Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, March 31, 2011

Adiah Tawen 2

Semakin hari,semakin banyak pula hadiah kawen yang mengunjung tiba..nampaknya ramai juga yang sayang pada aku hehehe..Alhamdulillah..tapi apa pun,ini semua atas doa kawan2 juga..yang membuatkan token friendship ini tiba di daun pintu rumahku..
So tanpa melengahkan masa,hadiah yang aku terima semalam adalah berasal dari SierraMas,Sungai Buloh.terkejut juga apabila menerima sebuah bungkusan expected the unexpected hehe..mungkin ramai juga yang mengenali sang penghantar yang cukup sinonim dengan barang2 Sinalco,Kickapoo dan RC Cola.mungkin lebih mudah dikenali dengan gelaran King of Soda Photos! pernah juga menjadi rakan atau teman seperjuangan ketika Civil War of Antiques,dan dari situ lah kami berbaik2 sehingga ke hari ini..dan apabila aku membuka bungkusan hadiah ini,terpampanglah beberapa item yang jarang2 aku kolek! iaitu documentation.wah!barang2 seperti ini memang menarik minat pengkolek seperti Pengkerusi JB haha..bak katanya,"KALAU KAU KOLEK BARANG TANPA RESIT ATAU DOCUMENTATION,MAKA BARANG TU UMPAMA BARANG PANAS!"haha ada2 saje wahai abang dolahku..so barang yang pertama adalah kupon air kickapoo yang dikeluarkan oleh Syarikat National Aerated Water.last benda ni aku dapat lihat seawal tahun 80an dulu.lepas tu dah tak nampak lagi dah.kalau tak silap,kupon ni akan dicop untuk pengesahan untuk menebus segelas air.correct me if im wrong ya!
Item yang kedua adalah pocket calendar yang memaparkan botol plastik,botol kaca serta tin can Kickapoo dan RC Cola.tapi seingat aku masa tahun 90an,amat payah juga nak dapatkan RC Cola di area JB ni.mungkin belah atas2 sana lebih mudah didapati,selain dari singapura.
Di bahagian belakang,adalah calendar dari tahun 1992.agaknya pada tahun bilakah botol kaca RC Cola ini diberhentikan productionnya?
Item ketiga adalah sampul surat yang memang siap di print untuk mengepos ke alamat National Aerated Water Singapore.wah,di Jalan Seranggoon!Blurguyz79,apalagi,jom la kita pegi carik alamat ni kalau masih ada lagi hahaha
Item seterusnya adalah Official Receipt N.A Water Ltd yang di cancelled beralamat di no 27, Chan Sow Lin Road.masih ada lagi ke jalan ni?
Yang ini pula adalah official receipt yang beralamat di PJ pada tahun 1977 kepada The Oasis S/B
Yang ini pula aku tidak pasti apakah kegunaan kertas ni.kemungkinan besar rough paper atau pon notebook
Seterusnya adalah Summary of Sales untuk para salesman kalau tak silap aku
Dan yang ini pula adalah statement of Account untuk National Aerated Water S/B..teringat aku dulu2 masa ambik prinsip akaun dulu haha..pening kepala nak balancekan debit dengan kredit tu!
Dan bila nak ambik coti,gunakanlah Borang Minta CHUTI haha..word old skool..chare
Stiker ini pula bersaiz kecik sedikit dari A4 yang masih belum lagi digunakan..masih berkondisi NOS
Dan item yang paling terakhir adalah paper sign atau paper advert yang berharga RM250! wolauweh...Bro,ko biar betul,paper advert yang mahal ni ko bagi aku free2 je ke?
Amacam abang dolah?dengan dokumentasi yang dipaparkan kali ni dah membolehkan untuk kita bukak kedai tak?hahaha..dan dengan sempena posting kali ni,aku ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada jejaka yang sudi menghadiahkan dokumen yang menjadi sampah sarap bagi sesetengah pihak,tetapi TIDAK bagi aku.akan disimpan dengan rapi.bak kata aku masa dulu2,kalau orang bagi aku sehelai kertas A4 kosong pun aku simpan!inikan pula a piece of history huhuhu..ape pun,kita enjoy!

Wednesday, March 30, 2011

Dey Machaa Guli Hahah!!

