Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, October 27, 2011

Jam Togel Diamond

2 bulan yang lepas.ada sebuah kedai antik di Temasek yang hendak tutup dan berpindah ke lokasi yang masih belum ditentukan oleh pemilik kedai tersebut.maka dengan itu berlakulah sesi penjualan lelongan atau cheap sale yang berlanjutan sehingga beberapa minggu.tetapi bila aku datang,tak banyak barang yang bergerak.statik macam tu jugak.so aku terpandang lah kat 1 jam yang berjenama Diamond yang masih ada dalam simpanan aku.
Jam ni aku gelarkan jam togel sebab tiada berframe atau rangka atau body.hanya papan pemuka dan jarum sahaja.menggunakan kuasa elektrik dan bersaiz dinner plate yang standard.dan yang penting,masih berkuasa dengan sepenuhnya.harganya pun masih mampu milik.SGD30 sahaja.kira ok la kan?bagi sesiapa yang mengkolek jam2 diamond ni,lengkapkanlah siri koleksi anda.jangan ada yang termiss hocay.enjoy!

Tuesday, October 25, 2011

Coca Cola Radio With Light

Tempohari sewaktu penjualan lelong ataupun Mega Sales di sebuah rumah Otai yang boleh juga dianggap dah macam Pakcik sendiri,ataupun lebih mudah aku gelarkan dengan panggilan Uncle Ali Popia,dapat lah jugak serba sedikit barang yang aku berjaya perolehi.Kalau boleh memang nak sapu semua.tapi nasib tidak menyebelahi aku.disebabkan Kolektor 'Luar' terlebih dahulu meng 'ngap' barang2 yang lebih 'garang' menyebabkan kami selaku penduduk kampung sendiri tidak merasa untuk menjamah barang2 yang lebih garang itu.walhal poket sudah dipenuhi dengan gambar Agong kaler purple yang berkeping-keping,tetapi disebabkan sifat 'gentleman' orang2 JB,maka signboard2 kuali dan botol2 chop singa kami relakan pergi..sebab katanya sudah di deposit..ok,tak apalah,cuma sedikit terkilan barang2 tu kami dah tak nampak di area JB ni..so salah satu barang yang berjaya dibawa pulang adalah sebuah radio coca cola keluaran Temasek akhir 90an(mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,kalau silap,tolong perbetulkan di ruangan komen ya!)di sebelah belakang macam biasa la tulisan coca-cola..di bahagian tepi pula terdapat speaker yang 1 rumah boleh dengar la suara yang keluar dari corong radio botol ni
di sebelah depan pulak,ada tingkap yang boleh ditanggalkan dan boleh menampakkan segala isi perutnya yang mengandungi radio fm/am,cd player,dan cassette player yang masih berfungsi dengan sepenuhnya.terdapat tuil super bass dan lights on/off
dan pada malam hari,boleh la dihidupkan lampu tidur yang antara kelam tak kelam ni hehe cun kan?
enjoy!

Friday, October 21, 2011

Poster Pantang Mati Sebelum Ajal

Aku pasti semua orang pernah menonton cerita yang seperti poster di bawah ni.ditayangkan sekitar akhir tahun 80an di dalam 1988-1989 kalau tak silap aku.ditayangkan di pawagam2 sekitar JB dan seluruh malaya seperti Lido,rex,cathay dan tidak ketinggalan juga panggung Iswara di batu 5 Johor Bahru hehe..
Mengisahkan tentang seorang polis officer bernama John Mclane lakonan Bruce Willis yang beraksi menjadi hero berjuang seorang diri(ada ke polis Malaysia macam dia ni?)menyelamatkan orang awam di sebuah bangunan pada malam krismas yang diambil alih oleh terrorist.semua rancangan si penjahat dapat dipatahkan oleh hero one-man ni haha..ikut logik akal,memang tak masuk akal la lawan penjahat ramai2 dengan seorang diri..tapi tak tau kan agenda Barat ni merekacipta Super Soldier..yang menariknya poster ni,adalah di dalam Bahasa Melayu.bagi pendapat aku,agak kelakar kalau ditranslatekan tajuk tu kepada Bahasa Melayu Die Hard dah jadi SUSAH MATI.atau pon nak dijadikan sedap sikit,PANTANG MATI SEBELUM AJAL hahaha..enjoy!

