Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Monday, August 30, 2010

Sesi Korek Botol Di Temasek

di bulan puasa ni,aktiviti luaran sesi korek mengorek di JB agak kurang dijalankan memandangkan partner aku abg dolah membuat ubah elok rumahnya maka aktiviti bersamanya agak kurang sedikit.mungkin bulan puasa ni tak larat agaknya hehe..jadi aku pun membuat planning sendiri untuk mengorek botol di temasek.buat masa sekarang ni aku taklah aktif sangat mengumpul botol.cuma kalau ada,aku sapu.itu aja..perjalanan aku start di sebuah kedai menjual barang2 bola.dan ada terselit 1-2 barang coca cola juga.diantaranya adalah

set tin can yang sudah diawet haha..ada coke biasa dan diet coke.mengikut kata ownernya,dia dah simpan benda ni lebih dari 10 tahun.mungkin ya mungkin tidak.so dengar ajalah.harganya pon tengok lah sendiri.$180 each.kalau diconvert ke duit malaya,lebih kurang rm420.ada ke orang nak beli?so pergi lah ke bahagian lain pula..dan mata aku ternampak 1 benda yang tersergam indah

signage neon light coca cola! tapi malangnya,kedai ni tutup..so tak dapat lah aku bertanyakan harganya..tapi rasa mcm for display only ni..suis dia sume complete.tinggal nak tebuk lubang ke dinding pastu gantung luar rumah aja..hehe
so perjalanan diteruskan lagi ke lokasi berlainan.kali ni ke flea market.sesampainya kat situ,ada 1 booth ni.yang jaga amoi polak tu.pakai tanktop lowcut polak..aduii mencabar keimanan betul la..kalo tak caya,tanya si blurguyz79,memang belanja aritu haha..sampai aku pon naik segan nak berbual berpandangan mata dengan amoi tu.nanti dia ingat aku tengok aset dia pulak.so bila berbual tu,mata aku pandang ke lain.lepas tu,barang yang aku tanya,jauh pulak si amoi tu nak menggapai.so terbongkok2 la dia mengambil botol2 tersebut haha..tak banyak yang aku beli sebab BG79 dah sapu semuanya.so ada la tinggal 1 botol yang ini



botol fanta soda water yang masih berisi air berasal dari indon.di malaysia aku tak pernah nampak pula flavour ni.atau mungkin aku terlepas pandang.botolnya masih cantik 95%.dan masih terdapat tanda harga Rp.800.mengikut kata amoi yang menjual botol2 ni,ini adalah barang laki dia.so bila laki dia takde kat rumah,dia mengambil peluang menjual botol2 yang menyemak kat rumah dia haha..kesian..aku macam nak ambil gambar amoi tu,tapi aku try next time lah kalau dia pakai sexy2 lagi haha..so perjalanan diteruskan lagi ke sebuah kedai.korek punya korek,terjumpa lah aku pada botol ni..


f&n ginger ale! mungkin botol yang lengkap ada air dan label yang cantik mungkin terdapat di tangan kolektor semua.tapi bagi aku,dapat botol sebegini pun dah kira ok lah untuk menambah koleksi.sebab koleksi aku pun bukan tertumpu pada botol sangat.kira boleh la menempatkan ruang yang kosong di rak aku tu..tentang harganya pula,tersangat lah murah kalau berbanding dia malaya ni yang mencecah 3 kali ganda harganya.tapi bergantung pada tempat juga..ada juga yang menjual dengan harga $35sing.bergantung pada nasib jugak kalau korek botol ni.tapi botol yang aku dapat ni,kira macam macam makan McValue meal kat malaya lah seadanya..perjalanan diteruskan lagi kat sebuah kedai menjual barang2 antik.boleh tahan juga harganya.bagi kolektor yang muda macam aku ni,hanya mampu lihat saja koleksi dan kadang meleleh juga air liur tengok barang2 danharga2 yang dijual.dalam pada mata melilau macam penyamun,terpandang lah aku pada 1 botol ni..



