Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Thursday, May 31, 2012

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2012

Sekarang hebat diperkatakan di media massa tentang perbidaan plate number yang terhangat iaitu WWW1 dan orang yang berjaya membida plate number tersebut adalah DYMM Sultan Johor dan ada juga sindiran2 dan kata2 sinis dari pihak yang iri tentang kejayaan pembidaan tersebut dan Tengku Mahkota Johor juga telah membuat kenyataan di Twitter bahawa Pihak Tuanku tidak pernah menggunakan duit rakyat untuk kepentingan beliau..jadi memandangkan sedang hangat kes ini,aku ingin membuat entry berkenaan program yang telah berlalu 2 minggu lepas iaitu Kembara Mahkota Johor 2012 iaitu dari 12-16 Mei 2012..Jom kita lihat apa ada dalam goody bag yang berjaya diseludup keluar hehehe
Buku Program untuk Majlis kali ini..terkandung pelbagai cerita tentang misi kali ini dan yang lepas
Sperti biasa,gambar DYMM Sultan Johor
Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah
Dan Crown Prince Of Johor
Terdapat pose2 yang menarik oleh DYMM di dalam buku program ni
Kenderaan yang digunakan pada tahun lepas..tahun ini lain pulak rupanya..
Dan bagi sesiapa yang datang semasa pelancaran dan penutup Kembara Mahkota Johor 2012 ni,apabila menunggu Tuanku hendak berlepas,boleh la menggunakan kipas ni apabila matahari tegak berada diatas kepala
'Tangan' besar untuk melambai2 Tuanku semasa berlepas
Button2 ni boleh la disemat di baju2 atau jaket kegemaran anda hehe
Dan barang yang paling aku syiok sekali adalah collar pin ini yang berlatarbelakangkan wajah Sultan Johor beserta engrave Kembara Mahkota Johor 2012. Daulat Tuanku!
"Keep It Until Hard To Find"

7up Glass Same Same

Same Same But Different itulah yang aku boleh cakap dalam entry kali ni.Mungkin kolektor lain mempunyai banyak variasi gelas 7up yang ini,tapi aku hanya meng up kan logo yang hampir serupa tapi berlainan permukaan gelasnya.Dan kalau dilihat gambar dibawah ini,kelihatan hampir serupa gelas 7up yang 3 biji ni jika tidak diamati dengan teliti.dan mungkin ada yang terlepas pandang
Di bahagian belakang pula,macam biasa berlogokan tulisan Chinese dan gelas di bawah ni mempunyai permukaan yang smooth dan licin
Gelas yang kedua ni pula mempunyai permukaan mungkum ke dalam iaitu dari bahagian pinggang hingga ke kaki
Dan gelas yang ketiga ini pula mempunyai permukaan yang timbul ke luar dari bahagian pinggang hingga ke kaki
Jika ditonggeng kan kedua2 gelas ini,baru lah kita dapat lihat perbezaan permukaannya
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, May 28, 2012

Gelas Seletaris

Akhirnya pencarian gelas yang satu ni berakhir juga...ini pun dengan pertolongan seorang rakan lama yang berada di Pontian Johor mendapatkan gelas ni.Di hadapan dengan berlogokan Shield 'S' dan tertera tulisan Seletaris Mineral Spa Water. dan ternyatalah jangkaan rakan baik aku mengatakan air ini adalah air rendaman kaki orang yang pergi ke spa hahaha
Di bahagian belakang pula tertera script chinese..
Dan terjawab lah dari mana datangnya gelas Seletaris Mineral Spa Water ni..salah satu produk keluaran Fraser & Neave di akhir era 80an dulu
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, May 14, 2012

