Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Tuesday, January 31, 2017

Keng Hai Tin

Tidak banyak info tentang cawan kembar dua biji ini
Aku beli pun secara online dengan harga yang amat murah. Bila aku bertanyakan orang selangor tentang kehadiran kedai kopi Keng Hai Tin ini, mereka pun tidak mempunyai apa2 info mengenainya. Adakah ianya sebuah kopitiam atau sekadar nama company? Berdasarkan alamat yang tertera, aku pun google. Tiada. Yang ada hanyalah kawasan perumahan kampung berdasarkan alamat tu.
Apa dia tulis?
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, January 30, 2017

Mirinda 1000ml Lemon Lime Ade

Ok korang pernah nampak mirinda kaca hijau ni?
Isipadunya 285ml berperisa Limau. Korang masih ingat lagi rasa dia? Tapi entry kali ni ada satu botol dari mirinda yang serupa juga dgn botol ini, masih berkaca hijau
Perbezaannya dengan botol tadi, ianya adalah berisipadu 1000ml atau 1litre. Memang besar ok. Yang syoknya mengenai mirinda hijau ini, kondisi botol ini adalah almost perfect. Hampir tiada cacat celanya. Macam baru keluar dari kilang! Jika diteliti pada kaki botol ini, tertera tulisan From the maker of pepsi cola. Bermaksud mirinda ini juga adalah salah produk dari pepsi.
Yang syoknya tentang air soda dari asia yang merangkumi Malaya, Temasek & Hong Kong, terdapat dwi bahasa iaitu english dan juga bahasa cina. Ini yang membuatkan barangan asia ni digilai oleh mat2 saleh diluar sana. Apetah lagi kalau yang masih full-bottle macam mirinda ini
Dengan penutup yang masih tertutup rapi dan kemas, boleh dilihat perisa air mirinda ini iaitu Lemon-Lime Ade. Apa itu ade? Ade adalah fruit juice yang ditambah pemanis seperti air gula ataupun madu. Biasanya pada jus citrus seperti Orangeade dan Lemonade. Dari pemerhatian aku, botol ini boleh la aku anggarkan dikeluarkan pada awal tahun 80-an
Bila dah ada botol2 mirinda hijau ni, boleh la pairkan dengan poster kadbod yang bersaiz besar ni
"Keep It Until Hard To Find"

Tuesday, January 24, 2017

General Cigarettes

Puas aku carik tentang info pada brand yang satu ini tapi menemui jalan buntu. Aku mencari kotak rokoknya tapi tidak juga berjaya. Jadi aku mengambil keputusan untuk up disini. Mana lah tahu ada rakan2 yang mempunyai info atau ada kolektor yang masih menyimpan kotak rokok asal nya.
Jenama rokok yang bernama General Cigarettes ini aku tidak tahu dari mana datangnya. Adakah England? Imej yang ditayangkan pada permukaan tin rokok ini adalah berupa seorang Jeneral atau ketua peperangan yang sedang mengangkat pedang. Sangat klasik grafik yang terpampang
Ada sesuatu yang menarik minat aku tentang tin rokok ini. Aku try google nama company yang tertera tu iaitu Joo Lan Co Ltd. Masih wujud! tapi dah tukar Joo Lan Tobacco Co. Sdn. Bhd. yang beralamat di Pengkalan Chepa, Kelantan. Dari pemerhatian aku terhadap tin rokok ini beserta perkataan 'MALAYA' di bawah nama company tersebut, boleh aku estimatekan tin rokok ni MUNGKIN berada di dalam tahun 1948 sehingga 1963
"Keep It Until Hard To Find"

Wednesday, January 18, 2017

Selamat Tahun Baru 7up 1977

Apa khabar sedagher sedaghi? Sebelum itu, aku ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada para blogger yang masih setia melawati blog aku yang tak seberapa ini. Mungkin ada orang menganggap dunia blogger ini soooo yesterday. Tapi bagi aku, apa yang telah dimulakan harus dikekalkan. Bukanlah hangat2 taik minyak kejap ada blog, kejap tutup hahaha apa motif sebenarnya tu? Tak istiqomah didalam pembloggeran hahaha ok hari ni aku nak sajikan dengan satu Poster atau kira bolehla aku panggil ianya seabgai poster calendar sebab ia adalah 2 dalam 1. Kebiasaanya pada waktu itu iaitu pada awal tahun, kebanyakan syarikat air soda ini mengeluarkan poster calendar sebagai salah satu cara mempromosikan barang dagangan mereka. Poster/calendar ini akan diletakkan di belakang kaunter pembayaran kedai runcit. Selain memudahkan pekedai untuk melihat tarikh pada poster tersebut, ia juga boleh menampakkan produk tersebut yang ingin diiklankan. Tapi kadang merchandiser pon main letak sebarang je poster/calendar ni haha ikut suka diorang
Ini adalah keseluruhan poster calendar 7up yang dikeluarkan pada tahun 1977. Dengan konsep gambar 1 Malaysia di sekeliling dan calendar di tengah. Tak kusangka ropanya dari tahun 1977 dah ada konsep 1 Malaysia ni. Perpaduan pelbagai kaum dimasukkan dalam 1 poster.
Jika dilihat pada gambar diatas ini, penduduk majoriti di Malaysia iaitu kaum Melayu sedang melansungkan perkahwinan. Dengan pakaian pengantin yang begitu klasik pada masa itu iaitu kain songket. Begitu juga dengan lelaki yang menepung tawar dengan baju melayu cekak musang yang begitu old skool warnanya biru muda air laut dipadangkan dengan kain samping songket yang tidak begitu padan warnanya iaitu merah haha tapi memang, aku lihat foto2 lama bapak aku, pon begitu juga. warna kain samping sangat out of tune dengan warna baju melayu.
Jika dilihat pada kaum yang lagi satu ni, mereka menghidangkan dengan tarian singa dan apa lagi satu tu? yang berkepala botak tu. Mungkin aku boleh gelarkan dia sebagai the joker
Untuk kaum india pula, mereka dihidangkan dengan satu upacara yang sangat famous sehinggakan dimasukkan babak ini dalam filem Madu Tiga iaitu menari ular -ular
Tak dilupakan juga bagi golongan muda-mudi pada masa itu dengan berpakaian yang agak ranggi, berbikini dan short pants serta bermotorsikal yang aku kurang pasti dari jenis model apakah itu, sambil memegang botol 7up.
Produk yang ingin diketengahkan di dalam poster calendar ini adalah botol 7up 200ml. Maka dengan ini terjawab sudah botol ini digunakan pada tahun bila
"Keep It Until Hard To Find"