botol f&n emboss singa berdiri.yang condition nya aku rasa memang cun.berkilat.tak banyak calar.itu pandangan aku la.mungkin kalian memiliki botol yang lagi cun siap ada air ye tak?botol yang aku dapat ni warnanya macam grey sedikit.berbanding dengan botol yang aku dapat sebelum ni kaler kehijauan2 sedikit.nanti aku balik kampung try bandingkan kalernya.kalau tak sama,baguslah..so perjalanan diteruskan lagi ke kedai area situ jugak dan pengkorekan diteruskan lagi untuk menggeledah apa botol yang si peniaga ni sorokkan.dan akhirnya terjumpa lah botol yang ini..




botol coke emboss TRADEMARK kaler hijau.so far yang ada dalam simpanan aku cuma sg40 clear.gambar yang di bawah sekali tu adalah perbandingan dengan botol sg40 clear.cuma sg40 aqua je belum ada rejeki untuk memilikinya hehe..BG79 dah lama kepingin dengan sg40 aqua ni.cuma belum berkesempatan jugak macam aku..takpe bro,pelan2 kita cari.mesti ada punya..bak nasihat cikgu kamil,jangan gopoh..mesti 1 hari akan dapat punya.kena belajar tahan napas kalau nak menyelam sungai tu haha..so pencarian hari tu ditamatkan dengan penemuan botol emboss coke TRADEMARK ni..berbaloi lah juga berpuasa pada haritu..mungkin rejeki yang diberikan tuhan agaknya..walaupun tak seberapa,aku rasa bersyukur sangat dengan penemuan hari ni.boleh la kiranya mengisi ruang kosong di rak display aku pada hari raya ni.ada satu ayat BG79 cakap kat aku."kata kau dah stop main botol,tapi jumpa botol,ko sapu jugak!hampeh betul!" alamak..terasa jugak bila BG79 mensound aku sebegitu rupa haha..apa boleh buat,dah minat botol!enjoy!

Shopping Raya

sempena hari raya yang akan tiba ni,orang lain sibuk bershopping kat bazaar atau shopping center,yang aku ni pulak sebab dah lama tak bukak lamanweb lelong tersohor 1 malaya,so surfin around la mencari barang2 yang boleh dipakai pada hari raya.dok sibuk menggoogle tu,nampak la 1 item ni.tengok COD dia kat simpang renggam.laaa..orang kampung ropanya..ha apalagi,terus la konteki si penjual ni hehe

dalam masa ber sms2 tu,dia boleh tanya aku,ko ni anak sedara ali popia ke?hahaha..famous gak mr.coke ni ya

so hari raya ni boleh la bergaya dengan topi coca cola AMF ni untuk mengelakkan panas terik semasa sesi kolek duit raya haha..enjoy!

Thursday, August 26, 2010

Stapler Coca Cola


semalam pegi ke pasar karat jb,terserempak dengan benda ni.nampak macam botol coca cola.besar pon sama.macam botol air coca cola yang lain

bila diamati dengan lebih dekat,eh kenapa pulak montot botol ni terbelah dua?

pastu ada gambar orang tengah cepit kertas pulak tu

laaa..rupa2 nya stapler...

mati2 ingatkan botol dalam packet hehehe..

Monday, August 23, 2010

Kisah Sedih 2


lagi2 cerita sedih.bosan si bob chentapepsi mendongarnya hehe..tapi apa boleh buat,dah memang nak dijadikan novel,so cerita jelah kat sini.semasa korang semua bersuka ria di amcorp tempoh hari,aku yang hanya menjenguk dari geluk jampi pa' blalang,mengirim satu poster dari seorang teman.iaitu poster melintang sinalco/kickapoo.suatu waktu dulu,aku pernah di offer oleh seorang teman juga dengan harga rm120.dan yang dijual di amcorp ni pula rm30 sahaja.kemungkinan besar yang rm120 itu adalah original.dan yang dijual di amcorp ini adalah reprint.nampak dari mata kasar materialnya lebih kurang yang ori,dan ada orang kata yang rm30 ni pun ori.aku pun tak dapat bezakan yang mana ori dan yang mana reprint.tak kesah la yang mana 1 ori,tapi orang dah tolong belikan,bersyukur ajalah ye tak?

