Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, February 29, 2012

7UP Saiz Famili 750ml

Yang ni adalah sambungan dari lawatan ke tapak pojek Amcorp Mall tempohari. Lepas pegi ke sebuah kedai antik di tingkat atas,aku pegi plak ke kedai antik di bahagian bawah sedikit iaitu di kedai Mr.Teh.Barang memang banyak,tapi macam tak ada yang berkenan di hati.sekali terpandang ada botol ni kat atas sekali rak yang tinggi tempat dia susun botol2
Yang sedapnya,botol ni masih full bottle.belum dibuka lagi.sebab sebelum ni,yang aku lihat di lamanweb lelong femes kat malaysia ni,kesemuanya sudah dibuka dan diminum airnya.harganya aku masih belum tanggalkan lagi MYR65.terdapat 2 biji botol masa tu.MG dan SG.walaupun harganya masih di dalam bajet aku,tapi aku tetap nego lagi.dan akhirnya Mr.Teh bagi harga MYR55 sebiji.berbaloi tak?Dan soalan yang sama aku ingin bertanya,kenapa orang2 KL tak beli botol ni?adakah mungkin tempat letaknya terlalu tinggi,dan menyebabkan orang tak perasan kewujudan botol ni?ataupun mungkinkah semua kolektor KL sudah mempunyai full bottle atau hanya cukup sekadar dengan botol kosong?bak kata seorang teman ni,"ko nak kumpul botol ke,ko nak kumpul air?" hahaha..terpulang pada selera masing2..

"Keep It Until Hard To Find"

Monday, February 27, 2012

Coca Cola Small Tips Tray

Bulan lepas,sewaktu seorang teman aku berE-Bay,dia bagi la 1 link ni.pasal bidaan tray kecik coca cola yang pernah digunakan di Asia termasuk lah Malaya dan Temasek serta Hong Kong.sekitar tahun 60an dulu.mula2,aku pun masuk jugak bid ni.tapi makin hari semakin tinggi pulak bidaan nya.sampai aku dah tak larat nak bid.sepertimana para blogger nampak bidaan nya telah tamat pada Jan 2012.dan harga last bid adalah SGD339.84 dan kos penghantaran SGD7.73 so total lebih kurang MYR834 jugak untuk tray sekecil ni.So terlepas benda ni untuk dibawa pulang ke Malaya.tak pasti siapa yang menang bid tersebut.
Tapi kalau dah Rejeki tu,tak kemana ye tak..tempohari semasa aku membuat lawatan sambil belajar di Amcorp Mall,terpandang la tray kecik ni di displaykan dalam almari kaca di sebuah kedai antik.bukan booth2 di bawah tu ya.yang ni di kedai antik.
Tentang harga pula,aku masih belum menanggalkan tag harga yang asal.untuk rujukan para blogger semua.disebabkan aku dah bershopping sakan,maka duit pun dah kehabisan.maka aku memerlukan khidmat seorang rakan untuk meng grab benda ni pada minggu hadapannya.selepas aku bank in pada teman yang seorang ni,maka sampai juga barang ini di JB.condition nya takla seperti yang dibida di E-bay..tapi kira berpuas hati jugak lah dengan harga yang sebegitu.
Aku ada bertanya tentang kegunaan sebenar tray kecik ni.ada yang mengatakan kalau yang dari jenama rokok,digunakan untuk menghantar kepada pelanggan rokok yang dipesan.tapi bagaimana dengan tray kecik yang jenama nya minuman soda?adakah air soda diserve kan menggunakan tray kecik ni?ataupun mungkin tray ni digunakan untuk pembayaran?ataupun duit tips?bagaimana dengan jenama soda yang lain?ada jugak ke tray kecik macam ni?Tapi mengikut kata rakan aku di amcorp,tray ni telah didisplaykan for quite some time jugak,tapi tiada yang menyunting.kenapa boleh jadi macam ni?orang KL tak minat kah pada benda ni?atau mungkin kah terlepas pandang?ataupun harga yang mahal?seorang rakan aku di Temasek pernah membeli tray ni pada harga SGD150 dan ada unit yang kedua dijual di sebuah kedai antik di Temasek dengan harga SGD400 iaitu bersamaan dengan harga yang dibida di E-Bay.so adakah berbaloi?

Thursday, February 23, 2012

WTF Man!

