Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, April 25, 2012

Poster Drinho Plam Masam

Poster keluaran tempatan berjenama Drinho ini aku dapat di atas pemberian seorang teman di Pontian, Johor memandangkan dia melihat aku lebih terarah kepada koleksi poster2 tempatan dan internasional serta wayang gambar.Poster ini tidaklah menyenaraikan kesemua jenis minuman Drinho yang terdiri dari pelbagai jenis minuman iaitu oren,laici,teh herba dan soya.Ia lebih kepada pengkhususan kepada minuman Plam Masam ataupun dalam bahasa Jawa nya Sour Plum
Bermodelkan seorang peragawati yang mengenakan pakaian mengembara dan berseluar jeans pendek ala-ala Mariah Carey,akan membuatkan para pemerhati poster ini agar membeli produk mereka.Rasanya bukan salah aku nak upkan gambar pompuan seksi,ataupun bukan kerja aku nak pi melukis atau mendesign poster ni,gila perempuan seksi ke namanya tu?tapi memang lumrah senjata pengiklanan akan mengeksploitasikan wanita untuk mempercepatkan keuntungan jualan produk.Rasanya sampai ke hari ini syarikat pengiklanan menggunakan teknik tersebut.Bermotto kan 'Segar Selera' yang membuatkan aku berfikir yang mana satu Segar Selera ni.model ka minuman ka?haha..Bersaiz lebih kurang 2ft. x 3ft.,material poster ni adalah dari kadbod boleh lentur.Dari pemerhatian aku terhadap design air kotak ni,dapatlah kiranya aku mengandaikan poster ni dikeluarkan di sekitar tahun 1980-1985.Masih sempat aku merasa kenikmatan 'Sejuk Segar' minuman Drinho ni...Di sudut bawah kanan tu adalah stiker tampalan untuk mempromosikan minuman oren Drinho
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, April 23, 2012

Perang Bida Coke 500ml

Sejak seminggu yang lepas,aku tak tenteram tidur disebabkan Uncle Ali Popia atau lebih dikenali dengan gelaran 'Mr.COKE' telah menghebahkan sesi penjualan barangan yang agak sukar diperolehi masakini hehehe...mengikut kata mr.coke,ramai jugak yang merisik barangan lain yang hendak dijual.tapi yang agak ramai merisik adalah botol coke 500ml Malaysia ni.Ada yang hanya bertanyakan harga,dan tidak kurang juga yang menawarkan harga yang agak menarik,dan ada juga yang tidak masuk akal hehehe..dan akhirnya kemenangan bid berpihak kepada aku dan botol ini berjaya dikekalkan di Johore Bahru ok jom kita lihat kecantikan yang ada pada botol ni.Masih berisi air penuh,dan sticker asal masih terlekat oleh pemilik asal word 'Limited Edition' dan 'Very rare 1974'.Penutup cap di River Valley Singapore.Dan yang menarik adalah di leher nya tertera 500ml di atas paras air
Di Bahagian belakang pula,yang menjadi buruan para kolektor overseas adalah berscriptkan tulisan Cina dan mereka pelik kerana di Malaysia ni botolnya pelbagai variasi dan tulisan.Ada yang English,Chinese dan ada yang Bahasa.
Ramai yang bertanya,bagaimana pula dengan harga?Agak tinggi sedikit dari pembida yang lain,tapi rendah sedikit dari harga market.Harga yang berjaya dibida adalah MYR1200.Terima Kasih MR.COKE!
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, April 20, 2012

Botol Souvenir Bertandang Ke Rumah

Tempohari pergi la melawat ke sebuah rumah teman lama..duduk berbual agak lama jugak dari pukul 9 malam sehingga ke 2 pagi! macam2 cerita yang keluar..dan masa nak balik tu,ada jugak buah tangan yang dibawa pulang dan katanya, biasanya kalau ada rakan2 kolektor bertandang ke rumah ko,diorang akan cakap,takde ke souvenir yang nak diberi?haaa ko berikan botol2 ni untuk tidak menghampakan orang yang bertandang ke rumah.
Ada betulnya jugak kata teman lama aku ni.kadang2 ada juga rakan kolektor yang tanpa disuruh,terus sahaja mengambil barang2 yang mereka suka hehehe..tapi bukan semua kolektor macam tu..kalau barang tu ada 5-6 bijik extra,apa salahnya kan?tapi kalau tinggal satu,diorang nak ambik jugak,memang kene terajang hehe..jom kita layan botol2 grade C yang boleh kita jadikan souvenir bila orang bertandang ke rumah untuk dibawa pulang..kebanyakan nya bersaiz 400ml

Schweppes..
Eastern A.W..
National A.W..
Dan juga Framroz..
Ada sesiapa yang berkenan? Jemputlah datang ke rumah hehe..