Friday, August 20, 2010

Sesi Korek Solo Di Bandar JB

hari sabtu lepas,aku tak balik kampung,dan tak ada aktiviti lain sempena bulan puasa yang mulia ini,badan pun tak penat,maka terlintas lah pikiran nak mengorek barang di sekitar bandar JB.apalagi,start motor,vroom2.pusing lah aku kat bandar jb ni dengan mata penyamun mencari2 barang2 yang boleh dibawa balik.tapi biasalah,bandar besar,mana ada lagi barang?cuaca hari tu pon agak baik.mendung aja.dan aku berhenti di 1 spot yang menarik pandangan mataku ni.
tu dia sign coca cola yang sebesar tiang pemeluk tersergam indah di tengah2 bandar jb.ikutkan hati,nak aja aku ompil dan bawa balik sign ni.tapi aku cuma bawak motor aja,so lupakanlah niat setan ku ini

masa aku masuk ke kedai ni,semua orang pandang aku semacam.laaaa..rupanya aku masuk kedai makan! haha,patutla..so yang sempat aku amik gambar adalah icebox mamak ni yang sama juga design dengan tiang di luar.
ini adalah stiker yang ditampal dan aku mintak juga untuk kopek,tapi mamak tu tak bagi hehe..bagi sesiapa yang tahu info pasal sign ni tahun berapa,sila bagi info di ruangan komen ya

perjalanan pun diteruskan dengan tangan kosong.dan aku berhenti di sebuah kedai runcit lama.dan mataku terpandang pada satu objek berwarna merah.so macam biasa,susun ayat power,nak beli roti kacang buat modal macam cinta pepsi,puasa lah pulak.so just tanya ajalah benda ni.apek,ini bekas lu pakai ka?apek tu tak layan aku.aku cakap,apek,wa belikan lu 1 baldi,lu bikin tempat letak itu plastik.ada ke bekas ni dia buat letak plastik.apek tu terus menggelengkan kepala.dan aku pun mengoffer rm5 kepada apek tu.pek,wa bagi lu rm5 lah ya.dia pun buat bodoh jugak.last skali,aku pon tekan ayat power yang selalu digunakan oleh abang dolah.terus apek tu carik tapak bawahnya,dan diberikan pada aku.
nah,inilah dia bekas yang aku maksudkan tu.bekas tisu MINUMLAH coca cola.walaupun haus,berbaloi lah hari tu berkat kesabaran di bulan puasa.so selamat menjamu selera,selamat berbuka puasa semua!enjoy!

Semalaman Bersama Abang Dolah


haritu masa sesi teh tarik a.k.a bersahur bersama2 kolektor JB,abang dolah telah memberikan setiap seorang souvenir iaitu sebatang pensel kontot.terdapat 2 design,bebsi coia,dan mee maggi coca cola.aku telah memilih bebsi coia sebab walaupon pensel tekan ni bukanlah keluaran original,tapi mirip keluaran ori.berbanding dengan mee maggi coca cola haha..bagi kolektor JB lain yang mendapat pensel tekan mee maggi coca cola,silalah upload gambar tu.boleh kita study barang coke ni hehe..apalagi amer pandan dan pitt coke,bukaklah blog!

