Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, June 27, 2011

Cuci cuci cuci!

Perjalanan dari rumah ke rumah sejak akhir2 ni banyak aku terpandang tin2 FAB tergantung dan tak kurang juga yang menenggekkan di atas lemari display.pelbagai bentuk dan pelbagai warna yang ku lihat.tak kurang juga pelbagai saiz yang kelihatan.yang besar tong drum hinggalah sekecil tin Chupa chups haha..dan juga tidak ketinggalan kondisi yang 24 karat dan yang cun melecun! tentang harga pula,hendak dikongsikan disini,teramatlah sensitif.sehingga ada yang mengatakan 'ini barang aku,aku punya hal lah nak jual berapa aku suka!'dan ada pula yang menjual dengan harga adik beradik!

Dan di dalam koleksi tin2 karat ni,ada juga terselit 1 barang yang menarik juga bagi aku.bukanlah tin,tetapi kotak!dan aku jarang mengkolek tin2 karat ni.mungkin belum sampai SUN nya lagi.dan ada juga suara2 ghaib yang aku confirm akan mengatakan kotak ini tak bernilai! haha biasalah..adatlah tu..kadang2 aku pun ada juga berprasangka macam tu.tapi apapun hakikatnya,aku tetap ingin berkongsi bersama koleksi aku yang mungkin ada orang yang akan menghargai dan cuma ingin membuktikan barangan ini pernah berada di pasaran Malaya dan menjadi sumber rujukan bagi sesiapa yang berminat.untuk yang tidak berminat untuk berkongsi,dan bongkak untuk menyimpan pekasam,lantak anda lah dengan alam fantasi anda sendiri hehe..aku taknak kacau dan takde kene mengena dalam hidup aku hehe..kami disini hanya untuk bertukar2 info dan ilmu sahaja..

Kotak yang pernah digunakan untuk memasarkan jenama sabun pencuci yang agak popular sehingga ke hari ini, aku dapat dalam keadaan yang amat cun melecun.dalam plastik lagi! sebahagian produk yang dikeluarkan oleh William Colgate yang akhirnya merge bersama sabun Palmolive yang menjadikannya sebagai Colgate Palmolive pada tahun 1953 yang sebelum ini bergabung bersama Colgate,Palmolive & Peet pada tahun 1928.

Detergent Fab ini diperkenalkan pada tahun 1947 yang kalau tak silap aku mempunyai dua saiz.besar dan kecil

Dan yang pastinya, MADE IN MALAYA! oleh colgate-palmolive(asia)ltd..memula tu aku rasa macam taknak paparkan wording malaya ni,sebabnya,ada seorang brader kat Bukit Mutiara Jb yang agak boleh kena insomnia kalau terpandang perkataan malaya ni! haha jangan mara ya bukit mutiara..gurau senda kan membawa bahagia..itulah,ajak lepak taknak!hahaha..kalau tak,boleh agih2 kan barang Malaya macam ni hehe..

Sepertimana yang aku perkatakan sebelum2 ini,barang2 collectibles ni semakin kurang di pasaran.dan semakin ramai kolektor yang mengkolek barang2 karat ni,tak kira lah signboard ke,pinggan mangkok ke,kepala katil ke,kain pelekat buruk ke,semua disapu dan boleh dijadikan duit kah kah kah..yang penting kita enjoy!

Friday, June 3, 2011

Janda Dan Si Kudung

Dikisahkan orang, seorang janda yang telah 2 kali bersuami. Bercerai dengan suami yang pertama sebab suaminya itu suka memukul dan mendera. Sementara suami kedua pula walau pada mulanya bahagia tapi akhirnya suami tu meninggalkan dia dan berkahwin dengan perempuan lain.

Selepas beberapa tahun menjanda, si perempuan yang masih cantik mengambil keputusan untuk berkahwin buat kali yang ketiga. Dia lantas mengiklankan diri untuk mencari jodoh ketiganya dalam facebook:


1. lelaki yang nak memperisterikan saya mesti berjanji tak akan memukul atau mendera
2. lelaki itu tak akan lari meninggalkan saya
3. hebat di ranjang
-Sila datang ke rumah untuk sesi audition-
8 minutes ago •Like • Comment


Selang beberapa hari, datang seorang mengetuk pintu dengan kuat. Si janda mengintai dahulu melalui peeping hole, sebelum membuka pintu. Alangkah terkejutnya dia, apabila terpandang di depan pintu berdiri seorang lelaki tak berkaki dan bertangan.

"Saya datang untuk cuba nasib jadi suami awak," kata si lelaki kudung itu.

Lalu si janda itu meminta si lelaki itu untuk menjelaskan kalau dia dapat memenuhi 3 syarat seperti dalam iklan.

Lalu lelaki tu berhujah, "syarat yang pertama, dah tentu saya dapat penuhi disebabkan saya tidak ada tangan untuk memukul awak."

"Syarat kedua?," tanya janda minta kepastian.

"Syarat yang kedua, mana mungkin saya akan tinggalkan awak disebabkan saya tidak ada kaki untuk berlari."

"Jadi syarat yang ketiga itu bagaimana nak buktikan," celah si janda.

"Eeerrrrr, cuba awak fikir. Tadi saya ketuk pintu dengan apa," ujar lelaki kudung itu dengan bangga.

Hahaha! Enjoy!

Thursday, June 2, 2011