Nuffnang Code

AFZARIZAL

AFZARIZAL

Friday, June 29, 2012

100 Plus Digital Clock

Sekali pandang,macam normal can..
Dua kali pandang,eh memang betul tin biasa ni..
Tiga kali pandang,eh butang ape tu?cuba try test tekan,wah ape yang tersembul tu?
owhhhhh..jam digital rupanya..tapi dah takde bateri hehe..
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, June 28, 2012

Flyers Abang

Ada sesiapa yang ingat tentang filem Abang ini? ia ditayangkan di seluruh pawagam di malaysia pada tahun 1981 kalau tak silap aku dan masa aku kecik2 dulu,aku tak berapa paham sangat tentang jalan cerita ini dan boleh aku katakan filem ini hanya difahami oleh penggemar2 teater mungkin?kerana ia bercorak artistik sedikit..flyers yang aku dapat ini masih elok lagi keadaannya yang biasa diedarkan semasa promosi filem tersebut dan dilekatkan di dalam display case poster wayang dan juga dilekatkan di tembok2 sekitar kedai deret di Johor Bahru ini
di bahagian belakang pula adalah deretan tajuk filem tersebut..bukan di reprint ya..hehe
aku rasa semua generasi yang membesar di tahun 80-an pasti tak akan terlepas menonton filem ini di panggung mahupun di peti telebisen.Dibintangi oleh Rahim Razali, Noor kumalasari, Ahmad Yatim, Ahmad Tarmimi Saregar, Ogy Ahmad Daud, S.Roomai Noor dan juga Umi Kalthum. Secara ringkas,filem ini mengisahkan seorang lelaki yang menghilangkan diri dan pulang semula ke rumah setelah beberapa ketika. dan dia pergi ke luar negeri adalah bertujuan untuk berubat. tidak ada sesiapa yang menjangkan kepulangannya. dan tujuan dia pulang adalah disebabkan rindu terhadap keluarga dan tanah air. boleh la dikategorikan sebagai sebuah yang not bad untuk ditonton
"Keep It Until Hard To Find

Wednesday, June 27, 2012

Gelas Tadika 333 Dih Tong Hai 22

Alamak,terlupa pulak aku nak upload barang ni semasa entry barangan 333 Dih Tong Hai 22 tempohari..so ada sedikit tambahan bagi penggemar barangan kopitiam ni iaitu aku menggelarnya sebagai gelas budak sekolah tadika sebabnya,masa aku sekolah tadika dulu,kami dijamukan dengan biskut lemak kering dan air melo dengan menggunakan gelas ni ataupun lebih dikenali dengan gelas plastik dia didatangkan dengan pelbagai warna.Dan aku berjaya mendapatkan warna merah seperti diatas dan warna biru seperti di bawah ni
"Keep It Until Hard To Find"

Monday, June 25, 2012

Selamat Sehat

Kali ini aku mendapat barangan kopitiam yang tak komplit juga..hanya piring sahaja yang ku dapat. Tapi macam piring mickey mouse yang lepas,mungkin piring ini ada peminat nya yang tersendiri..walaupun tak lengkap,tetapi masih ada penggemar terhadap barangan kopitiam yang sebegini Didatangkan dengan jenama Lian Hong & Co Kopi Serbok Factory Batu Pahat nombol 66, lama2 tengok cun jugak piring ni dengan tagline 'Selamat Sehat' yang agak kelakar bunyi nya hehe..
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, June 22, 2012

Chin Char Chin Mickey Mouse

Tempohari jalan2 kat area Rengit Pontian,terserempak lah dengan seorang teman lama dan dia tanya main barang kopitiam ke? aku cakap,main tu main,tapi taklah serius sangat..katanya,barang tak komplit..piring je ada..ah,bedal aje lerrrr..Kali ni dari Brand Chin Char Chin Coffee Powder di Jalan Sultanah, Kluang, Johore..Nombor talipon dia mudah jek 519 haha piring ni didatangkan dengan 2 warna iaitu hijau seperti diatas,dan juga dakwat biru seperti dibawah ni..dan yang syoknya,Trademark Syarikat ni adalah Mickey Mouse. Boleh ke camtu???
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, June 21, 2012

555 Ribbon Tea

Sedang sibuk kolektor lain mencari barangan kopitiam,aku pun sebok jugak lah mencari2 di sekitar Pontian, Johor. Dan dengan pertolongan seorang teman lama,dapatlah ku temui set lengkap piring dan cawan kopitiam nya. 5 biji piring dan 5 biji cawan.dan boleh la dijamukan kepada pengunjung ke rumah ku nanti seperti Abang Dolah dan juga Blurguyz yang ingin datang dengan keadaan berselubung dengan kain pelekat nampak mata je katanya. Almaklumlah konsep rumahku nanti adalah konsep antik yang menggunakan pelita di malam hari. Dan mereka datang dengan membawa lampu suluh masing2 kaedahnya lah ya hehehe.. Jenama dari 555 Ribbon Tea yang diperdagangkan oleh Koh Chuan Huat Tea Merchants Sdn. Bhd. ini taklah selama mana pun..tapi boleh lah buat ada2 yang boleh digunapakai buat basahan hari-hari..
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, June 15, 2012

333 Dih Tong Hai 22

Salam Blogger untuk semua! rasanya macam dah lama tak update blog ni..nak kata bersawang,belum lagi lah nampaknya hehe..minta maaf lah pada kekawan yang menunggu dengan setia..so pada pagi Jumaat ni,tak banyak kerja sangat,boleh lah kita minum sechewen kopi sambil menikmati gambar2 yang aku posting untuk hari ini..koleksi yang aku dapat ni adalah sumber informasi kepada kolektor yang main barang kopitiam ni.barang ni taklah payah sangat nak jumpa..tapi boleh la buat tambah2 koleksi yang ada tu..jom kita lihat dengan lebih dekat lagi barang2 kopitiam dari brand 333 & 22 ini item yang utama adalah cawan kopi nya yang menjadi item wajib bagi penggemar barangan kopitiam ni Pandangan lain bagi cawan Din Tong Hai Batu Pahat ni Jika cawan tidak mempunyai piring,seumpama rokok tiada mancis lah agaknya ya.. Bagi piring dia pulak,datang nya 2 version,ada yang plain,dan ada yang berbunga..begitu juga dengan cawan nya yang mempunyai corak bunga di bibir bahagian dalam cawan tu Gelas muntut star bertulisan rumi dan CHinese Di sebelah belakang gelas ni,macam biasa pada jaman tu bertulisan Jawi Lagi satu version gelas muntut star ni adalah bertulisan kuning dan berlogokan 333 Di sebelah belakang gelas,terdapat 3 tulisan yang terdiri dari Rumi,Cina dan Jawi Selepas minum kopi 333 atau 22 ni,tibalah masanya untuk membayar harga secawan kopi pada masa tu berharga 30 sen agaknya ya.. Tapi kalau dompet kempis,macamana yer?
"Keep It Until Hard To Find"

