Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, April 30, 2010

Mug Nestle Bonus


siapa ingat si encik kacang ni?popular pada zaman 1985-1987..air kacang soya produk daripada nestle yang diberi nama BONUS.entah apa yang bonus agaknya.bonus vitamin kot..aku jugak yang tak dapat2 bonus gaji tahun ni haha

sekarang ni pon masih wujud lagi nestle bonus.tapi facelift dia dah bertukar la.makin upgrade.bukan lagi gambar encik kacang ni.mug ni pun masih disimpan elok dalam kabinet.yela orang dulu..dapat je mug free,simpan dalam kabinet display.bukan dipakai hari2.tapi disebabkan praktikal yang sebegitu lah,masih wujud lagi mug yang tak berapa nak old skool ni.ada 2 size kalau tak silap aku.air kotak biasa yang kecik tu,dan 1 liter.anda bagaimana?pernah merasa air nestle bonus soya bean ni?

Tin Can Kontot Coca Cola


ni adalah koleksi tin can kontot yang masuk pasaran malaya yang sempat aku kolek.ada banyak lagi yang aku terlepas.so cuma ni aja yang boleh aku paparkan

yang kat atas ni adalah tin can kontot japan.yang masih boleh perolehi di pasaraya2 besar di JB.rasanya kat KL pon berlambak lagi tin can ni

tin can kontot yg atas ni plak dari arab.ia dijual kat malaya pada tahun 2004

dengar cerita coca cola tidak dibenarkan masuk Mekkah.betul ke?

yg ni pulak coke kontot dari U.K ia dipasarkan kat malaya ni pada tahun 2001

semua tin can kontot ni masih ada airnya..tak meletup pulak simpan lama2 hehe kontot bukan sebarang kontot..

yang ni adalah keluaran dari arab pada tahun 2004 tapi version coca cola light

bila susun banyak2 tin can kontot ni nampak macam cute la pulak kan..tapi 1 je bila tin dia bocor..satu kerja pulak nak mengelap haha..alih2 semut dah hurung je..dato chua pon mesti pernah lalui pengalaman ni ya?

Tin Can Mirinda CNY


mirinda tin can mango tangerine ni adalah special edition can yang dikeluarkan sempena chinese new year tahun berapa ya?..aku ingat2 lupa.mungkin ada kolektor di luar sana yang masih simpan tin can ni ingat pada tahun bila ianya dikeluarkan?

kalau tak silap dalam tahun 2000-2001 tin ni keluar.kalau aku silap tolong perbetulkan ya!

Tray F dan N Sarsi


bagi orang lain,biasanya diorang bershopping kat klcc,paragon,takashimaya dll,tapi aku ni,bila ada duit lebih,bershopping kat amcrop mall.bukan amcorp ya.tapi amcrop haha..tempat aku menghabiskan duit..memang crop!
tapi apakan daya..ada juga diantara muka2 otai yang aku nampak kat amcrop tu membeli belah.salah satu benda yang aku beli adalah tray f&n sarsi ni.dulu penah aku dapat tray f&n orange crush kat jonker walk.apek tu offer rm30 aja.punyalah aku mintak kurang,dia tetap tak bagi.siap keluarkan buku latihan sekolah.yang kelakarnya,apek tu siap lukis barang yang masuk ke kedainya hahah lawak sungguh apek tu.kalau tray f&n,ha dia lukis la bulat,siap tulis apa yang ada kat atas tray tu.aku belek lagi helaian sebelah,dia lukis gambar telefon mickey mouse.memang berdekah aku dengan member aku tengok buku latihan apek tu haha..bila aku dah balik JB,terasa macam ruginya aku tak amik tray oren tu.so minggu depan datang la balik.sekali barang dah tak ada! cipet betul..cerita punya cerita,ropanya zul botol larkin yang beli tray tu! nasib baik dibawa balik ke JB..tak apalah,memang bukan rezeki aku..yang pasal tray sarsi ni pulak,ceritanya terbalik,zul botol larkin dah perasan ada jual tray ni,tapi dia tak amik,pegi minum dengan kolektor yang ada kat situ,lepas tu dia keluar kejap,bila aku sampai,terus tanya berapa harga tray ni,dia kata rm30 jugak.aku offer rm25,ok deal.bila zul botol larkin sampai untuk beli tray sarsi ni,dah takde! sebab aku dah beli..haha bila dia balik JB,dia dok cerita la ada nampak tray sarsi kat ampcrop,bila datang dah tak ada.aku pon cakapla,aku yang beli hahaha kita orang bantai gelak..itulah uniknya donia koleksi ni.pi mai pi mai tang tu jugak!tak kemana..

