Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, November 29, 2016

PanGlobal Plaza/ Bangunan Azizah/ Wisma Orkid/ Orchid Plaza/ Orchid Hotel Johor Bahru

Ok kali ni punya entry adalah misi untuk mencari bangunan yang hilang di sekitar Johor Bahru. Bagi yang lahir dan membesar di Johor bahru, anda pasti pernah terlihat bangunan ini bukan? dan pasti tertanya2 di manakah bangunan ini lenyap? dan bilakah bangunan ini lenyap? mengapakah ianya dilenyapkan? Ok mengikut sumber2 radio karat, bangunan ini dibangunkan pada tahun 1973 dan siap pada tahun 1975. Pada mulanya ia dinamakan sebagai Bangunan Azizah sempena nama Tengku Azizah Almarhum Tengku Aris Bendahara Tengku Abu Bakar. Yang aku pasti seorang bernama Puan Nooraini Yasin telah membuka sebuah disco disitu yang dinamakan The Scene dan band Heavy Machine sering bermain disitu dan menjadi tempat lepak Tea Dance remaja JB di tingkat bawah pada hari Sabtu. Selain The Scene, di tingkat bawah juga terdapat pejabat MAS dan juga Public Bank Berhad. Ramai juga warga JB yang pernah interview steward dan stewardess disini. Sebelum MAS telah berpindah ke Menara Pelangi pada tahun 1990-an. Di bahagian atas iaitu Orchid Hotel, pernah terjadi kejadian kebakaran pada era 70-an dan menurut orang disitu, pihak bomba dari singapura pun dikejarkan kesitu untuk memadamkan api berikutan bomba di johor bahru tidak dapat menampung untuk memadamkan api. Selepas beberapa era pemodenan, terdapat pejabat yang keluar masuk seperti Ernst & Young, Eon Bank, Mansfield Travel, PRAC dan sebagainya. Bilakah bangunan ini dirobohkan? Tahun 2002? Aku pon kurang periksa. Tahu2 dah takde dah bangunan ni sekarang. Lokasinya? Terletak bersebelahan stesen minyak Shell 'bandar' di Jalan Wong Ah Fook. Mengapa ia dirobohkan? aku pun tak tahu heheh
"Keep It Until Hard To Find"

Poster/ Kalendar Drinho 1983

Sewaktu zaman era 1980-an, terdapat trend dimana kebanyakan poster/ iklan didatangkan sekali dengan kalendar. Jadi pada awal tahun, kedai2 runcit akan mendapat sekeping pengiklanan yang boleh aku sebut sebagai poster kalendar. Dengan strategi yang macam ni, secara tidak langsung pekedai atau orang ramai boleh melihat tarikh dan juga melihat produk yang ingin di promosikan. Dengan ini, jualan produk ini akan meningkat. Disini terdapat sekeping poster kalendar yang bermaterialkan kadbod, yang masih elok lagi keadaannya. Poster kalendar ini aku dapatkan daripada seorang teman di Rengit, Johor. Dan harganya aku sudah lupa. Tapi jikalau aku beli tu, bermaksud berbaloi lah harganya. Bermaksud murah laaaa aku dapat poster kalendar ni hehehe..ha cerita pasal aku selalu dapat barang murah, ada la sekali ni, aku berminat pada satu poster yang ada kat fb. Boleh la aku namakan dia sebagai Z. Aku tak berapa rapat dengan Z. Malah tak pernah berchat2 di fb. Maka ada seorang rakan aku bernama A yang aku lihat dia mengenali Z tapi tak sebegitu rapat. Maka aku menggunakan A untuk bertanyakan harga poster itu pada Z. Nak tahu apa Z cakap pada A? "Aku tahu si afzarizal tu tak berani angkat poster kalau harga macam ni" Bermaksud, aku ni selalu dapat poster dengan harga murah, maka si Z sangka aku takkan berani ambik poster yang harga mahal tu haha si sengal A ni pon satu, pegi mention nama aku kat Z kenapa? kalau macam tu, baik aku terus direct pm si Z kahkah lepas ni sumpah aku taknak mintak tolong orang tanyakan harga lagi. Tapi yelah prediction orang terhadap kita, kita tak boleh nak halang. Aku bukan tak berani laburkan amount yang besar pada sesuatu barang, cuma aku sering berpuasa, menahan napsu dari membeli barang2 yang tinggi harganya. Tapi balasannya, aku sering terjumpa item yang sama, dengan harga yang jauh lebih murah. Sebab rezeki tu kita tak boleh cakap. Ok dah melalut. Kita sambung pasal Drinho ni
Drinho adalah salah satu produk daripada syarikat Lam Soon yang mula beroperasi pada tahun 1950 di Jalan Jurong Kechil, Temasek. Yang kemudiannya beroperasi di Petaling Jaya pada tahun 1958 sehinggalah ke hari ini. Kelihatan subjek di dalam poster sedang keriangan bermain white water rafting dan rock climbing. Dan setelah penat, mereka memilih air kotak drinho pelbagai perisa seperti plam masam, laici, kacang soya, oren, teh bunga kekwa dan teh herba untuk menghilangkan dahaga la aku syak
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, November 28, 2016

Hard Plastic Coca-Cola Double Sided Sign

Sewaktu aku pergi sesi korek mengorek bersama abang dollah di Yong Peng, Johor, terdapat satu sign yang masih tersergam indah di luar sebuah kedai runcit di sebuah satu persimpangan tiga. Maka ini membuktikan yang signage ini wujud di Malaysia dan pernah digunapakai di kedai2 runcit yang menjual coca cola.
Design di kedua2 belah adalah sama. Sign ini dikeluarkan oleh pihak Fraser & Neave (M) yang kiranya aku boleh menganggarkan sign ini dikeluarkan pada tahun era 1990-an atau lebih tepat lagi pada tahun 1993 jika dilihat pada logo yang tertera pada signage ini. Size double sided sign ini adalah lebih kurang 1 kaki. Lebih kurang juga dengan bull's eye button coca cola yang pernah digunakan di malaysia suatu ketika dulu.
Sign ini dikeluarkan oleh RTC Industries yang beralamat di Chicago, USA. Aku cuba mencari nama company ini, tapi malangnya company ini sudah tidak beroperasi lagi. Nombor telefon yang tertera disitu juga sudah tidak wujud lagi. Begitu juga dengan product code yang disertakan, aku cuba search di google, tapi memang dah tak wujud. Sign yang kami jumpa di Yong Peng, kini disimpan kemas oleh abang dollah. Kondisi sign itu hanya dimakan hari pada sebelah side sahaja, berikutan side itu terdedah pada cahaya matahari. Sign yang aku dapat ini adalah kelihatan sempurna sedikit. Warnanya masih terang di kedua2 belah side. Dan aku membeli sign ini melalui seorang runner coke tersohor iaitu Azmi dengan harga rm150 yang pada aku kira berbaloi. Jika anda seorang kolektor tegar coca-cola malaysia, sign ini wajib wujud di galeri anda!
"Keep It Until Hard To Find"

Sunday, November 27, 2016

Cawan Kopitiam MILO

Milo diperkenalkan pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne di Sydney, Australia. Dan diperluaskan di serata dunia termasuklah Malaya dan Temasek. kalau nak dibandingkan dengan negara lain, Milo amat popular di temasek dan malaya. Jika dilihat pada masa sekarang, di kebanyakan restoran mamak, termasuklah KFC dan McD, memang terdapat air Milo ini. Kebanyakan dari kita sendiri membesar dengan Milo. Sejak dari kecil kita minum Milo, mungkin marketing Milo pada masa dulu memang tajam dan berkesan. Hingga hampir setiap rumah terdapat setin Milo. Lori van Milo juga sering datang mempromosikan minuman meraka kepada kanak2 sekolah. Jika dilihat gambar dibawah ini, ianya diambil pada tahun 1951 di Great World Singapore. Tapi malangnya ditutup pada tahun 1978.
Jika dilihat pada van dibawah ini juga tertera iklan Milo yang diambil pada tahun 1948 di temasek. Mengapa aku up pasal dua gambar ni? Ok, sewaktu lawatan aku ke Rengit, Johor, seorang teman yang agak rapat telah menghulurkan aku sebiji cawan Milo yang agak menarik rekabentuknya. Berada di dalam keadaan yang amat cemerlang
Jika dilihat di bahagian opposite cawan ini pula, tertera perkataan Milo dalam bahasa Cina
Jika dilihat dibawah buntut cawan ini, tertera perbuatan Goh Ban Huat Kuala Lumpur. Aku tak dapat pastikan pada tahun berapakan cawan ini dikeluarkan. Tapi berdasarkan font MILO yang tertera pada cawan ini, boleh lah aku anggarkan ianya dikeluarkan pada lewat tahun 1940-an sehingga awal tahun 1950-an. Dan terdapat persamaan font nya jika diperhatikan pada iklan di Temasek pada tahun 1949 ini
Maafkan aku jika sifir aku ini salah. Ini cuma kira2 sahaja hehe..lagipun aku lihat scene blog ini sudah suram. Dimanakah para blogger barang karat??!!!
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, November 24, 2016

Tray Ang Sai Red Lion

Nampaknya dah lama aku tak up entry pasal tray. Lagipun keluaran tray di malaya ni tak banyak. Boleh dikira pakai jari. Dan hampir semua kolektor di malaya ni hampir game kesemua koleksi tray yang ada. Aku pun tidak fokus ke tray ni sangat. Bak kata orang buat ada2 jelah. kalau ternampak yag murah, beli. Kalau takde, takla merengek pun haha Sewaktu kawan aku si Blurguyz meronda di flea market di Temasek, maka beliau ternampak satu tray yang keadaannya amat daif. Dia call aku bertanya sama ada aku dah ada belum tray ang sai ini? Dengan pantas aku cakap ambik je. Aku bertanya condition ok ke? Dia kata " Kalau aku letak bawah lampu, memang rupa dia macam seluar katuk P.Ramlee dalam cite bujang lapok haha" maksudnya memang banyak lubang2 kecil sunbeam. Seingat2 aku harganya juga bawah dari sgd100. Tapi aku pejam mata je. Aku cakap ambik!
Setelah dibersihkan secara ala kadar, barulah berseri sikit tray ni.
Red Lion ni diperkenalkan oleh Fraser & Neave pada tahun 1950an. Ia adalah sesuatu yang baru atau boleh dikatakan sebagai minuman yang ranggi atau hipster sikit pada masa itu jika nak dibandingkan dengan produk2 yang terdahulu. Dengan rekaan botol yang baru, sebagaimana tersergam indah diatas bangunan Fraser & Neave di Jalan River Valley Temasek
Kelihatan pada tahun 1955 wanita juga sudah dieksploitasi di dalam The Singapore Free Press bertarikh 29 Oktober 1955 yang mempamerkan iklan F&N
Jika merujuk pada sumber2 yang TAK boleh dipercayai heheh, ada yang mengatakan Red lion ataupun ang sai (cina) mahupun singa merah (melayu), ini terdapat dalam dua variasi. Iaitu oren dan jus nenas. Ataupun di mixkan kedua2 nya. Aku memang tak dapat nak pastikan sebab aku tak berpeluang untuk sedut air ini terus dari botol menggunakan straw
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, November 14, 2016

