member bob dengan poster ali baba nya.so masa si amir pegi bank,aku pon ternampak kadfon coca cola yang dijual sekeping seringgit.so beli lah yang ada design selamat hari raya dari coke.lepas tu bila jumpa dengan amer balik,dia pon sebok nak beli jugakkk..haha..so aku dengan bob pon layankan si amer kejap.punyalah lama kitorang tunggu si amer.padahal nak beli kadfon rm1.makan sampai 15 minit! haha..di bawah ni adalah aksi amer kangkang sedang mengnegotiate kadfon seringgit tu dan aku dengan bob dok gelak kat belakang dia haha..sorry mir,enjoy! jangan mara haaaa

Set Miniature Coca Cola Series I & II

haritu pegi ke temasek jalan2 dengan bro faizal,ternampak la set coca cola miniature kat kedai apek tua tu.jual mahal nak mampos! so bro faizal pon terus offer aku dia punya set.dan aku pon dengan pantas membuat perjanjian setan 5sen haha

terdapat 2 set iaitu series 1 dan series 2.bagi series 1,terdapat 3 botol iaitu hutchinson stopper bottle,crown top emboss dan crown top printed.

bagi series 2 juga terdapat 3 botol juga

setnya adalah terdiri dari cocoa pot bottle,no deposit bottle dan last skali hobbleskirt bottle yang sampai hari ni,masih ada negara yang mengeluarkan bottle seperti ini.

pada setiap kotak,terdapat serial number yang nak dikira limited,tak juga..tapi boleh la dikira sebagai barang kolektibel wajib bagi pengkolek coca cola

Side Plate Perkahwinan Diraja Johor


sempena Kembara Mahkota Johor yang baru berlalu,disini aku nak post satu lagi barang kolektibel dari Kerabat Di Raja Johor.dulu aku pernah post 1 dinner plate dengan design yang sama,tulisan yang sama dengan yang ini.tapi saiznya berbeza.yang dulu tu pinggan makan.dan ini bersaiz side plate atau piring kueh.kecil sedikit dari yang lepas.jadi pada sesiapa yang dah ada dinner plate,hendaklah cukupkan regunya dengan yang kecil ni.barulah cantik di display kat dalam lemari korang.

produk dari noritake Japan 1983

Iklan Gantung Coca Cola 1



iklan kadbod ni adalah sebesar saiz dinner plate dan diberikan percuma oleh seorang kolektor coke yang tersohor humban ke sungai di JB ni.dan aku banyak terhutang budi pada dia atas kepercayaan dan info yang diberikan selama ni.terima kasih daun keladi ya uncle! benda ni aku kurang pasti entah dari mana datangnya.tapi berdasarkan tanda2 pada botol,ia adalah dari u.s.a.mungkin kalian semua lebih ariff dari aku dan boleh menerangkan kenapa di bawahnya tu ada lekuk.untuk apa lekuk tu?kenapa ia tak bulat terus?hmm..tapi apa pun,benda ni aku simpan dalam koleksion aku.enjoy!

Poster Kickapoo Menegak


poster kickapoo ni masa dulu banyak aku nampak kelibat dia kat kedai2 kopi cina kat temasek.dalam tahun akhir 80an.tapi la ni memang payah nak jumpa.tapi kalau anda meronda dan MEMBURU kat kedai kopi cina sekitar malaya,masih ada tertinggal cebisan2 dia.kalau anda bernasib baik,dapatlah kondisi yang cun melecun macam dalam gambar ni.dulu poster ni dibuka untuk dijual pada kawan2,tapi nampaknya macam tiada siapa yang berkenan.mungkin kat kedai Tay berlambak poster ni.jadi tiada siapa yang peduli.maka,aku pon simpanlah lah buat koleksi sendiri.sebab kat temasek memang dah pupus dah!

Friday, July 30, 2010

Tin/Aluminium Sign Edinburgh Cigarette


ada kalanya jika kita jalan2 MEMBURU barang yang kita nak,tak kejumpaan.tapi bila takde niat untuk MEMBURU barang,alih2 benda tu datang bergolek di depan mata.macam juga signboard rokok edinburgh ni.diletakkan di bawah kerusi je semasa aku jumpa dia.keadaan teramatlah cun berlendir.sikit karat pun tak ada.macam baru! tapi kenapa orang kedai ni tak gantung dia kat atas?sign ni ada dua ataupun double sided.jadi boleh diletakkan di sebelah kiri atau kanan pintu masuk kedai yang menjual rokok dari jenis ni.ada benda yang kita dapat mahal dan kadang tak masuk dek akal,iklan kadbod bodoh pun ada yang hentam sampai rm250.tapi kadangkala,benda2 tu tak rugi,tapi benda2 yang macam ni lah yang akan menopap balik kerugian kita dulu.kesimpulannya,kalau kita ada beli barang yang mahal,jangan merungut.akan datang kita pasti akan dapat barang yang jauh lebih murah.jadi,jangan sombong pada barang yang mahal.dan juga ego pada barang yang murah.kadangkala,barang murah yang kita tak beli,kita tak akan dapat sampai bila2 pun..dan signboard ni amat cantik bila digandingkan dengan lightbox edinburgh seperti ni

Poster BRRRR Coca Cola


setelah berada lama di dalam simpanan,barulah ada rejeki untuk mengframekan poster brrr ni.benda ni pon aku dapatkan diatas kesudian abg dolah menghadiahkan kepada aku.lama juga kami berdua mengecek poster brrr di kedai mamak di JB ni.dan abg dolah memang sudah maklum betapa payahnya mamak tersebut nak melepaskan poster2 sebegini.dari isnin lepas,isnin ni,isnin minggu depan pun belum tentu dapat ya abg dolah hehe..berapa punya isnin da mau tunggu..tapi abg dolah tetap sabar menunggu.bagi aku,poster2 sebegini harus diframekan untuk menaikkan serinya.dan lagi 1 faktor adalah untuk mengelakkan iainya berhabuk.at least kite menghargai lah pemberian orang.macam yang aku cakap sebelum ni,kertas A4 kosong orang bagi pon aku simpan!apatah lagi benda yang bernilai macam ni..enjoy!

Iklan Rokok Dari Teman

haritu ada sorang teman yang berada di Ipoh keluar MEMBURU barang.dan aku pon berpesan lah kepadanya kalau2 ada barang sampah yang bernilai,boleh la roger2 kat aku.sebab katanya dia nak ke alor star.tapi tak kesah la nak kemana pun,janji bila pulang ada ole2 yang boleh diberi pada aku.dan inilah hasil dari PEMBURUAN nya hehe

iklan/calendar kadbod craven a

iklan kertas rokok homeward bound.sekotak 25sen je??!!

iklan kertas rokok gallagher's

sekotak 35sen?murah gila..entah company ni wujud lagi ke tak kat KL nun

terima kasih diucapkan pada teman di Ipoh yang banyak membantu untuk mendapatkan barang2 sampah yang amat bernilai bagi aku.tak tau la pada orang lain kan.tapi kalau abg dolah nampak ni,mau dia terus call aku kejap lagi ni hehe

Iklan Kadbod Enjoy Coca Cola 90's


sign kadbod ni aku dapat di atas pemberian Mr.Coke yang tersohor di JB ni sewaktu menyelongkar store kepunyaan beliau hehe..nasib baik lah dia belum humban ke sungai kadbod ni hehe..benda ni mengikut dari sumber yang TAK boleh dipercayai,adalah berasal dari temasek.dan digantung di kedai2 kopi dan restoran pada masa 90an.kerana mengikut rupa bentuk kadbod ni,terdapat lubang di atas bahagian tengah untuk digantung menggunakan tali tangsi.walaupun kadbod ni tak seberapa,tapi amat bernilai bagi kolektor muda seperti aku ni.sebab benda ni memang pernah aku nampak pada masa aku kecik2 dulu.dan mungkin sukar untuk aku perolehi pada masa sekarang ni.tapi di atas budi pekerti dan kesabaran,bagi kolektor yang muda di luar sana yang sama macam aku,anda juga mungkin boleh perolehi benda2 yang orang buang seperti ni,tapi bernilai.enjoy!

Giant Mexico Coke Bottle Siri 2


harini tak banyak sangat cerita nak cerita kat para blogger.tapi haritu semasa abg dollah MEMBURU botol kat ebay,ternampak la ada 2 bijik mexico bottle yang sangat murah kalo nak dibandingkan dengan harga yang diorang jual kat lamanweb lelong tersohor kat malaya ni.10 kali ganda lebih murah.so aku pon ditugaskan untuk mengkolek barang ni di temasek.bukan 1 botol,tapi 2!

sesampainya aku di lokasi,terkejut gak aku tengok amoy tu bungkus mexico bottle macam bungkus baby!

jadi dengan berhempas pulas aku menggendong 2 botol ni turun naik bas haha..orang ingat aku macam bawak baby da..

seperti yang dijanjikan,ada 1 yang berwarna clear,dan 1 lagi blue tinted.dan abg dolah dengan bermurah hatinya mendermakan yang biru kepada aku.

yang bestnya botol biru ni,dia ada serial number dan ada orang menggelarkan nya birth certificate.dan biasanya botol biru terdapat accessories muffler dan santa claus hat.bagi yang clear bottle,dipadankan dengan bandana coca cola dan mexican hat.barulah lengkap penampilan mexico bottle ini.

accessories mexico ni banyak terdapat di temasek kalau nak dibandingkan di malaya ni yang market memang tinggi.cuma kuasa membeli je yang jadi penentu..

Folder Pepsi


hye chentapepsi,di kala hujan sejuk2 ni,marilah kita bersama2 memanaskan line yang telah panazz haha..folder atau pon file pepsi ni aku kurang pasti tahun bila dikeluarkan.ada sesiapa yang tahu?mungkin chentapepsi lebih ariff tentang barang2 yang macam ni.entah2 dia ada lebih dari 1000 keping! gambar di fail tu menunjukkan britney spears,pink,beyonce dan enrique.dulu memang bersepah benda ni tapi la ni...paham2 sudey..

Mangkuk Kloster Beer For Sale!! RM35 each


mangkuk kloster beer untuk dijual.ada 2 biji.harga untuk setiap 1.harga termasuk post.nett.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Tin/Aluminium Sign For Sale!!

Serbuk Cap Harimau RM180

Ajinomoto RM150

Susu Cap Junjung RM180

Ovaltine RM250

Milkmaid RM300 SOLD!!

harga termasuk post.harga nett.
sms: +60127574125 (adeqJB)

Monday, July 26, 2010

Giant Poster Tanda Perniagaan Berdaftar

ada cerita menarik tentang poster yang aku dapat ni.begini,mulanya si chentapepsi minum pagi kat area bandar JB.memang di tengah2 bandar.dia inform aku dia ada nampak satu poster coke.dia kata besar.tapi tak berapa ingat design apa.tapi yang pasti,ia adalah coke.so aku pon membuat perjanjian setan dengan chentapepsi,ko tolong dapatkan poster coke tu,aku akan bagi ko rak pepsi yang buat letak pet botle 1.5liter tu.made in USA.original.tapi entah berapa lama,si chentapepsi ni pegi masuk U,maka senyaplah perjanjian kami.entah apa nasib aku haritu,niat di hati nak pegi HSBC,nak tutup credit card aku.dan restoran ni terletak betul2 depan bank tersebut.dan haritu pon jumaat.lepas setel urusan aku,terasa lapar pulak.so singgah la makan di restoran setan ni.sekali lauk dah habis.tinggal lauk ikan masak kicap je.ah,perut dah lapar,bedal ajelah.so aku duduk la kat 1 sudut tu.dalam hati kat mana lah si chenta ni cakapkan aritu ada poster tu.masa dah duduk,aku nak cuci tangan,sekali terpandang atas sinki tu punyalah besar poster coke ni.aku terus ambil pinggan dan alih tempat duduk.betul2 mengadap poster ni.apalagi,terus panggil waiter suruh panggil bos dia.bos dia pun datang,tanya lah aku nak beli poster ni,berapa nak jual?hang nak,hang amik free aja.benda ni dah lama.nak buang pun.tapi aku nak frame bawah dia tu,sila jaga kebersihan.ok lah bang aku cakap,saya cuma nak poster yang besar ni aja.lepas makan,amik kereta,park betul2 depan kedai,dengan pantas aku panjat turunkan poster ni.berapa bang?rm3.50 je buat bayar nasi dengan ikan tu..dan aku pun pulang denga hati yang tersenyum sebab aku memang tak pernah nampak poster coke sebesar ni.mengikut sumber abang kedai tadi,benda ni dikeluarkan dalam akhir 90an dalam 1995-1997.dan inilah posternya..

apabila digantugkan kat rumah,ternyata ia memang besar,kalau dicomparekan dengan giant poster2 yang lain.bapak punya giant!

oleh sebab aku pergi amik sendiri poster coke ni,maka perjanjian terbatal,dan rack pepsi aku tak dapatlah nak diberi pada chentapepsi..tapi aku terus sms chentapepsi tanya ko ada rm3.50 tak?aku bagi poster kalendar pepsi 2008 dan jual kat dia dengan harga yang cukup murah tanpa perlu panjat kopek poster tersebut hehe..cukuplah untuk upah aku panjat pakai tin biskot dan buat ibu duit makan nasi dengan ikan kicap rm3.50 tadi..tapi kalo ko nak rack pepsi tu bob,cari lah barang coke yang boleh di trade dengan aku ya hehe

Poster Tropi


poster yang dah lama ada di genggaman tapi baru aja hantar frame.ni bukan beli dgn cek mat sidin atau cek anip ya.sebab ramai jugak yang datang rumah bertanya mana aku dapat poster ni.ni memang aku pi carik sendiri kat temasek nun.yang peliknya,masih ada lagi poster2 sebegini tergantung di kedai..kalau kat malaya ni,memang dah lama kena kebas haha..dan bukan reprint atau repro ya.saiznya agak besar dianatara poster2 yang aku ada.lebih besar dari poster tropi yang ada gambar minah saleh tengah togak air tropi tu.masa beli tu penat jugak mengusung benda ni turun naik mrt haha semua pelik benda besar apa la yang aku dok mengusung ni..tapi bila sampai rumah dan selepas di framekan,memang puas hati..berbaloi jugak la penat lelah mengusung benda ni

Coaster Minumlah Coke


coaster ni last aku tengok digunakan di temasek pada tahun 80an.di restoran2 cina di temasek.la ni memang dah lesap dah semua.tapi coaster yang aku dapat ni memang tak pernah digunakan dan ada banyak keping.sebab kolektor tu simpan dari jaman ayahnya kerja di F&N singapore lagi.yang dapatkan benda ni pon kawan baik aku faizal yang kerja kat singapore gak.harga cun,barang cun,sambar jelah semua haha

Tumbler Ovaltine Marvel


beberapa minggu yang lepas aku ada dapat tau ada seorang kolektor berasal dari ipoh yang boleh membekal barang yang baik pada kawan2 aku.pernah juga sekali menggunakan khidmat orang tengah untuk mendapat sebiji botol aerated water dari kolektor ni.pernah juga meninggalkan number telefon aku tapi tak dilayan.entah macamana aku berjaya mendapatkan number telefon beliau dan tumbler ini lah diantara barang yang pertama aku dapat darinya.kata orang sesi suai kenal,lama kelamaan,banyak juga barang aku ambil dari dia.tumbler ni aku pernah pakai masa jaman sekolah rendah masa aku darjah 1 di JB pada tahun 1986.masa tu beli setin besar ovaltine dan dapat benda ni free.tapi masa tu kat temasek.kat malaya aku tak perasan pulak benda ni.rasanya mesti ada kot.mak aku bancuh air sirap,tuang dlm tumbler ni,bawak g skolah.sampai skolah,tarik pemicu dia,nyonyot haha..kawan2 takleh share

Stiker Merdeka Ala Coke


stiker coca cola keluaran merdeka yang ke 50 tahun yang entah bila benda ni keluar n kat mana dia keluar pon aku tak dapat pastikan.benda ni pon atas pemberian ikhlas cikgu kamil pada aku..banyak jugak barang f.o.c dia kat aku ya hehe..stiker ni bukan sekeping besar,tapi boleh dicerai kan kecik2.dan boleh tampal kat mana yang korang suke.enjoy!

Tray F&N Amoi Sampan


tray yang berlambak kat rumah sang kolektor yang kadang2 orang pakai buat makan nasik je hehe..benda ni baru dan di reproduce.so far aku jumpa yang bibir tray ni tebal.yang bibir nipis belum jumpa lagi.kemungkinan ada ke?

Poskad Inilah Masanya!


salah satu poskad terakhir yang dikeluarkan berdasarkan botol2 terakhir coke malaysia sebelum tamat riwayat botol2 ni hehe..benda ni nak kata poskad,takde pulak kotak place stamp here,dan ruangan catitan dan alamat,nak kata iklan,kecik bebenor,benda ni pun pemberian cikgu kamil yang baik hati.mungkin dia boleh terangkan apa benda sebenarnya kad ni.untuk pengetahuan cikgu,stiker vanilla dan kad ni saya dah hantar buat frame dan telah digantungkan kat dinding rumah pun..nanti senang2 datang lah rumah ya!

