Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, March 2, 2017

Semoga Tenang Di Sana...Al Fatihah

Hari ini aku terpanggil untuk menulis entry berikutan mendapat berita tentang pemergian seorang seniman yang amat aku kagum tentang bakatnya selepas Allahyarham Tan Sri P.Ramlee. Dilahirkan di Taiping Perak pada 5 November 1935. Telah membintangi lebih dari 40 buah filem. Aku tak ingin menyebut kesemuanya disini. Hanya beberapa filem yang aku rasa sangat berkesan bagi perfileman di Malaya. Mula terkenal dengan filem Pancha Delima yang diterbitkan pada tahun 1957 yang diarahkan oleh P.Ramlee
Disumpah oleh ibu tirinya, siang bertukar menjadi ular, malam menjadi manusia. Berganding dengan Hashimah Yon yang memang cun lah pada waktu itu
Cerita mengenai seorang gadis yang memiliki kalung hikmat bernama pancha delima yang boleh menyembuhkan sumpahan pada seorang putera raja bersama 4 orang panglimanya.

Filem Sarjan Hassan diterbitkan pada tahun 1958

Watak Jins Shamsudin sebagai Aziz boleh dikira sebagai watak utama juga dalam filem itu.
Arahan oleh P.Ramlee, filem ini mengisahkan seorang budak (P.Ramlee) yang kematian ibu bapa dan menumpang di rumah keluarga angkatnya iaitu Aziz (Jins Shamsuddin). Apabila mereka dewasa, berebutkan si Salmah (Saadiah) rumah sebelah
Apabila Jepun attack Malaya, Aziz pergi menyertai Ashkar Melayu. Hassan teringin juga ingin menyertai tetapi dihalang oleh bapa angkatnya. Diejek oleh budak2 kampung "Abang Hassan penakut tak macam abang Aziz" haha dan semasa Aziz hendak menaiki keretapi, sempat juga dia berpesan pada kawan2 gangster kampungnya, "Hey kawan2, tolong tengok tengokkan si pengecut tu" hahaha. Menyebabkan Hassan lari meninggalkan rumah untuk menyertai Ashkar Melayu. Hassan berjaya dilantik menjadi Sarjan dan menyelamatkan Aziz yang dijadikan tahanan perang dan berjaya menentang Jepun.

Satu lagi filem yang menyayat hati adalah Si Tanggang yang diterbitkan pada tahun 1961 yang diarahkan oleh Jamil Sulong.

Mengisahkan seorang miskin yang dibesarkan oleh ibunya berjaya menjadi nakhoda kapal dan berkahwin dengan Tuan Puteri Indera Kachik (Sarimah)
Si Tanggang (Jins Shamsudin) yang lupa daratan akhirnya disumpah oleh ibunya (Normadiah) menjadi burung gagak dan sekelian crew kapalnya menjadi batu

Ok ni filem yang paling hot ala-ala James Bond yang diterbitkan pada tahun 1966

Filem-filem yang berwarna Jins adalah seperti Menanti Hari Esok (1977)

Esok Masih Ada (1980)
Esok Untuk Siapa (1982)
Ali Setan (1985)
Dalam filem Ali Setan ini Jins membawakan watak sebagai Tan Sri, ayah kepada Ali (Azmil Mustapha)

Dan filem yang paling terkesan adalah Bukit kepong (1981)

Menjadi produksi filem termahal sebanyak rm1.3 juta pada masa itu yang diarahkan oleh Jins sendiri yang kemudian disunting semula(HD) oleh KRU Productions
Yang ditayangkan semula pada tahun 2015. Filem ini mengisahkan pasukan polis dan rakyat tempatan menentang keganasan komunis pada tahun 1950 di Bukit Kepong, Johor.

Dalam filem 1957: Hati Malaya (2007), Jins memegang watak sebagai Sultan Ibrahim

Filem yang mengisahkan Kemerdekaan Malaysia pada tahun 1957

Semoga Yang Berbahagia Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman....

1935-2017...Al-Fatihah

Tuesday, February 14, 2017

Resit Lion (M) Sdn. Bhd.

Sewaktu lawatan ke rumah Abd Dolah di Nusa Mutiara Johor Bahru, dia ada menghulurkan aku sekeping resit. Dia berkata, "kau ambik ni zal. Aku memang minat kalau dokumen2 ni. Sebab ada date tau zal." Bab2 dokumen ni kadang aku maleh simpan, tapi yang ini aku suka. Sebab apa? Sebab benda ni boleh beri aku info tentang berapa harga datang untuk kedai2 runcit
Kalau ikut pemahaman aku, Lion ni adalah subsidiari dari syarikat Fraser & Neave untuk memasarkan produk coca-cola. 7up aku tak pasti pulak. Dan sudah mula bertapak semasa Federation Of Malaya lagi.
Ok jom kita zoom tengok apa ada kat resit yang dikeluarkan pada 1 April 1969. Beralamat di No. 6, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur. Jika google di alamat ni sekarang, memang dah takde dah kilang Lion ni. Air2 botol coca-cola dan 7up ini dihantar ke kedai Joo Heng Loong yang beralamat di no.318 Jalan Ahad. Tidak dinyatakan di negeri mana pulak. Kalau Jalan Ahad di Johor Bahru, terletak di Kampung Ungku Mohsin. Dan tapak kedai tersebut sudah digantikan dengan Persatuan Orang-Orang Cacat Johor Bahru. Di resit ini juga menyatakan cases atau crate mempunyai deposit 40sen dan deposit botol adalah 5sen. Harga pada masa itu juga rm4.50 1 case
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, February 13, 2017

Mirinda Lime Fat Bottle

Masa aku kecik. Aku memang gemar membeli fat bottle. Tak kira lah dari jenama ape pun. Sebabnya. ia bersaiz kecil, dan aku boleh simpan botolnya. Simpan untuk apa pun aku tak tahu. Sudahnya, mak aku humban ke tong sampah kahkah. Ok kali ni aku nak paparkan salah satu jenama yang aku gemar membeli di kedai runcit bawah flat aku sewaktu jaman 80-an iaitu Mirinda.
Flavor pilihan, Lime Soda atau Limau. Sebab apa, sebab aku syok tengok warna luaran label botol ini iaitu hijau dan kuning haha
Pada waktu ini yang aku boleh anggarkan pada pertengahan tahun 1980-an, minuman ini dikeluarkan oleh Permanis Sdn. Bhd. yang beralamat No. 52, Jalan Pencala, PJ, Selangor. yang kini jika engkau google, hanya kilang ataupun pusat servis toyota. Kemana pindahnya kilang Permanis ini? Dengar cerita sudah berpindah ke Bangi. Pejabat urusannya pula di Bukit Bintang. Betulkan aku kalau aku salah. Permanis ini juga sudah tiada. Sudah merge menjadi Etika Group of Companies yang popular dengan produk Dairy Champ dan Goodday Milk pada tahun 2016. Di bahagian label juga tertera JANGAN DIISI SEMULA. Bermaksud botol ini terus menjadi kepunyaan pembeli. Tidak dibawa balik ke kilang untuk proses isian semula.
Syoknya label pada botol mirinda ini, adalah tertera TIADA DEPOSIT DIPERLUKAN seperti pada sesetengah botol coca cola yang ada return deposit sebanyak 5sen.
"Keep It Until hard To Find"

Sunday, February 12, 2017

Tin Can Coca-Cola Bangladesh

Aku kurang kolek tin ni. Tak kira lah steel can mahupun aluminium can. Botol alu seperti seorang rakan aku pon jauh sekali. Disebabkan tadi pagi masa aku nak masuk pejabat di parking, ada seorang cleaner bangla menegur aku. Dia bagi salam. ok respect utk bangla tu. Disebabkan hati dia mulia, aku up sebiji can aluminium coca cola dari Bangladesh
Can ni taklah WOW sangat. Tapi aku suka sebab script dia yang menarik. Boleh la simpan buat ada-ada..
Jika diperhatikan di paparan belakang, tertera alamat pengeluar iaitu Desh Beverages untuk coca-cola. Tin can ini kemetot sedikit dari tin can yang standard kerana isipadu airnya 300ml berbeza dengan yang normal iaitu 330ml. Dari pemerhatian aku, corak bergaris2 pada body can ini, menunjukkan can ni dikeluarkan pada tahun 90-an. Atau lebih tepat diantara tahun 1994-1995.
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, February 6, 2017

