Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, January 2, 2019

Trip Ke Hatyai, Songkhla, Thailand 2018

Assalamualaikum kepada para blogger yang masih setia membaca blog aku ni hehe..aku memang tak sempat nak update apa2 sepanjang tahun 2018 yang lepas. jadi, untuk permulaan tahun baru 2019 ni, aku acah2 akan selalu mengupdate blog aku yang dah berkarat ni. Ok, untuk posting pertama,aku paparkan trip aku ke Hatyai, Thailand pada akhir Disember yang lepas iaitu 2018. last aku pergi Hatyai adalah pada tahun 2013. Selepas 5 tahun, kini aku repeat kembali haha dengan harapan terdapat upgrades pada tempat2 tertentu. Dan aku planning untuk pergi ke tempat yang berlainan sedikit dengan trip aku yang lepas pada tahun 2013. Benda pertama sekali yang aku buat adalah book tiket keretapi ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, Perlis. Korang boleh la book tiket melalui easybook.com. Pada trip aku yang lepas, seingat2 aku la,kami menaiki ekspress Senandung Malam. Keretapi yang lama tu. Mempunyai katil dan berhawa dingin. Trip perjalanan pun memakan masa yang agak panjang. 12 jam kot? Entah, aku lupa. 9 jam? ah persetankan lah pada trip yang lepas. Untuk ETS dari KL Sentral ke Padang Besar, terdapat 5 trip kalau tak silap aku. So aku ambik yang pukul 11.30 malam. Dijangka sampai ke Padang besar pukul 5.15 pagi pada keesokan harinya. So boleh la aku tido sepanjang trip tu heheh. Selepas aku book tiket online, aku print dan bawa sekali tiket tersebut untuk di check oleh konduktor ETS tersebut semasa di dalam tren. Konduktor ke inspector? ok bedal
Tren nya agak modern. Nak kata selesa tu tidaklah. Tapi boleh la aku katakan seatnya macam seat air asia. Sedang2 sahaja. Kalau yang berbadan besar, mungkin agak sempit juga lah. Tapi takpelah, perjalanan hanya memakan masa 5 jam lebih ke 6 jam. Aku ambik ETS Gold yang berharga rm76. Tiada katil lagi macam tren dulu2 ok
Disebabkan seat aku depan sekali, jadi pandangan aku agak terbatas. Hanya boleh tenung awek hijab di sebelah kiri aku yang tanak toleh2 kat aku haha dan di depan aku adalah tempat meletakkan beg. jadi kaki kanan aku tak boleh dilunjurkan. Hanya kaki kiri sahaja.
LCD monitor memang disediakan. Tapi tak pasang movie. Yang dia pasang hanyalah cerita pasal penguin yang diulang entah berapa puluh kali. Sampai dah naik hapal aku cerita penguin tu haha
Sampai Padang besar! dan jam menunjukkan 5.30 pagi. Subuh pon belum. So aku lepak dulu kat bench yang disediakan sementara menunggu azan subuh
Nak lepak minum pon, kedai belum bukak lagi di tingkat atas stesen KTM padang besar ni.
Start pukul 6.30 pagi, orang dah mula beratur di kaunter tiket
Nak kata ramai sangat tu, takde la..tapi ramai la jugak. Aku nasihatkan, korang sampai je stesen padang besar ni, korang dah boleh start beratur untuk beli tiket. Terdapat dua trip sahaja ke Hatyai iaitu 9.55 pagi dan 3.40 petang waktu Malaysia. Kalau waktu Thailand, adalah sejam awal iaitu 8.55 pagi dan 2.40 petang. Tapi sebelum tu, jangan lupa isi white card yang sudah dibelikan oleh sepupu aku berharga rm2 sehari awal sebelum perjalanan heheh. Harga tiket tren dari Padang Besar ke Hatyai adalah sebanyak TB50
Lepas setel isi white card dan beli tiket, beratur pulak untuk chop passport. Kali ni dah tak macam dulu2 lagi. Dia mintak duit tips untuk chop passport. Now dah takde mintak duit tips lagi.
Agak lama jugak la nak menunggu turn kau chop passport
Kalau haus beratur, boleh la beli air kat tepi tu haha
Lepas chop passport, kau nampak lah train yang old skool. Takde air cond haha masih tak berubah dari dulu sampai la skang. Tapi takpe, aku suka.
