Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, April 26, 2011

Adiah Tawen 7...Last Kopek

Dari sehari ke sehari permintaan jemputan abg dolah ke terataknya aku delaykan.biasalah orang baru kawen BOB..kene pagar beb flat larkin!tak jumpa jalan keluar haha..so kelmarin malam,baru lah aku ada kesempatan edisi kunjung mengunjung untuk memperkenalkan kehadiran orang baru dalam family antik JB dan mengeratkan lagi tali persaudaraan..buah tangan dan hadiah juga bertukar tangan bak servis bertukar tangan lagak kata seorang pengulas sukan di kaca tv.yang itu aku tak perlulah ceritakan hadiah apa ya hehe..tapi hadiah yang satu ni aku kira layaklah untuk diletakkan di blog ku yang tak seberapa ni..

maka hadiah pertama yang berjaya dibawa pulang adalah berupa gelas bireleys yang masih belum ada dalam simpanan koleksi gelas aku.maka dengan ini makin bertambah lah gelas2 aku di dalam kabinet buruk tu hehe..gelas yang berlainan dari rekabentuk gelas "SUKA" yang mempamerkan tagline FOR HEALTH AND VITALITY dan mempunyai cetakan dakwat berwarna biru sahaja
dibahagian belakang,macam biasa lah tulisan cina..
berbeza dengan gelas yang terdahulu ini mempunyai cetakan dakwat berwarna biru dan oren dari temasek
di behagian pun macam biasalah...tulisan cina..
so gelas2 ni boleh lah digandingkan dengan botol bireleys yang masih berisi air original dan selalu di perli,ko ni nak kumpul air ke nak kumpul botol?hahaha..memang hobi kumpul botol..tapi kalau botol kaca yang berisi air original tu kira macam bonos lah jugak..so bagi aku,takde masalah..botol kosong ke,botol ada air ke,aku sapu..
botol ni kira masih berada dalam kondisi yang cun aku kira.makin hari rasa semakin susah nak cari botol bireleys ni...dah semakin ramai kolektor yang main sapu aja barangan berbentuk kaca ni.tak kira la botol ke,gelas ke,pinggan mangkok ke,lampu ke,eh macam2 lah,semua diorang kebas!
Kita beralih pulak pada hadiah yang kedua.iaitu barang yang sama jugak.gelas.tapi gelas ni didatangkan dari company watsons beverages yang dimarketkan oleh amoy canning corp.dan gelas ni hanya mempunyai design di bahagian depan sahaja.
bila dah ada gelas,tentulah ada botolnya.barulah serasi untuk digandingkan bersama dan cantik apabila di displaykan di dalam kabinet.
botol a.s watson co. ltd. beverages yang didatangkan dari ipoh dengan pertolongan abang zul botol larkin,akhirnya berjaya juga botol ni naik bas dan kembali pulang ke JB hehe walaupun iainya berasal dari kuala lumpur..air pun dah tinggal separuh.apa lah agaknya rasa air watson ni ek..ada sesiapa yang pernah rasa?
Sekalung tahniah diucapkan kepada abang dolah yang selama ni banyak memberi sokongan dan nasihat,walaupun gelaran Tuan Penasihat telah digugurkan atas sebab2 privacy hehe..tak apalah,yang penting perhubungan kekeluargaan sesama kita dapat dieratkan dari sehari ke sehari tanpa perasaan hasad dengki dan cemburu buta yang tak membawa keuntungan satu sen pun! apa pun,kita enjoy!