COCA COLA AWARD

Congratulations from the Coca-Cola Coporation, BURKINA-FASO, Your email address emerge as one of the Lucky winners in Cartegory "A" in a auto computing ballot, you have won the sum of £875,000 GPD.To claim your prize please contact our Claims Agent Mr. AHMED USMAN.Please include the reference Number (TM-*******) to avoid scammers from interupting with your winnings please provide the following information to him in your email:

1.Full Name:
2.Full Address:
3.Status:
4.Occupation:
5.Age:
6.Sex:
7.Country:
8.Tel.Number
9.Claim Option: (Cheque Or Bank Wire Transfer)

Contact Person: Mr. AHMED USMAN
EMAIL: coca_cola.company@voila.fr
Yours Faithfully,
Mrs Joan Simand

Monday, February 20, 2012

How To Make Singapore 150

This messages is brougth to u by The Cathay Hotel Singapore

How to make two glass of Singapore One-Five-Oh:
1.5 tots of Jamaica Rum
1 tot of French Vermouth
1/2 tot of Vodka
1/2 tot of Yellow Chartreuse
Dash of Angostura Bitters
Dash of Orange Bitters Juice of 1 Fresh Lime
and the last one for sure 1/2 bottle of F&N Dry Ginger Ale
Shake it and there u have it. Singapore One-Five-Oh!

Wujud lagi ke The Cathay Hotel Singapore ni? kalau tak silap,ada sebuah hotel di Geylang Road berhadapan Geylang Post Office iaitu The New Cathay Hotel. tapi aku tak pasti sama ada The Old Cathay Hotel berada di lokasi yang sama atau tidak. Khidmat Blurguyz79 diperlukan disini untuk merecce lokasi hotel yang lama.

Made by Cross Paperware, England.

Enjoy your drink!

Thursday, February 9, 2012

Refresh, Recycle, Reuse, Redeem

Semasa perayaan Krismas 2011 tempohari, sewaktu kami group2 pencinta coca-cola JB dan Temasek sibuk membeli pet bottle semata2 hanya untuk mendapatkan bottle cap nya sahaja dan membuang airnya ke longkang, terdapat inisiatif yang dijalankan oleh pihak coca-cola singapore untuk tidak membazirkan pet2 botle yang kami telah beli dengan membuang nya begitu sahaja. Kenapa Coca-cola Malaysia tidak membuat langkah bijak seperti ini? Untung mahu,tapi tak mahu Give It Back. Bukanlah aku mengutuk Negara sendiri, tapi itulah kenyataan, MultiBillion Company yang menitikberatkan Profit semata2. Apalah salahnya keuntungan itu dikongsi bersama para peminat Malaysia yang aku tengok bertungkus lumus bersilang tangan mengumpul koleksi cans dari Malaysia.
Sepertimana iklan di bawah ini, hanya pet botles dan cans produk coca-cola sahaja yang dibenarkan untuk di recycle. Tempohnya adalah dari 18 December 2011 hingga 31 December 2011. Lebih dari tarikh tu,sorry haaaa..dah boleh jual kat karong goni jelah pet2 bottle tu hahaha
Barang yang boleh ditebus terdiri dari Tumbler, Notebook dan juga Topi. Kaedah penukaran adalah seperti yang dinyatakan di bawah
Tempat penebusan bertempat di Cathay Cineleisure Orchard Road. Kelihatan deretan pet botle yang kosong tanpa penutup bersedia untuk ditebus dengan barang cenderahati dari coca-cola singapore
Barang yang paling cikai ditebus adalah berupa tumbler yang mempunyai motif logo Live Positively
dan juga Give A Bottle A New Life..dah macam program anak angkat pula ya hehehe..
Barang pertengahan adalah berupa Notebook yang dihasilkan menggunakan recycle paper juga beserta pena yang juga diperbuat dari material recycle paper...
Barangan yang terakhir untuk ditebus, dan juga termahal bersamaan 7 pet bottles, berupa topi berlogo kan Give It Back. Tema ini barulah bersesuaian dengan usaha inisiatif pihak coca-cola Singapore untuk para peminatnya di Temasek!
Kualiti topi dan juga sulamannya amatlah berbeza dengan topi yang pernah dikeluarkan oleh coca-cola Malaysia tempohari yang boleh didapati di hypermarket Giant dengan pembelian rm25 ke atas kalau tak silap aku. itupon orang berebut jugak kah kah kah..
Nasir, ko jangan tanya aku ada lebih ke tak eaa..ko baca dengan teliti ni, AKU ADA 1 SET SAHAJA. TAKDE LEBIH hahaha..enjoy!

