"Keep It Until Hard To Find"
Wednesday, January 30, 2013
M.A.S.K Condor
Anda kenal dengan mamat ni? dengan Ray-ban nya yang berlensa chrome, suka berfoya2 dan berperangai yang cool sentiasa membuatkan aku yang masa tu berumur 7 tahun padan tahun 1986, amat tertarik dan memaksa arwah ayah aku untuk membelikan mainan keluaran KENNER ini. tapi kalau nak beli, kena lah kumpul duit raya dahulu. dan aku bernasib baik ketika itu aku tinggal di Temasek dan proses pembelian menjadi lebih mudah kerana di deretan kedai yang berada di Clementi Ave 5 menjual pelbagai mainan ketika itu. Kalau sekarang ni, mana dapat lagi nak dapat mainan original di kedai runcit ye tak?
Mari aku kenalkan dengan kasanova yang bernama Brad Turner ni. hobinya part-timenya ialah bermain alat muzik
Dan kerja full-time pula adalah menjadi ahli kumpulan M.A.S.K yang aku pun tak tau berapa gaji yang dibayar oleh Matt Tracker kepada Brad Turner ni untuk memerangi ancaman team jahat iaitu VENOM. kondisi yang disimpan masih elok lagi..cume ada tertanggal cat di sana sini. Motorsikal berwarna hijau yang digunakan berbentuk amat pelik sekali tetapi amat cool dan sesuai dengan perilaku Brad Turner ni. Nama motorsikal ini adalah CONDOR
Brad Turner ni boleh dikategorikan sebagai 'Bad Boy' di dalam M.A.S.K ni dan pada setiap episod, watak dia ni pasti ada. Jarang la dia takde..aku dan kawan2 masa tu memang ternanti2 kan condor beraksi di hadapan kaca tv
Apabila bertemu dengan pihak lawan iaitu VENOM, battle-mode perlu diaktifkan dan motorsikal akan berubah menjadi helikopter. Cool kan? dan headlight depan boleh mengeluarkan laser-gun untuk menembak jatuh pihak VENOM.
Kelihatan Condor beraksi di udara. Helmet atau MASK yang digunakan, boleh mengeluarkan pancaran hologram dengan menyebut 'Hocus Pocus' dan muncul lah pelbagai objek atau illusion yang boleh menghalang dan menakut2 kan VENOM. dan MASK untuk Condor ini terdapat dalam 2 versi. yang pendek dan yang panjang sampai ke dada. yang aku punya ni adalah versi pendek
Memang kasanova betol lah mamat ni..sampai kan awek VENOM pon dinguratnya..haishhh
Thursday, January 10, 2013
Tin SUDI Keropok
Minggu lepas ada seorang teman di kawasan tengah bandar Pontian Johor, telah mengoffer sebuah can yang masih berada di dalam tangan kolektor,tetapi agak jarang2 berada di pasaran antik. Katanya ada lebih..jadi aku bertanyakan lah harga..dan dia kata, kau ambik jelah..tak payah bayar.tapi kau kena terima apa jua keadaan tin ni seadanya! haha..maka selepas bertemu can ni, alamak..dah macam keropok ikan yang baru lepas digoreng! tapi takpe, sebab aku berpegang pada amalan 'Jangan sombong pada barangan huduh' sebab boleh dijadikan sebagai 'Ibu' sebelum ketemu dengan barangan yang lebih elok
Kalau diperhatikan, keadaan tin can ni memang remuk teruk. Kalau kereta kemalangan, ni dikira total lost lah ni. memang hantar scrap saja, tapi takpe, aku cuba untuk ubah-elok tin can ni
dengan menggunakan ranting kayu, aku dok jolok2 di dalam bahagian body tin can ni yang pada asalnya berwarna merah menyala, tetapi kini telah pudar warnanya dan berperisa Kola
Alignment juga telah dibuat untuk memperelokkan muka Sudirman yang telah kerepot ni
Pembuatannya kelihatan beralamat di Melaka
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada teman yang memberi tin can yang tidak seberapa ni,tapi aku amat hargai!