Mesti kalian pelik dengan tajuk aku kali ni.tiada apa2 maksud..hanya gurau senda sempena mengambil tagline yang pernah diposting suatu ketika dulu..so posting pada petang rabu ni agak biasa2 sahaja,tiada apa yang istimewa,cuma aku hendak mempamerkan ihsan botol guli dari seorang teman yang juga amat baik sudah sepanjang tahun cemerlang ini
Botol ini berjaya dikorek di suatu daerah di Johor Lama yang pada masa itu pengkorek botol ini kira membeli belah atau berjalan2 ke daerah ini.Jika diamati tulisan embossed pada botol guli ini,tertera nama pemilik botol ini iaitu MUTUKRISHNA & Co.maka adakah botol ini berisi air soda?ataupun kicap?ataupun cuka?itu aku kurang pasti..mungkin saudara Megat ada info tentang botol ini?jika diperhatikan dibawah tulisan muthukrishna & co,tertera tulisan MADURA.maka adakah botol ini berasal dari Indonesia?atau kemungkinan kecil ianya berasal dari India?
Tapi yang amat jelas botol ini adalah perbuatan WM Barnard & Sons Ltd London.dan mengikut Tuan PengKerusi JB,di India kini,anda boleh membuat botol yang boleh dicetak embossed nama anda sendiri.menarik bukan?kalau nak buat botol codd atas nama Afzarizal,kira boleh jadi lagenda tak botol tu?haha..enjoy!

Monday, March 28, 2011

Adiah Kawen

Semasa Majlis Persandigan tempohari,ada seorang teman aku yang bernama MAIL yang telah terlupa membawa hadiah karat untuk diberikan pada aku dan setelah selesai majlis,aku yang kena pergi kolek hadiah ni kat rumah mak dia.hampeh tol si pengantin pulak yang pergi kolek sendiri hadiah haha..tapi apa pun,terima kasih yang tak terhingga sebab persahabatan yang terjalin sekian lama dari tahun 1992 sehinggalah ke hari ini.untuk pengetahuan semua,ni MAIL bukan sebarang MAIL,ni MAIL datang dari JOHOR BAHRU.cuma menetap di KL nun.kalian jangan salah sangka pulak ya.aku kenal mamat ni dari aku sekolah form 1 di Saint Joseph Secondary School JB yang pada masa itu hanya satu-satunya sekolah lelaki yang bersekolah pada hari Jumaat dan bercuti pada hari Ahad,selain dari I.J Convent(Perempuan) yang pada masa itu semua sekolah bercuti pada hari jumaat dan kena sekolah pada hari Ahad hahaha..masa tu kitorang dok gelakkan murid2 sekolah lain kerana tak dapat menonton cartoon yang best hanya ditayangkan pada hari Ahad haha..kesian kesian..dan waktu persekolahan pada hari jumaat pon pendek iaitu dari 7.20am-12.10pm,manakala sesi petang 2.15pm-6.45pm kalau aku tidak silap
So tentang hadiah yang diberikan pada aku adalah berupa sebiji botol yang aku belum ada dalam simpanan,tetapi tak tau pula di rumah kolektor yang lain,mungkin bersusun huhu..botol dari jenama terawal minuman soda iaitu schweppes berisi 13 FL OZ..aku kalau bab2 ounce ni memang ada failed sikit berbanding Litre atau ML
Pandangan dari sudut belakang botol iaitu Property of Cadbury Schweppes PTY LTD..adakah botol ini masuk Malaya?kemungkinan besar dari pengamatan dan pencarian aku di Internet,botol ini didatangkan dari Australia.betulkan aku ya kalau aku silap.ruangan komen tersedia untuk memberi pandangan
Berdasarkan dari perbandingan botol schweppes 200ml yang aku miliki,ternyata botol 13OZ ni mempunyai body yang lebih gumuk dan tinggi sedikit dari botol schweppes yang didatangkan dari Ipoh.
Barang kedua yang dihadiahkan adalah bottle opener dari gandingan jenama yang sama iaitu Schweppes juga.kira pakej juga lah hadiah ni.
Di bahagian belakang pembuka botol ni,tertera cara2 nak membuka tin can sardin schweppes dan tertulis Made In England
Dan hadiah ketiga dan juga merupakan hadiah terakhir adalah bottle opener & resealer.ternyata jika kita sabar,akhirnya dapat juga barang yang di idam-idamkan.sudah berabad lamanya aku mencari resealer bottle cap ni.mengikut sumber-sumber yang TAK boleh dipercayai,terdapat 2 mesin portable resealer di Malaya ni.yang 1 berada di Bukit Mahkota,dan 1 lagi berada di tangan Uncle Ali Popia,tetapi telah beralih tangan pada seorang Hamba Allah yang tidak diketahui exact location dimanakah mesin tersebut berada..hanya cerita dari mulut ke mulut sahaja yang dijaja hingga ke hari ni..jadi pada sesiapa yang berhajat mengreseal botol2 kosong beserta crown cap,boleh la aku mengcaj rm10 per botol hehe..sebab pesan owner kepada aku,resealer ni tidak boleh dibawa keluar dari rumah mak aku di simpang renggam.dikhuatiri pass dari tangan ke tangan,akhirnya?Missing In Action(MIA) hehe..
Terima Kasih sekali lagi kepada Ismail Said Ismail & wife Liza serta Mak Som yang datang memeriahkan majlis aku tempohari serta hadiah yang menepati sasaranku hehe..enjoy!