Thursday, April 21, 2011

Tumbler Coca Cola Spiderman

Hari ni terasa nak menggediks posting barang yang aku rasa biasa2 aja sempena takde keje kat opes ni kan hehe..barangan yang disimpan hampir 10 tahun lamanya,barulah dikeluarkan pada hari ini pada sesiapa yang belum pernah nampak atau dah biasa nampak.nak nak pada sesiapa yang mengkolek barangan coca cola,benda ni rasanya wajib berada di rak display masing2 pada sesiapa yang berminat la kolek plastik container semacam ni..
dikeluarkan pada May 2002,sempena pelancaran movie Spiderman yang pertama,movie ni diantara keluaran movie Marvel yang terawal yang aku respek dari segi grafik,costumes dan jalan ceritanya.tapi masuk Spiderman 2,aduii asek nak berchentan je dengan Mary Jane haha..bila lah nak berchentan polak dengan Felicia neh..agaknya Spiderman 8 kot
Dikeluarkan oleh TGV Cinemas dengan kerjasama Coca Cola,jika hendak mendapatkan tumbler ni,kenalah membeli set popcorn beserta air sekali.teringat macamana bestnya tengok movie spiderman ni selepas beratur line yang panjang haha dengan opening act barisan pelakon dengan berlatarbelakangkan grafik spiderweb huhu diantara movie yang terbaik!
So rasanya masih belum terlambat untuk para pengkolek coke yang baru untuk memburu tumbler ni..masih banyak lagi terdapat di rumah2 kolektor coke yang otai..jom kita enjoy!

Tuesday, April 19, 2011

Adiah Tawen 6

Sebenarnya macam malas nak posting lagi..nanti disalahertikan pulak hehe..tapi diatas permintaan seorang rakan di Kota Tinggi Johor,maka hari ini aku posting lah barang2 yang kiranya kedua terakhir untuk topic hadiah kahwin ni..nampaknya Alhamdulillah rejeki makin ramai pula yang bagi hadiah kahwin untuk diposting di blog ini..hehe so kali ni ada lah seorang Hamba Allah yang aku tak perlu disebutkan namanya dengan mulia hati memberikan beberapa keping duit syilling kepada aku.walaupun aku bukannya pengkolek coin atau banknotes,takkan lah nak menolak pemberian orang?dan aku bukanlah arif sangat tentang coin ni.maka kita layan aja pemberian hamba Allah ni yang dia rasa ada orang yang lebih layak menyimpan koleksi dia ini lebih dari diri dia sendiri

Yang pertama adalah coin Tun Abdul Razak yang berlatarbelakangkan bendera2 negeri di Malaysia
Bernilai Satu Ringgit,duit ini adalah sempena rancangan Malaysia Ketiga pada tahun 1976-1980
Coin yang kedua adalah bergambarkan bangunan Parlimen sama dengan duit2 syiling yang biasa kita tengok dalam pasaran
Tapi di bahagian belakang adalah bernilai Satu Ringgit pada tahun 1971..besar jugak duit rm1 ni kalau masuk dalam poket
Coin ketiga berlatarbelakangkan torehan pokok getah dan globe
Di belakangnya adalah coin sempena seratus tahun getah asli malaysia 1877-1977
Yang ini rasanya semua dah banyak kali nampak..
1968 singapore 1dollar
Coin yang kelima adalah sempena Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Bapa Malaysia 1971
Yang bernilai Lima Ringgit
Dan yang terakhir adalah coin dewan bandaraya kuala lumpur atau DBKL
Sempena Penganugerahan Taraf Bandaraya pada tahun 1972 bernilai Seringgit
aku memang tak reti dan tak tau nak menilai coin atau banknotes,harap para blogger yang arif tentang coin ni berhak menilai sama ada coin2 tersebut mempunyai nilai jika dijual balik.harap orang Kota Tinggi berpuas hati dengan posting yang tak seberapa ni ya.dan terima kasih diucapkan kepada hamba Allah yang telah memberikan coin2 ini.dengan pesanan,kalau ada kertas2 A4 yang tak pakai kat rumah tu,bagi lah saya ya hehe..kita enjoy!

Wednesday, April 13, 2011

Gong Xi Fa Cai!