Keadaan dalam tren, takdelah buruk sangat. Masih terjaga rapi. Kerusinya tak boleh laras. kena duduk tegak haha..kalau dilihat dalam jadual, jangkaan perjalanan adalah sejam sahaja. Iaitu 8.55am-9.55 waktu thailand. Tapi tren ni delay. Dan aku sampai di Hatyai pada pukul 11.30am waktu thailand. Dekat sejam lebih dia delay. Sebab apa? dia tak bagitau pon. Dalam tren ni ada orang menjual simkad thai yang berharga TB25 dan boleh terus guna internet
Bila turun tren old skool ni, kami diarahkan supaya ke kanan iaitu pintu exit yang telah diubah dari pintu tengah. Arrow disediakan dan paparan EXIT juga disediakan dengan menggunakan kain banner sahaja.
Ok sampai di bumi Hatyai! Untuk pengetahuan korang, badan aku melengas sebab tak mandi lagi. Tapi aku dah gosok gigi dan cuci muka semasa di stesen KTM Padang Besar tadi heheh dengan bayaran 30sen. Aku bajet sampai di Hatyai pukul 10am. So boleh la aku pekena nasi kerabu. Tapi ni dah tengahari, aku berharap adalah sisa2 nasi kerabu lagi.
Berpandukan google maps, dari stesen hatyai, aku berjalan kaki. Keluar je dari stesen, aku terus 2 blok, belok kanan 3 blok, dah jumpa Tamrab Muslim Restaurant. Dalam 10 minit aje kalau jalan kaki. Sesampainya aku di Tamrab, Nasi kerabu HABIS! hampanya aku. Ceh!
So aku order nasi goreng ikan masin yang rasa dia biasa2 je. Sebab perut pon dah lapar, so bedal jelah dengan perut yang frust tak dapat makan Nasi Kerabu
Dengan Teh Ais kawww heheh a must try. So tunggu la sehingga 2pm waktu thailand untuk check in. Nak jalan kaki boleh, tapi memandangkan cuaca panas terik, so aku tukar plan untuk naik tuktuk. Disini senang je nak dapat tuktuk. Memang ada di mana2. Tahan jela tepi jalan tu. Tambang tuk2 hanya TB20. Disebabkan pemandu tuktuk ni tak berapa nak paham lokasi hotel yang aku sebutkan, aku siap2 google untuk tunjukkan image hotel tersebut. Haaa baru lah dia terangguk2 hehe
Aku menginap di Asia Grand Hotel Hatyai yang di booked di Expedia yang berharga rm95 per night. Pada mulanya aku sepatutnya menginap di Aloha Hotel Hatyai. Lokasinya lebih dekat dengan central hatyai. Tapi mengalami sedikit kesilapan teknik, so ditukar ke Asia Grand Hotel. Jangan silap, ada Asean Hotel Hatyai juga. Yang ini agak mengelirukan pemandu tuktuk. So korang siap2 save image hotel untuk ditunjukkan kepada pemandu tuktuk.
Receptionist nya pon boleh bertutur bahasa melayu. So senang lah urusan aku.
Biliknya agak besar, selesa.
Toilet pon agak bersih. So apalagi, aku lepak2 dalam setengah jam keringkan badan. Mandi n terus keluar hahaha
Lokasi pertama adalah Nora Plaza. Yang aku tak sempat nak snap gambor sebab hujan lebat. Nora Plaza ni umpama tempat tumpuan pelancong dari Malaysia. hampir semua barang ada di dalam Nora Plaza ni. Dan banyak Bas2 ekspress dari Malaysia yang parking menghantar pelancong ke Nora plaza ni. Harga barang kat Nora Plaza ni agak mahal sedikit. Dan tak boleh tawar menawar. jadi aku sekejap je kat Nora Plaza ni. Takde beli barang apa pon. Sebab salesgirl dia asek ikut bontot aku je kemana aku pegi haha..Selepas tu aku ke Santisuk Market. geram juga tengok udang besar2. Tapi aku tak makan sangat udang haha so tengok jelah dia susun di atas para. Udang ni macam dah masak aku tengok. Tapi bila kau beli, dia akan celup semula dalam kuali yang minyaknya dah berbuih2 hehe..pikir 2-3 kali juga nak makan kalau minyak dah digunakan berulang kali sampai berbuih haha. Tapi ada orang takdehal. Sedap aje aku tengok diorang makan.