"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, April 18, 2012

Setem Pertabalan

Aku sebenarnya tidaklah menggemari mengkolek setem.tapi disebabkan ada seorang kawan aku meminta aku mengupload setem Pertabalan,kene lah tunai jugak permintaan seorang akwan aku ni.Nah,khas untuk ko Nasir Bank Rakyat

Muka hadapan Folder
Wing Kanan Belah Depan
Wing Kiri Belah Dalam
Wing Kanan Belah Dalam
Setem RM2 dan RM3
Setem Rm1 dan 20sen
Setem 80sen
Dan Finally, First Day Cover
Puas ati nasir?hahaha..

"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, April 17, 2012

Poster Player's No.6 Kings

Ada yang pernah hisap rokok ni?
Untuk 12 batang,cuma 40sen? Murah gila!

bersaiz standard poster lama di kedai runcit yang agak memakan ruang dinding rumah aku..lebih kurang 3ft x 4ft gitu lah..tak sempat nak ukur exact measurement beb haha aku rasa Abg.Dollah amat suka terhadap barang2 asap ni hehehe

"Keep It Until Hard To Find"

Monday, April 16, 2012

Lian Hup Heng A.W Muar Johore

Haaaa yang ni ada persamaan sedikit,tapi berbeza dari segi bentuk botol..ku sangkakan monyet,rupanya King Kong hahaha
Part yang ni tak boleh tahan,siap ada pakai crown lagik! Memang sah king of the jungle hahaha..dengan mulut ternganga macam sedang terpekik terlolong..entah ape la yang dia sedang lolongkan tu..kesian kan?
Cuma tak pasti apa jantina king kong ni. Dari pengamatan yang dibuat,anotomi nya menyerupai betina.Kelihatan terdapat busung berkembar di bahagian dada,hmm..tapi takpe,jantan ke betina,yang penting icon king kong ni lebih seksi dari perempuan kat calendar era 1980's dengan posing maot terkangkang dia tu kahkahkah..

"Keep It Until Hard To Find"

Friday, April 13, 2012

4Star Made In JB

Alamak..terlupa pulak nak upload,agaknya usia aku dah semakin tua kot..terok betul lah aku ni..haishh
Yang hari tu,botol Guan Seng Long Chap Kepala Lombu pakai skirt,yang kali ni dah takde kepala Lombu lagi dah,cuma ada 4 Bintang aja
Bottled By Guan Seng Long A.W Works J.B Johore

"Keep It Until hard To Find"

Tuesday, April 10, 2012

Asia Radio Malaysia Calendar 1980

Tempohari semasa mengunjungi ke rumah seorang teman,ada juga serba sedikit buah tangan yang dibawa pulang iaitu calendar pada tahun 1980 keluaran Asia Radio (Malaysia) Sdn. Bhd. dan macam biasa lah tema pada era early 80's adalah bertemakan aweks2 yang berbikini..badan tak berapa nak baekk pun boleh jadi model ya pada masa itu?hahaha..jom kita layan model2 pada tahun 1980.mana lah tahu,ada diantara model2 ni terbaca blog aku ni,boleh lah menghubungi aku di talian tertera di atas untuk sesi re-photoshoot haha..
Terdapat 6 keping kesemuanya,dan setiap helaian mengandungi 2 bulan. Helaian pertama iaitu bulan January & February.Pada awal tahun,untuk memulakan hidup baru,mestilah dipaparkan gambar mek saleh,supaya lebih bersemangat waja untuk buat kerja di pejabat haha
March & April. Apa benda yang diorang pegang tu? iPhone 0.5 ke?hahaha
May & June,wah masih menggunakan TV ada pintu..
July & August, lepas mandi manda di Pantai Lido,boleh la cuci bikini ni menggunakan mesin basuh dari jenama Sera huhuhu
September & October,yang ni aku kurang faham
Dan yang terakhir November & December. Agaknya lah,pada tahun 1980 ni,teruja ke tengok model2 yang macam ni?