MILO Paper Bag

Sewaktu lawatan ke kedai2 antik di temasek, mata aku terheret kat satu beg kertas yang berbalut dengan plastik. Dari jauh aku dah nampak benda ni. Mungkin tidak menarik pada mata orang lain, tapi mata aku umpama budak belasan tahun pertama kali melihat filem porno.
Walaupun rekaan grafik pada masa itu sangat basic. Ataupun boleh aku katakan sangat cut and paste, tetapi kombinasi warnanya sangat memainkan peranan untuk orang teruja melihat produk yang ingin diiklankan oleh sesebuah syarikat itu. Kalau dilihat pada warna beg kertas milo ini, penggunaan warna hijau terang serta kuning terang amat menyakitkan mata aku.apatah lagi kalau di frame dan digantung ke dinding. Kelihatan secawan milo panas digabungkan bersama segelas milo ais yang menambahkan elemen kedahagaan kepada konsumer haha dengan tagline KAMI SUKA MILO, IA MEMBUAT KAMI BAGUS
Yang menariknya signboard, atau apa2 jua pengiklanan dari Malaya atau Temasek ini, ia didatangkan dengan dwi bahasa, atau lebih. Sepertimana beg kertas milo ini, ia terdapat dalam bahasa cina pada paparan muka yang satu lagi. Lukisan tangannya sangat old skool. Orang sedang berkelah di pantai sambil bermain jet ski sambil berteriak pada kawannya "Oiii jangan habiskan milo tuuu..tunggu akuuu" sambil kawan2 nya mentertawakan dia hahaha
Jika dilihat pada sisi beg kertas ini, jelas kelihatan seorang olahragawan sedang berlari yang menunjukkan produk ini baik untuk sportsmen dan tertera logo nestle dengan tagline yang bermaksud, kalau nestle je, mesti berkualiti wuhuhuhu
Ok jom lihat pula buntut beg kertas ini. Di cetak oleh TWP iaitu Tien Wah Press Ltd pada tahun 1966 di Singapura.
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, January 31, 2017

Keng Hai Tin

Tidak banyak info tentang cawan kembar dua biji ini
Aku beli pun secara online dengan harga yang amat murah. Bila aku bertanyakan orang selangor tentang kehadiran kedai kopi Keng Hai Tin ini, mereka pun tidak mempunyai apa2 info mengenainya. Adakah ianya sebuah kopitiam atau sekadar nama company? Berdasarkan alamat yang tertera, aku pun google. Tiada. Yang ada hanyalah kawasan perumahan kampung berdasarkan alamat tu.
Apa dia tulis?
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, January 30, 2017

Mirinda 1000ml Lemon Lime Ade

Ok korang pernah nampak mirinda kaca hijau ni?
Isipadunya 285ml berperisa Limau. Korang masih ingat lagi rasa dia? Tapi entry kali ni ada satu botol dari mirinda yang serupa juga dgn botol ini, masih berkaca hijau
Perbezaannya dengan botol tadi, ianya adalah berisipadu 1000ml atau 1litre. Memang besar ok. Yang syoknya mengenai mirinda hijau ini, kondisi botol ini adalah almost perfect. Hampir tiada cacat celanya. Macam baru keluar dari kilang! Jika diteliti pada kaki botol ini, tertera tulisan From the maker of pepsi cola. Bermaksud mirinda ini juga adalah salah produk dari pepsi.
Yang syoknya tentang air soda dari asia yang merangkumi Malaya, Temasek & Hong Kong, terdapat dwi bahasa iaitu english dan juga bahasa cina. Ini yang membuatkan barangan asia ni digilai oleh mat2 saleh diluar sana. Apetah lagi kalau yang masih full-bottle macam mirinda ini
Dengan penutup yang masih tertutup rapi dan kemas, boleh dilihat perisa air mirinda ini iaitu Lemon-Lime Ade. Apa itu ade? Ade adalah fruit juice yang ditambah pemanis seperti air gula ataupun madu. Biasanya pada jus citrus seperti Orangeade dan Lemonade. Dari pemerhatian aku, botol ini boleh la aku anggarkan dikeluarkan pada awal tahun 80-an
Bila dah ada botol2 mirinda hijau ni, boleh la pairkan dengan poster kadbod yang bersaiz besar ni
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, January 24, 2017