Tin Can Diet 7up


ini adalah tin can diet 7up yang masuk pasaran malaya.bukan dibeli di overseas ya.harganya agak mahal sedikit dari yang diperbuat kat malaya ni.rekabentuk nya pun berlainan dengan can malaya.can ni aku dapatkan kat salah sebuah pasaraya yang tak berapa nak terkenal kat JB ni.kenapa lah JB ni penuh dengan barang2 overseas ya?barang local payah nak jumpa!tapi untung juga boleh aku trade dengan kolektor negeri lain yang tak berkesempatan mengkolek can ni.7up malaya rasanya belum jumpa lagi yang diet.semuanya masih 6sudu gula lagi hehe..mana taknya rakyat malaya ni kena kencing manis..anda bagaimana?ada kencing manis?eh! salah.pernah merasa diet 7up?tiada caffeine..so takla anda ketagih sangat nak minum lagi diet 7up ni haha

Coca Cola Bottle


disini aku ada pertanyaan.aku dapat botol coke ni di pasar karat JB.kondisi teramatlah cun melecur 100%.tiada retak mahupun calar.dan memang belum lagi digunakan.mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,ia dibawa keluar dari MALAYA GLASS di JB.ada juga aku bertanyakan pada otai2 coke,tapi semua tak pasti dari mana datang botol ni..dapat pun memang murah sesangat.so aku beli ajelah..

ni adalah close up apa yang tertulis di botol ni 'MARQUE ET MODELE DEPOSES SODA AUX EXTRAITS VEGETAUX'
yang aku paham kandungan air ni mengandungi ekstrak sayuran.bahasa french ke ni?ataupun mexico? bagi sesiapa yang tau botol ni dari mana,sila postkan di ruangan comments ya

Tin Can A dan W


puas aku mencari botol a&w yang kondisi nya macam baru.tapi hampa.kalau ada air pun,kondisinya bercalar balar..tapi rasanya bro megat ada kot yang cantik..masa aku sesi korek mengorek pon haritu ada juga botol a&w root beer yang boleh la dikira cun,tapi takde air pulak..yang dapat hanyalah tin can a&w root beer ni.masih dijual di malaya dan temasek.tapi kat JB memang dah pupus.since 1919 lagi!kenapa lah Jb ni payah sangat nak carik barang2 old skool ya?adakah kehidupan disini terlalu moden?yang aku jumpa air ni banyak kat luar daerah.kat sekitar kampung2.malah ada yang berhabuk! tak diminum dan tak dibeli..tak sedap ke air root beer ni?kewujudan a&w ni kat JB dah lama.sekitar akhir era 80an.bermulanya kat plaza century atau wisma abad,dipindahkan ke plaza kotaraya,selepas tu di taman universiti,selepas tu kat permas jaya.selepas tu semua tutup! tinggal lah 1 outlet aja kat jusco bukit indah.itupon macam paras2 idung haha..kan sedap kalau minum root beer float?dengan 1 scoop vanilla ice cream..fuh mantap!