Tuesday, March 22, 2011

Berlalu Sudah...Alhamdulillah

Akhirnya semua proses berjalan dengan lancar..Alhamdulillah dengan iringan doa dari parents,kaum keluarga,serta kawan2,tiada apa yang kurang atau jelek.Dan dengan sekali lafaz sahaja,kedua mempelai berjaya diijabkabulkan,diiringi dengan doa dan tepukan yang gemuruh serta sorakan dari penonton yang dihadiri oleh 1 kampung yang bagaikan pesta di malam itu yang mengejutkan si pengapit lelaki,"Mak ai,ni malam nikah ke,pestabola merdeka?"haha..dan berakhir dengan dentuman mercun dan bunga api pada malam itu.begitu meriah sekali sambutan di sebuah kampung di penghujung benua Asia..

Pelamin pun berjaya didirikan dengan teguh tanpa sebarang kesulitan yang berjaya memuaskan hati aku yang berdebar2 pada malam Nikah tempohari..dengan jemputan yang sederhana ramai,nasi beriani yang mencukupi,goodie bag yang mencukupi..

Dan buat julung kalinya si pengantin perempuan di inai oleh sang suaminya sendiri,yang jarang2 kita lihat atau dengar hehe..akhirnya terlaksana jugak impian aku..ni kira langgar adat tak?hehe..

Serta pulangan yang amat memuaskan bagi pihak mak & pak pengantin serta pengantinnya sekali hehe..Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan pada semua kolektor yang hadir,yang sanggup merentas highway untuk ke Simpang Renggam,jasa korang amatlah aku hargai..

Dan aku ingin mengucapkan terima kasih 1juta kali kepada seorang teman yang tidak dapat hadir,tetapi telah memberikan hadiah yang karat,tetapi amat bermakna bagi aku
Kotak display acrylic yang dibuat dengan hasil kerja tangan sendiri,untuk mendisplaykan coin can coca cola worldcup 2010
Kotak display yang mempunyai base yang diperbuat dari kayu untuk mempamerkan commemorative coin dari Fraser & Neave
Serta Coin Can Pepsi yang tidak dikolek sehingga ke hari ini,sudah juga dimasukkan di dalam kotak display acrylic..haha nampaknya jadi milik aku lah nampaknya coin can ni..
Dan hadiah yang paling aku terhutang budi adalah tin sign coca cola ini yang bersaiz agar besar juga,dihadiahkan seorang teman yang tidak pernah berkira dengan aku,barang ni pada mulanya dia sayang juga hendak melepaskannya.tetapi selepas aku berseloroh meminta hadiah kawen,akhirnya dia melepaskan juga..aku sangka dia hanya berjoking,tetapi kadangkala barang yang kita sayang,jika dilepaskan pada orang yang tahu menghargai,akan menjadi lebih bermakna secara personal.
Ucapan selamat yang ditulis tidak seberapa,tetapi aku masih simpan sampul surat salam kaut ni hehe
Signature dari tuannya
Last word,terima kasih dari kami berdua,kepada semua yang hadir,kepada semua penyumbang dan kepada pemberi hadiah..Jasa mu akan dikenang!enjoy!

Wednesday, March 9, 2011

Chalkboard Framroz

Salam Walimatul Urus kepada semua blogger dan pengunjung setia blog aku yang tak seberapa ni.dengan kunjungan kalian,semakin tinggilah hits kat blog ni dan didahulukan dengan ucapan ribuan terima kasih yang tak terhingga kepada kawan atau lawan.degupan jantung semakin pantas,bahang makin terasa.bak kata Frightrice,tick tock tick tock..countdown semakin hampir haha..persediaan lafaz sudah berbillion kali aku ulang.air Yassin pun sudah berbotol2 kuminum.harap2 semua doakan kefasihan dan ketidakgugupan pada 12hb ni ya hehe..almaklumlah lafaz keramat ni yang membuatkan ramai jejaka yang terkencing dan terkencet untuk melafazkannya hehe..jadi support dari kalian memang aku perlukan!

Jadi sempena posting terakhir sebelum aku bercuti panjang ni,aku nak sajikan sekeping besi yang tak seberapa ni.niat pada mulanya ingin menyimpan saja.dan dikeluarkan pada masa berperang.tapi tak apalah.niat buruk itu telah dineutralkan oleh perasaan 'AH BIARLAH'..ramai juga yang bertandang ke rumah menyuruh aku posting di blog.Penghulu JB dan Tuan Pengkerusi pun dah berbunyi,'Barang yang baik,tak perlu lah disorok' dan 2 hari lepas Bro Megat datang ngeteh kat JB,dan kami amat berterima kasih pada beliau kerana tanpa beliau,tidaklah kami dapat melihat botol Codd Framroz,botol bowling & botol embossed Schweppes yang conditionnya teramatlah cun melecun hampir 99%!.dan aku berseloroh dengan abg dolah,"bang,ropanya ada juga ya botol2 macam ni kat JB"haha abg dolah tersenyum kambing..jadi barang apakah yang aku posting pada hari ni?

