Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, March 31, 2015

Tumbler MILO SEA Games XXI

Tempohari sewaktu ronda2 kat bundle Benut, Pontian, Johore, ternampak lah satu botol air yang tak berapa nak rare dan di letakkan di antara barang2 yang tidak dipedulikan orang. Dalam keadaan NOS, aku pon bertanya lah, Bang, ni berapa ringgit? RM1 jawab brader tu. Ah boleh la daripada balik tangan kosong
Mata aku amat tertarik dengan kaler hijau fluorosence yang memang trend MILO sejak dulu lagi. Dan benda yang menarik adalah ada 'tarikh' iaitu tahun 2001 botol air ini dikeluarkan sempena Sukan SEA yang ke 21 berlangsung di Kuala Lumpur Malaysia. Benda ni abang Dollah yang ajar aku. "Zal, kalau ada tarikh, ko mesti simpan" hahaha masih terngiang2 kata2 abg dollah pada aku
Di paparan belakang pula, kelihatan karakter Si Tumas iaitu yang bermaksud Si=SEA, TU= tupai dan MAS=Malaysia. Bila digabungkan, jadi lah SI TUMAS. Kelakar bukan? hahaha...watdehel
"Keep It Until Hard To Find"

Steel Can F&N Oren Crush

Tidak banyak yang aku perlu katakan tentang steel can yang satu ini. Dan tidak banyak kenangan aku dengan steel can ini,hanyalah pernah beli di stesen bas JB pada tahun 80an, minum, buang. Itu ajer.
Aku hanya tertarik pada tulisan Melayu Oren yang diceduk dari perkataan Orange sahaja. Selebihnya steel can ni tiada yang istimewa
Alamatnya juga boleh la menarik perhatian sedikit iaitu dilahirkan di Jalan Foss Kuala Lumpur. Ada kelainan ke rasanya dulu dengan sekarang? macam samaaaa je kottt..
"Keep It Until Hard To Find"

Sunday, March 29, 2015

Tabung Hero KUBB

Anda pernah lihat Superhero ini? Pernah dengar bank Kewangan Usaha Bersatu Berhad? KUBB? Pernah tengok iklan superhero ni kat TV? Seingat aku lah, iklan KUBB ni disiarkan di tv pada tahun 1987/1988. Dan pada waktu itu memang menjadi kegilaan lah para budak2 macam aku ni untuk mendapatkan tabung superhero tersebut. padahal takdelah istimewa sangat karakter ni. Mungkin pengaruh iklan agaknya. Ataupun pengaruh rakan2 sebaya yang membuka akaun tabungan dan tabung hero ni diberikan percuma. Staf2 mereka dengan giat membuat promosi dari sekolah ke sekolah. Memang masyuk la pada masa itu. Digalakkan menabung katanyaaa..bila dah penuh, kena pergi ke bank di area Tropical Inn JB untuk mengeluarkan duit syiling dalam tabung tersebut. Ahhhhh satu kerja pulak asek nak pegi bank keluarkan duit syiling dari dalam tabung ni. Sebab di bawah tabung ni, terdapat satu lubang kunci yang hanya boleh dibuka oleh pehak bank sahaja. Dengan berbekalkan kepakaran McGyver, habis naik lompong lubang kunci di bawah tabung ni aku kerjakan. Bila dah lompong, boleh lah dikeluarkan duit tanpa perlu pergi ke bank hahaha sudahnya Busur dengan Anak Panah hero ni entah hilang kemana kahkahkah watdehel....
"Keep It Until Hard To Find"