'Keep It Until Hard To Find'
Tuesday, January 8, 2013
Selamat Tahun Baru 1978
Selamat Menyambut Tahun Baru 2013! disebabkan kesibukan kerja pada akhir tahun,nak audit pejabat ni,nak audit kaunter tu, memang tak menyempatlah aku nak update blog yang dah bersarang tabuan ni. berikutan tahun pun baru, maka aku paparkan kalendar lama yang dikeluarkan pada tahun 1978 oleh Asia Radio yang berpengkalan di Temasek yang membawa barangan elektrik Siera. Tema tahun ini adalah bermotifkan sukan yang tiada sangkut paut pon dengan barangan elektrik Siera
Jom kita tengok model2 yang agak memberansangkan dan meransangkan pada tahun itu. Untuk awal tahun, bulan Januari dan Februari, masih mood tengkujuh, kita main indoor jelah iaitu sukan Baling. kalau sekarang ni la ada chick yg main bowling macam ni, macamana lah agaknya nya. agaknya aku boleh la menjuarai kejohanan Bowling Longkang pada tahun 1978 haha
Apabila cuaca dah panas sikit, boleh la kuar rumah untuk bermain bola padang di bulan Mac dan April
Cuaca May dan Jun amatlah sesuai untuk bermain golf memandangkan keadaan yang tidak berapa nak berangin sangat...
Tapi tak perlu la pakai jacket bagai ke sweater ke kan..ha kan dah panas..kene bukak zip tu haaaa..tapi yang aku tak boleh blah,rambut dia sebijik macam rambut seorang rakan karib ku di Putrajaya..nak kate rambut bukan rambut,nak kata tanglung pon bukan..kahkahkah
Aku macam pernah pergi tempat ni kat Temasek..tapi macam ingat2 lupa..ada sesiapa boleh refresh aku semula?
Oiiiii jom maen hoki OOOiiiiiii!
Dan yang terakhir adalah bulan November dan Disember..bulan yang santai2 sesuai untuk bermain tennis
Tapi jahat betul la cameraman ni suke amik shot yang kurang sopan..ada pulak halangan loket jade tu ya hahaha
Amacam? ada yang berkenan di hati pada awek2 jaman 1978? Semoga sesiapa yang belum bertemu kekasih hati, moga2 tahun 2013 ini membawa luck untuk korang bertemu jodoh hehehe
"Keep It Until Hard To Find"
Wednesday, December 19, 2012
Hari Natal 2012
Baru2 ni aku pegi ke Zam-Zam Murtabak di Masjid Sultan, Temasek, ternampak lah pada satu tin yang agak ringkas designya, tapi at least ada lah jugak, daripada sikap pemalas segelintir marketing manager yang goyang kaki, asek2 design ituuuu je sepanjang tahun. Kami dah bosan! Dengan memaparkan imej Santa Claus bersama open happiness, tin can ini boleh la disimpan untuk koleksi..
Di Bahagian belakang, macam biasa trademark Coca-Cola
Pesanan untuk Santa: Mata tu kawal sikittt..jangan dok jeling Minah Saleh sangat k
'Keep It Until Hard To Find'
Friday, December 14, 2012
Steel Can Schweppes Bir Halia
Geram punya pasal berikutan malam tadi pertembungan di antara Harimau Malaya Vs. Gajah Putih di Stadium Supachalasai, Bangkok, membuatkan aku ingin memosting entry yang menggambarkan kegeraman aku terhadap Referee K-Pop yang membuat tindakan yang tidak setimpal ke atas perlawanan malam tadi di 2nd leg separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012
Can ini pernah diposting oleh Che Mat tapi datangnya dari jenama soda yang berlainan. Kali ini, Can ini didatangkan dari jenama Schweppes dan berperisa Bir Halia, tetapi Halal diminum, mempunyai badan yang keras hingga digunakan untuk acara Baling Tin di Fun Fair sekitar Malaya pada tahun 80-an. Dibuat untuk Yeos Malaysia
Seingat aku, kali terakhir aku pegi ke Fun Fair dan main Baling Tin ini adalah pada tahun 1987 di Fun Fair Flat Larkin Johor Bahru bersama atuk dan nenek aku. masa tu RM1 untuk 3 bola kalau tak silap. ataupun RM2 utk 5 bola.aku tak ingat dah.tapi yang aku ingat, tin can besi ni ada 6 bijik. disusun secara 3 level. Level 1 tiga tin, level 2 dua tin, dan level 3 satu tin. Baling sekali tak jatuh. Baling 2 kali pun tak jatuh. 3 kali, 4 kali, tak jatuh2 jugak. Amboi, berat sangat ke tin ni? ke balingan aku yang tak cukup power? tinggal lagi satu bola, geram punya pasal, tunggu mase sesuai budak cina yang jaga booth Baling Tin ni toleh ke belakang nak pungut tin yang jatuh, 1, 2 , 3! baling kat tengkuk dia! lariiiiiii! kahkahkah! rupanya, ada brader2 kat situ bagitau, rahsia diorang tanak bagi tin2 tu jatuh, diorang memasukkan batu2 kecil ke dalam tin can tersebut, supaya ia menjadi berat sedikit dan tidak mudah jatuh apabila dibaling dengan bola getah warna coklat,hijau, merah tu. Ka Ni Na betol!
