Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, October 24, 2012

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1433

Lagi beberapa hari sahaja kita akan bertemu dengan Hari yang mulia buat rakan2 yang mengerjakan Ibadah Haji di Makkah, harap entry kali ini bukanlah yang terakhir buat aku..moga2 masih ada kederat yang gagah untuk meneruskan posting2 yang menyakitkan hati hehe..watdehel.. Jadi sempena Hari Raya Aidil Adha yang mulia ini, aku ingin menunjuk2 kan gelas yang tak seberapa yang pernah digunakan oleh golongan2 sebelum ini untuk dihidangkan pada tetamu yang hadir..tak kira lah Hari Raya Idulfitri mahupon IdilAdha..tak kesah lahhh janji Hari Raya
Bermotifkan kerawang2 bunga dan font berwarna merah terang, gelas ini memang terasa ke 'vintage' an nya..
Mempunyai bibir gold yang masih jelas kelihatan, berkemungkinan gelas ini jarnag2 digunakan, ataupun tidak digunakan langsung dan di pamerkan di gerobok sahaja
Macam biasa,muntutnya berkaki 5bintang dan mempunyai embossed crown..SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA, MOHON RIBUAN KEAMPUNAN kepada teman2 yang setia mengunjungi blog ini dari hari pertama blog ini dibangunkan terutamannya kepada Abg Dolah King of Semua Kaut hahaha, Azrul King of Majalah Mangga hahaha, Bro Zul Botol Larkin (bila nak ajak datang rumah beraya? hahaha), Nasir King of Bebual Faktaik hahaha, Arianmizi King of Majalah Bolasepak hahaha, Blurguyz79 King of Aku Tak Faham hehehe, my uncle Ali Popia Mr. Coke, My Supplier Omar Serkat, My Supplier jugak Bro Lop, My Supplier jugak jugak Halim Ipoh, My Bro Bob Chentapepsi, Vokalis Estranged Syafiq hahaha, Rahadi di Cirebon-Mekasih ya gelasnya, To my mom-Jasamu Akan Dikenang, To My Wife-Forgive & Forget, To Atiqah-Study Rajin2, To My Dad & My Eby-One day we will meet again...
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, October 23, 2012

Kad Peraduan Disneyland Fanta

Kad Peraduan yang aku dapat ni kondisi nya tidak lah berapa nak cemerlang sangat..disebabkan usianya yang berusia hampir 40 tahun. Tapi kandungan yang ada pada kad ini masih boleh dibaca dengan jelas. Terdapat beberapa karakter Disney yang dipancung kepalanya untuk kami kanak2 pada masa itu mencari kepala karakter2 yang dipenggal ini. Bagaimanakah nak mencari kepala2 karakter2 tersebut? haaaa..mestilah kena beli minuman Fanta dan terdapat pelapik getah gabus di bottle cap minuman Fanta ini yang mempunyai imej kepala yang harus dipadankan pada badan si empunya badan ni. So apa tunggu lagi? Cepatlah ke kedai runcit berdekatan anda untuk mengutip penutup botol Fanta ini hahaha
Jika sudah lengkap kesemua kepala, hendaklah dibaca syarat2 penyertaan peraduan ini, dan boleh la dihantar pada alamat yang tertera
Sebelum tu, kita check dulu apa hadianya..Hadiah Utama adalah percutian ke Disneyland USA yang penerbangannya melalui New Caledonia, Fiji dan Tahiti serta wang poket sebanyak rm2000. Wow! banyak tuu..yang paling aku suka adalah hadiah kelima haha
Tarih tutup peraduan adalah pada 11 Mei 1974 dan jika ada kepala yang masih belum dapat,boleh la menulis surat untuk tukaran mana kepala yang ada belum ada. Menarik jugak..
Saiz Kad ini kecil sedikit dari A4 dan agak2 boleh menang ke kalau masuk peraduan ni??? hehehe...
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, October 19, 2012

