Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, August 23, 2012

Diet Coke Slim Bottle

Botol yang dikeluarkan untuk edisi ini tidak lama sesi penjualannya,dan disebabkan title 'diet' itu sendiri,maka botol ini tidak dinamakan fat bottle,aku gelarkannya Slim Bottle sebab botol ni kurus sedikit dan isipadunya pun hanya 250ml dan bukannya 285ml seperti fat bottle yang lain
Di bahagian pengeluar,tertera alamat di Jalan Ahmad Ibrahim Singapore yang dikeluarkan oleh Fraser & Neave(S) Pte Ltd. Berkeadaan full bottle yang masih mempunyai air original di dalamnya,terima kasih Mr.Coke!
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, August 22, 2012

F&N Tonic Water Fat Bottle

Botol yang aku paparkan kali ini adalah diantara botol2 terakhir yang aku dapat lihat dijual di kedai2 runcit seluruh Malaysia di akhir2 tahun 80an..Jenama minuman yang dikeluarkan oleh Fraser & Neave berperisa Tonic Water
Jika dilihat paparan muka yang lainnya,iaitu Bahasa Melayunya,tidaklah ditranslate sepenuhnya,Extra Dry ditukar kepada Minuman Tawar,Tonic Water tidak berubah.Kenapa tidak ditukar kepada Minuman Tonik?mungkin belum ada perkataan yang sesuai pada masa ini untuk menggunakan Bahasa Melayu dengan sepenuhnya
Ape rasa air ni?Korang penah beli tak?atau mungkin aku memperoleh botol ni berpuluh puluh botol berkeadaan full bottle disebabkan tidak ramai yang membeli perisa ini?
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, August 17, 2012

Thursday, August 16, 2012

COKE Malaysia Fat Bottle

Botol yang satu ini boleh la aku kategorikan sebagai fat bottle yang BIASA2 sahaja.sebabnya,ia banyak terdapat pada tangan kolektor baru mahupun otaik.Design pada paparan nya terdapat tulisan COKE yang digunapakai dari seawal tahun 1979 dan botol ini juga dikeluarkan pada era 80-an
di paparan yang lain,terdapat Tanda Perniagaan Berdaftar serta ribbon yang sudah pudar sedikit,tapi aku ambil juga botol ni dengan harga MYR20.Boleh laaa buat ada2 orang kata..
Dan botol ini dilahirkan di tempat lagenda iaitu diperbuat oleh Fraser & Neave Jalan Foss
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, August 13, 2012

Mirinda Stroberi Fat Bottle

Botol yang aku dapat ni memang berkeadaan sangat teruk dan aku saja simpan untuk buat rujukan..berjenama Mirinda berperisa strawberry,tetapi dalam bahasa Melayunya Stroberi,maka tertarik juga aku menyimpannya
mempunyai embossed dia kacanya Jangan Diisi Semula serta di label No Deposit
di bahagian ramuan dan alamat,memang dah pudar habis,tak dapat dilihat dengan mata kasar hahaha
Bak kate orang,barang yang lusuh,jangan sombong,ambik je..mane lah tau satu hari nanti dapat barang yang lebih baik..
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, August 9, 2012

Staminade 1988 Fat Bottle

Kali ini aku nak posting tentang sebiji fat bottle yang tak berapa nak popular yang pernah dipasarkan di Malaysia seketika dulu..Jika diperhatikan pada image yang dipertontonkan di bawah ni,dapatlah aku andaikan bahawa perkataan STAMINADE ini diambil dari gabungan Stamina & Lemonade.disebabkan oleh minuman isotonik yang mengikuti standard America dan perisa Lemon Lime. Begitu juga dengan gambar lelaki yang sedang bersukan itu. Setelah sekian lama menyimpan,aku perhatikan warna plastic wrapnya tidak pudar,malah warha hijaunya masih terang dan menyala!
jika diperhatikan tarikh luput pada botol ini,tarikhnya adalah pada 01 July 1988 dan boleh diandaikan botol ini dipasarkan sekitar 1987-1990an
Minuman Staminade ini berasal dari Syarikat Nicholas Kiwi International yang dikeluarkan oleh syarikat tempatan iaitu Kontrak Mfg Svcs Sdn Bhd yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, August 7, 2012