Gelas Framroz


gelas ni takla lama sangat dalam simpanan aku.cuma nak ceritakan bagaimana aku dapat gelas ni aja..kalau nak dikutkan,banyak juga siri gelas dan botol framroz ni.anda boleh la rujuk kat http://malayaayerlamenet.blogspot.com
gelas ni aku dapat kat area benut,Pontian johor. kenapa orang lain tak perasan gelas ni wujud?dapat dalam keadaan berhabuk kat rumah cina ni.diletakkan kat tepi tingkap.mungkin orang tak perasan,ataupun mungkin gelas ni tak berharga di pasaran?ataupun mungkin para kolektor dah banyak sangat gelas yang pattern semacam ni?anda lah yang buat keputusan ya.selepas dicuci,berkilat juga.boleh dipairkan dengan botol emboss framroz dalam kabinet yang akan aku posting nanti.mintak punya mintak,dapatlah dengan harga bawah rm10..rm1 pon dikira bawah rm10 kan?

RM1


apa kena mengena duit ni?nampak macam biasa aja..rm1 aja..sekarang apa yang anda boleh beli dengan rm1?kuih 3 butir?air kotak?macam dah tak bernilai ya rm1 pada masa kini..kalau bagi duit raya kat budak2 yg datang kolek pon mereka akan berkata "singgitttt jeeee!!"

eh ada kelepet lagi?kenapa boleh jadi macam ni?rupanya duit error..patut dibuang la ya..tapi entah sape yang malas ni,dia kelepet aje duit tu haha..so dapat la kat tangan aku..jadi berapa nilai bagi duit yang semacam ni?masih rm1 juga ke?

Gelas Carlsberg For Sale!! Rm15


gelas carlsberg untuk dijual.kaca tebal.berat.terdapat di kedai2 kopi cina.hanya untuk pekedai sahaja.tidakboleh dijual diluar.kalau anda baik dengan tauke kedai kopi tu je,boleh dapat.harga termasuk post.kalau nak cod area JB,harga boleh runding lagi.delivery sekitar JB juga disediakan.kalau nak trade dengan barang yang senilai pon boleh.
konteki: +60127574125 (adeqJB)

Tin Can Green Spot Sarsi


tin can ni bukannya tin can dari overseas ya.memang aku beli di sebuah pasaraya kat JB ni.dan dikeluarkan di malaya ni.tapi jarang aku jumpa kat kedai2 runcit luar sana.kenapa ya?padahal produk ni adalah produk old skool.kenapa tak dikomersial kan?entahla ya..mungkin barang lama..mana ada generasi baru yang nak menghargainya..rasanya emm..macamana aku nak cakap.macam sarsi la hehe..anda bagaimana?pernah merasa air green spot?ataupun hanya mengumpul botol dan signage nya sahaja?

Thursday, April 29, 2010

Coke Calendar 2008


Calendar yang diperolehi dari seorang kolektor Coke tersohor di JB yang dah retired..alangkah baiknya kalau semua kolektor yang ada sifat macam seorang ni..apa saja barang yang tak diminta,akan diberinya..apalagi kalau minta?

semua gambar dalam kalendar ni adalah bercirikan SIDE OF LIFE

gambar2 lama coke juga diilustrasi balik untuk disesuaikan dengan design yang moden masakini

bulan december macam biasa la lukisan santa claus daripada sundblom

Katakan Ya! Kepada Yakult 2


have you had a yakult today? aku dah..anda bagaimana?dah minum yakult hari ni belum?
mug ni adalah keluaran terbaru tetapi masih mengekalkan rekabentuk botol lama yakult. pada masa era 80an, yakult bersaing dengan vitagen. rekabentuk kedua2 brand ni pun hampir serupa. cuma yang membezakan adalah rasa dan perisa. saiz juga berbeza tapi tak jauh banyak. vitagen lebih besar dari yakult.mug ni adalah version keluaran dari temasek. kalau di malaya ni aku tak tau pulak bagaimana ropanya. atau mungkin tidak pernah mengeluarkan souvenir sebegini rupa?

dalam abad ke-20 ni,yakult telah berubah cara penampilan botolnya,semakin kecil dan semakin lari jauh dari bentuk asalnya. tapi kenapa saiznya semakin kecik? sebabnya adalah jikalau yakult dibotolkan dalam 1liter,ia tidak memberi kesan pada khasiatnya. sebab bakteria yang berguna di dalam tu akan mati jika terdedah dalam masa yang lama.kira anda tak boleh la minum sikit,lepas tu simpan.sebab itu botol nya kalau sekali teguk,dah abis!

