"Keep It Until Hard To Find"
Friday, October 19, 2012
Nescafe 1960's Paper Bag
Sebelum aku memulakan bicara, ingin aku meminta maaf kepada King of Plastik Bag Abg Dolah dengan entry ini, dan juga pemilik beg2 plastik tegar yang berada di seluruh Negara. Disebabkan aku memang tidak mengkolek beg plastik, tapi beg kertas ada lah hehehe..Beg kertas yang didatangkan dari Jenama yang tidak asing lagi, iaitu Nescafe. Mempunyai 2 paparan hadapan dan belakang yang mempunyai imej yang sama, dan juga paparan sisi juga mempunyai imej yang sama,tetapi berlainan bahasa.
Seperti biasa, bahasa penjajah yang menjadi muka utama paper bag ini, dengan artwork yang begitu simple bagaikan cut n paste sahaja, membuatkan aku tertarik dari segi warna dan juga sususan characternya
Di paparan belakang pula, ditujukan kepada Kaum Cina yang juga minat meminum air dari jenama ini
Dan tidak kurang juga bagi kaum India, Bahasa Tamil juga diketengahkan dalam promosi terhadap serbuk kopi ini
Dan yang paling menarik tentang beg kertas ini adalah direct translation kepada Bahasa Melayu yang berbunyi 'Kopi Yang Asli Kopi, Itulah Nescafe'. Agaknya kopi yang lain bukan asli kopi lah agaknya ya hehehe..ya lah,mungkin ada yang kopi campuran dan premix. Tapi Nescafe agaknya memang 100% kopi dan tiada bahan campuran. Begitulah kaedahnya ya hehehe..
Boleh la aku katakan berdasarkan kepada label pada botol ini, paper bag ini dikeluarkan sekitar 1965 sehingga akhir 70-an. Dari dulu lagi konsep 1Malaysia sudah dipraktikkan. Sebagaimana beg kertas ini yang menggunakan 4 bahasa dalam menyampaikan mesejnya. Amacam Arianmizi, tak game lagi ke main beg plastik? Jom lah main beg kertas pulak! hehehe..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment