Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Wednesday, May 22, 2013

Tray Ang Sai Maria Menado

Tray yang berjaya diperolehi suatu ketika dulu berikutan pertolongan dari seorang teman baik dari Temasek, kini baru lah dapat di upload setelah menjalani proses pem 'frame' an oleh seorang teman baik juga yang berada di Temasek. Hasil kerjanya memang agak teliti. Ukurannya pun memang tepat. tak seperti di sesetengah kedai frame yang buat kerja dengan chincai sahaja tanpa mengira 'value' barang tersebut.
Tray yang berasal dari Temasek ini memaparkan seniwati Datuk Maria Menado yang berasal dari Manado, Sulawesi Utara, dibesarkan di Ujung Padang Makassar, Indonesia berjaya menempa nama yang besar di industri perfileman Temasek dan juga Malaya. Popular dengan filem Pontianak yang menjadi hit pada tahun 1957, Maria Menado juga pernah berkahwin dengan Sultan Pahang pada tahun 1963 dan membintangi filem Hindi bertajuk 'Singapore' bersama Shammi Kapoor. Tray ini jika diamati dari dekat,mempunyai lapisan filem yang amat nipis dan jika tercalar sikit,memang menampakkan kesan dan dengan sebab itu lah aku telah mem frame kan ia..dilapisi persplex di papan pemukanya. Bertatahkan logo legendary F&N, beserta tulisan Jawi 'Singa Merah' dan Ang Sai, tray ini wajib dimilik oleh setiap pengumpul barangan Fraser & Neave.
Bagaimana?
"Keep It Until Hard To Find"

1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete