Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, May 27, 2010

Limited Edition Giant Mexico Bottle


la cu caracha la cu caracha huhu..botol ni sebenarnya dah lama nak post..dapat pun dah lama..tapi aku saja simpan kat rumah untuk meriki2 cerita di sebalik kewujudan botol ni..

hecho en mexico

marca registrada

bermacam2 version aku dengar dari cerita botol ni.dengar cerita ada 3 color botol mexico ni.clear,biru dan coklat.dan ada yang kata hijau pon ada! terdapat 2 version iaitu bertopi kan mariachi hat ataupon topi mexico,dan ada pula version yang pakai topi santa claus.market di malaysia ni memang mengarut aku tengok.ada yang jual loose bottle hampir rm800! dan di jb sendiri jual di pasar karat rm350 tanpa topi!

tapi bagi aku,apa yang penting adalah,orang2 temasek menggelarkannya birth certificate.ataupon tag yang tulis limited edition tu.tanpa tag limited edition tu,maka tak bermakna lah botol mexico anda..hahaha tanpa beribu dan berbapa..ada juga botol yang ada muffler.eh version mana pulak ni?pakai topi mexico,tapi ada muffler krismas?wakakaka..dan ada juga yang mengambil muffler polar bear coke,disarungkan ke botol ni,lagi teruk!

tapi apa pun,ikutlah citarasa masing2 macamana nak menggayakan botol ni..apa yang penting,botol ni adalah umpama lesen internasional..macam nak drive luar negara,mestilah kena ada driving license international..jadi jikalau anda mengkolek botol coke luar negara,koleksi anda tak lengkap tanpa kelahiran botol ni..cheers!

Wednesday, May 26, 2010

Ironman 2 Original Movie Poster


sewaktu movie yang 1st,aku terlepas nak mendapatkan original movie poster ni.yg ada pun beli yang repro rm10 haha.tapi kali yang kedua,aku tak kira,aku mesti dapatkan yang asli jugak! nahh..kalau dah rejeki tak kemana..aku dapat poster ni hasil daripada perjanjian setan dengan http://chentapepsi.blogspot.com haha

kalau ada diantara korang yang mengkolek movie poster,memang tak cun lah kalau hanya kolek yang repro aja..buat syarat aja boleh la kot..tapi kalau nak feel,aku sarankan korang kolek original poster.yang aku dapat ni diterima oleh under licensed cathay cinema city square JB.korang nak tau berapa dia jual kat kedai poster?rm120 beb! dan aku pernah tanya kat kedai poster Midvalley KL,rm150! hahaha..yang bagusnya original poster ni,dia double sided.sebab biasanya rack display tu ada lampu.so kalau tampal yg single sided je,macam tak berseri lah poster tu.tapi kalau yang double sided?barulah cun tone color poster bila disuluh lampui dari belakang yeeha!

Tuesday, May 25, 2010

Candle Green Spot

eh apa ni?botol green spot yg 1st lagi ke?tapi apesal lain?

pattern je sama..

tapi apesal kuning semacam jek..

la..candle rupanya..ataupun lilin..benda ni pernah keluar pada zaman 1967 dan masih tersimpan rapi dan belum dibakar lagi sumbunya..kalau digandingkan,barulah cantik regu dia tu..macam ibu dan anak! tapi mana bapaknya?

Cardboard Sign Coca Cola

iklan retro coca ni digunakan masa tahun 40an-50an.lukisannya masih sama.cuma ia adalah originally di reproduce oleh Coca Cola dan dieedarkan oleh Nostalgia Ink New York pada tahun 1991.dah hampir 20 tahun cardboard sign ni.tapi masih cantik lagi.harga nya pun boleh tahan murah.benda ni pun walaupun kelihatan murah,tapi menjadi 1 koleksi wajib bagi penggemar coke seluruh donia.dan aku salah sorang daripadanya hehe..bukanlah macam sorang malaun kat penang tu yang pi print poster retro kat internet,lepas tu dia pi tepek kad chipboard! dan dia masih lagi aktif menjual iklan retro tu..aku pon dah terkena.dalam blog http://chentapepsi.blogspot.com pun aku ada nampak jugak haha..

malam tadi aku pergi lah pasar karat.selepas dianaiktaraf dan dinaikharga selepas kunjungan PM kita.memang berubah secara drastik! harga mendadak pon drastik! gelas coke biasa tu pon boleh mencecah rm20! yang lagi kelakar,ada sorang pakcik ni,dia jual poster size A4 siap laminate coca cola,rm20! wakaka memang buat lawak lah pakcik tu kahkahkah

Ashtray Player's Navy Cut


brand yang popular pada tahun 1920an dan ashtray ni diperolehi sejak zaman 60an dan tidak diketahui umur sebenar ashtray ni.benda ni pun pemberian orang kepada atuk aku.tidak pernah digunakan untuk mematikan puntung rokok,cuma catnya aja yang merekah.yang lainnya dalam keadaan perfect.aku pernah nampak juga frame cermin dari brand yang ni..memang besar..dan ayat keterangan tentang frame cermin tu boleh tahan up jugak hehe..tapi,tak apa..tunggu kemunculan barangan kolektor muda ini!