Nescafe 1960's Paper Bag

Sebelum aku memulakan bicara, ingin aku meminta maaf kepada King of Plastik Bag Abg Dolah dengan entry ini, dan juga pemilik beg2 plastik tegar yang berada di seluruh Negara. Disebabkan aku memang tidak mengkolek beg plastik, tapi beg kertas ada lah hehehe..Beg kertas yang didatangkan dari Jenama yang tidak asing lagi, iaitu Nescafe. Mempunyai 2 paparan hadapan dan belakang yang mempunyai imej yang sama, dan juga paparan sisi juga mempunyai imej yang sama,tetapi berlainan bahasa. Seperti biasa, bahasa penjajah yang menjadi muka utama paper bag ini, dengan artwork yang begitu simple bagaikan cut n paste sahaja, membuatkan aku tertarik dari segi warna dan juga sususan characternya
Di paparan belakang pula, ditujukan kepada Kaum Cina yang juga minat meminum air dari jenama ini
Dan tidak kurang juga bagi kaum India, Bahasa Tamil juga diketengahkan dalam promosi terhadap serbuk kopi ini
Dan yang paling menarik tentang beg kertas ini adalah direct translation kepada Bahasa Melayu yang berbunyi 'Kopi Yang Asli Kopi, Itulah Nescafe'. Agaknya kopi yang lain bukan asli kopi lah agaknya ya hehehe..ya lah,mungkin ada yang kopi campuran dan premix. Tapi Nescafe agaknya memang 100% kopi dan tiada bahan campuran. Begitulah kaedahnya ya hehehe..
Boleh la aku katakan berdasarkan kepada label pada botol ini, paper bag ini dikeluarkan sekitar 1965 sehingga akhir 70-an. Dari dulu lagi konsep 1Malaysia sudah dipraktikkan. Sebagaimana beg kertas ini yang menggunakan 4 bahasa dalam menyampaikan mesejnya. Amacam Arianmizi, tak game lagi ke main beg plastik? Jom lah main beg kertas pulak! hehehe..
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, October 18, 2012

Owl Coffee Kopitiam Cup

Minggu lepas ke Rengit, Johor, niat di hati hendak berjalan2, tapi terjumpa pulak cawan kopitiam yang tak berapa lama sangat yang boleh dibuat tendang2 oleh peniaga2 peribumi di kawasan ini
Apa tidak nya, harga sebiji cawan sebigini cuma berharga MYR0.50sen..korang ingat aku main2 kah?
Kalau tak percaya,cuba tanya pada sesiapa yang pernah ke Rengit. Rata2 cawan dijual dengan harga 5posen..tapi jangan COKE,melantun harga..watdehel..
"Keep It Until Hard To Find"

Pandangan Yang Tak Berapa Nak Indah

Kenapalah pepagi lagi aku disajikan bekpes yang meloyakan tekak oleh awek2 kilang sebelah rumah ni?? Tau lah skang ni musim hujan..tapi bila dapat panas sikit macam pagi ni,tak payah la nak kuarkan harta karun korang tayang kat aku..
Kalau g-string,berselera lah jugak...aduiiii..watdehel..
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, October 17, 2012

Coca-Cola Plastic Cap Fat Bottle

Entry kali ini memaparkan diantara botol keluaran terakhir dari versi fat botle yang dikeluarkan oleh coca cola malaysia
Keunikan fat botle kali ni, aku amat tertarik dengan design background label yang mempunyai lining2 Chilli Red berbanding labelnya yang mempunyai background Ferarri Red..kelihatan masih retro
Dan penutup botol ni diperbuat dari plastik yang hampir serupa dengan penutup Pet Botle yang digunakan pada hari ini..berbanding yang sebelum2 ni diperbuat dari aluminium..Dan tertera 'Tanda Perniagaan Berdaftar' yang menguatkan lagi produk Malaysia ini
Jika dilihat pada alamat pengeluarnya, masih lagi dikeluarkan di tempat Legendary Jalan Foss oleh Fraser & Neave (M) s/b..dan lagi menarik, F&N mengeluarkan minuman ini untuk Lion(M)s/b dan juga untuk F&N Coca Cola Singapore Jalan Ahmad Ibrahim. Kenapa coca cola singapore tidak mengeluarkannya sendiri ya?
Kali terakhir aku melihat botol ni pada era awal 90-an dan selepas tu lenyap terus dari pandangan..Aku dah tak tau nak cerita apa pasal botol ni..watdehel melalut..ni lah akibatnya bila buat entry di kala otak kosong..arghhhhh!
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, October 9, 2012

Ashtray N.S Aerated Water Co. Seremban

Di atas permintaan kroni2 ku yang sentiasa tak kering gusi di dalam chatroom 'Why So Serius???' di Whatsapp, hari ini aku penuhi permintaan korang untuk meng up barangan asap yang kalian dok tunggu lama benor aku nak up barangan ni..bukan tanak up..tapi tengah tunggu que barangan lain jugak hehe.. Ashtray kaca yang tak berapa besar, anggaran lebih kurang bersaiz 4inch X 4inch, jenama yang ini datangnya dari jenama air yang bertapak di Seremban iaitu N.S Aerated Water
Ashtray ini sangat simple yang memaparkan imej Kepala Singa yang menjadikan trademark N.S Aerated Water ini..tentang harga, ashtray ini aku beli di Temasek suatu ketika dulu dengan harga sgd35..masih mampu milik sebenarnya..cuma benda alah ini mudah didapati atau tidak aja
Hendak digunakan untuk habuk rokok,macam sayang pulak..tapi alangkah nikmatnya di kala petang2 hujan begini bersandar sambil pekena kopi secawan dan menghembus kan asap rokok "fuuuhhhhhhh...fuuuhhhh..puiih!"
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, October 8, 2012