Untuk hari pertama ni, aku lebih kepada pilot survey. Cuma target barang apa yang nak dibeli sahaja. Belum betul2 soping haha
Tengok passport cover ni macam menarik juga. Hanya TB100 je. Boleh pilih color apa yang kita suka. Boleh custom nama di atas sekeping pvc. Dan boleh pilih 1 charm. Kalau nak tambah charm, harganya TB20 untuk 1 unit charm
Bila aku lalu di hadapan Grand Pink Hotel ni, dah tak semeriah dahulu. Yang dulunya Pink Hotel kot nama dia kalau aku tak silap. Kalau dulu, ada je orang akan mendekati kau untuk offer Tiger Show atau Escort Girl mahupon Boomboom massage. Now dah tak ada dah. Aku bertanyakan juga pada pemandu tuktuk. Mereka kata Tiger show dah diharamkan dalam 2 tahun yang lepas. Sebab polis kacau. Takpelah, dulu aku dah merasa pon tengok tiger show ni. Bukan setimm ke apa. memang berdekah kelakar. Memang enjoy thai punya tiger show
Malam yang pertama ni hujan turun agak lebat. Nasib baik aku ada bawak bekal raincoat beli kat Daiso rm5 heheh. So makan malam ni, aku pergi ke food stall halal area Jiranakorn Stadium Hatyai. Aku order Banana Pancake 1
Dan Kuey Teow Goreng Udang. Nampak bodoh je kan? Tapi fuhh dia punya rasa, memang aku tak penah rasa kat Malaysia. Serius sedap. Banana pancake tu ok la sedap la jugak. Macam roti pisang. So itu sahaja untuk malam ni. Perut pon dah kenyang, Hujan pun turun mencurah2, aku decide untuk pulang saje ke hotel menaiki tuktuk berharga TB20. Sesampainya aku kat hotel, kat lobby tu offer massage 1jam 45minit Thai Oil Massage berharga TB600. Ok lah aku cuba. Sebab jam pon dah menunjukkan 1130pm waktu thai. Kang tunggu lagi lewat,lagi diorang tanak datang ke bilik. So aku tunggu la di dalam bilik. Nasib baik yang datang ni ok rupa dia.tak la tua huduh haha. Tapi aku tak puas hati. Baru 1jam setengah, dia dah setel urut. Aku cakap english dengan dia cakap belum time lagi, dia tak paham. So takpelah aku bagi TB600 dan rasa tertipu 15 minit. Massage nya pun biasa2 saje. Tak ngam
HARI KEDUA Untuk hari kedua, kami diberi breakfast percuma di hotel seberang jalan. Satu company jugak iaitu Merlin Grand Hotel. Disebabkan Asia Grand Hotel tidak mempunyai coffee house.
Macam biasa feveret aku, roti bakar untuk alas perut dan plain water heheh sebab pagi ni aku nak pegi return kat Tamrab Muslim Restaurant untuk pekena Nasi Kerabu kehkeh
Kali ni aku jalan kaki pulak. Sebab matahari belum panas sangat. Dalam 10 minit je berjalan kaki
Sesampainya aku kat Tamrab ni, aku tengok dah hampir penuh table dengan orang Malaysia. Kat depan section nasi kerabu pon dah bersusun pinggannya. So nak taknak, kena lah beratur. Sampai orang depan aku bergadoh sebab ada mat kelantan yang tak reti line up. Memang takde sivik langsung mamat kelantan tu. Aku beratur dekat setengah jam, baru lah dapat. Aku cakap, kalau tak heaven rasa nasi kerabu ni, memang aku humban ke sungai tepi kedai ni kahkah. Akak yang setup nasi kerabu ni pon agak kelembapan siapkan order. Dia tak nampak ke ramai orang dah beratur ni? Dengan yang sebelah dia baru nak bakar daging. patut siapkan la awal2. Ni tak, orang order,baru dia nak bakar daging. haisshhh
At last dapat jugak aku merasa Nasi Kerabu yang berharga TB60 ni. Rasa dia? HEAVEN. Lepas perut kenyang, aku nampak ada travel agen di hadapan jalan dan bertanyakan pasal 1 day trip. harganya TB200 seorang. Ataupun TB3000 satu van toyota hiace yang boleh memuatkan 18 orang pada satu2 masa
Kondisi? ok boleh la selesa dengan aircond yang sejuk
Lokasi pertama adalah Wat Hat Yai Nai. Memang besar hehe. Sejuk je dia baring sebab beratap.
Aku tak masuk pon kat dalam dia. Sebab tengok takde orang. Seram ah aku nak masuk hehe tangkap gambor je buat syarat
Lokasi kedua adalah Koh Yor. Sebuah pulau yang berhubung melalui jambatan. Disini juga ada sleeping buddha yang memang besar laa
Yang ni tidak berbumbung macam yang tadi. So dia agak panas la baring tu. Tapi emas apedehal. Perlu certain degrees untuk cair hehehe
Cuaca memang panas berdenting. So tak sah la kalau tak merasa coconut ice cream thai kan. memang padu makan dengan pulut dan buah kabung di curah sirap coklat kehkeh. Ada TB20, TB 30 dan TB40 (tempurung kelapa)
Jalan2 sikit tepi laut dia..snap gambor jambatan
Ada statue yang entah apa sejarahnya. Sebab tulis siam. Mana aku paham haha
Lokasi ketiga adalah Chang Puang Camp hatyai. Tempat ni aku dah penah pergi dulu. Dan naik gajah berharga TB500.