Poster BRRRR


Poster original coca cola yang dikeluarkan pada 2009 yang dah habis pun promotion brrr ni.poster ni adalah pemberian abg dolah yang dia kopek kat kedai mamak.walaupun dia dah ada,tapi masih ingat lagi kat aku yang masih tak ada ni..haha..tengkiu ya! dan pada sesiapa yang belum masih mendapatkan poster brrr ni,cepat2 lah dapatkan sebelum ia habis! sebab selepas poster brrr ni,ada keluar poster world cup dan ada lagi 1 yang baru ni gambar pompan negro pakai jersey brazil.

Pepsi Fat Bottle White


asek2 bagi line panas..hish si pencinta wanita pepsi ni..hehehe..depan logo pepsi,belakang masih pepsi-cola dan berlatarbelakangkan pemandangan yang serba putih yang menyilaukan penggemar2 pepsi haha..tapi rasanya botol ni dah banyak ada dalam simpanan para kolektor semua..cuma yang membezakan adalah cantik atau tidak condition fat botle tersebut..plastik wrapping pun diambil kira..pudar atau tidak..

no deposito..

so bagi sesiapa yang minat mengkolek pepsi,rasanya macam mandi tak basah kalau tak ada fat botol yang edisi putih ni..

enjoy!

Green Spot Bottle Early Days


set botol green spot terlalu banyak kalau nak dikumpulkan setnya.sebab memang ada perbezaan,tetapi tak banyak yang membuatkan ia berbeza.dari segi dot,font,botol licin,logo dan sebagainya.aku pernah lihat set lengkap green spot ni di rumah seorang saudagar.tapi tak nampak pulak kelibat botol yang ini

biasanya botol green spot yang terawal mempunyai tulisan amoy canning corpn (spore) ltd singapore,atau amoy canning corp (malaya) bhd kuala lumpur.tapi yang ni,tak ada kedua2 duanya.tapi tertulis not carbonated no preservatives

jadi kepada sesiapa yang mengumpul set green spot,lengkapkanlah koleksi anda dengan botol yang ini.kalau tak silap bro megat pun ada juga botol ni.so keep on korek!

Monday, May 24, 2010

Signboard Poster Tropi


poster yang berjaya disimpan dalam keadaan elok lagi.hampir 90%! size memang besarrr punyaa!!minuman ni popular pada zaman 50an-60an mengikut kata mak aku dulu.aku memang tak pernah rasa la air ni.dan yang paling penting,poster ni ada tulisan melayu MINUM-LAH haha..itu yang membuatkan aku terpikat dengan minah Jerman ni!pandai cakap melayu!
dan bolehla digandingkan dengan botol tropi anda ya


che mat sidin,pinjam gambar ya!

Gelas Kontot PepsiCola (Tambahan gelas)

bakar!bakar! hahaha..

saje je kasik bakar line pada sesiapa yang kolek gelas kontot dan menchentai pepsi huhuhu..benda ni salah satu benda wajib kalau dah ada botol yang pakai logo camni

kalau dah ada yang panjang,mestilah ada yang kontot jugak ya..hehe barulah lengkap regu dia!

Paperbag FN 1960's


ini adalah paperbag F&N yang disimpan oleh atuk aku yang masih di dalam keadaan elok sekali

pandangan sisi

keadaan beg apabila didirikan

masih teguh berdiri! belum kendur lagi haha..tiap2 hari gosok pakai sensaoil!

paperbag ni aku pernah offer pada seorang kolektor JB,tapi macam tak diendahkan aja..selepas aku mintak pendapat che mat sidin,harga yang aku offer tu terlalu rendah berbanding harga pasaran paperbag ni sekarang.so minta maaf lah,aku tarik balik penjualan paperbag ni hehe..offer hanya sekali aja! berdasarkan kualiti dan condition paperbag ni,terasa sayang pula nak jual.so aku masuk dalam almari display aja lah..