Sign Sticker Vanilla Coke


sign ni bersaiz lebih kurang A4 size.dan ditampal di sekitar kedai2 runcit di malaya sewaktu masa tengah popular vanilla coke dan masih menjadi kejakunan penduduk di malaya masa tu hehe..ada yang beli berpack2 air vanilla coke ni untuk merasakan kelainan rasanya.tapi rasa vanilla coke masa 1st dulu keluar,terasa vanilla dia.compare dengan skang ni yang entah apa2 je rasa..benda ni aku dapat free je dari cikgu kamil yang bermurah hati bagi kat aku.terima kasih cikgu!

Old News Paper 1

salam 1 malaysia kepada para blogger.maaf seba dah lama tak update blog aku ni.busy pergi sana cari barang untuk dipertontonkan kepada para blogger sekalian.dengar cerita makin panas line blog2 di malaysia ni..haha ada yang panas hati,ada yang panas telinga dan tak kurang pula yang sampai macam ada masalah mental kahkahkah disebabkan penangan barang koleksi ni
ok lah malas nak cerita panjang,benda tu akan ku review pada tajuk yang akan datang.tak berapa lama dulu,aku berjaya mendapatkan suratkhabar yang tak berapa nak lama di kedah.
utusan malaysia ni bertarikh 18 oktober 1973 bersamaan 21 ramadhan 1393.memandangkan dah nak bulan pose ni,so aku posting la yang berkenaan pose gak.kita layan apa yang terkandung dalam akhbar burok ni


yang ni memang kelakar.bayangkan botol magnolia ada dalam perut dia.rasanya botol magnolia adalah sebesar botol coke 285ml jugak.macamana boleh ada dalam perut?nak kata dia telan melalui tekak,tak mungkin..sebab tekak kita sempit.memang tak boleh masuk botol.jadi dari mana dia masukkan botol tersebut?hahaha..tuan2 pikir lah sendiri! dan apa pulak tujuan dia memasukkan botol tersebut?rekod di malaysia menunjukkan barang yang paling besar ditemui dalam perut wanita adalah bola rugby! besar jugak tu hehe..yang aku pernah terbaca di akhbar ada 1 kes ni,bola mata kambing berada di dalam kemaluan wanita tersebut.korang boleh fikir tak macamana mata kambing ada dalam tempat yang tak sepatutnya?apa dia buat dengan mata kambing tersebut?nahh..tuan2 dipersilakan pikir lagi sekali hehe..dan ada lagi 1 kes di malaysia,sang isteri ni menyaman si suami disebabkan terdapat sebiji bola golf di dalam kemaluan isterinya haha dan si isteri tidak perasan bola tersbut berada di dalam tu.sebab dia sedang tidur.dan apabila sedar,dia nampak sang suami sedang berada di bawah,dan sedang mengorek bahagian tu dengan sebatang sudu.wakakakaka! aku tak dapat bayangkan macamana rupa keadaan tu.mesti suami tu siap bawak torchlight menyelak daun pintu untuk keluarkan bola golf tu wakakakaa! mesti masa bola golf tu termasuk ada bunyik plop! alamak,dah termasuk daaaa..hahaha so si isteri ni buat report polis dan ingin menyaman sang suami.dan suaminya memberi keterangan yang dia ingin memberi ransangan kepada isterinya dan tidak menyangka sampai boleh jadi macam tu sekali..apa punya sengal la...

kasut yang bergaya untuk dipakai pada raya pertama huhu

poster besar coklat van houten

susu cuma 60sen! murah gila..haha

iklan levis nuvo dan kembang nuvo huhuhu..ni jaman abg dolah ni bell bottom..ayah aku pon pernah pakai suar kembang ni ala2 a.r badol masa muda2 dulu

pehhh sapa nak main nombor ekor,diorang siap ajar lagi camne nak tikam nombor! baek tuh! kalo la sekarang ada lagi jaman2 camni kan bagos..

iklan jawatan kosong jurutera MAS.pakai spm pon bule! hahaha..tapi gaji rm280 nak makan ape!

globe silk store pun dah ada time tu..