Botol Mentol Long Bros A.W Co. Chap Ikan Paus

Waktu hujung minggu di kampung memang tak ada buat apa..melepak dan melepek je hehe..nasib baik ada member yang datang amik aku kat rumah..so boleh la berjalan2 di area2 dekat Pontian, Johor ni..macam biasa,rumah siapa lagi kalau bukan rumah Cikgu hehe..dan dalam sebok bersembang tu,ada juga barangan yang dihulurkan oleh Cikgu kepada aku dan Azrul Kolek. Diantaranya adalah barang berupa botol seperti di bawah ni Kesemuanya datang dari brand yang sama, iaitu Long Bros Aerated Water Company yang berpengkalan di Singapore. Jika dilihat dari tekstur permukaan botol di bawah ini, ia kelihatan kasar dan menggerutu
Botol yang kedua ni mempunyai corak embossed yang sama dengan botol yang diatas, tetapi terkstur permukaan botol ini adalah licin
Dan botol yang ketiga ini kelihatan hampir serupa dengan botol yang nombor satu tadi, tetapi ia juga kombinasi daripada dua botol diatas,hanya bahagian luaran sahaja yang kasar, tetapi di bahagian logo dan tulisan terdapat kotak ataupun outline yang mempunyai permukaan yang licin. Walaupun kesemuanya kelihatan sama pada pandangan mata kasar, tetapi boleh la untuk dijadikan rujukan beberapa variasi dari jenama dan bentuk yang sebegini
Kebanyakan di belakang botol ini terdapat embossed This Bottle Belongs to Long Bros AW Co And May Not Be Sold. Abistu Cikgu dah jual pada kami ni camne ek? Aduii...Nasib baik Company ni dah tutup haha dan harga yang dijual memang tak masuk akal yang membuatkan Azrul Kolek sapu habis haha Terima Kasih Cikgu! Lain hari kami datang lagi ya..
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, October 5, 2012

1920's Fraser & Neave Envelope

Tempohari sewaktu meronda2 di daerah Pontian bersama Azrul Kolek, singgah sebentar ke rumah seorang Cikgu yang sangat suka berseloroh dengan kami hehehe..dan sebelum pulang diberinya kami sekeping envelope yang agak menarik perhatian ku walaupun sebenar-benarnya aku tidak mengkolek item seperti ini. Jika diperhatikan pada alamat yang tertera, surat ini diposkan kepada Chop Thye Seng yang beralamat di Batu Pahat Johore. Sungguh simple alamat yang dihantarkan tu. Kalau pada masa sekarang ni, mampos Encik Posmen dah humban ke sungai jika alamat tidak lengkap sebegini hahaha
Jika dilihat pada setem nya pula,tertera Chop di Singapore dan bersetem Straits Settlements. Dan aku pasti para blogger sudah mengetahui tahun bilakah setem ini. Tapi ini bukanlah tarikan yang buat aku tertarik walaupon pada hakikatnya ada kolektor yang minat pada setem-setem sebegini.
Jika dilihat pada belah belakang sampul surat ini, terpapar sebuah logo yang buat aku "waaaaa....Fraser & Neave" salah sebuah brand yang boleh la dikatakan berada di dalam celana kecilku. Korang pandai2 la takrifkan ayat aku tu hehe..Jika ada yang rabun ayam,Logo ini tertera Fraser & Neave Ltd Singapore dan ayat "It Is Recommended That This Bottle Be Placed On Ice Immediately Before Using"
Dan bertambah menarik apabila Chop Pejabat Pos Batu Pahat ni bertarikh 2 Feb 1929
"Keep It Until Hard To Find

Thursday, October 4, 2012

Thank You

Dah lama rasanya tak mendapat pujian seperti ini..kadang kembang jugak lobang idung hmmfshh..hmfshhhh..heheh TQ Andy!
Keep It Until Hard To Find"