Tin Can Sinalco Special


tin can sinalco yang masuk malaysia yang diedarkan oleh Dragon Prestige beralamat di 28, jalan sri purnama 2/3 kangkar tebrau 81100 Johor Bahru, Johor.

kadang2 aku perasan bila masuk supermarket kat Jb ni,ada tin2 air yang tak pernah aku jumpa kat kedai runcit luar sana. padahal diedarkan oleh syarikat kat JB ni sendiri...adakah kurang permintaan,ataupun kedai runcit taknak menanggung risiko sebab takde pembeli? aku rasa kalau tin yang sebegini,ramai kolektor yang nak beli kan? rasanya takla sesedap f&n oren..tapi boleh la..masam2 kelat..ada pelik sikit rasa sinalco ni.anda bagaimana? pernah merasai air sinalco ni?

Pepsi Blue


Pepsi BLUE dilancarkan pada pertengahan 2004. masa tu memang pelik kenapa cola berwarna biru? sebab pepsi selalu menghasilkan idea2 yang baru untuk menyaingi pesaing dia yang hebat iaitu Coca Cola. macam2 promosi yang melibatkan pepsi dan coke.masing2 mempertahankan produk sendiri. iklan2 pun banyak jugak kat USA sana yang menunjukkan pepsi vs coke. cuma kat malaysia je ni agak kurang sikit

Pepsi blue yang aku dapat ni cuma botol yang dah kecut ni, dan tin can di bawah. masih terdapat air kedua2 nya

masa awal kemunculan pepsi blue ni,aku and the gang sibuk minum air ni kat mamak pakai gelas clear. nak tunjukkan kaler cola biru ni haha..padahal rasanya taklah jauh beza..anda bagaimana?pernah rasa air kaler biru ni?

Gelas Mekdi


gelas McDonald's yang masih tersimpan elok dalam kabinet dapur. pernah jugak digunakan waktu dulu2..gelas ni masa dapat tahun 80an di McD johor bahru. dulu memang payah nak makan mekdi ni.dlm sebulan sekali je dapat makan..itu pun dibawak oleh ayahanda tersayang. kalo dia tak bawak,memang aku jadi macam budak2 lain yang jakun tak pernah makan mekdi. so masa tu dapat lah aku kolek barang2 mekdi. yang lain akan ku update nanti. rugi aku tak kumpul kotak happy meal. sebab dia ada siri2 dia.banyak jugak kalau nak kumpul tu. di JB ni,outlet pertama yang dibuka adalah di Holiday Plaza.masa tahun awal 80an. aku tak pasti exact date dia bukak.dulu memang payah la nak jumpa drive thru mekdi..dan barang souvenir dia sekarang memang jauh beza dengan yang dulu. sekarang jarang ada promosi.yang ada hanyalah toys happy meal. dulu beli yang set meal pun ada free gift.aku ingat aku ada simpan topi mekdi tahun 80an.tapi mana entah aku campak.kena carik balik ni..anda bagaimana?pernah ke merasa makan McD di zaman kanak2 anda?

Fanta Siam


Fanta ni masih banyak terdapat di supermarket seluruh malaya..buat masa ni aku baru jumpa 3 perisa sahaja iaitu oren,strawberry dan fruity.harga nya pon tak mahal masih boleh dengar lagi.rm2.90 sebotol.ni adalah version yang masuk pasaran malaya.kalau kat siam,mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,rasanya dalam rm1.50 sebotol..kira dia markup 100% lah ye hehe..

botol yang sebegini tidaklah mendapat perhatian bagi para kolektor di malaya ni. tapi aku saja menambah koleksi sebab ia cantik bila di display kat kabinet.macam bersinar2 kaler2 gitu hehe..kalau anda perasan,yang tengah fruity hijau tu adalah version yang terdahulu.yang kiri dan kanan tu design paling latest. tudung cap nya pon lain.so,selamat berkoleksi!

