Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, December 19, 2012

Hari Natal 2012

Baru2 ni aku pegi ke Zam-Zam Murtabak di Masjid Sultan, Temasek, ternampak lah pada satu tin yang agak ringkas designya, tapi at least ada lah jugak, daripada sikap pemalas segelintir marketing manager yang goyang kaki, asek2 design ituuuu je sepanjang tahun. Kami dah bosan! Dengan memaparkan imej Santa Claus bersama open happiness, tin can ini boleh la disimpan untuk koleksi..
Di Bahagian belakang, macam biasa trademark Coca-Cola
Pesanan untuk Santa: Mata tu kawal sikittt..jangan dok jeling Minah Saleh sangat k
'Keep It Until Hard To Find'

Friday, December 14, 2012

Steel Can Schweppes Bir Halia

Geram punya pasal berikutan malam tadi pertembungan di antara Harimau Malaya Vs. Gajah Putih di Stadium Supachalasai, Bangkok, membuatkan aku ingin memosting entry yang menggambarkan kegeraman aku terhadap Referee K-Pop yang membuat tindakan yang tidak setimpal ke atas perlawanan malam tadi di 2nd leg separuh akhir AFF Suzuki Cup 2012
Can ini pernah diposting oleh Che Mat tapi datangnya dari jenama soda yang berlainan. Kali ini, Can ini didatangkan dari jenama Schweppes dan berperisa Bir Halia, tetapi Halal diminum, mempunyai badan yang keras hingga digunakan untuk acara Baling Tin di Fun Fair sekitar Malaya pada tahun 80-an. Dibuat untuk Yeos Malaysia
Seingat aku, kali terakhir aku pegi ke Fun Fair dan main Baling Tin ini adalah pada tahun 1987 di Fun Fair Flat Larkin Johor Bahru bersama atuk dan nenek aku. masa tu RM1 untuk 3 bola kalau tak silap. ataupun RM2 utk 5 bola.aku tak ingat dah.tapi yang aku ingat, tin can besi ni ada 6 bijik. disusun secara 3 level. Level 1 tiga tin, level 2 dua tin, dan level 3 satu tin. Baling sekali tak jatuh. Baling 2 kali pun tak jatuh. 3 kali, 4 kali, tak jatuh2 jugak. Amboi, berat sangat ke tin ni? ke balingan aku yang tak cukup power? tinggal lagi satu bola, geram punya pasal, tunggu mase sesuai budak cina yang jaga booth Baling Tin ni toleh ke belakang nak pungut tin yang jatuh, 1, 2 , 3! baling kat tengkuk dia! lariiiiiii! kahkahkah! rupanya, ada brader2 kat situ bagitau, rahsia diorang tanak bagi tin2 tu jatuh, diorang memasukkan batu2 kecil ke dalam tin can tersebut, supaya ia menjadi berat sedikit dan tidak mudah jatuh apabila dibaling dengan bola getah warna coklat,hijau, merah tu. Ka Ni Na betol!
'Keep It Until Hard To Find'

Thursday, December 13, 2012

Botol Canada Dry

Rasanya macam dah lama tak buat entry tentang botol. Diharap botol2 Malaya ini masih mempunyai peminatnya ya. ataupun ramai yang sudah game? haha..botol yang dipaparkan kali ini adalah didatangkan dari jenama Canada Dry yang sezaman dengan minuman Hi-Spot. Kali terakhir aku melihat botol Canada Dry ni di area Parit Jawa di Batu Pahat, Johor. Dibiarkan di belakang lorong2 kedai. La ni, jangan cakap se crate, sebotol pon dah payah nak jumpa. Agaknya sape lah yang kebas tu ya hehehe...
Dan yang sedihnya, seorang teman aku di Kota Tinggi, Azrul KOLEK, telah lama mintak gelas Canada Dry dari aku. Tapi sampai ke hari ni masih belum carik2 lagi gelas tu berikutan semua dah dimasukkan dalam kotak hahaha
'Keep It Until hard To Find'

Wednesday, December 12, 2012

Mug Air Mancur

Tempohari dalam takde keje kat Benut, Pontian. Malamnya pusing la ke Bundle Benut. Nampaknya kali ni rejeki tak menyebelahi aku. Tiada apa barang yang layak dibawa pulang. Tapi terserempak juga dengan satu mug yang bagi aku ada sedikit lucu jika dimasukkan kedalam senarai koleksi mug2 aku iaitu Mug Jamu Bersalin haha
Di sebelah kiri tertera Air Mancur
Di sebelah kanan pula tertera Jamu Bersalin Tetap Langsing Dan Ayu
Harga? 50sen sahaja cash n cary hehehe..salah satu barang yang mengarut dalam simpanan!
'Keep It Until Hard To Find'

Tuesday, December 11, 2012

Poster Schweppes 1986

Bulan lepas ke Rengit, singgah la ke rumah seorang teman yang banyak membantu dalam misi pencarian di area Pontian ini. tiada ape yang dibawa pulang, hanyalah poster ini aja..
Poster yang nak diketengahkan kali ini datangnya dari jenama soda yang agak lama bertapak,yang masih elok kondisinya,cuma ada beberapa bekas dawai kokot berikutan tempatnya adalah di dinding2 kedai runcit. Jika dilihat secara dekat, hanya 3 botol yang dipaparkan di dalam poster ini iaitu Lemonad, Strawberi dan juga Oren. Tiada kelihatan pula Krim Soda dan juga Bir Halia
Poster ini dikeluarkan sempena untuk meng redeem bottle cap liner yang boleh ditukarkan dengan beberapa barangan dari Schweppes berupa tin can, polo shirt, rantai kunci, beg serta tuala
Untuk memenuhi permintaan seorang rakan baik di Temasek, aku paparkan tudung botol yang boleh dibuat rujukan sebab kebanyakan bottle cap schweppes yang kami dapat sudah 24karat. Dan pengedar yang tertera adalah beralamat di Jalan Ampuan, Batu Pahat, Johor.
'Keep It Until Hard To Find'