Tapi kali ni aku tak naik lagi dah gajah ni. Sebab kesian tengok gajah2 ni di seksa untuk train diorang menjadi jinak. So aku tak sapot segala jenis penderaan terhadap binatang.
Bergambor dengan anak singa putih atau white lion cub pon ada. Berharga TB300. Tapi aku kesian betul tengok anak singa comel tu tengah tido dikejut mamai2 untuk bergambor. Takde hati perut diorang ni. Semata2 untuk mengaut keuntungan
Pastu ada sesi bagi makan dan foto bersama anak gajah. yang ni aku rasa ok sikit la. Bukan main suke anak2 gajah ni orang bagi makan pisang yang berharga TB100
Lokasi keempat adalah Magic Museum & 3D Art Hatyai yang berharga TB400
Untuk Magic Show ada masa2 yang tertentu dan tidak boleh mengambil gambar semasa magic show berlansung. yang ni memang aku rekemen untuk kanak2
Yang nak beli souvenir, boleh la beli. Macam t-shirt yang berharga TB250
Untuk aku, boleh la aku beli gelang good luck ni yang berharga TB200
Sambil lepak minum iced cappucino yang berharga TB65
Di dalam kedai souvenir dia ni memang cun. Berkilat habis lantai dia. Korang boleh la ambik gambor posing2 kat dalam ni jugak
Di sebelah magic Museum ni pon ada cafe juga yang korang boleh lepak2 enjoy2 sementara menunggu anak2 korang tengok magic show tu.
Lokasi kelima adalah hatyai Cable Car
Masa aku datang, orang takde la ramai sangat beratur. Boleh la nak enjoy pemandangan sekitar bandar hatyai dari top view yang berharga TB200. Kanak2 TB100
Kalau disediakan teropong berbayar pon bagus jugak. Ke aku yang tak jumpa?
Kalau tanak naik cable car, boleh la korang bersiar2 kat Municipal Park ni. Terdapat patung buddha yang kali ni dia dah berdiri. Dah tak tido lagi. Memang besar giler
Kali ni aku try untuk masuk ke dalam
Dipenuhi dengan patung2 kaler emas
Terdapat gambar2 bagaimana cara mereka menaikkan patung buddha yang besar giler tu
Para tok sami yang di wax kan. Memang sebijik scale 1:1 dan tersangat details kedut2 dia. taik lalat dia. Rambut dia. Memang berseni siapa yang buat ni. Ingat nak tempah 1 muka aku. Tapi orang yang jaga temple ni dia kata tak boleh haha..ada juga dia menjual gelang good luck macam yang aku pakai. Dia suruh aku beli, tapi aku dah beli kat Magic Museum tadi. Mahal plak tu dia jual TB400. double dari harga aku beli kahkah
Ada juga Budhhist art yang dipamerkan disini
Sementara perjalanan ke lokasi seterusnya, aku singgah di sebuah masjid yang aku tak tau apa nama Masjid ni sebab dia tulis siam hehe
Lepas solat dan bersihkan muka. aku lepak rehat2 badan kejap 10 minit. Dan bergerak ke lokasi seterusnya
Lokasi ketujuh adalah Khlong Hae Floating Market yang dibuka dari pukul 3.30pm waktu thai. Aku diberi masa 2 jam disini
Macam2 adaaa..ulat goreng pon adaaaa haha
Floating Market ni dibuka pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sahaja
Kena seberang jambatan dulu untuk sampai ke seberang sungai
Ok dah nampak bayang2 floating marketnya. Makanannnn here i comeeeee haha seranggggg!!!
Masa aku sampai ni panas terik ya amattt memang berair la celah ketiak dan kelengkang haha
Aku tak sempat nak snap gambor makanan haha sebab ramai orang menunggu nak amik turn makan kat meja yang disediakan. Yang boleh tahan sedap ni Pes ikan tenggiri goreng berharga TB20. Rasa lagi sedap dari otak2. Yang menjual tu pon pandai mengorat aku kihkih. Kebanyakan makanan disini berharga dari TB20 hingga TB40. Masih mampu milik. Potion dia pon sedang2. So takla kenyang sangat untuk mencuba makanan yang lain
Kat sini aku sempat la sambor beberapa lai singlet untuk buat tido dengan harga TB100 sehelai
Lokasi kelapan dan yang terakhir untuk trip hari ni adalah Asean Night Bazaar.
Dulunya aku pergi macam tak berbumbung. Skang ni dah siap bangunan berbumbung yang lebih teratur. Tingkat bawah di jual pakaian2, dan di tingkat atas untuk makanan2.