Kotak Kosong Dutch Baby

Nampak dari pandangan atas, kotak ini tidak membezakan apa2 dengan kotak2 yang sekarang berada di kedai2 runcit seluruh negara..tetapi jika anda dapat melihat dan memegang secara live,pasti akan teruja merasakan material keras kotak ini. Seperti kadbod keras. Jadi tidak hairan lah ia masih utuh sehingga ke hari ini. Ada berapa unit tin di dalam kotak ni? kalau tak silap 48 unit ya
Pandangan sisi juga menarik dengan tulisan Dutch Baby dan tertera barangan yang terdapat di dalam kotak ini iaitu Susu Pekat Penuh Krim Manis
Yang menariknya kotak ini di salah satu sudut tepi kotak ni memaparkan imej Perempuan Belanda dan juga Bayi Belanda yang tengah lapar nak minum susu. Tapi tak pasti pulak lapar susu pekat ni ataupun susu ibunya heheh
Dan yang paling menarik tentang kotak ni,di sebelah sudut yang satu lagi, barang ini memang original dari Johore Bahru yang dibawa masuk melalui Singapore dan berasal dari Holland. Dan Dawai2 Kokot asal masih terlekat di kotak ini. Boleh la dianggarkan kotak ni digunanapakai pada tahun 80an?
Kotak sebegini memang ada peminatnya yang tersendiri. Belum sempat aku up for sale di Facebook, terus disambar oleh buyer.cool...
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, October 3, 2012

Horlicks 250gm

Jika diteliti pada label kertas di belakang botol Horlicks ini, tertera berat isi kandungannya sebanyak 250g. Nampak macam sikit ya. Diperbuat di England dan dibotolkan di Jalan Bersatu, Petaling Jaya. Orang PJ! masih ada lagikah kilang ni?
Dan jika di zoom jauh sedikit botol ni,aku membandingkan dengan lighter untuk memudahkan para blogger membayangkan saiznya yang kecil.Mungkin botol ini tidak berapa lama sangat untuk di upload di blog ini. Dan mungkin juga ramai yang masih menyimpan dalam koleksi masing2 sebagaimana balang Horlicks yang besar gedabak tu
"Keep It Until Hard To Find"

FCUK Pejabat Menghantar Barang!!!

Alkesah nak diceritakan pagi2 lagi aku dah tercegat di hadapan Pejabat Menghantar Barang Nusajaya disebabkan nak memenuhi permintaan seorang rakan yang kerap memperli aku bila nak hantar barang yang kami bersetuju secara barter.
Barang yang aku nak hantar ni adalah sebuah kotak yang dimuatkan di dalam kotak juga.tidaklah besar mana,tapi aku sendiri yang menimbang kotak ini dan beratnya hanya 1.38kg.
tapi bila masa hendak membayar,si penjaga kaunter ni dengan selamba berkata "rm47.70, boleh?" memang terkejut cimpanzi aku bila dengar harganya.JB-Cyberjaya,taklah jauh mana..masih dalam semenanjung..aku tak ada pilihan di Nusajaya ni. memang tak ada courier service yang berdekatan. Nak tak nak,terpaksa la aku tepuk dahi membayar amount yang diminta.
Lagi satu, aku pergi mana2 cawangan Pejabat Menghantar Barang di kawasan Johor Bahru ni, rata2 si penjaga kaunter tak menyambut pelanggan dengan senyuman. Macam tempe basi aku tengok muka masing2 yang jaga kaunter ni. Kalau service bagus,di greet dengan senyuman,parcel tak koyak rabak bila sampai ke destinasi,aku sanggup bayar lebih! korang di barisan kaunter ni,aku sarankan management Pejabat Menghantar Barang ni, hantarlah mereka2 ini ke 'Kursus Senyum'. Nak bagi senyuman pun payah! Ni belum cerita parcel aku berharga rm1000 hilang. Macam Taik!
p/s: Cerita ini tak ada kena mengena dengan mana2 pekerja Pejabat Menghantar Barang di seluruh negara. Ini adalah untuk kita mengambil iktibar dan fikir dulu sebelum nak hantar barang. Pilihlah syarikat yang boleh dipercayai.
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, October 2, 2012

Plastic Bag 333 Dih Tong Hai

Setelah sekian lama tidak berblogging,ada juga saki baki produk dari jenama kopi 333 Dih Tong Hai ini. Tidak rugi aku datang melawat rumah Cikgu Ali di area Pontian, Johor tempohari bersama rakan sepergadohan Azrul Kota Tinggi. Aku tidaklah mengumpul beg plastik seperti Abang Dolah dan Arianmizi, tetapi bak kata aku sebelum ini, kertas A4 kosong orang bagi pon aku amek, nikan pula beg plastik yang seperti ini. A must have for plastic bag collectors!
"Keep It Until Hard To Find"