Friday, February 3, 2012

Nomber Satu

Tempohari sewaktu Event Botologi di Puchong, aku tak sempat nak meng join disebab kan ada hal2 yang hendak diuruskan di JB ni..jadi tak dapat lah aku nak membeli belah seperti pengunjung event botologi pada hari itu..hanya sebotol ini aja yang berjaya dibawa pulang ke JB atas bantuan seorang teman yang menjadi orang kuat botologi juga pada hari itu..Framroz's Nomber Satu..bukak harga MYR150.condition?anda lihat sendiri...
Boleh la di pair kan dengan gelas Framroz's yang berjaya di bida di ebay singapore dengan harga SGD28.condition NOS. kalau diconvert,hampir MYR67 jugak harga gelas ni..wow..masa kat event botologi tempohari, bro Azhar ada jugak menjual gelas serupa ni dengan harga MYR50. rugi jugak kalau sape tak beli hehe..
Di belakang gelas ni terdapat imej botol Framroz's Nomber Satu ni. Aku tertarik dengan botol dan gelas ni disebabkan terdapat imej gambar tangan 'good' dan perkataan 'Nomber Satu' tu kelihatan teramat poyo sekali hehe..jarang terdapat pada mana2 botol soda yang lain
Kalau Framroz's Nomber Satu, siapa Nomber Dua?

Thursday, February 2, 2012

2011 Christmas Postcard

Pon! Pon! the caravan was left! haha..nampaknya rugi lah bagi sesiapa yang belum masih memiliki postcard koleksi terhad sempena christmas 2011 keluaran coca-cola singapore. Jika kalian baca entry aku yang lepas mengenai Giant Singapore Christmas Bottle,boleh lah meng 'pair' botol tersebut dengan postcard2 ini. Baru lah lengkap koleksi anda beserta calendar 2012 dan juga coaster yang diberikan percuma. umpama anda sudah bernikah,tetapi Jabatan Agama masih belum mengeluarkan sijil nikah haha..dalam erti kata lain,pernikahan itu sah,tetapi tiada bukti pengenalan diri yang anda sudah bernikah hehehe..macam tak lena tido gituk..bagaimana untuk mendapatkannya? yaaa..postcard ni hanya boleh didapati pada hari terakhir redeem giant bottle christmas tersebut iaitu pada 26 December 2011 bertempat di Cathay Cineleisure Orchard. cara untuk meng redeem postcard2 ini adalah dengan menebus 2 token iaitu bersamaan 2 penutup pet bottle. mudah bukan?

Terdapat 3 design per set iaitu, Christmas Caravan itself,
Botol,
Dan juga Santa Claus
Di belakang pada setiap postcard,designnya adalah sama
Ada lebih? mintak maaf..dapat 1 set sahaja hehehe..saiznya adalah mengikut standard size normal postcard.Enjoy!

Wednesday, February 1, 2012

Azura 2012

Azura kembali! hahaha..soalan pertama yang aku nak tanya,adakah filem ini boleh mencapai kutipan box office?apa?pengarah dia aziz m.osman?kahkahkah...Skop Production?adoi ai...Luncai Emas? boleh la....Shahz Jeszle?? Pengganti Zack?haru..haru...Neelofa?bollleyy laaaa..(slang Mat Rempit)
nampaknya movie poster filem melayu dah ada yang double sided! hebat...hehe
Sewaktu Skuad Perodua Era melawat Nusajaya,masa tu aku nak ke bank tempohari sebab nak menghantar kotak kiriman Display Card Label Botologi pada si Megat.berpeluh jugak angkat kotak besar tu naik tangga ke Maybank Nusajaya ni haha..so lepas dah mengepos barang tu,aku turun la ke bawah dan skuad perodua ni masih ada lagi.dan ada pulak member yang mengajak aku join crowd masa tu untuk soalan terakhir.dan mamat Era ni pun menanyakan soalan siapakah pelakon utama filem Azura 2012?maka beramai2 lah makcik2 dan anak dara yang angkat tangan untuk menjawab soalan.disebabkan ramai sangat yang tahu jawapannya,maka soalan itu dibatalkan.mamat Era ni menyuruh kami mengeluarkan sekeping rm1 dan membuat origami sampan.siapa yang paling cepat,dia akan mendapat hadiah utama untuk hari itu. maka terkial2 la semua untuk membuat perahu menggunakan rm1.dan aku dengan pantas menyiapkan sampan tak sampai pun 1 minit dan dengan pantas menghulurkan pada mamat Era tu.maka aku pun diberi hadiah berupa CD soundtrack filem Azura 2012
lagunya?ada yang diambil dari lagu lama filem Azura 1984,dan ada juga lagu baru..tapi bagi aku,macam tak ada 'kick' la lagu baru Azura 2012 ni..
Aku paling suka masa Jamal Abdillah datang ke sekolah Ogy bawak bunga kalau tak silap nak bagi pada Ogy..dengan gaya jalan Mat Motor,memang cool! Adakah Azura 2012 boleh menandingi Filem Azura 1984? sama2 kita saksikan tayangan perdana seluruh Malaya esok!