Visor Cap SUDI

Pada bulan Mac hingga April ini, dikhabarkan Malaya akan dilanda kepanasan yang melampau.Dijangkakan sehingga akhir April. Paras air pun aku tengok dah semakin berkurangan, walaupun di JB ni memang hujan setiap petang. Pelik bukan?
Jadi untuk persediaan musim panas yang ekstrim ni, boleh lah kiranya aku menyarankan untuk para pembaca blog mengarut ini memakai topi penghadang sinar mentari yang didatangkan dari jenama Allahyarham Sudirman Haji Arshad iaitu SUDI, sejenis jenama air minuman soda keluaran tempatan. Barang ni aku dapat dari hasil perkongsian pembelian dengan abang Dollah ke Azrul Kota kalau tak silap aku. Antaranya adalah berwarna kuning. Yang aku punya dapat kaler suci iaitu Putih. Saiz nya adalah standard ukur lilit kepala orang dewasa. Terdapat pelbagai merchandise SUDI yang dikeluarkan pada tahun 1991, dan ini adalah sebahagian daripadanya
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, March 26, 2015

Yeo's Minuman Air Tebu

Aku tak pasti sama ada aku pernah atau tidak membuat entri ini. kalau ditelek pada gambar, macam dah lama aku snap pic ni. tapi tak apalah, aku up aje lah botol yang tak seberapa ni. Kilangnya dekat aja di rumah aku. Di kawasan pandan, Johor Bahru iaitu Yeo Hiap Seng. atau nama singkatannya Yeo's. Pengasas yang berasal dari China, yang memasuki pasaran di Temasek dengan berbekal kan produk kicap pada seawal tahun 30-an. Di antara minuman botol yang terakhir pengeluaran yeos di Malaya, seingat2 aku la, botol ini aku dapatkan dari sedagher Fitri Ipoh Perak. Kalau salah tolong betulkan ya bro Fitri haha..aku tertarik dengan color air yang berada di dalam botol. Hijau menyala! sebab seingat aku sepanjang akhir tahun 80-an, aku hanya beli air botol ini yang berperisa Soya dan juga Teh Bunga yang berwarna seperti air kencing tu. Kaler hijau tak masuk pasaran Johor Bahru ke? Dengan sebab itu lah aku macam jakun sikit apabila ternampak botol air berwarna hijau ini
Bila diamati secara dekat, perisa air ini adalah Minuman Air Tebu! kenapa pasaran JB tak masuk perisa air tebu ni! damn!
Ingatkan di refill dengan air hijau ke ape, ropanya memang betul air tebu hahaha watdehel....
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, March 2, 2015

Poster Hotlink Siti Nurhaliza Fantasia Tour

Semoga hari2 yang mendatang ni dibekalkan dengan semangat untuk mengupload pic kat blog ni. Bila nak start tu memang amat payah dan berat untuk memikirkan apa barang yang nak di upload. Dan apa ayat yang nak di ngomelkan. Almaklumlah kawan pun dah kurang, musuh di alam maya pun dah berkurang. Jadi tiada modal untuk aku menjadi penglipur lara kat blog merapu ni. So hari ni barang takde lah garang sangat. Boleh juga dianggap sampah bagi sesetengah pihak. Tapi kalau hati dah suka, apa boleh buat ye dak?
Konsert yang diadakan pada tahun yang aku boleh andaikan dalam tahun 2003-2004, berdasarkan pada En.Google dimana pada tahun itu Siti Nurhaliza di sponsor oleh maxis.
Bagi yang sudah memakai handphone canggih masa ni, iaitu skrin berwarna, boleh di download gambar2 Siti ni di handphone masing2 yang aku juga tidak tahu apa tujuannya. Mungkin untuk menghiasi wallpaper handphone diorang kot??
Bagi yang menggunakan handphone monophonic seperti aku pada masa itu, iaitu Nokia 8310, boleh la membeli Logo Operator Siti ni yang aku juga tidak tahu apa tujuan nya. Mungkin mengada2 nak menghiasi paparan handphone mereka. Ah aku pon sama masa tu. Pakai logo operator mata berkelip2. Kalau diingatkan, memang la kelakar. Entah hape hape entah masa tu hahaha
'Keep It Until Hard To Find'