'Keep It Until Hard To Find'
Thursday, December 13, 2012
Botol Canada Dry
Rasanya macam dah lama tak buat entry tentang botol. Diharap botol2 Malaya ini masih mempunyai peminatnya ya. ataupun ramai yang sudah game? haha..botol yang dipaparkan kali ini adalah didatangkan dari jenama Canada Dry yang sezaman dengan minuman Hi-Spot. Kali terakhir aku melihat botol Canada Dry ni di area Parit Jawa di Batu Pahat, Johor. Dibiarkan di belakang lorong2 kedai. La ni, jangan cakap se crate, sebotol pon dah payah nak jumpa. Agaknya sape lah yang kebas tu ya hehehe...
Dan yang sedihnya, seorang teman aku di Kota Tinggi, Azrul KOLEK, telah lama mintak gelas Canada Dry dari aku. Tapi sampai ke hari ni masih belum carik2 lagi gelas tu berikutan semua dah dimasukkan dalam kotak hahaha
'Keep It Until hard To Find'
Wednesday, December 12, 2012
Mug Air Mancur
Tempohari dalam takde keje kat Benut, Pontian. Malamnya pusing la ke Bundle Benut. Nampaknya kali ni rejeki tak menyebelahi aku. Tiada apa barang yang layak dibawa pulang. Tapi terserempak juga dengan satu mug yang bagi aku ada sedikit lucu jika dimasukkan kedalam senarai koleksi mug2 aku iaitu Mug Jamu Bersalin haha
Di sebelah kiri tertera Air Mancur
Di sebelah kanan pula tertera Jamu Bersalin Tetap Langsing Dan Ayu
Harga? 50sen sahaja cash n cary hehehe..salah satu barang yang mengarut dalam simpanan!
'Keep It Until Hard To Find'
Tuesday, December 11, 2012
Poster Schweppes 1986
Bulan lepas ke Rengit, singgah la ke rumah seorang teman yang banyak membantu dalam misi pencarian di area Pontian ini. tiada ape yang dibawa pulang, hanyalah poster ini aja..
Poster yang nak diketengahkan kali ini datangnya dari jenama soda yang agak lama bertapak,yang masih elok kondisinya,cuma ada beberapa bekas dawai kokot berikutan tempatnya adalah di dinding2 kedai runcit. Jika dilihat secara dekat, hanya 3 botol yang dipaparkan di dalam poster ini iaitu Lemonad, Strawberi dan juga Oren. Tiada kelihatan pula Krim Soda dan juga Bir Halia
Poster ini dikeluarkan sempena untuk meng redeem bottle cap liner yang boleh ditukarkan dengan beberapa barangan dari Schweppes berupa tin can, polo shirt, rantai kunci, beg serta tuala
Untuk memenuhi permintaan seorang rakan baik di Temasek, aku paparkan tudung botol yang boleh dibuat rujukan sebab kebanyakan bottle cap schweppes yang kami dapat sudah 24karat. Dan pengedar yang tertera adalah beralamat di Jalan Ampuan, Batu Pahat, Johor.
