Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, January 30, 2013

M.A.S.K Condor

Anda kenal dengan mamat ni? dengan Ray-ban nya yang berlensa chrome, suka berfoya2 dan berperangai yang cool sentiasa membuatkan aku yang masa tu berumur 7 tahun padan tahun 1986, amat tertarik dan memaksa arwah ayah aku untuk membelikan mainan keluaran KENNER ini. tapi kalau nak beli, kena lah kumpul duit raya dahulu. dan aku bernasib baik ketika itu aku tinggal di Temasek dan proses pembelian menjadi lebih mudah kerana di deretan kedai yang berada di Clementi Ave 5 menjual pelbagai mainan ketika itu. Kalau sekarang ni, mana dapat lagi nak dapat mainan original di kedai runcit ye tak?
Mari aku kenalkan dengan kasanova yang bernama Brad Turner ni. hobinya part-timenya ialah bermain alat muzik
Dan kerja full-time pula adalah menjadi ahli kumpulan M.A.S.K yang aku pun tak tau berapa gaji yang dibayar oleh Matt Tracker kepada Brad Turner ni untuk memerangi ancaman team jahat iaitu VENOM. kondisi yang disimpan masih elok lagi..cume ada tertanggal cat di sana sini. Motorsikal berwarna hijau yang digunakan berbentuk amat pelik sekali tetapi amat cool dan sesuai dengan perilaku Brad Turner ni. Nama motorsikal ini adalah CONDOR
Brad Turner ni boleh dikategorikan sebagai 'Bad Boy' di dalam M.A.S.K ni dan pada setiap episod, watak dia ni pasti ada. Jarang la dia takde..aku dan kawan2 masa tu memang ternanti2 kan condor beraksi di hadapan kaca tv
Apabila bertemu dengan pihak lawan iaitu VENOM, battle-mode perlu diaktifkan dan motorsikal akan berubah menjadi helikopter. Cool kan? dan headlight depan boleh mengeluarkan laser-gun untuk menembak jatuh pihak VENOM.
Kelihatan Condor beraksi di udara. Helmet atau MASK yang digunakan, boleh mengeluarkan pancaran hologram dengan menyebut 'Hocus Pocus' dan muncul lah pelbagai objek atau illusion yang boleh menghalang dan menakut2 kan VENOM. dan MASK untuk Condor ini terdapat dalam 2 versi. yang pendek dan yang panjang sampai ke dada. yang aku punya ni adalah versi pendek
Memang kasanova betol lah mamat ni..sampai kan awek VENOM pon dinguratnya..haishhh
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, January 10, 2013

Tin SUDI Keropok

Minggu lepas ada seorang teman di kawasan tengah bandar Pontian Johor, telah mengoffer sebuah can yang masih berada di dalam tangan kolektor,tetapi agak jarang2 berada di pasaran antik. Katanya ada lebih..jadi aku bertanyakan lah harga..dan dia kata, kau ambik jelah..tak payah bayar.tapi kau kena terima apa jua keadaan tin ni seadanya! haha..maka selepas bertemu can ni, alamak..dah macam keropok ikan yang baru lepas digoreng! tapi takpe, sebab aku berpegang pada amalan 'Jangan sombong pada barangan huduh' sebab boleh dijadikan sebagai 'Ibu' sebelum ketemu dengan barangan yang lebih elok
Kalau diperhatikan, keadaan tin can ni memang remuk teruk. Kalau kereta kemalangan, ni dikira total lost lah ni. memang hantar scrap saja, tapi takpe, aku cuba untuk ubah-elok tin can ni
dengan menggunakan ranting kayu, aku dok jolok2 di dalam bahagian body tin can ni yang pada asalnya berwarna merah menyala, tetapi kini telah pudar warnanya dan berperisa Kola
Alignment juga telah dibuat untuk memperelokkan muka Sudirman yang telah kerepot ni
Pembuatannya kelihatan beralamat di Melaka
Terima kasih daun keladi diucapkan kepada teman yang memberi tin can yang tidak seberapa ni,tapi aku amat hargai!
'Keep It Until Hard To Find'

Tuesday, January 8, 2013

Selamat Tahun Baru 1978

Selamat Menyambut Tahun Baru 2013! disebabkan kesibukan kerja pada akhir tahun,nak audit pejabat ni,nak audit kaunter tu, memang tak menyempatlah aku nak update blog yang dah bersarang tabuan ni. berikutan tahun pun baru, maka aku paparkan kalendar lama yang dikeluarkan pada tahun 1978 oleh Asia Radio yang berpengkalan di Temasek yang membawa barangan elektrik Siera. Tema tahun ini adalah bermotifkan sukan yang tiada sangkut paut pon dengan barangan elektrik Siera
Jom kita tengok model2 yang agak memberansangkan dan meransangkan pada tahun itu. Untuk awal tahun, bulan Januari dan Februari, masih mood tengkujuh, kita main indoor jelah iaitu sukan Baling. kalau sekarang ni la ada chick yg main bowling macam ni, macamana lah agaknya nya. agaknya aku boleh la menjuarai kejohanan Bowling Longkang pada tahun 1978 haha
Apabila cuaca dah panas sikit, boleh la kuar rumah untuk bermain bola padang di bulan Mac dan April
Cuaca May dan Jun amatlah sesuai untuk bermain golf memandangkan keadaan yang tidak berapa nak berangin sangat...
Tapi tak perlu la pakai jacket bagai ke sweater ke kan..ha kan dah panas..kene bukak zip tu haaaa..tapi yang aku tak boleh blah,rambut dia sebijik macam rambut seorang rakan karib ku di Putrajaya..nak kate rambut bukan rambut,nak kata tanglung pon bukan..kahkahkah
Aku macam pernah pergi tempat ni kat Temasek..tapi macam ingat2 lupa..ada sesiapa boleh refresh aku semula?
Oiiiii jom maen hoki OOOiiiiiii!
Dan yang terakhir adalah bulan November dan Disember..bulan yang santai2 sesuai untuk bermain tennis
Tapi jahat betul la cameraman ni suke amik shot yang kurang sopan..ada pulak halangan loket jade tu ya hahaha
Amacam? ada yang berkenan di hati pada awek2 jaman 1978? Semoga sesiapa yang belum bertemu kekasih hati, moga2 tahun 2013 ini membawa luck untuk korang bertemu jodoh hehehe
"Keep It Until Hard To Find"