Tuesday, October 18, 2011

Poster 125 Tahun Malaysia

Nampaknya bahang 125 ulangtahun kelahiran coke semakin suram disebabkan Coca cola telah ditendang keluar dari kilang ayah tirinya sendiri hehehe..can2 dan pet2 botle juga semakin hari semakin berkurangan di rak2 petronas juga 7eleven..harap semua para kolektor dah menyimpan stok yang mencukupi ya.dan jangan lah jadi macam can pepsi siti nurhaliza yang market price sudah mencecah rm650! baru lah terhegeh2 nak mencarinya semula hahaha..tempohari telah aku posting tentang can2 125 tahun malaya beserta pet bottle nya sekali dan kali ini adalah posternya yang saja aku lambat2 posting bagi sesape yang dah tertinggal untuk memilikinya hehehe..
berlatarbelakangkan hadiah2 yang akan dimiliki sekiranya terdapat code2 tertentu yang membolehkan anda memenangi hadiah seperti percutian ke World of Coca Cola di Atlanta kalau tak silap aku..atau pun hadiah paling cikai adalah WP iaitu wallpaper yang kalau orang biasa yang tak beli setin coca cola ni pun boleh memenangi hadiah wallpaper tersebut haha..WTF!

Bagi sesiapa yang telah tertinggal poster ini,maka cepat2 lah carik di kedai2 runcit yang masih melekatkan poster ni.sebab sekarang ni dah ada poster baru huhuhu..enjoy!

Tuesday, October 11, 2011

Dark Of The Moon

Tempohari semasa pembukaan tayangan siri Transformers 3 Dark Of The Moon,agak panjang jugak la beratur untuk mendapatkan tiket hari pertama show pada bulan June 2011.jadi pada hari pertama aku menonton di Cathay cineplex city square JB.lepas beratur beli tiket,kene beratur pulak nak bli pepsi & popcorn.apa yang hebat sangat entah cerita ni sampai ramai bebenor orang nak tengok haha..yela jika sape membesar dan melayan cartoon setiap hari di Channel 5 singapore,mesti akan duduk tercongok depan tv pukul 6.30 petang pada era 80an.gila jika dulu dapat tengok cartoon,sekarang jadi yang real pulak dalam movie.mesti la nak tengok kan?jadi set popcorn yang dikeluarkan oleh Cathay adalah macam biasa,tumbler..
memaparkan watak baru iaitu Shockwave dan kat penutup dia ada model kecil Starscream yang boleh ditanggalkan.kalau tak silap aku,terdapat 4 item mini model ni iaitu Prime,Bumblebee,Lord Megatron & watak feveret aku Starscream yang cukup jahat masa di cartoon,tetapi tidak di Filem haha
minggu kedua,aku try pulak view yang lain sedikit di TGV cineplex.kali ni dapat jugak tumbler set popcorn.tapi paparan yang berbeza iaitu Optimus Prime yang hebat tak berapa nak hebat la..nampak dari jauh macam bersaiz yang tumbler Cathay,tapi bila dah dapat di tangan,mak ai..
besarnya! 2 kali ganda size nya berbanding dengan tumbler Cathay.bukan sebab apa,kalau tumbler airnya memang la sama size dengan tumbler Cathay,tapi dia ada tambahan tingkat kedua untuk diisi dengan popcorn.kalau macam yang Cathay,popcorn nya di dalam bekas yang berasingan.yang ni dia bertingkat.sambil sedut air,boleh la tangan ni mengorek popcorn dalam gelap haha..
jadi pada sapa yang mengkolek siri tumbler yang semacam ni,boleh la menambah koleksi anda tumbler anda tu ya.enjoy!