Gelas Plastic Pepsi


yeeha yeeha! kasik line panazzz haha..jika anda mencintai pepsi,adakah anda sudah memiliki gelas pepsi logo vintage yang sebegini ropa?hehe..salah satu siri koleksi gelas plastik pepsi yang harus anda miliki bagi melengkapkan siri gelas pepsi anda.kondisi agak teruk sedikit dengan calar balar,almaklumlah barang 80's..tapi rasanya kalau nak berzakat kat pencinta pepsi ni,memang diterima dengan tangan yang terbuka kan?

Hadiah Dari Teman

hari ni sempena penghulu segala hari,aku menerima 1 bungkusan yang tak diduga.sungguh cantik bungkusannya.begitu teliti cara mengikat tali bagaikan hadiah hari jadi.disebabkan bulan ni adalah bulan lahir aku,dan tak dapat prezen 1 apa pun,maka bungkusan ni dijadikan hadiah untuk pengubat hati yang lara hehe..walaupun kertas pembungkus bukan yang bercorak atau berkaler2,tapi memang indah di hati apabila menerima bungkusan yang cantik sebegini.

bila dibuka dengan teliti,maka terlihatlah barang yang disusun di celah2 timbunan surat khabar tu

eh eh,tumbler apa ni?wah boleh la buat bekas minum air kathira JB di bulan pose ni huhuhu

owhh..rupanya hadiah tin coca cola worldcup 2010 malaya yang lepas..

tapi nanti dulu!

tin bukan sebarang tin,tin ini berasal dari lubuk coca cola yang digunakan untuk mengisi duit sempena kocek pokai di hari raya kelak hehe

di dalam bulan yang mulia ni,masih ada insan yang bermurah hati untuk menghadiahkan coin can yang tidak lah se rare mana bagi kolektor lain,tapi amat bermakna bagi aku selaku kolektor muda dari daerah JB ni.bukan senang untuk mencari hati yang sebegini ikhlas men'support' kolektor2 muda untuk berkongsi barang tak kira lah rare atau pun tidak.dan terima kasih yang tak terhingga diucapkan kepada abang ZUL COKE kajang diatas pemberian yang amat berharga ini.jasamu akan dikenang sentiasa.akan ku gantikan coin can ini dengan barang yang setimpal.tunggu baranganmu sampai di hadapan daun pintu rumah mu ya.enjoy!

Thursday, August 19, 2010

Sepetang Di Temasek Bersama 1liter

pada permulaan aku berjumpa dengan BG79,ada ternampak 2 botol 1liter coke spore kat bilik dia.puas aku memujuk dia suruh jual kat aku.tapi dia cakap botol tu milik orang lain.pujuk punya pujuk pun tak jalan jugak..akhirnya dia bagitau yang botol2 tersebut adalah milik otai2 kat malaya ni hehe..yang ada air milik cikgu kamil dan yang kosong milik bro megat.baru aja nak potong jalan.tapi pabila mendengar nama2 tersebut,niat jahat aku pon terbatal(kehkehkeh..gelak setan BG79) menurut kata cikgu kamil,di KL,coke 1liter spore boleh mencecah sehingga rm250! betul ke cikgu?wah sampai macam tu harga nya ya..mungkin yang mint condition agaknya..dan ada seorang kolektor di JB ni yang membeli botol kosong coke 1liter rm120 dan urusniaga itu berjalan di depan mataku sendiri.memang hebat penangan coke 1liter spore ni.dan selepas tu aku pun menyuruh BG79 mencarikan aku sebotol coke 1liter spore yang ada air.kalau yang kosong,memang berlambak kat temasek tu! bukanlah sombong tak ambil botol kosong..tapi kalau yang ada air tu lagi stim! haha..bagai melihat awek yang berbaju kurung,compare dengan minah saleh baju sprite di blog aku ni!(haha tu BG79 dah booking).tunggu punya tunggu,BG79 asyik memberi jawapan yang hampa.."jangan risau zal,kalau ada,aku mesti belikan kau."tapi nak dijadikan cerita,satu hari tu aku janji dengan BG79 jumpa di temasek.dan bila aku sampai,dia tak sampai2 lagi.rupanya dia tertinggal henfon dan patah balik.orang2 tua kata,kalau tertinggal sesuatu dah keluar rumah,lupakan aja,jangan patah2 balik.sebab rezeki anda pada hari tu kemungkinan akan hilang..tiada hadith yang mengesahkan tapi petua orang2 tua ada kalanya betul..so aku pon gerak sorang2.dan mungkin rejeki aku pada hari tu,bukan coke 1liter sahaja yang aku jumpa,malah pepsi 1liter dan mirinda 1liter jugak aku jumpa.kesemuanya ada air! maka apabila BG79 sampai,aku sudah balun kesemuanya..disebabkan harga yang begitu murah di offer oleh peniaga tu hehe maka tak tidur nyenyak lah BG79 malam tu(sorry bro! adik bradik tak boleh gado2 ya hehe)