Tuesday, April 27, 2010

Mountain Dew Can


di negeri lain masih ada ke jual air mountain dew ni? rasanya masih ada kot..kalau botol kaca tu memang dah pupus pun. aku dah tak nampak lagi..production diberhentikan mungkin kerana tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat malaya kot..rasa dia tak sedap ke?bagi aku yang pernah merasai air mountain dew ni,dia rasa seakan2 7up campur kickapoo..boleh tahan juga rasanya.pet bottle pun rasanya baru launch kat malaya ni..tapi kalo yang tin,agak susah nak jumpa..kalao anda para kolektor terjumpa can mountain dew ni,cepat2 la grab sebelum terlepas..anda diluar sana bagaimana?pernah merasai air mountain dew?atau pun hanya mengumpul botol nya sahaja?

Diamond Brand Ibu dan Anak


jam yang ni ada ceritanya..terdapat 2 size yang berbeza. kira macam ubat batuk cap ibu dan anak la yang tak boleh dipisahkan..mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,jam ni sebenarnya terdapat 3 size.ibu,anak dan cucu.ada lagi kecik dari si anak tu.dan aku pernah nampak jam kecik tu tergantung kat dapur rumah seorang kolektor yang dah pencen kat JB ni.tapi tak sempat nak snap gambar.sebab kalo amik gambar,rupa bentuk nya sama aja.unless jika digandingkan antara 1 sama lain,barulah nampak perbezaan dari segi saiz nya..
jam yang besar tu aku dapat dari seorang saudagar kat pasar karat Jb yang menjual barang2 antik.kira ada nama jugak lah si saudagar seorang ni. dia bukak harga rm150. tawar punya tawar,dapat la aku rm120. kira mahal ke murah ya kawan2? sila ikuti kisah selanjutnya di bawah..
bila abg dollah memberi info tentang kewujudan jam anak ni,aku pon teringat yang aku pernah terpandang di area Batu pahat. so keesokan harinya aku pun bergegas ke BP dan berjaya mendapatkan jam anak ni. rm35 aja! maaflah para blogger aku state kan harganya disini. bukan untuk mengganggu harga market,tapi itulah hakikatnya..bila kita beli barang pada tangan kolektor,dan harga barang yang kita cari sendiri. memang berbeza bak langit dan bumi..kedua2 jam ni masih berkeadaan baik dan menggunakan kuasa elektrik. so bila takde current tu,jam ni tak dapat berfungsi!
baru2 ni bila aku pergi pasar karat JB,nak tau tak berapa harga jam si ibu ni? rm200 beb! aku gelak besar dengar dengan selamba je penjual tu bukak harga hahahaha..si bodoh mana la yang nak beli jam sebegitu harga..kahkahkah

Pepsi 1000ml


botol ni aku dapat kat pasar karat JB tak lama dulu. harga pun berpatutan.tak lebih rm10..masa awal aku isi jugak air pepsi kat dalam botol ni. tapi lama kelamaan,ada tompok2 putih pulak.makin lama makin besar.laaaa spora rupanya! so buang lah air kat dalam tu..sebab ia berkulat..

dari mana asal botol ni,memang aku kurang pasti. kondisi memang 99% tiada langsung calar. mungkin botol siam>? ataupon mungkin botol yang dibawa keluar dari kilang malaya glass untuk di eksport ke luar negara? apa kata http://chentapepsi.blogspot.com beri komen disini..

RM50 Edisi 50 tahun Merdeka


duit ni dah berlambak di posting oleh para blogger..tapi aku saja nak posting lagi. sebab duit ni aku dapat dengan tangan sendiri keluar dari ATM machine. bukan pi beli dengan kolektor duit ya..

no siri pon nak kata awal,takla awal sangat.AA0888225. dah berapa ribu tu? jadi orang yang berjaya mendapatkan no terawal 10,lagi lah hebat! aku cuma dapat tempiasnya aja..duit ni aku simpan pun bersebab.sebab tak boleh dibaca oleh cash deposit machine pada zaman awal keluarannya..so geram punya pasal,simpan aja lah!