Thursday, October 6, 2011

Cameron's Trip

Tempohari ada masa terluang sikit dan uang terlebih sudah,berbekalkan kenderaan free,aku pon berjaya menjejakkan ke tanah tinggi Cameron yang aku rasa semua orang pernah pergi ke sini untuk self pluck buah stroberi dan sayur2 yang pelik2 hehe..so destinasi pertama,singgah la ke Time Tunnel di area Brinchang yang menjadi sebutan para kolektor kalau dah sampai ke sini memang tak sah kalau tak singgah.dengan berbekal rm5,dapat lah memasuki ruang galeri yang berada di bawah tanah bersepadan dengan namanya Time Tunnel.So sebelum masuk,sempatlah berposing di hadapan pintu masuk Time Tunnel ni heheh..yang datang nya ramai,tapi yang nak masuk cuma 2 orang je..sebab selebihnya tak berminat tentang barang karat ni.so nak menjaga hati para makcik2 dan kawan2 yang tak berminat,maka aku diberi tempoh 10 minit sahaja di dalam time tunnel ni sampai masuk pun aku tak sempat nak menyambar flashlight aku.so masuk dengan camera yang tiada flash..harap di dalam tu lighting nya cerah..
di kaunter menjual tiket hadapan,terdapat lah beberapa sign murahan yang diletakkan begitu sahaja..kalau terasa nak ambik,try la..bukan ada cctv pun..
vespa yang diletakkan di luar pintu masuk ni pon boleh juga dibawa balik oleh arianmizi heheh
Poster F&N yang aku belum ada hehe..Dulu,Kini & Selamanya..sapa ada lebih?yang ni masih kat luar lagi..jom kita masuk dalam! tengok apa yang ada menanti kehadiranku ini
wah,tin sign colgate! kan betul aku cakap..lighting kat dalam ni memang poor! kelam kabut aku jadinya nak setting camera aku balik..terpaksa gunakan built in flash.tu yang gambar pon teruk!
ni la hasilnya kalau pakai built in flash.memang hampeh! pada sesapa yang tak berapa clear pada barangan yang bergantungan tu,boleh la click kat gambar ni untuk enlarge sedikit
Hola! basohan huhuhu serbok penchuchi
kelihatan kawan aku sedang merembat barang yang digantung memandangkan banyak barangan kechil yang bergantungan begitu saje dan cuma aku berdua je dalam ni.dan selepas kami memeriksa tiada cctv di dalam ni hahahaha tapi ada tok batin yang memerhatikan dari jauh dan bersedia untuk menyumpit perampok
Motor ENfield Bullet kalau tak silap aku
Display cabinet yang memuatkan pelbagai coin bank
Pelbagai mug
Piring kopitiam
dan juga gelas2
Azrul,ko dah ada gelas ni?hahaha
Gelas2 pujaan abang dolah pun berlambak kat sini..pelbagai corak dan warna..memang cun bila dah banyak macam ni..kat Rengit rasanya sebiji 50sen kot..tak mahal mane pon..
Susu Carnation Fandi Ahmad! rugi aku tak simpan dulu..
Pelbagai Bottle Cap pun ada jugak..
Barangan kegemaran Fitri pon berlambak kat sini heheh..
Paper Ad kontroversi disini nampaknya
Tray Bapak Cermin pun ada jugak menyibuk haha
Paper Ad Bapak Budak Cermin lagi disitu.Nampaknya bahaya bagi Malaysia
Pelbagai tray pujaan ramai berada disini jugak..yang mana belum ada?haha
alamak..iklan kadbod/kertas f&n sarsi ni ada lah pulak kan..idaman siut..kalau sesiapa ada lebih,halo2 ya kawan disini..nombor henfon ada diatas tu..
tin sign daun teh cap ringgit emas
Enamel ho ho ho