Memang banyak gila baju kat sini. Sampai aku pon tak tau nak beli apa haha
Kalau nak sandal Poma, Abibos, Wens pon ada juga kahkah
Di bahagian bangunan bersebelahan, terdapat banyak baju bundle yang dijual disini. Memang sempoi2 belake. Lagi cun2 dari baju bundle yang sampai di malaysia. harga pon memang jauh beza dengan bundle malaysia
Aku sambor selai tshirt bundle DGK dengan harga TB200 yang kondisinya amat cemerlang hihi
Belikan anak aku dan cucu sedara aku singlet baby. Selai TB80, 2lai TB150
Belikan anak sedara aku baju tido yang dia kirim dengan harga TB100 untuk souvenir. Aku mengambil keputusan tidak makan malam di Asean Night Bazaar sebab perut aku masih kenyang melantak kat floating market tadi
Jadi aku menaiki tuktuk menuju ke Lee gardens Plaza untuk urut kaki. Disebabkan orang dah packed sekitar Lee gardens plaza, aku masuk ke Bunga Spa untuk urut kaki yang berharga TB200 untuk sejam. Tapi aku masih frust sebab tak rasa dia urut. Mungkin pekerja dia mengurut dari pagi sampai ke malam sampai mereka dah letih agaknya. Aku pon beredar keluar mencari makan sebab lepas urut perut dah lapor haha
Singgah beli udang TB600 untuk 15-17 ekor udang kehkeh peniaga2 di sini memang kulit bersih2 belake. Produk ape siak diorang pakai?
Aku pilih untuk pekena maggi tomyam tepi jalan di sebelah Odean Plaza. Memang Padu!
Lepas tu aku jalan2 sekitar Lee gardens Plaza untuk beli baju untuk anak aku berharga TB150
Aku buatkan semua orang passport cover yang berharga TB100 setiap satu. Harap diorang suka hihi
Purse untuk perempuan yang bersaiz sedang berharga TB80 setiap peket. Setiap peket mengandungi 3 purse
Sebelum balik ke hotel, aku singgah 7eleven untuk borong hahah..Coffee Arabus tu ada promosi TB10 untuk segelas. Susu Picit tu TB23 setiap satu. Susu Meiji ada 3 perisa TB12 setiap satu. Coke Coffee, yogurt, mentos choco, sabun muka asam jawa Protex, ahhh macam2 lagi lah. Memang rasa nak borong satu 7E kahkah..so dah penat, jalan kaki je balik hotel dari Lee Gardens Plaza berpandukan Google Maps
HARI KETIGA Pepagi lagi aku dah bangun untuk pekena halal dimsum.
pada mulanya aku nak pegi Dimsum Chaburi yang terletak 4km dari hotel aku menginap. Tapi kawan aku mengatakan yang dia dah macam mengemis pulak makan disitu. Dia buat layan tak layan je. dah macam Pengemis yang berduit makan kat situ. So aku kensel makan kat situ. Aku tukar plan. Makan yang berdekatan dengan hotel aku ada iaitu Bangkok Dimsum
Nak dijadikan cerita, aku terjumpa awek hijab yang duduk depan aku dalam ETS tempohari haha..dah jodoh kan
Tu kat hujung table tu. Korang nampak tak hehehe
Macam2 pilihan adaaaa
Roti pisang milo ni tak sedap. Biasa2 aje. So tak perlu order
Tapi roti canai dia memang powerrr...garingggg..kuah dia pakai kuah kari ape tah. Memang rasa dia lain. Nak kata kari pon yer. Nak kata kuah lemak pon yer
Dimsum dia pon boleh tahan sedap. Aku ada ambik kuih pau kacang. Peh memang meletop sedap dia weh. roti dia nipis je, tapi isi kacang dia woweee. Korang kena order ok
Puas aku ngecek bekas tisu coke siam ni kat owner kedai. Tapi macam biasa la diorang tak bagi. Bukan mintak, nak beli pon diorang tak bagi. Cakap tu company coke punya. ceh!
Troller dishes coke ni lagi la tak dapat!
Lepas pekena dimsum tu kami jalan kaki disekitar untuk tengok2 plate number thailand kalau2 boleh dibeli untuk dibawa balik
Lepas tu aku menaiki tuk2 berharga TB20 untuk ke mall iaitu Central Festival Hatyai. Kawalan disini agak ketat. Sebelum masuk mall tu kena scan. sebab semalam berlaku pengeboman di Samila Beach
Sama seperti di mall mana2. Tiada ada yang terlalu istimewa sangat
Boleh la kalau nak shopping dalam aircond. Tak berpeloh panas macam cuaca kat luar sana hehe
Kalau nak jersi ori Thai pon ada disini. Yang aku peliknya, kat pasar2 dia, memang tak nampak yang fake atau copy ori. Yang ada hanyalah jersey ori. Memang jaga betul produk diorang ya hehe
Lokasi seterusnya adalah Harley Davidson of Hatyai. Dari Central Festival Mall ni aku naik tuktuk ke HD Hatyai berharga TB20. Dan aku suruh pemandu tu tunggu disitu. Sebab area ni agak payah nak dapatkan tuktuk. So lepas soping serba sedikit, aku naik tuktuk yang sama dan bayar lagi TB20 untuk ke destinasi seterusnya
Perut pon dah lapar, aku ke Kai Tod Decha. Dengar cerita memang famous tempat ni. Ok aku try!
Perghhh ayam goreng dia 2 ketul memang terbaik! Memang cara dia goreng tu memang perfect. Takde darah langsung kat bahagian peha tu.
nasik kuning dia tu aku tak pasti nasik apa. Nak kata nasik serai bukan, nak kata nasik beriyani pon bukan, mungkin ada resepi mereka sendiri. Tapi memang sedap. Tak cukup ayam goreng, tambah order kerabu mangga dengan telur dadar. Serius sedap!
Kalau korang datang hatyai, tak pergi makan tempat ni, aku rasa memang tak lengkap lah trip korang. Memang aku rekemen sangat2
Tapi, nak dapat table, memang boleh bergado. memang packed sangat dengan manusia yang lapar. Sorang kena mundar mandir carik table, lagi sorang kena beratur ambil order. Menu dia ada kat kaunter. Korang boleh pilih kat situ. Sepinggan nasi kuning dengan ayam goreng ni adalah berharga TB65. Air sirap 1 jug berharga TB200. nasik dah ngam murah. Air pulak boleh mahal. Cuma aku terkilan tak dapat order ikan goreng sira sos asam jawa. Sebab orang terlalu ramai. Mungkin trip akan datang aku akan try ikan goreng asam jawa tu
Ok lokasi seterusnya, Kim Yong Market!
Lokasi dia berdekatan dengan Santisuk market dan Lee Gardens Plaza
Ni kira final shopping untuk baju2 la untuk aku. Sebab esok aku nak balik mesia dah. Bagi aku la baju2 kat sini memang murah2 belaka. Bukan la untuk di bawa berjalan, tapi untuk pakai di rumah. Kain t-shirt dia atau singlet memang sedap bawak tido. Biarlah menyesal beli. Dari menyesal tak beli haha..kalau beli lebih, boleh la bagi souvenir kat kawan ye tak?
Korang boleh masuk ke bahagian pasar untuk beli segala jenis kacang. Boleh timbang kilo, atau beli yang dah siap di pek2 kecil. Macam kacang gajus tu sekilo TB380. Aku beli jugak la untuk orang office dan untuk makan sendiri. buat pek2 TB100 setiap kacang. Dan aku beli sekali beg bimbit pasar tu yang berzip berharga TB50. Mudah nanti aku nak packing barang letak segala makanan dalam tu
Lepas penat soping kacang, korang boleh la lepak kat luar Kim Yong market ni menikmati air buah. Terdapat stall2 berderet. Pilih je nak yang mana. Korang boleh pilih nak air buah apa. Macam2 dia display dalam cup yang menunjukkan dia akan mix bahan2 tersebut. Contoh macam Mango+yakult, oren+grapes+yogurt dan macam2 lagi. harga dalam lingkungan TB30-TB60. Bagi aku memang berbaloi la
Lepas penat jalan, aku balik ke hotel untuk refreshment. Macam biasa tuktuk TB20. Ni adalah hasil tangkapan di Central Festival Mall iaitu kasut skate Airwalk One yang di reissue pada tahun 90-an berharga TB1295. Memang masa tahun 1994 aku cuma mampu melihat je kasut ni. Tak mampu nak beli. Sebab aku dah beli Vans Old Skool masa tu. Tak macam sekarang. Kasut kat rumah tu boleh mati tertimpa haha. Beli, beli. Pakainya tak. kasut Jelly Bunny untuk bini aku. Sebab dia murah sangat berbanding kat Mesia. Dan cap 5 panel Harley Davidson berharga TB1190
Lepas mandi kat hotel, aku return ke Asean Night Bazaar dengan menaiki tuktuk Tb20. Saje pusing2. Tapi lebur jugak TB200 aku beli t-shirt bundle Wu-Tang Clan yang aku tak sempat nak snap gambar haha
Lepas tu aku jalan kaki ke Greenway Food Junction yang terletak berdekatan dengan Asean Night Market. Singgah jap toilet kat sini. Toilet ke Toliet??? ahahaha
Dalam 10 minit berjalan kaki, sampai kat Greenway! kat sini boleh la aku katakan mirip Pandan Uptown kat JB. kat sini terdapat banyak menjual baju2 bundle kat atas lantai yang aku rasa macam nak sambor lagi. Tapi menahan. Sebab poket dah nipis dengan duit thai bath ni haha..aku tak dapat nak explore keseluruhan tempat ni. Sebab kekangan masa. So aku tengok sekali pandang aja. Mungkin Next trip aku akan spendtime lama sikit kat greenway ni. aku nak explore setiap ceruk haha
Pada mulanya aku bercadang nak makan malam di Greenway. Tapi dia menggunakan sistem kad topup. Ah leceh la aku cakap
Aku gerak ke Kelantan Restaurant dengan menaiki tuktuk berharga TB20
Orang lain order Thai tea
Aku macam biasa order mineral water je untuk menjaga tekak disamping menjaga poket kehkeh
Malam ni aku kene Nasi Putih dan Tomyam Putih daging. Memang power. Kalau tak silap aku, di pagi hari, Kelantan Restaurant ni ada menyajikan nasi kerabu. Dan aku tak berkesempatan nak merasa lagi. Mungkin next trip aku nak try nasi kerabu kat sini. Dibukan seawal 7 pagi kalau tak silap. Dan tutup 10 malam waktu thailand.
Lepas makan, aku berjalan kaki ke area Lee Gardens Plaza dan Pink Hotel untuk final sigtseeing. Kasik cuci2 mata, singgah 7E dan macam2 lagi ah
Kali ni aku try Roti Kukus. Disapu dengan mentega dan seri kaya. Pehhhhh aku cakap ko. Memang mantap! Memang lembut giler lah roti dia. Kaya dia pon tak berapa manis sangat. Sesedap rasa. Korang kena try ni ok! Selain kaya, ada juga gula dan butter
Lepas final soping, aku berjalan kaki aje balik ke hotel. Jam menunjukkan baru pukul 11 malam waktu thai. Aku bercadang mencari tempat massage di sekitar hotel. kali ni aku nak explore sendiri. Sebab orang hotel cakap, dekat2 sini takde tempat massage. Mungkin trick diorang nak menggunakan khidmat massage yang datang ke bilik hotel yang entah hape2 tu. Tu bukan massage, tu just pegang n lurut je kat seluruh badan. Dapat TB600. Celake betul kerja mudah
Nah! jumpa satu. Nad Ka Massage. Terletak berhampiran Asia Grand Hotel. Di hadapan Nad Ka Massage ni pon terdapat satu lagi tempat urut. Celake punya orang hotel kata takde tempat massage. Ok aku try urut kaki 1jam berharga TB200. Wow, kali ni ada kelainan sikit. tukang urutnya lelaki. Teknik dia tekan tu lain macam. Memang tepat pada point2 kaki yang lenguh. Sebelum tu dia rendam kaki aku dengan air hangat. Fuh memang lega rasa dia. Tak macam kat Lee gardens plaza, dia rendam air biasa je. Kali ni dia berus kaki aku sampai hilang semua kulit2 kering. memang teliti dia buat. Pastu dia offer nak urut badan tak 1 jam? dari kol 12-1 pagi waktu thai. sebab ada last pekerja dia yang nak balik dah. kira last job la untuk dia sebelum tutup kedai. Disebabkan dia urut kaki memang sedap, aku pon bersetuju untuk urut badan. Oil Massage berharga TB300 yang totalnya termasuk urut kaki adalah TB500 kesemuanya. Untuk urut badan, kena naik bilik atas. Yang urutnya kali ni pompuan. Agak berumur jugak. Tangannya agak kasar sedikit. Tapi takpe,aku bukan nak urut setim, aku nak sedapkan badan aje. Sekali dia dah urut, fuhhhh memang lega lah, sampai nak terlelap aku dia punya feel tu. Selesai urut, aku jalan kaki balik ke Asia Grand Hotel dan tido. Sebab esok subuh2 nak bangun dan check out
Tepat jam 5.30 pagi waktu thai, aku check out dari Asia Grand hotel dan menaiki tuktuk ke Hatyai Railway Station yang berharga TB20
Sesampainya aku di Hatyai station, masih belum ramai orang beratur. Tapi kaunter tiket sudah dibuka. Tiket dari hatyai ke Padang Besar berharga TB50. Dan masuk jam 6.30 pagi waktu thai, orang dah mula ramai beratur untuk beli tiket
Untuk pengetahuan korang, terdapat hanya dua trip sahaja dari Hatyai ke Padang besar dalam satu hari iaitu jam 7.30 pagi waktu thai dan 1.05 tengahari waktu thai. Disebabkan train ETS aku dari padang besar ke KL sentral jam 2.20 petang waktu Malaysia, aku beli tiket dari hatyai ke Padang besar yang pukul 7.30 pagi waktu thai
Sementara menunggu train sampai, ada lah satu train modern berhawa dingin yang baru sampai dari Bangkok. Mungkin next trip aku ke Bangkok, aku nak try naik train dari Hatyai ke Bangkok
