Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, January 3, 2011

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011!!

Salam Tahun Baru 2011 kepada semua blogger! macamana dengan sambutan tahun baru korang sekalian?bagi aku yang kurang bersosial ni cuma duduk di rumah menonton tv aje..tak tau lah dah umur2 macam ni kan..dah tak larat nak heng sana heng sini bak kate P.Ramlee nak pegi clubbing atau pun nak pegi countdown kat dataran merdeka mahupun dataran bandaraya JB.masa jaman muda2 dolu rajin jugak lah menyambut dengan kawan2 tengah havoc dulu hehe..nak masuk tempat kejadian pun di charge double,tapi sebab dah sampai,masuk jugaklah.sampai kan member terbaring kat dalam toilet haha..tapi pengalaman mengajar aku lebih matang sedikit..dan tak lah di takuk lama menjadi perangai macam budak2 bagi sesetengah orang..
dan bagaimana pula dengan azam baru kalian?untuk tahun 2010,ada juga impian aku yang tercapai dan tak kurang pula target aku yang aku tak dapat nak hit disebabkan masalah masa dan financial.tapi untuk 2011 ni,aku mempunyai 1 target iaitu untuk back for good ataupun kembali kepada keadaan asal di mana aku memosting di blog ini masa memula dulu aku posting.apeda ayat aku ni tunggang terbalik hehe..atau pun dengan kata mudah,aku akan buat benda ni for fun.memberi info kepada kawan2 dengan rasa senang hati tanpa memerli sesiapa pun.memang lah koleksi aku ni kalau nak dibandingkan dengan orang lain,tak boleh menandingi koleksi mereka.aku start bila,mereka start bila?umur aku berapa?umur mereka berapa?faktor2 ini juga diambil kira..dan kadangkala mereka macam tak boleh fikir,bagaikan budak sekolah menengah nak bergaduh dengan budak sekolah tadika.pelik kan?mereka yang mengaku cerdik pandai,tapi kadangkala ada jugak bangangnya diorang ni..heyyy macam2 lah dunia sekarang ni..takkan lah pada setiap posting,aku nak memperli mereka2 ini?aku rasa macam penat lah nak buat macam tu.dan aku rasa macam malas dah nak mengata orang sini,mengata orang sana.last2 hilang kawan.baik aku tinggalkan benda2 bangang ni,aku fokus pada memberi info pada kawan2 lagi baik rasanya.fun je rasanya bila kembali kepada zaman awal2 posting dulu.
jadi posting pada hari ni aku cuma nak review tentang seorang cewek dari indonesia ni yang beriya hendak membutakan para pemain Malaysia yang telah menewaskan indonesia pada pusingan pertama Final perlawanan suzuki AFF.katanya dia akan memakai coli laser yang direka khas untuk perlawanan kedua di stadium bung karno indonesia.malam tu aku siap bukak channel indon sebab nak tengok si julia perez ni beraksi memancarkan laser kepada pemain malaysia dengan bra beliau.tapi tak nampak pulak kelibat jupe ni.yang nampak hanyalah Manohara Pinot,Luna Maya dan beberapa artis indon yang lain.mana peginya julia perez dengan bra laser beliau?haha katanya dia ditahan dan coli lasernya dirampas oleh pihak berkuasa.boleh percaya ke?haha atau pon cakap je lebeyy..di bawah ni adalah beberapa gambar bagi yang tidak mengenali siapa julia perez ni

Aksi Julia Perez di tandas awam
Julia Perez atau nama sebenarnya Juli Rachmawati atau lebih dikenali sebagai JUPE,dilahirkan di Jakarta pada 15 Juli 1980
Jupe memulakan careernya sebagai model,pengacara dan penyanyi dangdut.dan beliau berhijrah ke France dan berkahwin dengan Damien Perez dan menukarkan nama asalnya kepada Julia Perez dan dengan mudah mengpopularkan namanya sejak di offer oleh majalah FHM dan MAXIM untuk menjadi model di dalam majalah mereka.katanya,Jupe ni adalah seorang Moslem.tapi g mana ya moslem boleh berkahwin dengan kristian?hahaha..ini info yang aku dapat.tapi tak tahu pulak kebenarannya..

Pose istimewa Julia Perez sebelum show
Aksi Julia Perez semasa show-nya haha

Yang ni pulak semasa shownya di salah sebuah kelab di Indonesia..eh air apa yang ditogaknya tu? Coca cola kut..hehehe
Aksi spesial acara membetulkan baju haha
Semasa membuat persembahan di dalam sangkar.eh siapa pulak yang amik gambar Jupe ni dari bawah?Cet!sungguh kurang sopan betul!