'Keep It Until Hard To Find'
Thursday, December 6, 2012
Poster 4U2C
Jikalau anda bersekolah pada tahun 90an, ingatkah anda pada fenomena Rap/Hiphop menular di Malaya pada masa itu? Dengan naiknya nama seperti Vanilla Ice dan MC Hammer pada tahun 1990-1991, aku teringat akan sebuah band Rap dari Malaysia yang seperti poster di bawah ini. Group yang slalu bikin huru hara iaitu 4U2C yang popular dengan lagu Kami Rappers Yo! dan lagu cintan cintun iaitu Fiona, poster ini dapat jugak aku perolehi dari seorang teman di Muar dalam keadaan yang agak memuaskan jugak poster ni yang diedarkan oleh BMG music
Anda kenal akan ahli kumpulan ini? yang merangkap ketua jugak lah dalam 4U2C ni..tak sangka perangai kebudak2 kan dia sekarang dah pakai Bentley hehe..dapat title Dato' lagi..tak sangka penyanyi yang femes dengan lagu Bergema Takbir di Pagi Raya ni berjaya jugak ya hehe
Aku berkenan akan poster ini bukanlah disebabkan lagu Kerja Partime, Darling I Love U, mahupun I Miss U, tetapi adalah kasut yang dipakai oleh mereka2 ini iaitu Roadstar yang juga menjadi kasut Raya ku pada tahun 1992
'Keep It Until hard To Find'
Wednesday, December 5, 2012
M.A.S.K Thunder Hawk
Rasanya macam dah lama tak buat entry tentang toys ni..so pada entry kali ni khas untuk yang lahir pada era 70-an yang seangkatan dengan aku. Cartoon yang teramat famous pada tahun 1985-1987, iaitu MASK. Bukan The Mask Jim Carrey tuuuuu..kalau si topeng hijau tu,budak2 era 90's kenal laaa..ni MASK yang tidak ada tandingan dengan cartoon era 2000 ini, walaupun graphic nya ada lah sangat basic, tidak lah dapat menandingi cartoon 3D sekarang ni..tapi mesej yang disampaikan dalam cartoon ni,memang amat bermakna walaupun jalan ceritanya amat simple..di bawah ni adalah model Camaro pada tahun 80an,bukan macam model Bumblebee tu..itu dah advanced sangat dah..haha
apabila berubah ke Batttle-Mode, haaa tuu diaaa..pintu Gull-Wing tu dah berubah jadi kepak yang membuatkan Thunder Hawk ini boleh terbang ke udara. Dan di hujung kepak pintu ni,terdapat missile yang boleh di launch ke arah musuh2 team VENOM iaitu team jahat
Pandangan dari belah belakang, apabila dalam Battle-Mode,spoiler nya boleh naik ke atas seolah2 GT Wing, dan bumpernya pun ternaik ke atas yang membolehkan twin ekjos tersembul keluar untuk memudahkan proses pembuangan sisa dari pembakaran Jet Fuel nya. Untuk model pasaran Asia ni, terdapat tulisan Chinese ke, atau Japan ka? yang aku lihat tidak ada pada model UK dan USA pada bumper belakangnya
Jika diterbalikkan model Camaro ni di bahagian bawah, terdapat embossed produksi dari Kenner pada tahun 1985 yang dibuat di Hong Kong
Tapi malangnya, pemandu Thunder Hawk ini, selaku ketua MASK iaitu Matt Trakker telah lari meninggalkan keretanya entah kemana hehehe..
"Keep It Until Hard To Find"
Tuesday, December 4, 2012
Goncang Sebelum Dinikmati!
Minggu lepas,seorang teman menghadiahkan sebiji botol yang tak berapa nak lama, tapi apa pun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada teman aku ini diatas tanda kemaafan beliau kelewatan sedikit untuk mengepos barang yang sedia lama aku beli hehehe...diantara botol terakhir dari Green Spot yang tertera perkataan 'KLASIK' di sudut tepi botol ni
di bahagian tepi botol, terdapat silhoutte botol Green Spot yang lama dan terdapat cop serta tulisan Jawi dan Chinese
Dikeluarkan untuk Green Spot Beverage (Malaysia). Terima Kasih Akhmal Apek!
"Keep It Until Hard To Find"
Monday, December 3, 2012
Sinalco Bottle Tag
Salam Senin pada para blogger yang masih setia mengunjungi blog aku yang tak sebarapa ni. Seperti semua sedia maklum bahawa kehangatan berblogging ni semakin pudar berikutan kepopularan Facebook mengatasi areana blog ini. Dan aku lihat semakin ramai seller di blog yang beralih arah ke FB berikutan sambungan yang begitu hangat nampaknya. Barang yang aku ingin ketengahkan hari ini adalah Tag botle untuk air yang rasanya kelat2 masam iaitu Sinalco
Saiznya tidak berapa besar, lebih kurang sejengkal sahaja. Dan dibuat untuk diletakkan di leher botol untuk mempromosikan minuman ini dengan bermodalkan wajah Mek Saleh yang kelihatan ceria sekali memegang gelas Sinalco hehehe..atas pertolongan seorang teman di Temasek, Tag ini dibawa pulang ke Malaya dengan permulaan harga SGD20, tetapi telah dinaikkan ke SGD30 dalam tempoh seminggu aja. Rugi? anda yang tentukan...