Monday, April 26, 2010

Katakan Ya! Kepada Yakult


mug ni adalah warisan daripada atuk aku di temasek.ada juga kolektor yang dinobatkan sebagai KING di JB ni yang aku terpandang koleksi set yakult ni.apa yang dia ada,aku tak ada.apa aku ada,dia tak ada.harap2 dia terbukak la blog aku ni.supaya melihat barang yakult yang aku simpan dengan baik
Yakult dipelopori oleh seorang professor di japun yang bernama shirota kalau tak silap. yang menghasilkan bakteria yang baik untuk penghadaman perut.info selebihnya korang tengok lah iklan di TV ya hehe..aku tak pasti bila yakult masuk di market malaya.yang setahu aku,yakult masuk temasek pada tahun 1979. sebab dari kecik nenek aku memang membelikan aku sepack yakult.sebab pada masa tu yakult bersaing dengan vitagen. rasa yakult lebih padat daripada vitagen. dan pada masa tu kawan2 aku selalu mengecek yakult dari aku sebab kat malaya memang tak ada yakult! la ni baru ada masuk malaya..anda bagaimana?pernah merasa minum yakult pada zaman kanak2?

Tray F dan N


salah satu tray yang mudah didapati di malaya dan temasek.hampir semua kolektor mempunyai tray ini.tapi harga amat berbeza di malaya dan temasek.sebabnya? entahla..mungkin ada yang terlalu menghargai corak atau design tray ni sampai meletakkan harga yang tinggi mencecah langit nan tinggi.apa tujuannya?mengganggu harga pasaran?suka2 ibu bapa dia?ataupun memang tray ni memang sukar didapati?anda lah yang menentukannya..

Mug Sungei Road


mug ini adalah keluaran brand rimau bawah pokok kelapa yang begitu anti sekali oleh abg dollah kite haha..yang menceritakan perihal sungei road atau thieves market yang terletak di temasek. sebab nya ia dipanggil pasar pencuri kerana,mengikut cerita yang diceritakan oleh nenek aku,pada masa dulu,jikalau barang anda hilang,contohnya kasut,maka pada hujung minggu, anda datang lah ke pasar pencuri ini.nescaya kasut anda yang hilang tu boleh dijumpai semula.kerana ia ditolak oleh pencuri kepada peniaga di situ.entahla ya boleh percaya ke tak cerita tu.tapi masuk akal juga.

warisan ini dipelihara oleh temasek untuk mempromosi salah satu pasar yang tertua di temasek. aku memang hampir setiap bulan pergi ke sungei road ni untuk mencari barang2 terpakai. kadang2 jumpa jackpot juga!harga pon boleh dengar lagi..tak macam harga di lamanweb lelong tersohor malaya ni..yang suka2 mak ayah dia je nak letak harga haha..jangan terasa pedas ya..biasa sang kolektor yang aku kenal tak macam tu..cuma si penglipur lara yang mengacau market antik je yang berbuat begitu ye tak?

Coca Cola Light Postcard


coca cola light dilancarkan di malaya pada tahun 2002 kalau tak silap aku. dan pada masa tu,iklan minah ni banyak terpampang di sekitar JB. sebab aku menyimpan poskad ni sebabnya minah ni adalah orang malaya dan memang banyak muka minah ni terpampang kat majalah2 fesyen dan iklan TV.itupun kalau korang perasan la..dan tertera INTRODUCING di poskad tersebut.yang menunjukkan memperkenalkan logo baharu coca cola light yang menggantikan diet coke yang femes waktu ketika dahulu

benda ni juga akan ku framekan dan menghiasi dinding rumah aku tu.walaupun mudah didapati..aku sebenarnya mengidam poster coca cola light 2002 ni.tapi dapat poskad pon jadilahhhhh..tiada rotan,akar pon jadilah bak kata menteri passola