"Keep It Until Hard To Find"

Monday, April 9, 2012

Anugerah Cemerlang 2011

Malam semalam sedang menonton Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-25,aku terpanggil pada sepucuk surat undangan yang bertarikh 2 minggu Sabtu lepas,dari sebuah sekolah untuk ibu bapa/penjaga dan memandangkan aku adalah penjaga kepada adik aku yang bernama Atiqah Binti Mustaffa.wow,surat apakah ini?apabila dibuka,wah,penyampaian Anugerah Cemerlang 2011!

Tak kusangka adik aku yang berstatus Anak Yatim yang hanya dijaga oleh ibu aku dan aku sendiri,mampu mendapatkan title Pelajar Cemerlang pada 2011..Alhamdulillah..tapi malangnya adik aku tidak berkesempatan untuk pergi ke sekolah lamanya untuk naik ke pentas menerima Sijil Penghargaan berikutan sekarang ini dia berada di Sekolah Sains Berasrama Penuh yang kebetulan membuat lawatan sambil belajar pada hari penyampaian tersebut.Begitu jugak aku yang mempunyai hal yang tidak dapat dielakkan pada hari sabtu tersebut dan hanya mewakilkan ibuku untuk naik ke pentas menerima Sijil Anugerah Cemerlang ini.
Tidak itu saja,malah menerima sebentuk Trophy juga!
Terharu juga apabila melihat terteranya word 'Perfect Score' pada trofi ini...
Bukan 1 trophy,malah dua!
Mendapat High Score juga untuk Matapelajaran Terbaik untuk subjek Kemahiran Hidup-Kemahiran Teknikal..wah..semakin advanced adik aku ni melebihi abang dia! hahaha..
Dengan adanya trophy Kemahiran Teknikal ini,boleh la dia berbangga dengan skillnya berbanding lukisan comotnya 10 tahun yang lepas! Yang aku rasa Trophy ini lebih bermakna dari lukisan cincai boncai dia tu hahaha


Aku teringat kata2 cacian seorang teman "What kind of Parents Produced this kind of Children?"

Now,it is proven my friend,walaupun aku on the way untuk menimang anak,tapi aku bangga mempunyai darah daging seperti ini.sebab aku bangga menjadi abang serta ayah kepada adik aku.Peace!

"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, April 5, 2012

Beg Selimpang Minumlah Coca Cola

Hari tu masa aku jalan2 dengan Nasir Bank Rakyat di sebuah pusat membeli belah di tengah bandaraya KL,terpandang lah aku pada seorang ni yang sedang membawa beg selimpang yang mempunyai warna yang menarik pandangan mata aku.Wah! Minumlah Coca Cola!
Nasir pulak memang tak pandang benda2 macam ni.sebab dia lebih fokus pada botol! sama jugak dengan teman aku di Temasek tu haha..biarlah mereka berdua ni berebut botol.biar aku dengan poster aku dan barangan collectible yang lain.So aku bertanyakan la apa kandungan isi beg selimpang dia ni.apabila dibuka,wow..penuh dengan vinyl 7' pelbagai artis cina dulu2.rupanya dia ni pun runner antik jugak.Dia bertanya sama ada aku berminat ke kat beg ni?Jawab aku,kalau kena dengan harganya,boleh la..dia pun mula menawarkan harga MYR50.Ah,mahal sangat aku kata!.Dia cakap dia bermodalkan MYR35 untuk membeli beg ni.so berlakulah tawar menawar berserta muka jual mahal aku yang berakhir dengan penukaran servis sebanyak modal iaitu MYR35 juga.
Akhirnya dapat juga aku memakai beg selimpang Tanda Perniagaan Berdaftar pada petang itu sambil berjalan2 dengan Nasir Bank Rakyat dengan happy nya

'Keep It Until Hard To Find'

Wednesday, April 4, 2012

Coaster Nescafe

Minggu lepas aku ke KL untuk 3 hari sempena ada kerja yang nak diuruskan.dan sempat lah jugak singgah di salah sebuah kedai antik di sekitar pusat bandaraya KL.Tak banyak barang yang aku minat di dalam kedai ni berikutan harga yang dijual tak masuk akal.Untuk tidak menghampakan apek si pemunya kedai,maka beli jugaklah aku satu barang ni.sekadar coaster buruk saja iaitu sempena 100 years Nestle,iaitu coaster Nescafe..tentang harga?cuma MYR10 sahaja.masih terlekat tanda harga di plastik bungkusan coaster ni
Kira bolllee laa buat tambah2 koleksi coaster.Abg Dolah amat suka benda2 macam ni.hehe..

'Keep It Until Hard To Find'