"Keep It Until Hard To Find"
Monday, November 26, 2012
Kist Spot
Diatas permintaan teman aku bro sham tempohari, baru kali ni aku berpeluang untuk mengupdatekan blog aku ni. Berikutan terlibat dengan Kembara Bahasa peringkat Kebangsaan di Putrajaya selama 5 hari, dan pembukaan tirai sepakbola piala AFF untuk Malaysia. Ni baru lah bernafas sikit. Esok pula akan ke Desaru untuk bengkel Portal Negeri Johor pulak. haishhh memang tak jejak lah rumah dalam 2 minggu ni. Ok, untuk bro Sham, botol yang tak seberapa ni adalah diantara keluaran Kist Spot yang boleh dibuat rujukan walaupun sudah ada beberapa rakan yang sudah meng 'up' kan di FB beberapa hari yang lepas
Dari segi rupa bentuk botol, pattern yang sebegini aku rasa bro Zian sudah arif sangat kan? dari segi bintik, kod di bawah botol dan ciri2 lain yang terdapat pada botol ini. Di bahagian belakang botol ini, tertera MALAYAN FOOD PRODUCTS-SINGAPORE. Hebat bukan?

Diharap ini boleh membantu pada Bro Sham..
"Keep It Until Hard To Find"
Monday, November 19, 2012
Boycott Vs. Hipokrit
Ini adalah senarai Produk-Produk yang ada kena mengena dengan Kejadian Berdarah baru-baru ini..pada sesiapa yang belum tahu, boleh la dijadikan rujukan bersama..
1. COCA-COLA
2. FANTA
3. SUNKIST
4. SPRITE
5. AQUA
6. A&W
7. NESTLE
8. MILO
9. KOKO CRUNCH
10. DANONE
11. NABISCO
12. DOLE
13. McDONALD's
14. KENTUCKY FRIED CHICKEN
15. BURGER KING
16. KIT KAT
17. PERRIER
18. NESCAFE
19. MAGGI
20. PIZZA HUT
21. NESTEA
22. FRISKIES
23. CANADA DRY
24. SMARTIES
25. COFFEE-MATE
26. NESQUIK
27. MILKMAID
28. CARNATION
29. SCHWEPPES
30. MINUTE MAID
31. MILKYBAR
32. EVIAN
33. LEA PERRINS
34. PRINGLES
35. BOUNTY
36. M&M
37. MARS
38. SNICKERS
39. TWIX
40. WHISKAS
41. PEDIGREE
42. HAAGEN-DAZS
43. CAMPBELL
44. KELOGG's
45. HEINZ
46. STARBUCK's COFFEE
47. TOMMY HILFIGER
48. CALVIN KLEIN
49. TIMBERLAND
50. PRINCE
51. POLO
52. DIOR
53. NIKE
54. REEBOK
55. CONVERSE
56. GAP
57. BOSS
58. RALPH LAUREN
59. BANANA REPUBLIC
60. WRANGLER
61. OLD NAVY
62. DOCKERS
63. WONDER BRA
64. GIORGIO ARMANI
65. DKNY
66. LEVI's
67. HARLEY DAVIDSON
68. HANES
69. DE BEERS
70. CHAMPION
71. NOKIA
72. MOTOROLA
73. SIEMENS
74. BENQ
75. DISNEY
76. JOHNSON & JOHNSON
77. CARREFOUR
78. TOYS R US
79. SARA LEE
80. INDOSAT
81. KIWI
82. HBO
83. AMERICAN EXPRESS
84. EXXON
85. AON
86. BOEING
87. DAIMLER
88. CHRYSLER
89. MERCEDEZ
90. VOLKSWAGEN
91. JAGUAR
92. DODGE
93. ALFA ROMEO
94. FORD
95. CADILLAC
96. PHILLIP MORRIS
97. MARLBORO
98. L&M
99. BENSON & HEDGES
100. HYATT
101. VIRGINIA SLIMS
102. WINSTON
103. PLAYERS
104. REVLON
105. AOL
106. WARNER BROS
107. CNN
108. TIMES
109. IBM
110. L'OREAL
111. LANCOME
112. BIOTHERM
113. GARNIER
114. MAYBELLINE
115. REDKEN
116. INTEL
117. CLINIQUE
118. ARAMIS
119. BOBBI BROWN
120. MAC COSMETICS
121. KATE SPADE
122. 20th CENTURY FOX
123. NEW YORK POST
124. NATIONAL GEOGRAPHIC
125. KIMBERLY-CLARK
126. HUGGIES
127. KLEENEX
128. KOTEX