Poster Doral

Seingat aku masa aku kecik, aku tak pernah lihat, pegang, jenama rokok Doral ni. Ataupun aku terlepas pandang? ataupun jenama rokok ni kurang popular? Hanya dijual di kawasan luar bandar? tidak dijual di tempat tinggal aku di Johor Bahru? aku tidak ketemukan jawapan. Tapi, pencarian aku sudah terjawab. Bila aku kawen dengan isteri aku yang berasal dari benut, Pontian, terdapat satu geng motor yang agak famous di area Parit Makuaseng Benut yang bernama Doral. Dan ahli2 geng motor Doral ini adalah dari ahli keluarga bini aku jugak! Bila sembang2 petang tu, bukak cerita lama, termasuklah bab cerita geng motor diorang muda2 dulu. Aku terdengar diorang sebut nama grup doral. Ha! baru aku teringat aku ada simpan poster rokok doral!
Jadi entry ini adalah untuk memperingati tertubuhnya grup motor Doral parit makuaseng! Poster ini berukuran standar size giant poster yang diletakkan di kedai2 runcit untuk memberitahu rokok ni ada dijual di kedai runcit tersebut. Rokok Doral ini berasal dari amerika yang diperkenalkan pada tahun 1969. Yang kemudiannya di re-brand pada tahun 1984 dan memasuki pasaran Malaysia. Poster Doral yang jenis ini terdapat promosi pemetik api percuma, jika ditukarkan dengan 3 kotak rokok doral yang kosong
Di mana nak tukar? Ok jom lihat senarai kedai atau pusat penukaran di bawah ini
Masih ada lagi kah kedai2 ni kat area korang?
Aku harap entry ni mengembalikan nostalgia budak2 grup motor doral benut. ok korang dah boleh buat reunion la! hahaha
"Keep It Until Hard To Find"

Sunday, November 13, 2016

Seletaris Mineral Spa Water

Cerita mengenai mata air panas di Temasek ini hanya boleh didapati di Sembawang Hot Spring sahaja. Mata air ini mulanya dijumpai di Sembawang pada tahun 1908 oleh W.A.B Goodall yang dimiliki oleh Seah Eng Keong di dalam ladang nenasnya. Yang kemudian diuji di Eropah dan terbukti mata air itu selamat diminum. Dan Seah Eng Keong telah men 'set up' Singapore Natural Mineral Hot Spring Company dan menjual air tersebut dengan nama Zambun atau dalam bahasa melayunya adalah Air Jamban. haha betul ke? Kawasan itu akhirnya ditukar pada nama Seletar Hot Spring. Kampung berdekatan pun dinamakan dengan nama Kampung Ayer Panas. Jika dilihat di dalam peta lama, kawasan ini dilihat berdekatan dengan Sembawang Road dan Mandai Road.
Pada tahun 1921, Fraser & Neave Ltd. telah membeli syarikat ini dan membina sebuah kilang air botol pada tahun 1933. Semasa perang Jepun (1942-1945), tempat ini telah diambil alih oleh tentera jepun dan menjadikan ia tempat mandi dan rekreasi pada pegawai tentera jepun yang kemudiannya terkena tempias pengeboman pihak tentera British pada tahun 1944. Pada tahun 1960, tempat ini menjadi tumpuan para taik judi untuk mandi disitu untuk mendapatkan nasib yang baik sebelum race kuda bermula.
Dan pada tahun yang sama. para penduduk kampung menyarankan agar pihak berkuasa menjadikan kawasan tersebut sebagai resort untuk tumpuan pelancong. Tetapi pihak Fraser & Neave telah membangkang cadangan dari orang kampung dengan menyatakan para geologi tidak menemukan sebarang sumber di kawasan itu haha pandai jugak F&N ni ya. Lima tahun selepas itu, idea untuk air spa ini muncul kembali. Dan pada tahun 1967, Fraser & Neave Ltd. telah membina sebuah kilang air botol yang diuruskan oleh anak syarikatnya iaitu Semangat Ayer Limited.
Kelihatan Menteri Pertahanan Singapura 1967 bersama Chairman F&N Ltd. iaitu Tan Chin Tuan semasa perasmian kilang tersebut yang bernilai SGD1.5 juta pada fasa pertama pembinaanya.
Aku lupa bagaimana aku perolehi botol ni. Mungkin ingatan aku dah lemah sekarang ni haha..tapi ghese hati aku, botol ni aku dapat dari pemberian seorang rakan baik aku dari Temasek. Warna botol kaca ini amat menarik pandangan aku iaitu hijau ke biru biruan ataupon boleh aku katakan aqua.
Dibotolkan untuk Semangat Ayer Ltd.
Di bahagian belakang pula, terdapat paparan tentang report analisa tentang kandungan air mineral spa ini. Fuh! Memang power!
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, November 9, 2016