Tumbler AntiFreeze Silver Coca Cola

Perjalanan ke benut pontian, johor diteruskan untuk mencari barang2 coca cola yang boleh dibawa pulang dan hasilnya kutemu sebiji tumbler yang masih new old stock old new stock hehe yang harganya memang tak masuk akal.makan tengahari di bulan puasa ni pon tak semurah botol yang aku jumpa ni

terdapat tag yang asal dan masih belum ditanggalkan

original dikeluarkan oleh coca cola pada tahun 2002

dan amaran tidak boleh memasukkan air panas yang mengakibatkan kulit terbakar haha..enjoy!

BottleCap Sign Coca Cola


masa abg dolah pergi lawatan sambil belajar di amcorp mall,aku ada memesan untuk mengirim barang yang tak sempat aku upload sudah sekian lama.la ni baru sempat tangkap gambar dan benda ni aku dapat cukup murah dari harga yang tertera.dikeluarkan pada pertengahan 90an,bermaterialkan metal atau tin,disertakan dengan kotak penggantung.sign ini boleh dikeluarkan dari kotak dan boleh digantung juga.tapi memandangkan di kotaknya terdapat serial no iaitu #09047,maka aku bercadang untuk menggantungkannya dengan kotak2 sekali.dikeluarkan di negara asalnya iaitu u.s.a,lukisan botolnya amat berbeza dan berkualiti dari sign2 yang dikeluarkan di asia.colornya berbeza dan lukisannya lebih detail dari sign2 coke asia.bayangkan yang ni sahaja sign yang ke 9047.dan sudah tentunya yang selebihnya banyak terdapat di tangan2 kolektor seperti anda.enjoy!

Monday, August 16, 2010

Piring Players Silver Red


piring jenama rokok yang mendapat kontroversi sejak awal kemunculannya.sudah merendahkan diri untuk meminta maaf dan tidak mahu cari gaduh,tapi masih ada lagi juga sindiran2 sinis yang dilemparkan.macam besar sangat dosa aku ni haha..dan yang pelik,kenapa hati orang2 seperti ini sangat busuk sekali?tak sangka ya orang warga emas jaman sekarang ni mentalnya masih kebudak budakan..ok lah aku pun malas nak cari gadoh lagi.lantaklah apa orang nak cakap,nak kita ikut nasihat dan ajaran,sudah diikuti.apalagi nak?nak aku bawak band pancaragam pegi lalu depan rumah korang ke?hahaha..mungkin itu yang dia hajati...bagi yang sudah muhasabah diri dan cari jalan perdamaian,baguslah..tapi bagi yang masih tidak sedarkan diri,apa boleh buat..baik batalkan aja puasa tu makan nasi goreng basi kalau hati tu tak ikhlas memaafkan orang lain..
berbalik pada piring yang 1 ni,aku dapat pon diatas lantai dijual di pasar karat temasek..takla mahal sangat..murah aja..tapi boleh la untuk melengkapkan koleksi aku yang tak seberapa ni..enjoy!