Selamat Tahun Baru Cina! eh rasanya macam dah lama je lepas perayaan yang satu ni,tapi tak apalah,mungkin aku terlambat sikit untuk memosting barang2 coke tahun baru cina ni.tapi tak apalah,cuma untuk berkongsi info pada sesiapa yang terlepas barang2 coke yang mungkin boleh merugikan korang sendiri! almaklumlah barang2 yang semacam ni ada orang cakap koleksi yang merugikan!jadi pada sesiapa yang rasa benda ni berharga,pergi lah korek untuk mendapatkannya sebelum ianya berada di tangan penjual pinggan mangkok hayun dan menjualnya dengan harga yang tak pernah dibuat orang haha..sebelum ni aku pernah perasan di satu blog memaparkan standee cardboard coca cola & F&N yang diletakkan di pasaraya2.botol plastik 1.25liter pon rasanya dah ada orang posting kalau tak silap aku.so aku akan memosting barang yang rasanya belum ada sesiapa posting di blog.mungkin aku terlepas pandang,so kalau mana yang korang dah nampak,buat2 jelah tak nampak ya..bagi peluang pada orang yang belum nampak atau pun kolektor baru untuk memulakan koleksi mahupun melengkapkan koleksi bagi kolektor yang lama..

Macam biasa,barang yang begitu popular adalah tin can yang banyak dijual di kedai2 runcit atau kedai mamak.tin can ni rasanya masih boleh dicari di kedai2 lama yang belum masuk stok baru percutian ke world of coca cola USA
Pandangan sudut belakang tin can coca cola gong xi fa cai.kali ni rasa macam cun pulak tin can yang dikeluarkan oleh coca cola.selalu design macam asal boleh je..botol coca cola dikelilingi oleh gold coin.tapi kenapa ia bermotifkan botol coca cola?kenapa tak keluarkan botol kaca coca cola je?tang gambar pandai pulak ya ada botol.tapi tang production,tin can dgn pet bottle je hehe..tapi kenapa kat overseas masih ada lagi production botol kaca ni?hmm..
Poster ni pun macam biasalah,masih banyak terdapat kat dinding2 kedai runcit dan pasaraya.ada kolektor yang masih belum dapat poster ni?rasanya semua dah ada kot..
Calendar yang berbentuk panjang
Calendar yang pendek sikit.nampak macam takde beza,tapi cuba perhatikan dengan calendar kat atas.pelik juga kenapa coca cola keluarkan calendar yang tak jauh beza?
Dan yang terakhir,benda wajib sempena perayaan tahun baru cina,red packet atau angpow!
So pada sesiapa yang belum melengkapkan koleksi coca cola prosperity ni,cepat2 lah pegi korek ya.lepas tu kita enjoy!

Tuesday, April 12, 2011

Adiah Tawen 5..Tak Pernah Dibuat Orang?Lantak Ko Lah Nak Cakap Apa pon..

Nampaknya Tuhan masih memberikan rejeki kepada aku hari Ahad lepas..Alhamdulillah.. nak pakai tagline Tuhan Masih Sayangkan Aku,takut pulak kang GO AL KEBAWAH kahkahkah so lepas pegi rumah makcik aku tu,singgah pulak kat rumah Tok Long aku yang baru je kematian isterinya di Bukit Pasir Muar.mungkin Tuhan Lebih Sayangkan arwah makcik aku tu..dicabutkan nyawanya lebih awal dari yang disangka..Al-Fatihah..dan harap2 orang yang DISINUN pon sama jugak haha..Tok Long aku ni dah lama suruh datang rumah dia tapi tak berkesempatan.so dah alang2 berjalan ni,singgah la skali.hadiah berupa wang ringgit,macam biasa la..sebab Tok Long aku ni pencen askar temasek,duit pon berkepuk buat rumah diatas lot banglo.tapi sayang semua anak2 tinggal kat temasek..dan aku menerima arahan secara lisan untuk menggeledah lemari dapurnya,sebab dia dah tak boleh nak bersila.bukannya aku pegi menyelongkar macam penyangak atau penyamun!hahaha..ada ke kat rumah Tok Long sendiri pun nak buat aksi penyangak!memang tak masuk akal dan tak pernah dibuat orang!tapi tak tau lah kalau si penjual pinggan Mangkok sorang tu!kompom mata melilau je kalau pegi rumah orang haha

