Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, December 5, 2016

Bear Brand Milk Drinking Cup

Ada satu brand yang aku tak banyak memiliki barang2 nya, termasuklah enamelnya yang memang aku tak sempat untuk mendapatkannya, iaitu Bear Brand Milk.
Tidak banyak cerita yang aku perolehi tentang Bear Brand Milk ini. Mungkin para otai yang memiliki enamel bear brand ni lebih arif dan pakar tentang jenama yang satu ini
Yang aku ketemu hanyalah sekeping iklan dari majalah lama yang bertahun 1962 mengenai susu sejat Bear Brand ini.
Sewaktu teman baik aku si Blurguyz bershoping shopingan di Temasek, dia menroger aku bertanyakan sama aku mahu atau tidak sebiji gelas jenama Bear Brand. Ok, aku cakap ambik je. Harga pun taklah mahal mana isitu SGD10 je. Tapi masa tu exchange rate baru 2.30. Tapi kalau sekarang ni, dah jadi RM30! Bermaterialkan plastik keras, gelas ini berskala normal seperti gelas2 plastik yang lain. Boleh la bagi aku untuk buat syarat ada dalam koleksi simpanan aku
"Keep It Until Hard To Find"

Sunday, December 4, 2016

Eng Lam Aerated Water Batu Pahat, Johore

Semenjak dua menjak ni aku kerap request friend di FB. Sebelum2 ni aku agak liat macam mempedal ayam untuk request friend. Mungkin lingkaran kawan2 aku, aku ingin limitkan dan tidak memperbesarkan lingkaran itu. Sebab apa? aku pun tidak tahu. Kemungkinan besar FB bukanlah tempat aku mencari2 geng2 karat. FB aku hanyalah untuk berfoya2 bersama wanita2 yang mempunyai niat yang sama dengan aku haha..Jadi baru2 ini aku telah meng request friend dengan seorang kolektor karat yang aku tidak tahu dari manakah dia muncul. Baru2 ini sahaja aku melihat kelibat dia. Barang2 yang dipamerkan ada garang, ada juga yang biasa2 sahaja. Jadi aku sudah komen di salah satu foto dinding rumahnya yang mempamerkan poster2 yang disusun dengan rojak. Tiada kira2. Susunannya berterabur. Bertepek sana sini. Aku pun memuji tentang satu poster ni. Jarang sekali aku nak memuji barang orang depan2 begitu. Kalau ada pun, hanyalah dalam hati. Tapi kali ni aku terpanggil untuk memuji posternya itu. Tetapi, pujian aku itu sia2. Tidak direply. Sebagai orang Melayu yang penuh dengan budi bahasa, at least cakaplah terima kasih ye tak? Aku lihat kawan2nya yang lain, dia reply. Mungkin aku hanyalah kolektor muda yang hanya baru nak kenal2 dunia karat FB. Ok lupakan kisah tu. Kawan aku bobo bertanya kenapa aku nak berkecil hati? Buat bodoh sudahla..ok betul juga kata bobo
Sewaktu aku melawat seorang teman di Rengit, Johor, dia menghulurkan sebiji botol yang keadaannya boleh la aku katakan hampir 90% cun. Lagi 10% itu hanyalah tidak mempunya crown cap dan juga telah dikosongkan. Kalau lengkap, memang aku letak conditionnya 100%. Sebuah brand yang datangnya dari Batu Pahat Johore, selain dari Golden Fish Aerated Water. Jika dilihat paparan yang grafik yang disampaikan, terdapat imej burung bangau yang menjadi trademark syarikat Eng Lam ini. Kombinasi printed warna putih dan jingga yang amat terang memang amat meyilaukan pandangan mata aku haha..di bawah print itu terdapat alamat yang jika di google, masih terdapat lokasinya iaitu 134, Jalan Rahmat, Kampung Pegawai 83000 Batu Pahat, Johor.
Di bahagian belakang pula, macam biasalah, tertera botol ini adalah hakmilik Eng Lam Aerated Water Factory Batu Pahat. Persoalannya, haruskah aku meneruskan niat baik aku untuk berkawan2 dengan para netizen karat ini? Ataupun keep on silence mengumpul seperti idola aku King Daud?
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, December 1, 2016