Jemputan Khas VIP Bazaar JB

eh jemputan apa ni?

owhhh..Dato Seri Najib Bin Tun Abd Razak datang ke JB melawat pasar karat JB sabtu lepas..daripada lorong tikus,sekarang dah berkembang maju! PM pon datang melawat pasar karat macam aku jugak! hahaha..tapi kesannya,harga barang meningkat la disebabkan permintaan yang tinggi..aduiii siap sedialah wahai kolektor JB sekalian..

aku macam biasa la..pengunjung setia pasar karat,mesti dapat jemputan dan parking VIP..huhu

Gelas McD Coca Cola

gelas McD ni dikeluarkan pada tahun ini dan berkolaborasi dengan coca cola yang mengeluarkan contour glass dari pelbagai warna.terdapat 7 kaler semuanya dan ramai juga yang terlepas gelas yagn pertama iaitu perky pink hehe..dan masih ada juga kolektor yang sampai hari ni masih tak dapat perky pink seekor ni.kalau dapat pun,tiada kotak.aku dapat perky pink pun dalam keadaan yang mengaibkan haha..

blue

green

lime

purple

clear

charcoal

pink

gelas ni dah lama pun keluar..tapi saja je aku nak post,sebab nak bagi reminder pada sesiapa yang masih belum komplit collection set gelas mcD ni hehehe..enjoy!

Tambahan Gelas Pepsi Contour


kasik bakar line haha..

biasanya gelas contour ni digunakan oleh coke,tapi kali ni digunakan oleh pepsi pula!

tambahan bagi sesiapa yang menchentai pepsi! wajib untuk koleksi anda! hahaha..

Alahai SG40..


botol ni umpama lesen untuk kolektor coke malaya.kalau tak ada botol ni,kira macam memandu di malaya tanpa lesen lah gamaknya haha..rasanya semua kolektor di malaya ni dah mempunyai botol ni cukup 1 crate atau 24 botol. hanya aku sorang je yang terlambat untuk memiliki nya..takpelah..aku pun masih muda lagi.belum sampai tahap old timer.tapi aku rasa aku berada di kalangan kolektor muda yang berjaya mendapatkan botl sg40 ni hehe..kalau dah rejeki tak kemana ya!

di JB ni tak ramai kolektor.boleh dikira dengan jari.KING COKE ali popia,zul botol larkin,abg dollah ASAP,dan aku.ali popia memang dah khatam la,tak payah nak sebut.tapi yang aktif ni lah dia 3 orang yang sedang giat memburu barang lama.kalau zul tu,jangan disebut pasal botol,memang dia lah orang nya.pantang disebut perkataan 'BOTOL'.jadi aku amat berhati2 kalau berbual dengan dia hehe..jangan tersalah sebut,memang akan diburunya.tapi aku respek zul botol ni.hampir semua koleksi dia lengkap.cayalah!

abg dollah pula pantang sebut 'ROKOK'.memang dia akan jadi tak keruan.tak tido malam! haha..macam2 ragam ya di donia koleksi ni.jadi aku pon takut nak sebut rokok depan abg dollah.aku akan gantikan dengan perkataan 'ASAP".kira macam beralas sikit la..kalau tak,ha,mampos dia akan carik barang tu sampai ke lobang cacing hehe..habis semua barang rokok aku jual kat dia.tapi dia lah rakan terbaik yang tak pernah berkira dgn aku.harap perhubungan yang ikhlas diantara aku dengan kawan2 di JB,akan kekal sampai bila2 ya..cheers!
ok berbalik pada sg40 ni,botol ni bukan aku pi beli dengan kolektor lain ya.aku memang memaksa diri supaya tak beli dengan para kolektor walaupun ada menjualnya dengan harga yang berpatutan.bukan berlagak atau sombong,tapi naluri aku berkata botol ni akan ku dapat 1 hari nanti.ada juga barang2 lain yang aku beli dengan para kolektor yang lain..tapi botol yg 1 ni memang degil hati aku tanak membeli nya.walaupun ada suara2 sinis yang mengatakan,"kat selatan tu mana nak dapat bro sg40.." dan hari ni aku buktikan di selatan masih ada botol sg40! condition nya para blogger saksikan lah dengan mata kepala sendiri,betapa cantiknya dan perfectnya cara pembuatan botol tahun 40an ini.dengan embossednya yang masih utuh,hampir tiada calar 1 pun! dan yang paling penting,botol ni aku korek di tempat asalnya sendiri iaitu temasek.dan pengeluaran asalnya memang lah tidak dapat disangkalkan iaitu temasek.
lihatlah botol sg40 ni posing haha..agaknya botol macam ni grade apa ya?