so tanpa membuang masa dengan cecehan yang membuang masa,haha..barang yang pertama muncul di depan mata adalah mug coca cola fishtail yang aku macam keraguan jugak originality nya.nak kata ori,macam ayam.nak kata ayam,macam ori.so para blogger berhak untuk menentukan sama ada mug ni original atau tidak.entah2 made in china kot!
Gelas kedua ni menimbulkan kontroversi jugak sebab ada orang cakap logo kuda terbang ni adalah milik mobilgas,dan tak kurang juga ada orang cakap logo ni adalah logo jenama liquor.so mana yang betul ni?
Gelas yang ketiga ni adalah gelas yang pernah digunakan oleh pakcik aku semasa di dalam camp temasek.3rd singapore division dengan kepala black panther.menurut katanya,dulu dia ada berlambak,tapi masa perpindahan dari temasek ke muar,ramai penyangak yang sakau.tak tau lah sapa ya hehe
Gelas yang keempat adalah bahagian senjata berat iaitu artillery division.rajin diorang keluarkan gelas macam ni ek?
Dan gelas yang terakhir adalah gelas caltex yang menggunakan logo caltex yang lama.
Alamat pon masih menggunakan alamat yang aku rasa dah tak wujud lagi.Blurguyz79,ada lagi ke Hup Soon Filling Station kat woodlands road tu?rasanya macam ada esso jek kat situ..
So aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Long Hamid diatas pemberian yang kiranya boleh la buat tambah2 kat dalam lemari display aku..mungkin orang lain rasa gelas2 ni tak berharga,tapi aku simpan ajalah..barang free,takkan nak buang ye tak?apa pun,kita enjoy!

Monday, April 11, 2011

Adiah Tawen 4..Jeleslah Tuuu..

Semalam,aku,wife serta parents bersiar2 ke Muar pekena mee bandung yang femes dan juga sempena memperkenalkan menantu,pergi la ke rumah Makcik aku sorang ni yang dah bertahun jugak kematian suami.terletak di sebuah taman perumahan di muar.Dalam sebok parents aku berbual dengan makcik aku tu,aku pun apalagi,menggeledah lemari display yang selama ni aku hanya pandang saja.tapi tak berani nak usik.jadi,sempena anak2 dia takde kat rumah,inilah peluang keemasan aku untuk menggeledah lemari pinggan mangkuk dia muekekeke!

Dan dari jauh aku dah nampak kelibat porcelain putih kuning ni.dan tersembul lah logo merah yang menarik pandangan mata aku.niat di hati nak mencari gelas2 merdeka! tapi jumpa pula sugar pot Dumex ni!
Satu persatu benda ni muncul.macam meraikan kunjungan aku pula haha..lepas jumpa Sugar pot,maka terkeluar pula kembar tak seirasnya iaitu creamer pot dumex!
Korek punya korek,maka teko gumuk dumex pon menampakkan dirinya yang memang menjadikan hari semalam adalah hari aku kira murah rejeki jugak lah..
Sebenarnya ini bukanlah target utama pencarian aku,tapi disebabkan rotan tak ada,maka akar pon jadi lah haha..dan aku bukanlah pengkolek pinggan mangkuk lama.jauh sekali barangan dumex ni! tapi disebabkan makcik aku kata,"kalau ko nak,ambik lah!" so,takkan lah nak tolak pemberian orang ye tak?dan walaupun barangan dumex ni diantara barang dumex yang TAK rare,dan aku rasa benda ni paling banyak aku nampak kat rumah kolektor,dan ada yang menganggap set teko ni adalah paling cikai diantara yang tercikai,tapi bagi aku,ia cukup bernilai.dan boleh dipakai hari2 ataupun bolehlah orang rumah aku menggunakannya untuk menjamu kopi 'O' bagi tetamu yang berkunjung ke rumah aku nanti.bagi aku,barang yang berharga rm20-30 ni kalau tak digunakan,macam sayang pulak.bagi sesiapa yang merasakan posting aku ni irritating ataupun tak pernah dibuat orang,nasihat aku,jangan lah dipertikaikan hak aku untuk menyuarakan pendapat aku kat blog aku sendiri.dan korang pun ada hak untuk menyuarakan pendapat korang di blog korang sendiri.kalau rasa tak puas hati,buat blog sendiri,ha luahkan la apa yang nak diluahkan.ataupun kalau dah tak tahan sangat,komen aja di ruangan komen blog aku ni.jangan takut,aku takkan saman korang kat court..hahaha
Yang penting,kita enjoy!