Gelas Fraser & Neave Coronation Queen Elizabeth II

Kemahkotaan Ratu Elizabeth II mengambil tempat di England pada tarikh 2 June 1953. Bersempena dengan itu, John Fraser yang sendirinya berketurunan Inggeris, telah mengeluarkan sebiji gelas sebagai tanda memperingati hari coronation tersebut.
Bagi aku gelas ini sangat menarik dengan warna jata yang menonjol warnanya, singa dan unicorn, berbibirkan warna emas, red ribbon fuhhh mencanak! Bagi yang tidak mengetahui apa tu ER pada jata tu, itu bukan emergency room ya hehe itu adalah Elizabeth Regina yang bermaksud Queen Elizabeth. Regina tu diambil dari perkataan Latin. Maafkan aku kalau silap. Aku kurang periksa hal ni. Ia ditabalkan sebagai Queen selepas kematian bapanya King George VI pada tahun 1952. Queen Elizabeth I ditabalkan menjadi Queen of England pada tahun 1558. fuh! gila la kalau aku nak kaji balik salah silah diorang ni haha..aku kurang pasti samada Sir Ibrahim SUltan of Johore ada dijemput sebagai guest coronation tersebut atau tidak. Tengok pada listing guest tu macam ada.
Di bahagian belakang gelas tertera 'with compliments of fraser & neave ltd.' Gelas ni memang banyak terdapat di Temasek. Pada masa aku dapat dulu laaa...la ni dah payah juga nak jumpa orang jual dengan harga sgd55
"Keep It Until hard To Find"

Tuesday, November 8, 2016

Malaysia ESSO 100 Years Coca-Cola Can

Tahukah anda di Malaysia sudah tidak ada lagi minyak petrol esso? di manakah petrol station MOBIL? Kalau dilihat di temasek, masih ada lagi petrol2 station esso ini. Yaaaa di malaysia ni kalau boleh semua nak dijual hahaha lelame negara ni pun nak dijualnya. Eh, ke memang dah terjual? hahaha..ok berbalik kepada esso ini. Mula ditubuhkan di usa pada tahun 1911 dan pada itu digelar Standard Oil yang bahasa hipsternya pada masa itu adalah 'S' 'O' dan akhirnya dijadikan nama ESSO. Dan bapak kepada kedua2 jenama minyak Esso dan Mobil ini adalah Exxonmobil. Mana pegi Exxonmobil ni di malaysia? Yaaa sudah kena jual pada syarikat minyak philippines iaitu Petron. Standard Oil ini mula diperkenalkan di malaya pada tahun 1893. Maka selepas 100 tahun daripada itu, Esso telah berkolaborasi dengan coca cola untuk mengeluarkan sebiji tin peringatan sempena Esso 100 tahun di Malaya.
Can ini biasa2 sahaja bagi aku. Tiada apa yang menari dengan can1 aluminium pada tahun itu. Tapi yang setimm nya adalah logo kepala harimau yang tertepek di can tersebut. Dengan berlatarbelakangkan warna merah terang, ditambah dengan logo kaler gold, fuhh memancar!
Jika dilihat di paparan yang satu lagi, ianya adalah seperti normal cans. Salah satu can yang wajib disimpan oleh pengumpul tin coca cola malaysia!
"Keep It Until Hard To Find"