Untuk tren hatyai-padang besar, kena turun ke underground tunnel untuk menyeberang ke platform sebelah. Kalau korang tak pasti, tanya pada pembantu2 tren kat situ. Nanti diorang akan assist
Keadaan train old skool hatyai-Padang besar amatlah kemas. Walaupon seatnya tidak boleh laras, tegak, tapi masih selesa. Tingkap nya open air. Korang tak payah nak tutup. Biarkan angin menerjah pipi korang. Baru feeeel haha..kali ni tren tak delay. Tepat 7.30am waktu thai dia berlepas
Aku tiba di Stesen KTM padang besar dalam lingkungan sejam perjalanan dari Hatyai
Nak chop passport, hambik kau orang beratur punya panjang. Tapi nasib baik dia bukak 2 lane, dan aku bergegas terus cut in. So takla beratur lama sangat. Dengan beg yang berat nak mampos ni haha
Lepas chop pasport, aku jalan2 area pekan Padang Besar. Takde beli ape pon. Cuma aku beli serbuk gula asam bercili untuk dicicah bersama buah potong berharga RM5. Dari stesen KTM padang besar ke pekan padang besar, aku menaiki grab berharga RM6.
Jam menunjukkan sudah pukul 1 tengahari, so aku pon patah balik ke stesen KTM padang besar dengan menaiki Grab berharga RM10. Terdapat 5 trip ETS dari padang besar ke KL Sentral dalam sehari. Iaitu 7.47 am, 11.15am, 2.20pm, 5.13pm dan 6.05pm. Aku memilih ETS Platinum pada pukul 2.20pm waktu malaysia yang berharga RM102 atau kanak2 RM55 yang telah di book awal sebelum aku datang ke Hatyai. Aku standby siap2 print ticket online. Sebab ada inspektor yang akan check tiket korang. Kalau ambil ETS Gold hanya RM76. Kanak2 RM42
Finally, aku sampai di KL Sentral dalam jam 8.00pm waktu malaysia. Semoga entry kali ni bermenafaat untuk korang semua Cheers!

6 comments:

  1. Hi semua. Saya nak pergi Hatyai bulan 12 ni (6-9 Dec 2019) by bus. Ikut trip #AkuTravel agency. RM299/pax termasuk transport, hotel,tour guide & travel insurance. Kalau berminat nak tahu full itinerary boleh contact sye 018-9581995(najwa) or najwaakutravel@gmail.com

    ReplyDelete
  2. sy just nak tya ikhlas ni..kalau isteri awk di urut lelaki mcm awk buat kat situ...awk izinkan x??memandangkan awk pun xkisah pompuan2 mengurut awk kat situ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha payah juga untuk menjawab soalan tuan ni. Macam soalan SPM. Meh sini saya urut tuan kehkehkeh

      Delete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. You are looking for a real financial loan company to procure a loan of 10,000 euros to 10,000,000 euros (for commercial or business loans, personal loans, personal loans, mortgage loans, car loans, debt consolidation loans, venture capital loans, health loans etc.))
    Or is he denied a loan from a bank or financial institution for any reason?
    Apply now and get a real financial loan. Processed and approved in 3 days.
    PACIFIC FINANCIAL LOAN FIRM  We are an international loan lender which provides real financials to individuals and companies at a low interest rate of 2% with a valid identity card or international passport of your country for verification.Loan repayments start at 1 (one) year after the loan is received and the repayment period is 3 to 35 years.

    For an immediate response and process your application for the border within 2 business days
    Contact us directly through this mail: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    Contact us with the following information:

    Full name: ____________________________
    The amount of money needed as a loan: ________________
    Credit term: _________________________
    The purpose of the loan: ______________________
    Birthday: ___________________________
    Gender: _______________________________
    Marriage Status: __________________________
    Contact address: _______________________
    City / ZIP Code: __________________________
    Country: _______________________________
    Occupation: ____________________________
    Mobile phone: __________________________

    Send your request for an immediate response to: pacificfinancialloanfirm@gmail.com

    thank

    Chief Executive Officer Mrs. Victoria Johnson

    ReplyDelete