"Keep It Until Hard To Find"
Thursday, October 4, 2012
Kotak Kosong Dutch Baby
Nampak dari pandangan atas, kotak ini tidak membezakan apa2 dengan kotak2 yang sekarang berada di kedai2 runcit seluruh negara..tetapi jika anda dapat melihat dan memegang secara live,pasti akan teruja merasakan material keras kotak ini. Seperti kadbod keras. Jadi tidak hairan lah ia masih utuh sehingga ke hari ini. Ada berapa unit tin di dalam kotak ni? kalau tak silap 48 unit ya
Pandangan sisi juga menarik dengan tulisan Dutch Baby dan tertera barangan yang terdapat di dalam kotak ini iaitu Susu Pekat Penuh Krim Manis
Yang menariknya kotak ini di salah satu sudut tepi kotak ni memaparkan imej Perempuan Belanda dan juga Bayi Belanda yang tengah lapar nak minum susu. Tapi tak pasti pulak lapar susu pekat ni ataupun susu ibunya heheh
Dan yang paling menarik tentang kotak ni,di sebelah sudut yang satu lagi, barang ini memang original dari Johore Bahru yang dibawa masuk melalui Singapore dan berasal dari Holland. Dan Dawai2 Kokot asal masih terlekat di kotak ini. Boleh la dianggarkan kotak ni digunanapakai pada tahun 80an?
Kotak sebegini memang ada peminatnya yang tersendiri. Belum sempat aku up for sale di Facebook, terus disambar oleh buyer.cool...
Labels:
Dutch Baby,
Kotak
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment