Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, December 28, 2010

Sesi Santai Menyantai 1

Salam 1 Malaysia buat semua para blogger..haritu aku jalan2 la kat area yang sangat digeruni atau area yang sangat dibenci oleh beberapa kerat kolektor iaitu di temasek hehe..bukanlah niat untuk mengorek barang2 purba atau barang yang menguntungkan mahu pun yang merugikan.tapi cuma untuk bershopping2 aja.lokasi kali ni ada di sebuah kedai runcit di area tampines berdekatan dengan rumah nenek aku.masa nak beli air untuk menghilangkan dahaga ni,terpandang la bekas straw yang diletakkan di luar bahagian kedai.bekas straw keluaran pepsi yang tak tau pulak tahun bila dikeluarkan bekas straw ni.tapi mungkin bagi bob si pencintawanitapepsi.blogspot lebih pakar tentang logo pepsi tahun bila ni ya..dan kalau aku bawak bob hari tu,kompom dah lesap bekas straw ni hehe tul tak bob?modal roti kacang aje 50sen..apa ada hal..
perjalanan diteruskan lagi ke city hall dan aku ke sebuah kedai di Peninsular Plaza dan ada sebuah kedai yang menjual barang2 coke disini.dari luar dah terpampang poster coca cola yang diletakkan di luar kedai.aku rasa kalau kat malaysia buat macam ni,memang dah lama kena kebas oleh BG79 haha macam haritu ko buat projek kat chinatown tu bro..tak ingat ke?haha..jangan amik ati ya..kawan2 tak mau lawan..
di dalam display kat luar,terdapat 1 lightbox coca cola yang kondisi nya aku rasa cemerlang juga,dan cantik kalau dapat beli ni.rasanya benda ni datang nya dari USA.harganya aku tak berani pulak nak tanya..kang demam pulak bila dengar harganya.dah kena makan panadol 2 papan pulak nanti hehe
dan yang terakhir sekali,lepas penat berjalan kat orchard road,boleh lah dibasahkan tekak yang kering ni dengan coca cola icy yang ORIGINAL brooo..bukan repro beb! haha..yang harganya tak sampai pun rm5.ala yang macam kat 7eleven tu..slurpee.korang penah rasa?
enjoy!

Monday, December 27, 2010

Thermometer RC Cola

eh?benda ni aku dah pernah posting ke dulu?aku pun dah lupa la pernah posting ke tak..sebab benda ni adalah benda sampah yang letaknya biasa kat atas lantai je bagi sesetengah orang tu.dan tak laku pon kalau jual.pelik betul lah aku,kalau barang orang lain,semuanya tak laku,kalau barang dia,wah koleksi yang menguntungkan aja haha..tapi bagi aku,biarlah orang2 yang macam tu hidup dalam dunia mereka.bukan mereka menguasai barang tu,tapi barang2 tu yang dah menguasai mereka haha..terlanjur aku dapat benda ni murah dari seorang teman kat puchong,maka tergantung jugaklah kat dinding rumah aku ni..berlogo kan RC di bahagian atasnya.ROYAL CROWN COLA
dibahagian bawah pula terdapat thermometer yang aku rasa bagus untuk menyukat atau mengukur tahap kepanasan seseorang tu.sebab kadangkala,ada sesetengah orang yang baru diuji dengan barang2 yang agak kontroversi sikit,mula lah montotnya panas haha..dan mula lah dengan cerita sindir menyindirnya tu yang bagi aku takkan habis punya.biasalah orang melayu..perasaan cemburu buta tu mestilah ada kan..tapi tak semua orang macam tu..cuma seorang dua je..jadi nak tau tahap kepanasan seseorang tu,boleh lah disumbatkan bahagian hujung thermometer ni ke tempat bahagian mana yang terasa panas.kalau di bahagian atas,sumbatlah ke mulut(kalau muat,tapi mulut tempayan rasanya muat kot..).atau pun kalau panas dia bahagian montot,boleh la sumbat ke bahagian mana yang anda rasa perlu hehe..
aku nak ucapkan terima kasih pada teman yang sudi memberikan thermometer ini dan dapatlah jugak aku mengspreadkan benda ni kepada orang2 di Johor ni.dan kalau tak silap,ada juga blog seorang teman yang menjual thermometer ni dengan harga yang agak murah dan affordable berbanding dengan harga yang dijual oleh seorang dermawan..enjoy!