Kisah Sedih..

semasa kemeriahan bottle trade fair di amcorp berlangsung,tanpa disedari aku ditinggalkan keseorangan di JB ni..mungkin salah jangkaan ataupun miscommunication atau pun disebabkan ada perkara lain..tapi tak mengapa,aku cuma beranggapan benda tu bukan rejeki aku.tapi disebalik kejadian tersebut,ada hikmahnya.ada juga insan yang baik hati memberikan sebiji botol tropi pendek yang dibawa balik dari amcorp.terima kasih blurguyz79! jasamu akan dikenang.

sebiji jam Masa untuk Coca cola pon berjaya dibawa pulang ke JB oleh pertolongan Blurguyz79 dan Dato chua.jam yang menjadi idaman abg dolah sejak sekian lama.akhirnya berjaya juga kita berdua untuk mendapatkan jam yang tak seberapa ni ya!
dalam pada kemurungan tidak dapat pergi ke amcorp,aku pun menjemput Bob Pepsi untuk pergi berjalan2 di temasek dan membuat perjanjian setan.coke untuk aku,pepsi untuk bob.deal! maka pencarian pun bermula.kami pergi ke sungei road.aku hanya menjumpai sekeping pinggan coke dan sebiji botol coke silver cap berharga sekeping coklat.bob pula hampa tidak kelihatan bayang pepsi pun.tapi tak mengapa.aku pun mengajak bob ke satu tempat yang tidak pernah dilawati oleh bob sebelum ni.maka dengan rejeki yang tidak disangka2,bob pon terjumpa dengan mini fridgenya yang harga nya tidak masuk akal.dan bob pun menghulurkan wang yang setimpal dengan harga sehelai tshirt(paham2 la bob ya! haha)dan aku pula mendapat rejeki terpijak terjumpa 2 button yang cikai aja

sebiji button adalah dari u.s.a berukuran 1.5 ft dengan kondisi yang masih cemerlang dan di belakangnya masih terdapat tag yang agak kurang sikit kondisinya tapi masih boleh dibaca

satu lagi button adalah dari malaya yang kurang sikit kondisinya dari button u.s.a tadi,dan colornya agak kusam sedikit.tapi boleh laaaa..saiznya berukuran 2ft

maka perjalanan kami haritu memang pulang dengan hati masing2 tersenyum.walaupun bob ditahan semasa pemeriksaan kastam.nasib baik oghe kampo yang tahe..haha dan kami amat berpuas hati walaupun tidak dapat bersama kolektor lain dia amcorp dan berharap dapat jumpa kalian dia lain waktu.enjoy!