The Great Years

Tempohari seorang teman dari Temasek telah memberikan aku sebuah cenderahati yang merupakan sebuah buku yang dikeluarkan oleh Fraser & Neave Ltd.
Sempena Ulangtahun 100 tahun F&N.Buku ini pernah di up kan di sebuah blog rakan aku sendiri tetapi aku berikan lebih detail bagi yang belum menatap dan menghayati buku ini
Chairman F&N
Batu 'Bersurat' F&N serta gambar2 terawal Lori perdagangan yang dibawa masuk pada tahun 1906 dan Kapal terbang yang pertama kali mendarat di Temasek pada tahun 1911
Penceritaan awal bagaimana botol soda F&N dibawa masuk.Korang zoom lah gambar ni untuk mengetahui cerita yang lebih lanjut..
Bangunan F&N yang tersergam indah di Jalan Siak Singapura pada tahun 1906, Kilang F&N di Kuala Lumpur dan Kilang F&N di Penang pada tahun 1906
Diantara iklan terawal F&N yang aku pikir agak mengarut dengan slogan IA TIDAK TERLALU AWAL UNTUK MENGAMBIL AIR SODA F&N.tapi dalam mengarut2 dia,ada juga keberkesanan di dalam marketing penjualan minuman F&N ni.thats the power of advertisement huh?
Diantara produk2 F&N yang agak famous pada masa itu..menarik jugak kan tin can DAD's Root Beer tu kan? Ada sesiapa yang simpan?
Kilang F&N di Temasek pada tahun 1983..tempat kerja datuk aku ni huhuhu..
Menarik bukan,kalau anda sekarang menyimpan full set can ni?
Logo yang digunakan pada tahun 1940-an
Logo F&N pada tahun 1960-an
Logo semasa..tahun 2012 masih menggunakan logo ni ke?
Sejarah ringkas perjalanan F&N dari awal..
bagi yang belum sempat mengetahui cerita F&N..
Harap lepas ni semua orang boleh menjawab soalan periksa kalau keluar soalan sejarah ni hehehe
so dah tau cerita serba sedikit tentang F&N? harap dengan entry ini,dapat lah aku membantu untuk melengkapkan pengetahuan para pembaca blog serta kolektor...
ok jom kita layan produk2 keluaran F&N pada tahun 1983..wow..botol F&N medal..yang kaler putih tu,air apa ya?dan yang disebelah nya tu,botol hijau berperisa Mineral Spa? ada sesiapa yang simpan botol ni?aku ada bertanya pada beberapa kolektor tentang kewujudan botol SELETARIS ni.ada seorang rakan aku,menjawab,ni air basuhan kaki orang yang pergi ke spa.tak masuk akal langsung! hahaha..dan seorang lagi teman menjawab air ini dikeluarkan sempena air mineral yang keluar di Seletar Reservoir Singapore. Betul ke?ada sesiapa yang ada info mengenai air SELETARIS ni?
Pelbagai steel can yang dikeluarkan oleh F&N.aku tertarik dengan steel can Orange Crush tu. Cun kan?dengar2 Zul Botol Larkin ada menyimpannya..haha..kalau ada,nanti aku pinjam dari dia untuk upkan gambar kat blog aku ni.Boleh ke Abg Zul?
7up pun masih dikeluarkan oleh F&N pada tahun 1983 ni..
Cuba lihat produk2 keluaran F&N ni..everytime kaca hijau..steel can Zappel..fat bottle paper label..Heineken..Ridsect..Sunkist..dan macam2 lagik ah
Dan pastinya...COCA-COLA!
COKE muntut hitam..ada yang simpan?
Dan yang terakhir..the legend Fraser & Neave Soda Water!
Harap semua terhibur dengan entry kali ni yang agak memberi informasi serba sedikit.tentang harga buku ini?hanya SGD30 sahaja..berbaloi kan?
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, May 2, 2012

Ship Vs. Ship

Salam Bersih semuanya hehe..hari ni aku nak buat perbedaan tentang 2 brand botol yang mempunyai trade mark yang hampir serupa,tapi agak berlainan sedikit.Mungkin bagi orang lama,benda ni dah biasa tengok.tapi bagi aku yang baru ni,agak menarik juga.Ok, yang pertama adalah botol embossed 200ml dari jenama Eastern Aerated Water
Jika diteliti logo atau trade mark yang digunakan adalah berlogo kan kapal laut atau Ship beserta ombak. Berbentuk diamond dan di luar diamond tersebut tertera perkataan 'Trade Mark'
tetapi lain pula dengan botol yang satu ini dari jenama K.G. Siang. Botol ini aku pinjam dari seorang teman lama di daerah Pontian, Johor. Mempunyai logo serupa dengan Eastern A.W tetapi agak berlainan sedikit bentuk kapalnya serta ombak dan juga asap dari serombong kapal ni
Di sebelah kiri tertera tulisan Cina yang bermaksud Aerated Water (tolong betulkan kalau aku silap)
Dan di sebelah kanan nya tertera tulisan Cina berbunyi 'Jing Yuen Chang' yang bermaksud kekayaan ataupun prosperity (tolong betulkan kalau aku silap). agak jauh juga sebutan K.G. Siang dengan Jing Yuen Chang.Atau mungkinkah Branding yang sama sebutannya?
Yang pastinya,kedua-dua brand ini berasal dari Singapore.
"Keep It Until Hard To Find"