Friday, April 8, 2011

WP? WTF!?!

Ada yang dah dapat ke?Percutian ke world of coca cola USA?perut aku dah naik kembong ni asek2 WP WP.rasa macam nak campak aja tin can ni ke dinding!
Blurguyz79,sebagai sumber penyumbang atau lebih dikenali sebagai suara sumbang JOHOR,akan ku hadiahkan set tin can 125 tahun Coke ni untuk ko sebagai membalas jasa yang terdiri dari Coca cola classic,coca cola vanilla & coca cola light..harap pihak di Temasek sudi menerimanya ya hehe
Yang pet bottle ni pon ko nak jugak ke?ke nak yang 6pax vacummed plastic wrap tu?aku masih lagi memikirkan bagaimanakah caranya untuk menebuk lubang tin2 can tersebut untuk mengeluarkan airnya tanpa merosakkan plastic wrap nya tu.ada sesapa yang dah try keluarkan air dari 6pax tu?

Thursday, April 7, 2011

Adiah Tawen 3

Sewaktu pembungkusan botol Fraser & Neave embossed 200ml ni,terdapat lah insiden yang tak diingini yang menyebabkan seller dengan relanya memberikan sedikit saguhati yang merangkap hadiah kahwin juga hehe..seorang seller yang bagi aku tiptop diantara yang tertiptop.tak banyak kerenah dan kadangkala hampir tak berkira kalau setakat benda kecik2 ni..terima kasih diucapkan pada seller @ runner yang masih setia sampai ke hari ini yang menyaplai barang2 'junk' yang bagi aku amat cantik di masukkan dalam lemari display aku.

Hadiah yang pertama adalah coaster atau pelapik gelas minuman Goodyear
pandangan coaster dari belakang
Eh?apa pulak ni?rokok rothmans ke?lain macam aja..
Owhhh rupanya memo pad yang dikeluarkan pada tahun 1981 beserta calendar 1982..teringat masa budak2 dulu,bawak benda ni pegi sekolah.ada personal details,pastu mintak no fon sume kawan2 kat kelas.masa tu mintak no fon rumah je..almaklumlah belum ada henfon hehe..
Kotak rokok Torchlight..
Kotak rokok "Tembak" walaupun dah ada,tapi bak kata aku,orang bagi aku kertas A4 kosong pon aku rembat!
Haaa..yang ni menarik sikit.rokok Players kontroversi yang masih berisi full rokok asal.Bang dolah,agak2 kalau hisap rokok ni,masih stim lagi tak?hahaha..
Dan yang terakhir dan yang paling best,sebab aku belum ada benda ni dalam simpanan.Flyers wayang Back To The Future yang dikeluarkan pada tahun 1985 yang membuatkan aku menangis2 suruh bapak aku menyewa video tape di kedai video rental haha..kelakar siut teringat jaman tu sewa video kat kedai..dan yang pasti,flyers ni adalah original.bukan di reprint ya
yang paling kelakar ayat dalam flyers ni la.MEMDAHULUI MASA DEPAN.bukan ke kembali ke masa hadapan?haha kalau baca betul2,ada perkataan MUSTI.haha..masa tahun 1985,bukan ke musti tu dah tukar ke mesti?
Apapun,aku ingin mengucapkan sekali lagi terima kasih diatas pemberian barang2 yang pada aku,boleh la memenuhi ruang di dalam kabinet display aku yang kosong tu.Kita Enjoy!