Friday, August 13, 2010

Player's Mirror


Cermin ini tahun 1920 di antara cermin yang aku dapat masih dalam berkeadaan baik.Sign cermin ini sudah wujud sejak tahun 1890 lagi. Ramai collector tidak tahu yang cermin ini mendapat harga yang setanding dengan enamel signboard.Memang menarik untuk di display dan dijadikan koleksi.
Anda bila lagi??
sekarang inilah masanya.ada didepan mata.barang ni masih boleh dicari kalau anda berusaha.dan aku rasa tidaklah se rare mana pun cermin 1920's ni.aku bukan untuk mengeruhkan keadaan disini.malah aku ingin menjernihkan keadaan yang dah kusut masai dalam arena koleksi di malaya ini.ada yang panas hati,ada yang jadi nasik tambah,ada yang menipu sana sini,ada yang suka main badminton,ada yang botologi,bodohlogi dan butohlogi dan bermacam2 loji lagi haha..dan bak kata blurguyz79,jangan kita menjadi egologi!
yang seorang ni agak gigil apabila sekumpulan pencari botol mendapat botol2 rare,takut melebihi dari koleksinya.tapi bagi aku,di dalam arena koleksi ni,bukan semua barang yang kita ada,ada pada dia.dan bukan semua barang yang dia ada,ada pada kita.kalau semua barang kita nak kolek,mampos! dan bak kata abang dollah,sebenarnya harga sesuatu barang,bukanlah seller itu yang menentukan harga nya,owh,kalau tray dari london,tiada harga.kalau tray jin dan tonik,ada harga! macam tu ka? siapa anda untuk menentukan harga sesuatu barang tu?barang2 ni bukan laku pun kat pajak gadai! macam tu lah serba sedikit kata2 dari abg dolah yang aku jadikan iktibar.terpulanglah pada anda masing2 untuk memilih jalan yang lurus.biar kita yang menguasai barang,jangan sampai barang yang menguasai kita! sebab aku tengok makin lama makin tak sedap baca blog masing2.tak macam tahun2 yang sudah.tapi blog korang,korang punya suka lah.blog aku,aku punya suka lah.tapi berlapik lah sedikit ayat yang digunakan tu..bangsa lain sibuk menaikkan taraf hidup masing2,yang kita ni sibuk dok mengata orang sana,mengata orang sini,bangga dengan koleksi yang ada,baik kita ambil jalan untuk menunjukkan koleksi masing2,lepas tu compare dengan koleksi orang lain.dan mendapat ilmu dari percantuman koleksi siri tersebut.sebagai contoh,aku tak akan sebut nama disini,minta maaf ya kalau saya terkasar bahasa.si polan ni ada cermin yang tulis tobacco and cigarette,dan saya pula ada cermin yang lain sikit pattern nya tulis player's please.jadi para kolektor di luar sana dapat belajar,owhh rupanya ada pelbagai design cermin players ni.dan pada sesiapa yang ada siri koleksi cermin players ni,keluarkan lah,tunjuk koleksi anda.jadi dari situ kita akan dapat info yang berguna.baru lah lengkap siri koleksi players ni.barulah orang luar akan tabik dengan kolektor malaya ni.tapi saya minta ampun dan maaf sempena bulan baik ramadhan ni jika ada terkasar bahasa pada posting yang lepas2.semoga kita dapat jadikan blog para koletor malaya ni sebagai bahan rujukan di masa ini dan di masa hadapan.enjoy!

Mouse Pad Coca Cola


haritu aku,amir dan pit selepas pegi shopping baju raya kat city square,pergi lah ke pasar karat jb untuk bershopping lagi haha..si amer sibuk membelek2 keychain coca cola,si pit pulak mengambil barang yang di bookingnya terdahulu..si amer ni memang senang goyah la pendiriannya hehehe..lek mer! aku gurau je! haha..baru kena racun sikit,dah goyang.tak tau mana 1 nak ambil hehe..last2,dia ambil juga keychain yang pada aku amat berkualiti untuk dijadikan koleksi.takpe mer,slow2 k.lepas melayan 2 kawan bershopping ni,aku pulak bershopping.hehe dan terjumpa la mouse pad yang 1 ni tahun 1995.disebabkan bentuknya yang menarik,dan menyerupai button coke malaya,so aku pun angkat terus! boleh la digunakan kat opis ni buat meletakkan tetikus ku.enjoy!

Monday, August 2, 2010

Calendar Aluminium Craven A


salah satu variasi calendar daripada craven a yang aku pernah ternampak di blog seseorang tenaga pengajar.tapi yang tu ada 24karat sikit.dan kali ini aku menunjukkan kondisi yang amat terbaek cun melekit! hampir 80%.masih lengkap dengan kad2 aluminium kalendar yang lengkap tarikh dan bulan nya.masih boleh digunakan sampai ke hari ini.enjoy!

Opener F&N Sarsi


satu lagi variasi opener f&n yang berlambak terdapat kat tangan kolektor dan semestinya menjadi barang wajib dan dah macam syarat pulak ya untuk melengkapkan koleksi barangan f&n ni.benda ni masih mudah didapati kat lokain,pasar karat jb dan temasek.ada banyak lagi adik beradik opener f&n ni.kita akan reveal di masa akan datang.enjoy!