Sign Coke ni aku tak dapat nak pastikan materialnya..tapi memang besar gila la..
Double sided sign
Leaflet susu cap junjung
Kickapoo besar tak berapa nak besar
ho ho ho lagik..n beberapa poster n termometer..korang enlarge lah sendirik.malas aku nak terangkan
Minumlah Kickapoo lagik..
Pepsi 1liter..akhirnya sampai jugak ke Bukit Mutiara huhuhu
Sementara takde orang kat dalam ni,apelagi,buat macam rumah sendiri la haha..masa kecik tak puas naik
Pelbagai cawan kopitiam..zoom la kalau nak tau apa jenis cawan ada kat belakang tu..kalau boleh rotate pic ni,rotate la vertically hehe
ni ha sampai 3 orange crush..tamak haloba betul..jual lah pada sesiapa yang berhajat tu ekkk..angkat tangan pada sape yang takdeeee hehe
lagi-lagi cap junjung..tak penat ke minah salleh ni letak kat atas kepala dia..aduii
Malu lah kalau sapa yang ada tray gambar sebegini tapi poster nya tak ada..
Enamel kontroversi..malas aku nak cakap lelebih..
Zoom jangan tak zoom tengok apa barang ada..
Singa merah pun ada jugak..
ha yang ni aku suka..poster Welfare Lottery..kalau sekarang ni,agak orang melayu masih boleh main loteri macam ni lagi ke?
Next change please!
Bro Azlan suke ni..
macam reprint..entah yerk..tak sempat aku nak peratikan bebetul..masa dah suntuk ni,kawan2 kat luar dah call tanya lama lagi ke?hahaha
u may call ke u may telephone?
paper utusan yang memaparkan MOhd Ali datang ke Malaya.Arwah bapak aku cakap masa tu orang masih beratur nak masuk ke stadium,dah abis show sebab round 1 Ali dah knocked-out opponent dia haha
sapa-sapa yang rasa gigi dia berdaki,boleh la guna ubat gigi darkie ni
lagi ubat gigi
deretan tin2 karat yang mempunyai pengumpulnya tersendiri..aku belum lagi..belum datang sun tu
kalendar planta yang mana pegi kalendar bawah tu entah..
tin karat lagi..
tin sign sabun FAB yang boleh memutihkan wajah orang yang katenya dia memiliki wajah putih melepak hehehe
Semua orang dah tahu...
paper ad 7up
aku pernah beli tin sign comel lote ni dengan harga rm1..tapi skang harganya?try la pegi amcorp kalau nak tau harga market..
tin sign quaker oats yang jarang aku lihat kat rumah kolektor..ataupun mungkin aku terlepas pandang..
botol F&N tapak hitam yang harga dia bagi botol kosong pun dah jejak berapa?tanya lah bro Fitri..hehehe apa la salah bagi souvenir kat kawan2 botol kosong tu..hehe
Paper ad gelas F&N yang korang kolek tu..ha zoom la kalau nak tau camne nak dapatkan gelas korang tu
Kasut A.R Badol pun ada kat sini..
dan yang terakhir adalah button Sinalco bersaiz 1 ft. jugak..so itu jelah gambar2 yang aku sempat snap dalam masa 10 minit yang mungkin tiada orang mengupload 1-1 barangan di dalam Time Tunnel ni..kalau ada pun hanyalah secara rambang sahaja..maka dengan ini boleh la dijadikan rujukan ataupun mencuci mata melihat koleksi yang sempat dikolek oleh owner Time Tunnel ni..
