Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, March 21, 2012

Gantung-Gantung Ghosbusters II

Masih ingat pada Filem ni? Sequel dari filem yang pertama iaitu Ghosbusters, dibintangi oleh Bill Murray,Sigourney Weaver, Egon Sprengler n sape lagi entah aku tak ingat..yang aku ingat ada watak tambahan pembantu negro kat balai bomba yang menjadi base office dia tu.Jalan cerita nya pun aku ingat2 lupa.tak pasti si Slimer tu ada lagi ke tak.sebab seingat aku,arwah bapak aku ada menyewa video tape filem ni.masa tu jarang dapat tengok wayang.movie yang box-office je baru berpeluang tengok wayang. Mula ditayangkan pada June 1989 kalau tak silap aku
Benda ni aku sebut gantung-gantung sebab ia memang digantungkan di pawagam2 yang menayangkan filem ni untuk tujuan promosi.Original dikutip di pawagam dan bersaiz lebih kurang A4.Berjaya diselamatkan sekeping sahaja.Yang bestnya poster gantung2 ni,ada tulisan dalam bahasa Melayu "Pembasmi Hantu Moden II"

"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, March 15, 2012

7UP Malaysia Coin Can

Tempohari ada seorang teman di Ipoh menawarkan 2 biji coin can 7up yang merupakan steel can dengan font '7up' yang tak berapa nak lama sangat iaitu menyenget sikit dari font menegak yang lama tu.tentang harga,boleh aku kirakan umpama makan tengahari selama 10 hari berturut2 lah.ok jom kita tengok 2 unit coin can 7up ni

di paparan hadapan,sama sahaja dengan steel can untuk minuman berkarbonatnya
Dibahagian belakang pula,coin can ni diperbuat oleh Permanis Sdn. Bhd. yang beralamat dia Petaling Jaya, Selangor.
Untuk coin can kedua pulak,paparan di belah hadapan,tidak banyak berubah dengan coin can yang pertama tadi
Tapi di paparan belakang,terdapat perbezaan dari segi alamatnya.coin can yang ini diperbuat oleh Setama Sdn. Bhd. yang beralamat di Pasir Gudang, Johor.
Ada siri coin can beralamat yang lain ke?

Nota Kaki: Sorry,aku terlupa upload gambar bahagian atas coin can ni.tapi di bahagian atas,sama sahaja dengan coin can yang lain.mempunyai lubang kecil untuk muat2 duit syilling sahaja.

"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, March 14, 2012

Guan Seng Long Johore Bahru

Semalam selepas aku habis mengaji di pondok buruk cikgu aku,terpandang pulak aku di tepi tempayan tempat mencuci kaki,terselit sebiji botol.belek punya belek,laaa..rupanya botol bodoh ni..mungkin cikgu aku tu terlepas pandang agaknya ataupun mungkin dia dah tua barangkali..barang bodoh sekecil kuman ni..siapalah yang ingin memandang?!
aku pun kutip la botol ni.mane lah tau boleh menambah koleksi pada yang belum ada.Tertera Guan Seng Long A.W Works Johore Bahru.laaa..berkepala lembu rupanya..tapi tak nampak pulak lembu ni pakai skirt ataupun gincu.Berlatarbelakangkan Star of David pulak tu.Lembu punya botol.Chait!

"Keep it Until Hard To Find"

Tuesday, March 13, 2012

Camni Lah! Peraduan RM100,000!

Poster ni dikeluarkan sempena promosi coke pada tahun itu iaitu Coca-Cola Mmmm...Ahhh Camni-Lah! ianya dikeluarkan pada tahun 2009 dan kalian boleh la mengzoom poster ni untuk mengetahui hadiah2 yang bakal dimenangi. Ada ke? macam takde jek..hehehe

p/s: Nasir,masa ni ko dah start kolek coke?hehehe...rilek sir..jangan cepat melenting macam Si Gajah Tua ya hahaha