General Cigarettes

Puas aku carik tentang info pada brand yang satu ini tapi menemui jalan buntu. Aku mencari kotak rokoknya tapi tidak juga berjaya. Jadi aku mengambil keputusan untuk up disini. Mana lah tahu ada rakan2 yang mempunyai info atau ada kolektor yang masih menyimpan kotak rokok asal nya.
Jenama rokok yang bernama General Cigarettes ini aku tidak tahu dari mana datangnya. Adakah England? Imej yang ditayangkan pada permukaan tin rokok ini adalah berupa seorang Jeneral atau ketua peperangan yang sedang mengangkat pedang. Sangat klasik grafik yang terpampang
Ada sesuatu yang menarik minat aku tentang tin rokok ini. Aku try google nama company yang tertera tu iaitu Joo Lan Co Ltd. Masih wujud! tapi dah tukar Joo Lan Tobacco Co. Sdn. Bhd. yang beralamat di Pengkalan Chepa, Kelantan. Dari pemerhatian aku terhadap tin rokok ini beserta perkataan 'MALAYA' di bawah nama company tersebut, boleh aku estimatekan tin rokok ni MUNGKIN berada di dalam tahun 1948 sehingga 1963
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, January 18, 2017

Selamat Tahun Baru 7up 1977

Apa khabar sedagher sedaghi? Sebelum itu, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada para blogger yang masih setia melawati blog aku yang tak seberapa ini. Mungkin ada orang menganggap dunia blogger ini soooo yesterday. Tapi bagi aku, apa yang telah dimulakan harus dikekalkan. Bukanlah hangat2 taik minyak kejap ada blog, kejap tutup hahaha apa motif sebenarnya tu? Tak istiqomah didalam pembloggeran hahaha ok hari ni aku nak sajikan dengan satu Poster atau kira bolehla aku panggil ianya seabgai poster calendar sebab ia adalah 2 dalam 1. Kebiasaanya pada waktu itu iaitu pada awal tahun, kebanyakan syarikat air soda ini mengeluarkan poster calendar sebagai salah satu cara mempromosikan barang dagangan mereka. Poster/calendar ini akan diletakkan di belakang kaunter pembayaran kedai runcit. Selain memudahkan pekedai untuk melihat tarikh pada poster tersebut, ia juga boleh menampakkan produk tersebut yang ingin diiklankan. Tapi kadang merchandiser pon main letak sebarang je poster/calendar ni haha ikut suka diorang
Ini adalah keseluruhan poster calendar 7up yang dikeluarkan pada tahun 1977. Dengan konsep gambar 1 Malaysia di sekeliling dan calendar di tengah. Tak kusangka ropanya dari tahun 1977 dah ada konsep 1 Malaysia ni. Perpaduan pelbagai kaum dimasukkan dalam 1 poster.
Jika dilihat pada gambar diatas ini, penduduk majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu sedang melansungkan perkahwinan. Dengan pakaian pengantin yang begitu klasik pada masa itu iaitu kain songket. Begitu juga dengan lelaki yang menepung tawar dengan baju melayu cekak musang yang begitu old skool warnanya biru muda air laut dipadangkan dengan kain samping songket yang tidak begitu padan warnanya iaitu merah haha tapi memang, aku lihat foto2 lama bapak aku, pon begitu juga. warna kain samping sangat out of tune dengan warna baju melayu.
Jika dilihat pada kaum yang lagi satu ni, mereka menghidangkan dengan tarian singa dan apa lagi satu tu? yang berkepala botak tu. Mungkin aku boleh gelarkan dia sebagai the joker
Untuk kaum india pula, mereka dihidangkan dengan satu upacara yang sangat famous sehinggakan dimasukkan babak ini dalam filem Madu Tiga iaitu menari ular -ular
Tak dilupakan juga bagi golongan muda-mudi pada masa itu dengan berpakaian yang agak ranggi, berbikini dan short pants serta bermotorsikal yang aku kurang pasti dari jenis model apakah itu, sambil memegang botol 7up.
Produk yang ingin diketengahkan di dalam poster calendar ini adalah botol 7up 200ml. Maka dengan ini terjawab sudah botol ini digunakan pada tahun bila
"Keep It Until Hard To Find"