Thursday, December 23, 2010

Sesi Lawat Melawat 3

Pada hari isnin yang lepas 13 disember,seorang teman aku Englishman yang berasal dari Holland,datang ke Malaysia untuk bertemu aku untuk mengambil barang2 yang dipesan sebelum2 ini melalui email.sehari sebelum itu dia ke KL dulu untuk mengambil enamel Craven A dari seorang teman lama di KL dan terus menju ke JB pada keesokan harinya.jadi pada malam itu,kami para kolektor2 dari JB iaitu aku sendiri,zul botol larkin,dollah A a.k.a tuan penasihat dan dollah B turut serta untuk menjemput david di terminal larkin.dan khidmat pengangkutan di sponsor oleh dollah B pada malam itu.terima kasih diucapkan kepada dollah B kerana sudi memberipakai perodua rusa pada malam itu.rasa macam old skool jugak naik van sekali sekala ni hehe..

setibanya kami di teratak cikgu ali,kami disambut mesra oleh tuan rumah dan bermula lah perbualan yang panjang diantara kami semua terutamanya cikgu ali dan david.hampir semua sejarah timur tengah dan peradaban asia memang di dalam kepala david yang merupakan seorang professor di tempat beliau mengajar.

Kelihatan cikgu ali sedang menerangkan history of malaya kepada david yang memang fasih berbahasa indonesia.jadi memang tidak ada masalah lah bagi kami untuk berkomunikasi dengan dia

Kelihatan pelbagai bentuk kipas2 antik,dacing dan pelita antik tergantung di laman tempat melepak rumah cikgu ali

pelbagai jenama dan pelbagai bentuk lampu pam yang tergantung di bahagian kaunter kopitiam

sign F&N yang mungkin tersangat lah dirindui oleh Uncle Ali Popia hehe..

kelihatan enamel petromax cembung ataupun lebih dikenali sebagai enamel panadol 2 papan haha

plate H.H. Sir Ibrahim Sultan Of Johore

posing maot di button idaman..compare tengok button lagi besar ke,kepala lagi besar hahah..coming soon button..coming soon..

lampu panadol 2 papan..khas untuk penggemar lampu2 antik..

gambar kenang kenangan dari kiri,i Love Domo,David Henley,Cikgu Ali,Zul Botol Larkin dan Dollah B

botol guli Doctor Cheng yang masih full bottle berisi air gin dan tonic serta rokok kretek kegemaran ramai haha..malam tu aku sorang je yang dikepuli oleh asap2 rokok ni termasuk david yang tak putus2 sedut rokok ni haha

tuan penasihat,ashtray players tu buat basahan je..apa barang simpan dalam lemari gerobok tu haha

jumpa lagi enamel rudge ni.memang langkah kanan la lepas ni kalau pegi kedai beskal haritu,kompom dapat.dia punya bayang2 macam dah nampak haha..rilek tuan penasihat,lepas enamel ni jatuh ke tangan beta,baru beta akan bagitau kat mana lokasinya haha..