Logo Crown Trade Mark yang tidak asing lagi bagi semua pengkolek botol..menurut Zul Botol Larkin dan diri aku sendiri,syarikat air yang berlogo kan crown ni lah diantara botol yang tercantik buatannya dan ada standardnya tersendiri jika dibandingkan dengan jenama2 air yang lain

Wah! ada gambar botol Framroz printed! memang sah benda ni dari jaman 1950's hingga ke awal 1960's

yang ini lagi best!botol Framroz Nomber Satu!bagi aku lukisan diatas metal ni nampak aja macam bodoh,tapi ada keunikannya tersendiri kalau nak dibandingkan dengan teknologi canggih priting jaman sekarang dengan software2 yang aku dah tak larat nak ikut.nampak keaslian dan ketelitian pada lukisan ni

Bagi pengumpul botol Framroz yang tidak sempat mengkolek botol beserta cap atau tudungnya sekali,boleh lah membuat rujukan di bawah ni cap apakah yang digunakan oleh Framroz dan flavor2 air yang dikeluarkan

Cap Nomber Satu

Cap Lemon Barley

Cap Orange Smash

dan Cap Sarsaparilla

dan ini adalah gambar close up bahagian advert Framroz

Dan yang terakhir adalah paparan keseluruhan chalkboard atau bagi sesetengah orang menggelarkannya sebagai menu board yang digunapakai di restoran2 Cina lama untuk menulis apa menu special hari ini ataupun tanda harga bagi minuman dan makanan yang dijual.saiznya ada standard size poster wayang dan material adalah metal yang dilapikkan dengan papan hitam untuk ditulis menggunakan kapur.condition masih cemerlang lagi hampir 90%
So,sekian untuk kali ni,jumpa kalian selepas honeybarleylemonmoon!kita enjoy!

Monday, March 7, 2011

Sebentar Di Rumah Ali Popia

Malam semalam aku dan abg dolah bercadang nak singgah ke rumah Uncle Ali Popia.masing2 mempunyai tujuan yang tersendiri.abg dolah dan isterinya macam biasa lah..bershopping Pinggan Mangkuk Lama,manakala aku pulak hendak memberi kad undangan ke Majlis Resepsi.jadi bila dah duduk berbual tu,berwindow2 shopping jugak hehe..dan ini adalah souvenir yang di bawa balik malam tu.tidak lah se rare mana bagi sesetengah pihak,tapi bagi aku,cukuplah sekadar untuk memenuhi tin can yang sedikit demi sedikit dikumpul..

eh?bila masa pulak susu Anlene ada keluarkan tin can ni?kalau air kotak tu,adalah kot..
Owhhhh..coin bank ropanya..size nya tidak lah setinggi tin can coca cola,tapi dia serendah tin can red bull..kemetot jek hehe..comel gak dibuat koleksi ni
yang ni pulak brand Snow Deer minuman ginseng dan glukos.jarang jugak aku jumpa tin can minuman seperti ni.kalau ada pun,cuma dijual di kedai2 makan Cina
Coin Bank tin can pulak tu!memang rejeki malam tadi lah dapat tin2 kemetot
Alamat dia di Taman Maluri,Cheras.so apalagi kawan2?pergilah korek kat kilang ni!
Dan yang penting,perbuatan Malaysia oleh Kian Joo Can Factory
Terima Kasih Uncle Ali! yang aku dah anggap macam bapak angkat bak kata Bob si PenchintaPepsi...almaklumlah se-genetik lah katakannn hehe..
p/s:Bob,Uncle Ali tanya,posting ko yang haritu ada mamat sekumpulan mengerumuni Giant bottle coca cola tu ko tujukan pada siapa?

Friday, March 4, 2011

Coca Cola Route Truck

Kelmarin masa tengah surfin kat lamanweb lelong, ternampak pula ada orang menjual coca cola truck ni..ada 2 type dan kedua2 nya berwarna merah.route truck dan event truck.tapi kali ni aku nak posting yg lain sikit iaitu kaler putih
dikeluarkan oleh takara tomy japan pada tahun 2009,harga masa tu beli cuma Sing$5.90 di toys r us.dan sekarang ni pon rasanya harganya tak jauh beza..dan pintu truck ni boleh di buka secara slide
kat belakang,macam biasa la..bulls eye button coca cola
Enjoy!