1984 Los Angeles Olympic Fat Botle

Harapan hanya satu lagi pingat bagi Malaysia,lepas ni memang dah takde harapan lagi..aku pun taknak komen lebih2,kang masuk paper pulak blog aku ni hehe..so sempena cabaran untuk mendapatkan pingat yang terakhir,aku hidangkan sebiji fat bottle yang jika dilihat secara kasar di bawah ini,adalah merupakan fat botle COKE yang biasa..
Tetapi jika dipaparkan muka yang bersebelahan,dapatlah dilihat bahawa fat bottle ini dikeluarkan sempena Sukan Olimpik 1984 di Los Angeles,California. dari cerita yang aku dengar,sukan olimpik pada tahun ini telah di boikot oleh beberapa negara yang menimbulkan kontroversi pada ketika ini
Kilang yang mengeluarkan fat bottle ni juga adalah history jugak iaitu Fraser & Neave yang beralamat di River Valley Road Singapore..
Bottle capnya juga diperbuat dari alumimium dan mempunyai logo Coca-Cola Registered Trade Mark..dan ditambah menarik lagi,fat bottle ni masih berkeadaan full bottle air original dan bukan diisi semula ya
Bagaimana dengan koleksi olimpik anda?jika ada yang lebih,boleh la berkongsi2 ya!
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, August 6, 2012

1988 Olympic Malaysia Coca-Cola Steel Can

Tampak hebat sekali Usain Bolt menggayakan aksi seperti Hulk Hogan apabila memenangi gelaran Raja Pecut atau pon The Fastest Man Alive,dan ke 'frust' an penyokong2 Malaysia terhadap kegagalan kali kedua wira negara di tangan musuh tradisinya..nak buat macamana ya tak? yang hebat itu tetap hebat,nasib itu hanya 1% persen sahaja..selebihnya adalah skill.So sempena kekalahan ini,aku nak posting sebuah icon Olympic pada tahun 1988 iaitu steel can yang bertulis Tanda Perniagaan Berdaftar. Nampak dari segi paparan yang dibawah ini,masih berkeadaan seperti steel can yang lainnya.
Tapi jika di switch paparan yang seterusnya,maka terpampanglah satu imej yang aku rasa sangat teruja dengan olympic ring,garisan2 yang terdapat pada dada steel can ini,terasa amat berkualiti sekali design yang ingin disampaikan berbanding dengan can2 masakini yang entah apa2 design nya. Dikeluarkan sempena sukan olimpik di Seoul, Korea pada tahun 1988.
Dan seperti biasa,the legendary Jalan Foss adalah tempat lahirnya steel can ini
Dan yang amat menarik tentang steel can ini,ia masih berkeadaan full can berisi air penuh dan tidak bocor sama sekali.berbanding dengan aluminium can yang selalu buat kita terjaga di malam hari apabila ia meletup haha..boleh la aku katakan market untuk harga steel can yang cun seperti ini,harga paling minimum pun boleh mencecah MYR250,itu minimum ya,maksimum?anda yang letak sendiri...
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, August 1, 2012

1988 Malaysia Coca Cola Fat Bottle

Nampaknya bahang Olympic semakin membara dan semakin mara! jadik aku pun semakin mara memosting barangan Olympic yang ada dalam simpanan. Dan kali ini adalah barangan keluaran Coca Cola Malaysia iaitu Fat Bottle yang menjadi kegilaan bagi sesetengah kolektor masakini. Jom kita lihat apa sepselnya fat bottle ni
Dari segi paparan yang seperti di atas ini,hampir lebih kurang common nya fat botle ini. tidak banyak berbeza dengan fat bottle seangkatannya. yang agak menarik sedikit adalah tag Tanda Perniagaan Berdaftar yang mensahihkan tempat origin nya iaitu Malaysia. Jika diteliti paparan alamatnya, masih juga diperbuat oleh Fraser & Neave Jalan Foss Kuala Lumpur..tempat legend hehe..
Apa yang membezakan fat bottle ini adalah ianya edisi Sukan Olimpik 1988 yang berlangsung di Seoul, Korea yang menjadi minuman rasmi bagi sukan ini.
Dan yang lebih menarik lagi,ianya masih berkeadaan Full Bottle masih belum dibuka. Original, bukan diisi semula ya! Plastic labelnya pun masih berkeadaan sangat elok. Terima Kasih Mr. Coke!
"Keep It Until Hard To Find"