"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, March 8, 2012

Pepsi Can Siti Nurhaliza

Kali ni aku nak buat entry pasal 1 barang yang menjadi agak kontroversi sedikit iaitu Pepsi can Siti Nurhaliza yang kini bergelar Dato' Siti Nurhaliza yang dinobatkan sebagai Penyanyi No.1 Malaysia. Dengan promosi pada masa itu dari Pepsi iaitu Ask For More Music yang dilancarkan pada seawal tahun 2000.harga yang aku dapat amatlah berbaloi berbanding desas desus yang melanda mengatakan tin can ni mencecah ribuan Ringgit! nilai yang aku dapat adalah bersamaan sebiji botol soda printed yang tak berapa susah nak dapat. Pernah juga ada seorang mamat ni di lamanweb sosial yang entah dari mana dia muncul dan dengan rakus menjual koleksi tin can dia dan naik syok menawarkan harga yang tak munasabah kerna melihat nilaian market di kalangan kaki tin can ni yang berebut membeli koleksi tin can dia yang dia sendiri tak tahu nilainya selama ini.dan dia pun bukanlah kolektor..hanya mengambil peluang tin can pakciknya yang sudah retired.melihat ketaksuban dia menjual tin2 can tersebut,maka aku pun pernah booking menggunakan air liur.berdasarkan tahun tin can yang dijualnya,gerak hati aku mengatakan yang koleksi pakciknya ni mesti ada terselit pepsi can siti nurhaliza.dan aku membooking jikalau dia mempunyai pepsi can siti nurhaliza,aku ingin membelinya.dan jangan diupload di lamanweb sosial tu.maka hari berganti hari.minggu berganti minggu.aku pun mengakses masuk ke lamanweb sosial tersebut.wah,mamat ni baru sahaja memosting pepsi can siti nurhaliza ni beberapa minit.eh,kan aku dah bilang kalau ada can ni,jangan di upload kat lamaweb sosial?bukan ke aku dah booked awal2? memang sosial lah kau ni! haha pulak tu,seorang rakan aku di Muar telah memberi link ke blog yang menyatakan pepsi can siti ni dijual dengan harga ribuan ringgit.Lagi la mamat ni dah tak keruan melihat orang menjual dengan harga sebegitu tinggi. sedangkan dia menjual dengan harga MYR80 sahaja.dan aku pun terus memberi message di page mamat ni.tidak berjawab.dan aku terus membuat panggilan ke henfon mamat ni.tapi dia memberi alasan yang ada orang datang ke rumahnya terus grab tin can tersebut dan dia tak boleh buat apa2..peh mcm ni ke member?awal2 aku dah bilang aku mesti beli punya tin ni kalau kau ada dalam simpanan.yang kau pegi upload kat lamanweb sosial tu buat hape! ok..takpa..aku ingat..sorry la beb,u are removed from my list!
Di bahagian belakang tin can ni,terdapat Peraduan Hadiah Sekali Dalam Seumur Hidup. Dan hadiahnya merupakan 1.Bergambar dengan SITI NURHALIZA untuk majalah; 2.Bertemu AARON KWOK; 3.Bertemu RICKY MARTIN di belakang pentas konsertnya; 4.Dapatkan apa saja yang dijual di Tower Records selama 30 saat; 5.Pemain Sony mini disc walkman; 6.Cakera padat 'single' edisi istimewa Siti Nurhaliza, Aaron Kwok atau Ricky Martin yang ekslusif dan perlu disertakan dengan bukti pembelian penutup tin, plastik label ataupun penutup botol kaca. Penyertaan ini juga perlu melengkapkan dengan slogan "pepsi music menjadikan impian saya satu kenyataan kerana..." tidak lebih dari 15 perkataan. Tapi ada ke pemenang Peraduan ni?hahaha..
Tentang harga pula, aku cuba melungsuri ke lamanweb lelong popular Malaya untuk mengetahui harga market.wah,terdapat 2 entry tentang pepsi can siti ni.yang pertama adalah berharga MYR500.ada dua unit pulak tu.jadi kalau ada sesiapa yang berkenan,boleh lah menghubungi seller tersebut.dan dibuka untuk negotiation lagi! katanya tin can ini adalah untuk peminat fanatik siti nurhaliza,betul ke?dan dia juga menyatakan tin ni menjadi sebab untuk dimiliki kerana tertera tandatangan siti yang lama.ok,boleh diterima pakai..dan tin can ini tidak berisi penuh kerana dia haus pada ketika itu hehe..
Pada entry yang lagi satu ni,aku rasa agak mencarut jugak lah haha MYR2500! siap tulis tinggi valuenya! yelah,dah engkau yang meletakkan sendiri nilai MYR2500,memang la tinggi nilainya! kah kah kah..dan kondisi nya masih berisi penuh.tidak pernah dibuka dari tahun 1999.wow! apalagi tuan puan,kontek2 lah seller tersebut kalau rasa ada duit terlebih tu ya hehe..tapi apa pun,itu hak peribadi seller,berapa nilai nak meletakkan pada sesuatu barang tu.tapi bagi aku lah,nilai tin can ni taklah sampai ke tahap MYR2500..memang mengarut lah pada siapa yang berkata begitu.dan ada jugak orang berkata tin can ni sangat lah rare! dan aku pasti Blurguyz79 sudah masak rentung dengan perkataan 'rare' tersebut hahaha boleh berdarah telinga meleleh dengar perkataan 'rare' jikalau tin can ni ada pada tangan tiap kolektor...dengar khabar,seorang teman di Kemaman mempunyai tin can ni lebih kurang 100 unit.wah,betul ke?kalau lah sebiji dijual dengan harga MYR2500, berapakah keuntungan yang diperolehi jika berjaya menjual 100 biji can? boleh beli sebuah rumah banglo tu beb..
Selepas diframekan,barulah TINGGI VALUE NYAAA..kahkahkah (Credited to Temasek Crew)
Pepsi can siti ni lebih elok kalau digandingkan dengan poster promosi Pepsi can siti nurhaliza ni..bak kata seorang kolektor,tak lena tidur malam lah kalau mempunyai barang koleksi, tapi tidak mempunyai poster promosi nya sekali..

