Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, May 25, 2011

Jam Dinding Diamond 1

Nampaknya Kota Tinggi senyap sunyi tidak memberi sebarang komen dan tiada tindakbalas selepas ditunaikan hajat beliau hehe..jadi hari ini aku hendak posting barang yang aku anggap biasa dan bersepah di flea2 market atau kedai2 antik di sekitar Malaya ni.Barang yang dimaksudkan adalah siri set jam dinding yang dikeluarkan oleh brand Diamond yang popular sekitar tahun 60-70an
ada juga siri yang aku anggap biasa yang biasa korang jumpa di kedai2 cina yang masih tergantung di dinding yang mempunyai 2 saiz iaitu besar dan kecil.biasanya orang sebut ibu dan anak.yang tu aku malas nak posting,sebab dah biasa jumpa.yang ni pun dah biasa jumpa,tapi agak sukar2 nak jumpa berbanding dengan yang biasa kat kedai cina tu.perbezaannya adalah dari segi font nombor 12,3,6 dan 9.cermin jam juga berbeza.yang ini adalah rata berbanding cermin jam diamond yang biasa tu lebih bercembung.dah tonggang terbalik ayat aku pepagi ni hehe..almaklumlah malam tadi minum Barbican dengan Ketua Penghulu Kawasan Selatan dan askar2 setia JB termasuk lah Pit Coke, Amer Coke, dan Bob Coke(Killer) heheh..sampai pukul 3 pagi!
Maka bagi seiapa yang belum memiliki set jam diamond yang ini,lengkapkanlah koleksi anda bagi melengkapkan siri set jam dinding diamond ni.enjoy!

Monday, May 23, 2011

Calendar Official Fraser & Neave

Niat dihati ingin mendinginkan diri sementara keadaan tengah berada di dalam kehangatan.tetapi apabila kedinginan melanda di ruang ini,di luar sana juga terasa tiupan dingin yang merebakkan kepada blog2 yang lain..memandangkan blog ini sudah ketemuan dengan posting yang Last Kopek tempohari,ada juga suara2 memanggil, kenapa sejuk blog ko?mana pegi sesi korek mengorek?ko ada bela spider ke,sampai bersawang blog ko ni?dan hits juga semakin menjadi tak hits kerna kelancangan mulut ini semakin berkurangan dan juga prasaan AH BIARLAH...

jadi tidak menghampakan para peminat yang berada di selatan tanah air,khasnya kepada peminat di High Castle atau Johor Lama atau lebih mudah disebut Kota Tinggi,disini akan dipaparkan sebuah kalendar meja yang berjaya diselongkar atas informasi Blurguyz79.

Muka hadapan yang memaparkan botol F&N 200ml,botol Red Lion dan juga botol Cordial.masih berkeadaan baik.dan tidak reput.menggunakan warna merah menyala..macam biasa la trademark..dan tagline Famous For Flavour Since 1883

di sebelah dalam pula adalah kata2 pujangga haha dari F&N yang berlainan di setiap helaian dan terdapat gambar2 botol yang dikeluarkan oleh F&N

Dan yang pastinya,kalendar ini dikeluarkan untuk tahun 1960

So amacam Kota Tinggi?berpuas hati?ke nak lagi?haha..rasanya ok kot setakat ni..barang pun makin susah nak dapat..apa saja semua disakau.yang ori,yang repro,yang tak ori,yang macam ori pun orang sakau hehe..janji kita enjoy!