jam pun dah menunjukkan 1.30am,jadi kami pun berunsur pulang,dan cikgu ali telah menghadiahkan sebuah artwork hasil dari kerja tangan cikgu ali kepada david,dan kami juga telah menerima souvenir setiap seorang.terima kasih daun keladi cikgu,jasamu akan dikenang!
selepas dari rumah cikgu ali,kami pun terus menuju ke rumah Uncle Ali Popia Haji Rahmat,dan sebelum tu,kami singgah di restoran mamak untuk memenuhkan perut kami yang kosong ni.semasa di rumah uncle ali, aku tak banyak snap gambar sebab dah macam rumah kedua aku kat rumah uncle ali ni hehe..dan dibawah ni ada jugak sempat aku snap untuk tatapan kawan2 blogger barang2 collection uncle ali dan gambar kenangan bersama uncle ali dan david henley.malam tu jugak uncle ali telah menghadiahkan sebuah aluminium sign kepada david yang begitu speechless untuk menerima pemberian uncle ali.dan aku tertarik dengan kata2 uncle ali pada david,"barang boleh dicari,tapi kawan yang baik,susah untuk dicari" dan kami tutup sesi lawat melawat 3 ni pada pukul 4.30am sebab esok nak kerja pulak..

pada keesokan paginya,kerja macam biasa..pagi2 lagi dah kena minum kopi dengan seorang teman ni sambil memakai tali leher a-go-go enjoy!

Winston 1983 Pocket Calendar

Tempohari semasa lawatan ke rumah Hj zul,adalah seorang teman dari perak memberikan souvenir dari ipoh berupa sebuah pocket calendar tahun 1983 yang mempunyai dua belah muka depan dan belakang.jika sebelum ini aku ada memosting tentang pocket calculator yang kotaknya juga sama seperti kotak calendar ni.so kira macam adik beradik lah kiranya.di dalamnya terdapat 6 keping card.dan setiap card terpampang gambar gadis2 winston pelbagai pose yang boleh membuat iman gugur,(tapi gambar old school la haha dengan pakaian yang tak berapa nak stim,because nowadays they are more micro and tiny weenie thong i guess huhu)dan di bahagian belakang tertera 2 bulan pada setiap card.biasanya pocket calendar semacam ni diberi pada pekedai runcit oleh dealer2 syarikat rokok tersebut dan boleh la diletakkan di dalam kocek baju atau seluar.dan very compatible untuk dibawa kemana2 dan senang dikeluarkan bila ianya diperlukan pada masa2 kecederaan hehe (masa tahun 1983 dulu laaa..)yelah,untuk tengok date,jangan salah paham pulak yer para blogger!

kotak atau pun casing di muka hadapan.terdapat slot diantaranya

casing di bahagian belakang

ada lagi ke model skang makeup camni?hehehe..


dalam ramai2 aku rasa model ni paling menyelerakan hahah kira ok la..not bad untuk jaman sekarang ni


yang ni rambut macam kak nita masa dolu2 huhu


ha yang ni agak menyeramkan sikit hahah


not bad either..


80's style dengan headband cool!

so enjoy viewing blogger!