Credited to Pengurus Ladang Kota Tinggi

"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, March 7, 2012

1971

Alangkah bagusnya kalau ada berkeping2...
Nasir,duit ni ko dah ada dalam koleksi ko tak? hahaha...


Credited To Blurguyz79

"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, March 6, 2012

L&M 1969 Poster

L&M Cigarettes diasaskan oleh J.E Ligget & George Smith Myers pada tahun 1873 di Durham, North Carolina. Dan pada 1999, L&M telah menjual sahamnya kepada Phillip Morris.Di Malaysia,rasanya macam hanya terdapat Hard pack sahaja,tidak seperti Soft Pack di dalam poster ni.Tertera tahun 1969 di bawah nya,dan pada tahun ini biasanya model kebanyakan terdiri dari Perempuan berbanding dengan Lelaki.Mungkin strategi marketing pada masa itu.Kalau jaman sekarang,tak perlu lagi dah iklan2 camni..
Poster ini aku dapat di Flea Market Temasek atas bantuan seorang rakan yang menetap di sana.dan sumber dari mana poster ni,aku tak mendapat info yang betul dari seller.nak kata dari keratan majalah,saiznya agak besar jugak.Nak kata iklan rokok yang ditampal di kedai2,materialnya agak nipis pula.Ada sesiapa yang hidup pada tahun ni boleh memberi info yang betul?

"Keep It Until Hard To Find"

Monday, March 5, 2012

Coca Cola Cardboard Sign 2011

Semenjak penghijrahan Coca Cola dari cengkaman F&N,ada beberapa sign kadbod yang aku perolehi dari kedai2,restoran2 dan juga kawan2 yang tak lupa memberi info tentang benda alah ni. Thanx pada Azrul Kota & Nasir Coke dalam membantu aku mendapatkan benda2 ni.memang lah nilaian nya tak setimpal enamel,tapi cukuplah sekadar menyimpan..sign2 kadbod ni,saiznya adalah lebih besar sedikit dari saiz poster biasa dan material adalah keras,tapi boleh lentur,,ala biasalah kadbod kan..semua orang tahu..

kadbod yang ni terdapat juga dalam bentuk poster promosi yang nipis tu,tak banyak beza,cuma dari segi material sahaja..
Yang ni pulak,kalau dari segi image,terdapat poster yang sama dengan image dalam kadbod ni,tetapi berbeza dari segi material dan juga design di sekelilingnya ataupun lebih mudah aku cakap bordernya..
Yang ni aku dapat dari seorang teman yang gunanya diletakkan di restoran untuk menyenaraikan minuman yang dijual dan juga harga
Kadbod sign yang ni pulak adalah untuk mempamerkan produk yang dikeluarkan oleh coca cola dan beserta harga..harga adalah bebas untuk peniaga tulis sendiri hahaha
Dan yang terakhir adalah combo set.set makanan yang dijual beserta minuman coca cola sekali dengan harga diskaun huhuhu..
setakat ni,ni jelah kadbod sign yang aku berjaya perolehi..tak tau pulak jika ada design yang berbeza dia negeri yang lain.

"Keep It Until Hard To Find"