Thursday, December 6, 2012

Poster 4U2C

Jikalau anda bersekolah pada tahun 90an, ingatkah anda pada fenomena Rap/Hiphop menular di Malaya pada masa itu? Dengan naiknya nama seperti Vanilla Ice dan MC Hammer pada tahun 1990-1991, aku teringat akan sebuah band Rap dari Malaysia yang seperti poster di bawah ini. Group yang slalu bikin huru hara iaitu 4U2C yang popular dengan lagu Kami Rappers Yo! dan lagu cintan cintun iaitu Fiona, poster ini dapat jugak aku perolehi dari seorang teman di Muar dalam keadaan yang agak memuaskan jugak poster ni yang diedarkan oleh BMG music
Anda kenal akan ahli kumpulan ini? yang merangkap ketua jugak lah dalam 4U2C ni..tak sangka perangai kebudak2 kan dia sekarang dah pakai Bentley hehe..dapat title Dato' lagi..tak sangka penyanyi yang femes dengan lagu Bergema Takbir di Pagi Raya ni berjaya jugak ya hehe
Aku berkenan akan poster ini bukanlah disebabkan lagu Kerja Partime, Darling I Love U, mahupun I Miss U, tetapi adalah kasut yang dipakai oleh mereka2 ini iaitu Roadstar yang juga menjadi kasut Raya ku pada tahun 1992
'Keep It Until hard To Find'

Wednesday, December 5, 2012

M.A.S.K Thunder Hawk

Rasanya macam dah lama tak buat entry tentang toys ni..so pada entry kali ni khas untuk yang lahir pada era 70-an yang seangkatan dengan aku. Cartoon yang teramat famous pada tahun 1985-1987, iaitu MASK. Bukan The Mask Jim Carrey tuuuuu..kalau si topeng hijau tu,budak2 era 90's kenal laaa..ni MASK yang tidak ada tandingan dengan cartoon era 2000 ini, walaupun graphic nya ada lah sangat basic, tidak lah dapat menandingi cartoon 3D sekarang ni..tapi mesej yang disampaikan dalam cartoon ni,memang amat bermakna walaupun jalan ceritanya amat simple..di bawah ni adalah model Camaro pada tahun 80an,bukan macam model Bumblebee tu..itu dah advanced sangat dah..haha
apabila berubah ke Batttle-Mode, haaa tuu diaaa..pintu Gull-Wing tu dah berubah jadi kepak yang membuatkan Thunder Hawk ini boleh terbang ke udara. Dan di hujung kepak pintu ni,terdapat missile yang boleh di launch ke arah musuh2 team VENOM iaitu team jahat
Pandangan dari belah belakang, apabila dalam Battle-Mode,spoiler nya boleh naik ke atas seolah2 GT Wing, dan bumpernya pun ternaik ke atas yang membolehkan twin ekjos tersembul keluar untuk memudahkan proses pembuangan sisa dari pembakaran Jet Fuel nya. Untuk model pasaran Asia ni, terdapat tulisan Chinese ke, atau Japan ka? yang aku lihat tidak ada pada model UK dan USA pada bumper belakangnya
Jika diterbalikkan model Camaro ni di bahagian bawah, terdapat embossed produksi dari Kenner pada tahun 1985 yang dibuat di Hong Kong
Tapi malangnya, pemandu Thunder Hawk ini, selaku ketua MASK iaitu Matt Trakker telah lari meninggalkan keretanya entah kemana hehehe..
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, December 4, 2012

Goncang Sebelum Dinikmati!

Minggu lepas,seorang teman menghadiahkan sebiji botol yang tak berapa nak lama, tapi apa pun, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada teman aku ini diatas tanda kemaafan beliau kelewatan sedikit untuk mengepos barang yang sedia lama aku beli hehehe...diantara botol terakhir dari Green Spot yang tertera perkataan 'KLASIK' di sudut tepi botol ni
di bahagian tepi botol, terdapat silhoutte botol Green Spot yang lama dan terdapat cop serta tulisan Jawi dan Chinese
Dikeluarkan untuk Green Spot Beverage (Malaysia). Terima Kasih Akhmal Apek!
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, December 3, 2012

Sinalco Bottle Tag

Salam Senin pada para blogger yang masih setia mengunjungi blog aku yang tak sebarapa ni. Seperti semua sedia maklum bahawa kehangatan berblogging ni semakin pudar berikutan kepopularan Facebook mengatasi areana blog ini. Dan aku lihat semakin ramai seller di blog yang beralih arah ke FB berikutan sambungan yang begitu hangat nampaknya. Barang yang aku ingin ketengahkan hari ini adalah Tag botle untuk air yang rasanya kelat2 masam iaitu Sinalco
Saiznya tidak berapa besar, lebih kurang sejengkal sahaja. Dan dibuat untuk diletakkan di leher botol untuk mempromosikan minuman ini dengan bermodalkan wajah Mek Saleh yang kelihatan ceria sekali memegang gelas Sinalco hehehe..atas pertolongan seorang teman di Temasek, Tag ini dibawa pulang ke Malaya dengan permulaan harga SGD20, tetapi telah dinaikkan ke SGD30 dalam tempoh seminggu aja. Rugi? anda yang tentukan...
"Keep It Until Hard To Find"