Tuesday, December 21, 2010

Sesi Lawat Melawat 2

Pada hari sabtu malam ahad bertarikh 12/12/2010,perjalanan kami para kolektor dari perak dan johor meneruskan perjalanan pada malam itu jugak ataupun boleh aku katakan pagi sebab jam telah menunjukkan pukul 1 lebih pagi.kami tersesat juga jalan untuk menuju ke rumah yang satu ni.berpusing2 dalam taman tersebut.yang juga menjadi taman rumah kediaman hj zul yang kami lawat tempohari.akhirnya tuan rumah datang menjemput kami dengan speda tuanya yang aku pun tak tahu dari jenis dan brand apa.saiz 20 ke 28 ke,memang aku kurang ilmu tentang speda tua ni.dan tuan rumah membawa kami ke terataknya yang bagi aku gerek jugak.sebab di dalam deretan rumah teres batu,rumah dia sorang jek rumah kayu haha..tapi sebab malam yang gelap.aku tak boleh nak snap gambar depan rumah dia.selepas memperkenalkan diri sebagai Cikgu Ali Pontian,aku terus terpandang pada 1 enamel ni yang aku rasa memang menjadi kontroversi 1 Malaya hehe..dan aku rasa tak perlu lah aku nak ceritakan disebalik enamel ni sebab nak menjaga hati pelbagai pihak.kang tersalah cakap,ada orang naik angin dan membalun aku bukan2..so biarlah aku hanya memaparkan gambar2 yang aku sempat snap di rumah cikgu ali ni.
dan untuk tatapan para blogger yang setia,dibawah ini adalah enamel yang cukup kontroversi sehingga membuatkan boleh makan panadol berpapan-papan haha enjoy!
enamel PETROMAX yang tergantung di tempat yang tinggi di bahagian hadapan ruang tempat melepak rumah cikgu ali.dan dengan pantas aku meminta kebenaran cikgu ali untuk menurunkan enamel tersebut.dan dengan pantas juga cikgu ali dengan bermurah hati menurunkan enamel tersebut
dan upacara penyerahan enamel petromax a.k.a panadol papan dirasmikan.disebabkan aura kontroversi enamel petromax ini begitu hebat,yang tukang mengambil gambar pun menggigil kepala lutut menyebabkan gambar tidak berapa terang dan jelas haha..shaking la bang lop!baru nak mengepose dengan enamel panadol papan neh huhu
dan kepada pencintapepsihinggakiok,ini adalah tatapan untuk kamu yang ketinggalan untuk bersama2 kami dalam sesi lawat melawat 2 ni hehe..bikin line panas lagi! tray ni ko mesti dah ada kan bob?
button coca cola yang saiznya memang besar giler...meleleh jugak tengok button ni
enamel raleigh yang masih boleh didapati di kedai2 beskal lama kalau pandai korek..
enamel cembung mesin jahit excella
button bottle cap pepsi cola..bob,ko pun mesti dah ada button ni kan?harap ko dah beli monitor baru untuk pc ko tu bob..aritu monitor pc ko pecah sebab ko tumbuk monitor tu kan bila panas tengok barang2 pepsi ni kan?kan?haha..
enamel thermometer mentol phillip.unik jugak enamel ni sebab ada mentol kat bawah tu
ha kali ni coca cola vs. pepsi..ko teka sapa yang menang bob?hahaha ketawa lagi sekali
enamel2 dan thermometer tonic bayer
double sided rc cola sign minum-lah
ha yang ni memang menjadi favourite aku..dah merisik pun dengan cikgu ali hehe..tapi apakan daya,cuma ada sekeping dan yang ni adalah last piece..poster rokok craven.dan yang membuat aku berminat dengan poster ni adalah ia ditulis dalam bahasa melayu yang agak unik bahasanya..kalau cikgu ali rasa2 nak servis bertukar tangan,memang berdulang2 tray f&n saya tadahkan haha..
tin sign yang agak besar dari pepsi cola yang aku pernah memosting dalam ruangan for sale tempohari.tapi keadaannya adalah merupakan emas 24karat..cantik jugak kalau di refurbish balik ni
poster2 sinalco bersaiz kecil dan besar
dan yang terakhir,bagi line panas lagi,jam dinding pepsi khas untuk tatapan orang kampung pandan johor bahru yang badan dia berisi2 sikit bawak scooter vs125 tu hehehe
mata dah mengantuk,para kolektor dari perak dah mengantuk katil hotel dah memanggil2 tapi zul botol larkin dan lop masih gah dengan hidangan envelope2 lama yang dihidangkan oleh cikgu ali pada sesi perpisahan malam itu
dan dengan ini sesi lawat melawat 2 berakhir pada jam 3.30 pagi dan malam itu kami merasa berbesar hati kerana dapat melawat rumah cikgu ali dan kami akan kembali di lain kesempatan,sebab ada banyak lagi barang yang tak sempat kami korek kat rumah cikgu ali hehe..dan terima kasih juga kepada Lop yang sudi menjemput kami para kolektor Johor untuk sesi lawat melawat kali ini.enjoy!