Thursday, June 7, 2012

Malaysia Mini Crate Korea Script

Sebelum aku memulakan bicara,terlebih dahulu ingin meminta maaf kepada beberapa pihak supaya tidak berkecil hati dengan pe'mosting'an aku kali ini,berikutan pemostingan di blog Che Mat baru2 ini..tentang missing crate yang satu ni, disebab mini crate ini telah terjual sebelum ia di posting disini..aku tidak dapat menolak harga yang ditawarkan oleh seorang kolektor yang berada di area pertengahan Malaysia ni..hehe..dan niat sebenarnya adalah untuk berkongsi info tentang kewujudan mini crate Korea yang agak susah sedikit untuk dijumpai..di bahagian hadapan,terdapat tulisan coca-cola di dalam tulisan Korea..dan macam biasalah terdapat 6 botol yang berscript Korea juga Dan di bahagian belakang mini crate ini pula,adalah seperti yang anda lihat dibawah ini.Coca-cola Trademark Regd.begitu juga dengan botol-botolnya sekali. Ramai juga yang bertanyakan tentang crate ini sama ada aku mempunyai extra atau tidak..dan atas usaha yang tidak seberapa payah,dapat juga aku dapat extra 1 crate ni. Dan untuk simpanan aku sendiri,memang ada lah, Begitu juga rakan sepencarian aku iaitu Abg Dolah yang bersama-sama mengkorek barang di suatu ketika dahulu dan kami telah menemukan 2 unit mini crate Korea ini dia area Yong Peng, Johor di salah sebuah kedai runcit lama.memang sah la mini crate ini hanya diberikan kepada pekedai runcit sahaja pada masa itu sebagai free gift.Itu yang dikata oleh pemilik kedai tersebut.. Jadi pada rakan2 seperjuangan,teruskan usaha anda untuk mencari mini crate Korea ini..bukan tak ada...ada..cuma ia disorokkan aja..hehe..sekali dia keluar nanti,boom! ha berderet2 script Korea..anda pernah kan mengalami kejadian seperti ini?
Keep It Until Hard To Find

Monday, June 4, 2012

Barugh & Co. Limited Singapore Codd

Tidak banyak sumber yang boleh membantu aku dalam mencari asal usul botol guli ini,alamat terakhir yang berjaya di trace adalah pada tahun 1904 beralamat di 91, Thomson Road, Singapore. Botol guli ini banyak terdapat di tangan kolektor luar negara dan botol ini sendiri berjaya dibawa pulang dari negara jiran iaitu Thailand Ada sesiapa yang boleh share info tentang kewujudan company ni?
"Keep It Until Hard To Find"

Friday, June 1, 2012

The Great Drinks Poster

The Great Drinks yang dinobatkan kepada minuman2 keluaran Fraser & Neave pada era 80an memanglah amat sesuai kerana jenama keluaran syarikat ini memang gah pada masa itu. Kalau dilihat secara kasar pada imej di bawah ini,kelihatan biasa sahaja.tetapi saiz sebenar poster ini mencecah 2ft x 3ft juga. Material adalah dari Kadbod. Poster ini aku berjaya mendapatkannya hasil dari pertolongan seorang teman juga di kedai runcit berbangsa Cina di daerah Pontian, Johor. Almaklumlah orang rumah aku berasal dari Pontian juga,maka masa hujung minggu banyak aku habiskan dia area Pontian ini. Masih banyak terdapat kedai2 runcit lama yang masih belum di korek oleh para Vintage Diggerz. Jom kita lihat apa yang terkandung di dalam poster yang tidak kurang hebatnya ini
Apa yang menariknya poster ini adalah color yang memainkan peranan dalam persembahan peraduan kali ini. dan ia menampilkan barisan botol2 minuman soda yang gah pada masa itu iaitu Coca-Cola, 7up, Fanta dan F&N itu sendiri
Di bahagian kaki poster ini menampilkan pelbagai hadiah menarik yang ditawarkan oleh pihak F&N ini sendiri. Dari pemerhatian barisan botol-botol yang tersebut tadi,dan juga BMW 320 2 doors ini,boleh la kiranya aku mengagak poster ini dikeluarkan pada tahun 1980. Begitu juga dengan permainan video ATARI yang terselit kat celah2 hadiah tu hehehe
Untuk cabutan bertuah yang pertama, hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:-
Untuk cabutan bertuah yang kedua,hadiah-hadiahnya adalah seperti berikut:-
Dan untuk cabutan bertuah yang utama atau yang terbesar,hadiah-hadiah nya adalah seperti berikut:- BMW 320 berserta penghawa dingin! wow!
apalagi?jomlah sertai peraduan ni beramai-ramai! orang2 timur dan barat pon boleh join nooo hehehe
"Keep It Until Hard To Find"