Jadi apa kena mengena Julia Perez dengan posting aku kali ni?
keratan akhbar ni aku dapat semasa membeli sebuah barang di Temasek di suatu ketika dulu dan digunakan untuk membungkus barang tersebut..bila balik rumah baru terperasan apa yang tertera di akhbar ini..lets CEKIDOT!
yang buat aku tertarik dengan keratan akhbar ini adalah ayat julia perez yang bagi aku boleh menimbulkan kontroversi iaitu 'SEXY BETTER THAN GREEDY' yang membawa maksud SEKSI ITU LEBIH BAIK DARI TAMAK HALOBA
keterangan ini dibuat pada masa dia menjadi calon bagi salah sebuah parti pada masa election yang lepas.wow..hebat juga yek julia perez ni..jadi candidate beb! dan dia menerangkan bahawa "korang peduli apa kalau aku seksi?korang masih boleh makan nasi lagi esok jika nampak aku di dalam keadaan seksi..tapi kalau aku curi duit korang,esok korang dah tentu tak boleh makan.." curi di sini adalah tamak lah lebih kurang..dan bagi aku di dalam dunia koleksi ni terdapat juga segelintir golongan yang tamak..dan janganlah kita jadi diantara golongan2 koleksi yang tamak ni..berbagai2 ayat yang digunakan yang bagi aku amat meluat dan nak muntah bila mendengarnya..bila terjumpa sesuatu barang,wah "Tuhan sayangkan aku" atau pun ayat yang sewaktu dengannya..kalau Tuhan tu SAYANGkan ko,dah lama dah dia cabut nyawa ko tu haha..macam juga dalam cerekarama,kalau ada seseorang tu yang mati,mereka mesti akan berkata,"Tuhan lebih menyayangi dia" kan?hahaa..jadi janganlah riak sangat berkata macam tu..kan macam tak manis bila orang mendengarnya kan..dan secara tak langsung,orang akan mendoakan ko supaya Tuhan lebih cepat mencabut nyawa ko tu hihik..dan mengenai perihal tamak ni jugak,boleh juga aku kaitkan dengan pasal hartawan dan dermawan ni..kononnya hendaklah berbuat bakti atau amal jariah.setiap pembelian akan disedekahkan atau didermakan kepada pihak tertentu yang lebih memerlukan.tapi bagi aku yang tak berapa pandai sangat tentang ilmu agama,kalau seseorang itu hendak bersedekah,tak perlu lah nak pukul canang sana sini macam baik sangat lah.walhal,sibuk maki orang sana sini lahabau lah,bahallol lah,babi belaan lah,apabenda semua ni?itukah ciri2 yang harus dicontohi oleh anak2 mereka sendiri?katanya anak2 mereka pun membaca blog bapa2 mereka ni.adakah dengan caci atau maki hamun ini adalah cara untuk mengajar anak2 lulus PMR?ada juga segelintir yang suka suki je nak maki orang lain budak cerdik teloq peliaq,mungkin aku tak paham bahasa utara ni,tapi aku tengok dia sendiri yang macam tenggelam timbul.mula2 dah tamatkan blog,lepas tu kononnya nak jual barang koleksi,semuanya SOLD.entah betul ke tidak.ataupun saja je nak menipu kununnya laku lah barang yang dijual dengan harga tak masuk akal tu haha..dan akhirnya tamat juga riwayat kesan degil dengan penutupan terus blog yang dulunya kira tersohor jugaklah..dan tak habis kat situ,eh ada lagi komen2 kat blog kroni yang berbau sinis dari golongan tamak ni,orang johor kata,GATAL BIJIK KELENTIT! haha..ingatkan dah tamat,rupanya masih wujud lagi di blog orang lain..kalau dah bapak kurang diajar macam ni,jadi "what kind of parents produce this kind of children?" boleh ditukar kepada "what kind of children will this parents gonna produce?"ataupun macam mana lah gayanya anak2 mereka ini?kalau dah bapak berak berlari,anaknya akan jadi apa?tak malu kah korang dengan anak2 korang yang membaca pernyataan2 sinis di blog korang?dari situ aku dah nampak yang kebaikan yang dibuat,tak seiring dengan apa yang dipertuturkan..dan bagi aku,kalau nak bersedekah tu,tangan yang kiri ni tak nampak apa yang tangan kanan tu bersedekah.aku ni bukanlah pandai sangat nak menentukan pahala atau dosa seseorang,tapi benda tu macam synchronize pulak..kan lebih baik kalau bersedekah itu tak disertakan dengan caci maki..barulah kami semua akan happy dan menyokong apa yang diperjuangkan oleh kamu2 sekalian..barulah tiada persengketaan sesama kita..baru lah meriah orang luar tengok collector malaya ni..bukanlah jadi orang yang menadah taik mentornya dan menyapu ke muka sendiri dan secara tidak sedar mahu berkata yang orang lain terpijak taik pula haha..jadi aku amat berharap apa yang diperkatakan ni menjadi iktibar dan aku tahu mereka tidak peduli langsung dengan cecehan aku ni.siapalah aku nak menasihatkan mereka.dan aku pasti akan dimaki juga lepas ni.tapi aku peduli apa! aku juga mempunyai hak untuk bersuara.dan aku punya pendapat aku sendiri.dan aku amat berharap ini lah kali terakhir aku bercakap yang bukan2.aku cuma nak happy posting barang yang dikorek bersama kawan2 aku.dan semoga azam tahun ini akan jadi kenyataan bersama sokongan kawan2 juga hendaknya..
Dan inilah barang yang dibalut bersama bungkusan kertas surat khabar julia perez ni.Mug atau boleh juga dipanggil creamer pot FRAMROZ
Perbuatan Malaysia oleh Goh Bah Huat Kuala Lumpur
mengikut sumber yang TAK boleh dipercayai,creamer pot ini adalah souvenir kepada para pekerja Framroz pada ulangtahun ke-60 tahun company air ni.jadi bagi pengumpul botol2 framroz,lengkapkanlah siri koleksi anda dengan creamer pot Framroz ni!
so mana yang aku tersilap kata,terlebih kata,aku minta maaf para blogger ya.aku pun jenis orang yang happy go lucky! tak pernah amik hati pon dengan mana2 tohmahan atau cacian yang diberikan.happy new year 2011 and enjoy!