129. SCOTT
130. FREEDOM
131. P&G
132. PAMPERS
133. HEAD & SHOULDER
134. LUX
135. PALMOLIVE
136. ZEST
137. CLOSE UP
138. COLGATE
139. OLAY
140. VICKS
141. HASBRO
142. MONOPOLY
143. STAR WARS
144. PLAYSKOOL
145. PARKER
146. GILETTE
147. ORAL-B
148. BRAUN
149. PAPER-MATE
150. DURACELL
151. AJAX cleaner
152. AXION cleaner
153. SANEX
154. MARRIOT
155. SHERATON
156. MARKS & SPENCER
157. SUAVE
158. MICROSOFT
159. APPLE
160. VIACOM
161. HOLLYWOOD
162. PARAMOUNT PICTURES
163. COLUMBIA PICTURES
164. WALMART
165. AT&T
166. SHELL
167. VICTORIA's SECRET
168. FOX ENTERTAINMENT
169. ESTEE LAUDER
170. CATERPILLAR
171. CHICAGO BULLS
172. ARSENAL FC
173. PBB
174. UNITED NATIONS
175. FACEBOOK???
176. DEWA 19???
177. Any Barcode start from 729...
aku melihat ada diantara teman2 yang tidak buat research tentang produk2 yang secara langsung atau tidak langsung menyapot,berasal,ada unsur2 Zionist. orang lain boikot Mekdi,kau pun ikut..tapi tidak mengetahui apa tujuan sebenar pemboikotan tersebut. ada yang berkata, "nasib baik aku tak minum coca cola" tapi bagaimana dengan PEPSI? pernah minum? bagaimana pula dengan MILO? NESCAFE? pernah minum?haaaa apa nak jawab sekarang ni?
aku dan teman2 seperjuangan dikecam hebat kerana menyimpan barangan Coca-Cola. dituduh mensupport Israel! apa ni? perlu diingatkan ya, aku mengumpul barangan collectibles coca cola dengan niat untuk syok sendiri, untuk tatapan mata sendiri. Tidak pernah terlintas dihati untuk mendermakan hasil jualan barangan itu untuk didermakan kepada United Israel Funds. Tidak sama sekali!
Kalau korang nak pulaukan aku sebab aku makan Mekdi,ok,aku terima. Tapi aku nak tengok sampai bila korang nak boikot? sampai mati?hangat2 taik ayam? bila isu ni dah reda,korang makan Mekdi balik? bolehkah aku menuduh korang sebagai hipokrit?? Mulut memang berapi boikot itu ini, tapi di celah jari terselit rokok Marlboro! Watdehel..
Apa pun,yang penting NIAT..aku dah senaraikan,so pandai2 lah korang nak hidup dalam hipokrit ke, kembali hidup sebagai primitif ke, atau pun teruskan mendermakan untuk sebutir peluru kepada Zionist ke, atau nak support Malaysian Product ke, atau pun nak hidup sebagai orang yang Normal..tepuk dada,tanya akal..
"Pray For Gaza"
Monday, November 12, 2012
Sugarbabes Coca-Cola Malaysia Poster
Poster yang dikeluarkan oleh Coca cola malaysia pada tahun 2003 ni masih kelihatan elok walaupun sudah berusia lebih dari 9 tahun. Agaknya kalau sekarang ni, lulus ke iklan memaparkan selebriti barat berpakaian bergini?
Di hujung poster ini, terdapat cara2 untuk menyertai peraduan concert tiga artis iaitu Sugarbabes sendiri, Ronan Keating dan juga Bon Jovi. Anda berani? CUBA TRY!-tagline coke pada tahun 2003
So mana satu pilihan hati? Aku pasti Arianmizi memilih yang kanan sekali hehehehe..sebab dia akan merasa seksi memilih apa yang orang tak pilih
"Keep It Until Hard To Find"
Subscribe to:
Posts (Atom)