pada petangnya pula,aku check in di Impiana Casuarina Ipoh dan ada seorang teman di Ipoh yang berhati mulia datang ambik aku kat lobby hotel dan bawak aku bersiar2 di sekitar Ipoh.Terima kasih daun keladi diucapkan dan aku tak perlulah menyebut nama beliau.Jasamu akan dikenang hehe..perut memang lapar,dan dijamukan dengan Mee Kari perbuatan orang rumahnya.memang sedap.hendak tambah tapi tengok tuan rumah tak menambah,jadi segan pula aku nak menambah haha..sebab lagi rancak berbual dari makan hehehe..mungkin lagi sekali aku datang,boleh la dijamukan lagi sekali Mee Kari tu ya!selepas menjamu selera,aku dibawa bersiar2 ke rumah seorang kolektor berbangsa Cina yang menginap di rumah teres 2 tingkat.hampir 1 rumah dia botol!luar rumah botol.dalam rumah botol.kiri kanan botol.dapur botol.kat tangga botol.penuh 1 rumah!
deretan botol2 seleksi yang disusun cantik di atas rak yang masih berisi air..punch ke?hehehe..botol kicap boleh la nak punchhhh..hahaha
naik ke tingkat atas,ada beberapa sign yang boleh dibuat syarat
naik ke tingkat atas,bila masuk bilik,lah botol lagik
pegi bilik sebelah,pun botol jugak..pening kepala aku tengok botol aja merata..tiada apa selain botol hehe..
kami bergerak ke sebuah lokasi lagi yang tidak kurang popularnya..tanpa aku sebutkan nama,semua dah tau rak siapakah ini..
deretan botol yang disusun kemas..apelagi,zoom la kalau nak tau botol apa tu!
7up 1 liter?Coke 1 liter kaca hijau?
F&N cordial dengan coke 500ml
F&N black shadow kaca biru?beza kan printed dia dengan black shadow yang biasa sebelah dia tu?
lagi..
dan lagi...
abis..
yang sedapnya teman aku dari Ipoh ni,tiap kali pegi ke rumah kolektor2 ni,dia mesti tanya,takde ke souvenir untuk orang johor ni..penat ni datang dari jauh..haha memang tak sayang mulot betul..segan jugak aku haha..tapi berbekalkan mulut yang tanpa segan silu tu,dapatlah jugak aku bawak balik beberapa botol souvenir..kira saki baki jugak la..sebab orang2 di Ipoh ni cakap,ada sorang kolektor botol di JB yang dah sapu semua..hmmm..siapa yerkk..jom kite layan souvenir apakah yang dibawa balik ke JB
botol Apple Sidra..macam adik beradik apple cider hehe..oleh Cosco International..dengar cerita ia seangkatan dengan jaman Hi Spot & Canada Dry..
Budak gemuk ni terletak di bawah sinki haha..teman aku cakap,rembat ajelah,orang dah bagi free tu hehe..
mcam biasa la Jalan Foss..
Mirinda hijau yang masih berisi air tinggal 1 botol ni je..sebab yang 1 crate telah disambar oleh kolektor botol di JB
Coke no ribbon cap silver..
belakang tulis Cina..ambik jelah..hehe
Murni..kampung si Azrul ye tak?
F&N Tonic water yang masih berisi air dan tudung pun cun..everytime..
Cordial apa kah ini?label kertas dah hancur dah..
Lion & Watson Sdn.Bhd fruit juice..
dan yang terakhir adalah F&N cordial emboss
muncung botol ni ada sumpik sikit..tapi embossnya masih berkeadaan baik
Pada sebelah malamnya pulak,aku dibawa ke kilang Sinalco/Kickapoo/RC dan kami memang berniat untuk merembat gate Kickapoo ni..tapi tak bawak pulak tools hehe..aku akan return dont worry
dan lokasi terakhir adalah kilang F&N Ipoh tinggal dan juga kilang terakhir atuk aku bekerja dan di retrenched beserta wang sumbangan RM21,000.00 yang masa tu agak besar jugak kan?
aku ingin mengucapkan bebanyak terima kasih pada teman2 di Ipoh yang sanggup membawa aku bersiar2 dan pada pemberi sumbangan souvenir juga tidak ketinggalan.Enjoy!