9 comments:

  1. wahh...lebam mata faezah baca.. @_@~ hehe, papepun.. chill kay! ;)

    ReplyDelete
  2. wow...gambar tu buat aku teruja haha...yang kat atas tu lagi laa waduhhh..anyway aku suka entry ni.. lastly keep it up bro..

    ReplyDelete
  3. budak setan...alhamdulillah,hingga ke hari ini masih juga kita berkawan.sedikit sebanyak dapat juga kita mengenali diri masing2.jadi kalau ko anggap aku sebagai kawan,aku harap ini lah posting ko terakhir yang menyakitkan mata bagi sebelah pihak.nak batu api kan ko,apa guna aku jadi kawan?berkawan tidak semestinya apa kawan itu buat kita setuju atau sokong.yang lebih haru lagi...kalau dah lama berkawan akhirnya menjadi musuh!memanglah teguran itu membina dan orang lain masih ambil berat tentang diri kita,tapi kalau dah sampai melebihi batas ubi...siapa tak sakit hati.

    ReplyDelete
  4. aku pun masih sakit hati juga sebenarnya...bukanlah bermaksud masih berdendam.mesti masih segar di ingatan ko ayat BODOHLOGI dan BUTUHLOGI kan?tu pasal aku yang duduk sorang2 kat sini pun terasa cabai lebih...sebab cabai tu pedas kerana BAJA TAIK SI LUNCAI tu lebih.

    ReplyDelete
  5. ni pantun bodoh aku...

    yang mana menjadi pilihan,
    koleksi yang merugikan,
    atau koleksi yang menguntungkan,
    jangan pula kerana koleksi kita bermusuhan!

    ReplyDelete
  6. biarlah jadi butuhlogi...atau dapat tuan penasihat "sesat",tapi sekurang kurangnya "penat sehat" tidak mengajar atau menghasut dan memaki orang dengan sesuka hati.

    ReplyDelete
  7. Faezah zee-sebab dah lama terbuku di hati.macamana lebam mata awak,macam tu jugak lah lebam di hati saya melihat tingkahlaku sesetengah orang ni..hope this year semua orang akan chill ya.enjoy!

    ReplyDelete
  8. bang zul TR-walaupun gambar agak sedikit lucah,ianya sekadar buat renungan aja di sebalik kata2 julia perez tu.mana yang termakan cili padi Johor,maka makin berapi2 lah mulut dia terpekik terlolong meminta segelas air..macam cerita sang kancil dan monyet penerbitan malaysia tahun 80an dulu tu,ingat tak?JANGAN MONYET,AKU DAH KATA BUAH TU TAK BOLEH DIMAKAN,KAU MAKAN JUGAK hahaha thanx bro zul 4 ur support!

    ReplyDelete
  9. blurguyz-aku memang berbesar hati sebab dapat berkawan dengan ko.hope persahabatan ini akan berkekalan.macam juga uncle Ali Popia pesan kat kawan aku David Henley,"enemy,u can find.but true friend,its hard to find".kesian jugak pada pengasas Botologi..word tu disalah ertikan hehe..rilek fitri,ramai boleh backup ko hehe tapi so far tuan2 penasihat aku tak pernah pulak mengajar maki hamun.walaupun barangan koleksi mereka tak hebat2 belaka,tapi pertuturan kata memang excellent.ada juga diantaranya graduate dari universiti,tapi bahasa memang cantik.menghormati aku yang jauh lebih muda dari mereka.macam aku jugak graduan,takde pon pakai perkataan2 yang kurang sopan di hadapan mereka.walaupun blog aku lucah,standard la orang muda kan..normal..lelaki..haha kesian pada orang yang tak berpelajaran ni..tuturkatanya mengikut emosi..dari situ dah mencerminkan bagaimana keperibadian dia.apatah lagi anak2 mereka?tak perlu lah aku cakap lagi..semua dah tentu paham.tapi tak semestinya itu legacy dari keturunan yang atas2,yang penting diri kita sendiri.takde kena mengena pun sebenarnya siapa bapa kita,siapa anak kita.pada aku,self esteem dalam diri kita yang akan mempengaruhi semua tu.kita yang punya pilihan untuk mencorakkan keperibadian kita.enjoy!

    ReplyDelete