Phoenix Vimto & Sejarah Phoenix Aerated Water

Siapakah gerangan pelopor Phoenix Aerated Water yang sangat popular di Temasek? Seorang lelaki yang bernama Navroji Mistri, seorang keturunan parsi yang di Mumbai, India pada 3 June 1885. Seorang jurutera yang dilatih dan bekerja di Royal India Marine Dockyards. Semasa di India, beliau bertemu dengan founder TATA Group iaitu Jamshedhji Tata yang telah memberi nasihat kepada Navroji, "Bila kau dah besar, dan kau bekerja keras, pasti kau akan berjaya". Dan pada tahun 1909, majikan Navroji iaitu United Engineers telah menghantar ke Temasek untuk membina Keppel Wharves. Semasa ketibaan beliau di Temasek, di dalam poket beliau hanya terdapat 1o rupees sahaja. pada masa itu hanya terdapat 6 orang parsi di Temasek. Dan beliau telah berkenalan dengan seorang parsi juga yang bernama Phirozshaw Framroz (Framroz's Aerated Water). Pada tahun 1913, Mr Framroz telah meminta Navroji untuk membaiki mesin di kilang Framroz. Dan selepas selesai pembangunan Keppel Wharves, Navroji telah dilantik menjadi Pengurus di kilang Framroz. Gambar di bawah ini adalah Navroji Mistri
Pada tahun 1925, Navroji telah meninggalkan Framroz dan meng setup jenama minuman ringannya sendiri iaitu Phoenix Aerated Water. Ini adalah keratan iklan Phoenix Aerated Water di temasek yang dikeluarkan pada 10 Mac 1926
Lokasi kilang phoenix adalah terletak di Anson Road, Singapore. Seperti tertera di iklan Framroz iaitu The Phoenix Aerated Water Works, Office & Works, 63, Anson Road, Singapore. Tel: 3463. Telegram: Phoenix
Lokasinya adalah seperti tertera di dalam map diatas. Jika anda lihat di sebelah Anson Road, terdapat jalan yang bernama Mistri Road. Ia dinamakan sempena sumbangan Mistri kepada Singapore pada tahun 1955. Kawasan ini pada dulunya menjadi tempat perkebumian orang2 Parsi di temasek. Di Singapore General Hospital juga terdapat sayap yang dinamakan Mistri Wing, berikutan sejumlah SGD 1 juta didermakan pada hospital untuk membina block yang baru berikutan beliau tidak sanggup melihat kanak2 terbaring di koridor hospital untuk menerima rawatan. Tetapi malang, beliau telah meninggal dunia sebelum hospital itu disiapkan pada tahun 1955 yang dirasmikan oleh adik beliau iaitu Hormusji Mistri.
Navroji ini terlalu taksub bekerja sehinggakan beliau tidak berkahwin. Kini, waris yang tinggal di Temasek hanyalah anak saudaranya yang bernama Noshir Mistri. Anak kepada Hormusji Mistri
Kelihatan mr Noshir memegang gelas phoenix bersama isterinya Roshan. Nama keluarga Mistri ini masih digunapakai oleh satu2 nya anak Noshir iaitu Sherena Mistri yang berkahwin dengan seorang Greek yang bernama Stavros Yiounakka dan anak2 mereka juga masih mengekalkan nama Mistri ini.
Terdapat satu iklan di Singapore Free Press pada tarikh 18 September 1950 yang menarik minat aku tentang air VIMTO yang dibotol oleh Phoenix Aerated Water. Vimto ni asalnya adalah minuman herba yang dinamakan Vim Tonic yang dipendekkan menjadi Vimto. Aku akan ceritakan pasal Vinto di entry yang lain.
Ada Sebiji botol dari siri Phoenix yang menarik minat aku. Agak berbeza dari botol2 phoenix yang lain
Di Bahagian depannya tertera logo burung phoenix yang berapi yang pada jaman itu aku rasa sangat unik dari segi graphic designnya.
Di paparan belakang pula tertera perkataan VIMTO
Di atas ini juga adalah iklan yang bertarikh 30 April 1951 yang aku menjumpainya di akhbar Singapore Free Press. Nama Phoenix aerated water ini memang Boom dengan pantas berikutan mulut manis Navroji kepada British Armed Forces untuk menjual phoenix di Temasek, Malaya serta di India yang pada masa itu diuruskan oleh adiknya Hormusji. Navroji kemudian telah membuka cafe di Battery Road, Temasek yang dinamakan GH Cafe yang menyajikan air Phoenix. Bisnes Navroji sangat berjaya sehingga perang meletus pada tahun 1942 dan memaksa beliau membuka kilang yang baru di Jalan Palmer, Temasek. Sewaktu perang meletus, kilang Phoenix dijadikan tempat berlindung bagi mangsa2 perang dan Navroji membenarkan mereka tinggal disitu selama mana yang mereka suka. Kilang Phoenix ini ditutup semasa berakhirnya Perang Dunia Kedua dan mengikut sumber yang boleh dipercayai, para pekerja Phoenix telah menerima ganjaran sebanyak SGD10,000 yang pada masa itu sangatlah besar amounnya. Navroji telah meninggal dunia pada tahun 1953 pada umur 68 berikutan sakit kencing manis di rumahnya yang terletak di Grange Road, Temasek yang berkeluasan 11,000 sq ft. Aku kurang pasti sama ada ini dianugerahkan oleh Sir Malcolm Macdonald dan terdengar juga Navroji Mistri ini pernah menerima anugerah Signet Ring oleh Sir Ibrahim iaitu Sultan of Johore yang masih disimpan oleh anak saudaranya Mr Noshir Mistri.
"Keep It Until hard To Find"